Bab 46

Romance Completed 44219

"Qeisya, apa lagi yang you nak I buat untuk buktikan keikhlasan hati I?"

Kemunculan Hadif di kedai menyebabkan Qeisya tidak senang duduk. Mengganggu! Beberapa pasang mata mula melirik. Kalau boleh mahu saja Qeisya berlari keluar dari situ lebih-lebih lagi selepas dia sedar adegan mereka sudah pun menarik perhatian para pelanggan.

" Tolong matang sikit boleh tak? Jangan buat kecoh dekat sini!" Sedaya upaya Qeisya mengawal suaranya.

"Yes, I am matured enough! Dulu lain sayang namun I dah berubah. I nak kita kembali bersatu. Perbetulkan kesilapan lalu. Percayalah kita boleh bahagia bersama. I silap dan I akui semua tu." Hadif masih merayu. Selagi mana Qeisya tidak menyatakan sebarang persetujuan untuk bersama semula, selagi itu Hadif akan terus merayu.

Rugi jika sekali lagi dia melepaskan Qeisya. Cantiknya Qeisya di mata Hadif sungguh membuatkan dia buta pada perkara yang lain. Anis yang dulunya dipuja pun mampu ditolaknya ke tepi demi Qeisya. Dia didorong dengan keinginannya untuk memiliki Qeisya semula kerana adanya cinta yang terbit setelah sekian lama berpisah. Jatuh cinta kali kedua namun pada insan yang sama benar-benar membuatkan dia rasa sesak. Ya, sesak kerana cintanya masih tidak berbalas. Rasa menyesal acap kali muncul kerana melepaskan seseorang seperti Qeisya. Dia pernah memiliki namun dia melepaskan. Bodohnya dia.

Selama ini Hadif menyangka cintanya yang beralih arah dan jatuh sepenuhnya pada Anis namun ternyata dia silap! Dia tidak sedar bahawa cintanya untuk Qeisya sentiasa mekar dan tak pernah padam. Pertemuan pertama setelah sekian lama tidak bersua ternyata membangkitkan rasa itu tanpa dia mahu. Ya, dia sendiri tidak pernah menyangka hatinya akan memilih Qeisya semula sedangkan dia yakin Anis sudah pun bertakhta di hatinya pada waktu itu.

Suatu ketika dahulu, Qeisya segala-galanya bagi Hadif. Bahagia yang pernah mereka kongsikan bersama seolah-olah menjerat hati dan perasaannya. Tidak dinafikan rasa bersalah sering muncul kerana menyingkirkan Qeisya sebelum ini, namun kini hatinya terbuka luas untuk Qeisya kembali bertakhta. Sesal yang datang bagaikan satu hukuman. Dia meletakkan kesalahan pada dirinya sendiri. Dia sudah pun memiliki semuanya namun dia terlalu bodoh. Terikat dengan Anis menyebabkan dia kejam terhadap wanita yang sangat dikasihi.

Perbuatan terkutuknya terhadap Anis bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan. Anis sememangnya mengiurkan namun Anis terlalu berjaga-jaga. Semakin Anis menolak, semakin dia mendambakan tubuh Anis. Nafsu syaitan menguasai saat kali pertama dia meratah tubuh itu. Titisan air mata menjadi saksi sumpah janji setia yang dia lafazkan. Sungguh dia menyesal namun dia juga sedar perbuatan itu ada akibatnya. Bukan dia yang meminta pintu hati disapa sekali lagi tapi dia juga manusia biasa. Tewas pada nafsu dan tersilap dalam membuat keputusan. Wujudnya kesedaran dalam diri membuatkan dia memilih untuk bersama Anis.

Ya, Hadif memilih Anis kerana wujudnya kesedaran dalam diri. Rasa bersalah datang setiap kali teringatkan perbuatan kejinya. Ah, dia terhukum kerana kesedaran itu. Dia menganggap kehilangan Qeisya pada waktu itu adalah sebagai satu hukuman. Sayangnya pada Qeisya menyebabkan dia tidak sanggup untuk terus menyakiti Qeisya secara diam. Bagi Hadif dia bukanlah lelaki yang baik untuk wanita seperti Qeisya. Apa perasaan Qeisya sekiranya dia tahu apa yang telah suaminya lakukan? Maka dia memilih untuk pergi dan menerima hukuman namun tanpa sedar dia semakin menyakiti Qeisya. Dia tidak tahu kepayahan Qeisya untuk bangkit. Dia tak pernah tahu!

Namun kini, dia yakin jodoh mereka masih kuat dan kerana jodoh itulah yang mempertemukan mereka kembali. Maka selamat tinggal Anis kerana kali ini dia tidak akan sebodoh dulu. Dia tidak akan mensia-siakan peluang untuk bersatu semula dengan keluarganya. Ya, itulah keluarga yang sepatutnya ada pada hari ini. Dia ayah kepada Adelia dan atas sebab itulah dia yang paling layak untuk berada di sisi Qeisya.

Qeisya bergerak menuju ke ruang rehat sambil mengerling ke arah Hadif. Memberi isyarat agar membuntuti langkahnya. Beberapa pasang mata yang memandang menimbulkan rasa yang sangat tidak selesa. Tak pasal-pasal satu dunia tahu konflik yang melanda gara-gara drama Hadif.

"Nak apa lagi?" Tanya Qeisya. Ah, empat mata di antara dia dan Hadif jauh lebih selesa daripada adanya kerlingan daripada mata-mata lain.

"Sya, please... Beri peluang untuk I perbetulkan kesilapan I dulu? I mengaku I yang salah."

"Sya tak pernah halang pun Hadif untuk hadir dalam hidup Adelia. Hadif ayah kandung Adelia. Hadif sendiri yang pergi dari hidup kami dan tak pernah kembali. Peluang sentiasa ada untuk Hadif jadi ayah untuk dia."

Mendengarkan tutur kata Qeisya, hati Hadif seolah-olah yakin bahawa Qeisya juga akan memberi peluang untuk mereka. Ah, sudah tentu! Kalau tak macam mana nak jadi ayah untuk Adelia kalau mereka masih tidak bersama?

"Jadi, itu maksudnya...kita?" Hadif menduga nasib namun ternyata gelengan kepala Qeisya terlebih dahulu memberikan jawapan.

"Tak ada istilah kita. There will never be us anymore."

Baru tadi hati Hadif yakin, namun serta-merta musnah dalam sekelip mata. Tiba-tiba wajah seseorang muncul di ruangan matanya. Ah, mesti sebab itu!

"Sya ada orang lain ke?"

"Ada orang lain atau tak, itu bukan persoalannya. Apa yang pasti tak ada lagi istilah kita. Move on dengan kehidupan masing-masing."

"Tak payah berdalih! Jujurlah, Sya. Ni mesti sebab dia,kan?"

"Dia?" Qeisya menyoal.

"Lelaki tu! Lelaki yang tak tahu malu tu, betul tak?" Hadif merujuk kepada lelaki entah datang dari mana, tiba-tiba saja menyibuk.

"Semua ni tak ada kaitan dengan dia. Kalau dia tak pernah muncul dalam hidup Sya sekali pun, Sya tak akan pernah balik ke pangkuan you, Hadif!"

"Sekurang-kurangnya kalau dia tak pernah muncul, you akan pertimbangkan semula untuk kembali. You tak akan bertindak pentingkan diri macam ni, betul tak?"

"Ya Allah, dah kenapa susah sangat nak faham? Walau apa pun berlaku, kita tak akan pernah bersama semula. Dia ada atau tak, Sya tetap tak akan mempertimbangkan semula tentang kita." Qeisya meraup wajahnya. Memohon agar dikurniakan kesabaran dan Hadif diberikan kefahaman agar tidak menyoal lagi tentang hubungan mereka.

"Betullah you ada pengganti sekarang, Sya? Sebab tu hati you membantu dan tak fikirkan langsung tentang keluarga kita. Betul tak?" Tutur Hadif sebaik saja perasaan adanya sebentuk cincin di jari Qeisya.

"Kalau sungguh pun betul, salah ke? Sya bukannya isteri Hadif."

"Sial, I memang dah syak there is something going on between you and him! You dengar sini ya, tak ada sesiapa pun yang boleh rampas you dari I lebih-lebih lagi si celaka tu."

"Tak ada sesiapa yang merampas sekarang! Ini keputusan Sya sendiri."

"Sya. You lebih pentingkan hubungan You dengan dia sedangkan I fikirkan tentang keluarga kita. Fikirkan tentang Adelia, Sya! I ayah kandung Adelia dan I berhak untuk menjaga dia. Dah kenapa you nak orang asing untuk jadi ayah dia? Waktu I tak ada, you kata I tak bertanggungjawab! Lupa anak! Yang jahat semuanya I tapi bila I muncul, you singkirkan I walaupu niat I adalah untuk bina semula keluarga kita!"

Qeisya melepaskan satu keluhan berat. Tidak lagi berminat untuk terus mempertahankan diri. Ah, bukannya Hadif nak hadam elok-elok pun setiap apa yang dia ucapkan.

"Lelaki tu punca semua ni. I akan pastikan dia menyesal!" Tutur Hadif sebelum dia mengorak langkah.

"Eh, dah kenapa? You jangan buat benda bodoh, Hadif!"

"Dia sepatutnya sedar dia sedang berdepan dengan siapa. Kalau pun dia tak mati, paling kurang makan minum dia guna tiub!" Ujarnya lalu bergerak laju meninggalkan ruangan itu.

Kepala Qeisya tiba-tiba terasa berat. Hadirnya Hadif seolah-olah satu musibah. Oh Hadif, kenapa kau kembali dengan beban dan tekanan? Hidupnya sebelum ini sudah semakin membaik, malah bahagia juga semakin mendekat. Tapi kenapa...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience