Bab 8

Romance Completed 44219

"Assalammualaikum, Encik Muazzam. Saya Qeisya, dari Qeisya's Cake House." Qeisya memperkenalkan diri.

"Oh ya, owner kedai kek baru tu. Kenapa ya?" sayup-sayup kedengaran suara Encik Muazzam di hujung talian.

"First of all, saya nak minta maaf. Saya rasa ada kesilapan dari pihak saya..."

Encik Muazzam segera memintas.

"Oh, ni mesti pasal kek yang uncle tempah tu ya?" Ting Tong! Tepat tekaan Encik Muazzam. Tak perlu Qeisya jelaskan lagi.

"Haa, betullah tu. So, saya nak minta maaf sangat-sangat sebab dah rosakkan majlis ulang tahun perkahwinan Encik..."

"Alah nak, tak payah berencik-encik. Kalau dengan uncle tak perlu formal sangat. Hahaha."

"Macam ni, uncle... Saya ingat nak buat ganti rugi sebab dah rosakkan majlis uncle. Uncle dah bayar bil semua dah siap dengan extra charge lagi sebab nak kek yang special with flowers yang your wife suka tapi pihak saya tersilap bagi kek untuk farewell party pulak."

"Alah, takpelah tu benda kecik je. Uncle halalkan RM15 tu, nak." lembut sahaja tutur katanya.

"Eh, mana boleh takpe. Bagi seorang perempuan wedding aniversarry tu besar maknanya. I ruined your suprise. Bukan benda kecik tu."

"Alah, bagi perempuan tak ada satu benda pun yang tak besar maknanya. Birthday kita pun bawa makna untuk dia, belum lagi kalau birthday dia, birthday anak-anak. Kalau dilayan semua, aduh pening!" balas Encik Muazzam bersulam tawa.

Qeisya turut tertawa. Terasa selesa berborak dengan Encik Muazzam biarpun hanya di talian.

"Tak kisahlah tentang tu uncle. Apa yang penting pihak saya nak bayar ganti rugi jugak. Apa kata kalau uncle datang ke kedai? Puan Nora suka kek coklat cheese, secara percuma pihak saya akan bagi kek tersebut sebagai tanda maaf." Qeisya memberikan cadangannya.

"Kalau uncle tak boleh datang ke kedai macam mana?" soal Encik Muazzam.

"Alaa, janganlah tak boleh. Nanti saya rasa bersalah. Lepastu saya tak boleh nak tidur lena sebab asyik terkenangkan kesalahan yang saya buat. Okay, kalau uncle tak boleh datang apa kata uncle bagi alamat rumah atau pejabat supaya saya boleh hantar sendiri."

Kedengaran tawa Encik Muazzam pecah di hujung talian. Terusik hati dengan kesungguhan Qeisya. Lucu pula mengenangkan Qeisya yang bersungguh-sungguh memohon maaf padahal bagi pihak Encik Muazzam, kesilapan yang dilakukan oleh Qeisya bukannya besar. Perkara kecik!

"Semua orang pun tak terkecuali untuk buat kesalahan. Hmm, baiklah. Kalau macam tu boleh tolong hantarkan ke rumah uncle?" soal Encik Muazzam.

"Boleh, tak jadi masalah. Uncle bagi alamat, nanti saya sendiri yang akan hantarkan." Qeisya tersenyum puas.

Kesudian Encik Muazzam menerima kek tersebut sebagai ganti rugi benar-benar membuatkan dia tenang. Seolah-olah permohonan maafnya sudah diterima.

Encik Muazzam memberikan alamat rumahnya. Dia terpaksa meminta Qeisya untuk menghantarkan kek itu sendiri bukanlah bertujuan untuk mengenakan Qeisya. Malangnya Encik Muazzam sedang berada di Terengganu. Berbulan madu katanya bersama isteri tersayang.

Dia meminta Qeisya menghantarkan kek itu keesokkan harinya memandangkan mereka mungkin sampai lewat malam nanti. Persetujuan berjaya dicapai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience