Bab 18

Romance Completed 44219

Bab 18

"Sayang, I nak tempah kek untuk hari pertunangan kita. Boleh kan?" Anis menyoal manja.

Dihujung talian kedengaran suara Hadif mengiyakan permintaan Anis. Hadif tidak mampu menolak permintaan Anis yang terlalu teruja bagi memastikan majlis yang akan berlangsung dalam masa tiga minggu akan datang berjalan dengan lancar.

"You buatlah apa saja yang you rasa nak buat. I tak kisah sebab I know our day will be perfectly fine kalau you yang uruskan." Tambah Hadif lagi.

"Yeah, you chill je sayang. Semua ditanggung beres." Balas Anish yang dilimpahi rasa teruja sejak hari pertama Hadif menyampaikan berita gembira mengenai hubungan mereka yang bakal melangkah ke alam pertunangan.

"Yelah, I know tapi jangan asyik sangat uruskan semua tu tau. I ni sapa nak uruskan?" Hadif mula mengatur langkah. Manalah tau untung-untung malam ni dia mendapat lagi.

Nak tunggu jadi isteri baru nak dapat memang lama lagi laa sebab sekarang pun baru nak bertunang. Tak masuk lagi tempoh setahun bertunang baru boleh berkahwin. Sungguh dia memang sayangkan Anis dan kerana sayang itulah dia terlalu inginkan Anis.

"You nak I uruskan you jugak ke? Nak uruskan macam mana tu?" Anis pura-pura tidak dapat menangkap maksud sebenar Hadif. Kedengaran Hadif mendengus. Ah, sekadar dengusan yang mengada. Dibuat-buat kononnya dia merajuk.
"Alah you ni, jangan laa merajuk. Petang ni balik rumah I ye? Kita makan malam sama-sama."

Dihujung talian Hadif tersenyum simpul. Sekali lagi lampu hijau diberikan oleh Anis untuk balik ke rumah sewanya. Besar peluang Hadif untuk meneroka tubuh langsing Anis Suraya. Itulah apa yang diinginkan oleh jiwa lelakinya ketika itu. Dia terlalu dambakan layanan Anis.

Tambahan pula sejak mereka diputuskan untuk bertunang, keluarga Hadif terutamanya Encik Hisyam terlalu membataskan pergerakkan Hadif untuk berjumpa Anis. Terasa rindunya membuak-buak apabila sehari dua tidak bersua muka.

"Lepas makan tu kita nak buat apa?" Giliran Hadif pula berpura-pura.

"Lepas tu kita buat apa yang kita rasa nak buat."
Bingo! Hadif tersenyum. Mula membayangkan apa yang akan berlaku malam nanti. Tidak sabar rasanya untuk menunggu petang padahal jam baru menunjukkan pukul 9 pagi.

"Okay sayang, can't wait to see you tonight." Ujar Hadif yang mula merasakan hari yang bakal dilaluinya hari ini bakal menjadi hari yang gembira.

Anis mencapai beg tangannya lalu melangkah keluar dari kereta sebaik saja panggilan ditamatkan. Langkah kaki diatur kemas menuju ke kedai kek yang diidamkan. Pemilihan kedai kek dibuat berdasarkan pemerhatiannya terhadap hasil kerja yang sangat cantik, kemas dan kreatif. Dia yakin kek pertunangannya mesti tampak hebat jika dia menempah di kedai tersebut.

Sebaik saja melangkah ke dalam kedai tersebut, dia disapa mesra. Anis mula yakin dengan pilihan yang dibuat. Segala urusan berjalan dengan sempurna. Pemilihan kek dilakukan dengan lancar. Sebenarnya agak sukar untuk Anis membuat pilihan memandangkan dia tertarik dengan 6 jenis rekaan kek khas untuk majlis pertunangan.

Mujurlah pekerja kedai tersebut dapat menolong Anis membuat satu pilihan di antara 6 rekaab tersebut. Anis semakin teruja. Tidak sabar rasanya untuk menunggu hari bahagianya bergelar tunangan Hadif. Selesainya penempahan kek tersebut bermakna selesailah persiapan untuk majlis yang bakal berlangsung. Anis berasa puas.

Sebentar lagi dia akan menjadi tunangan kepada lelaki yang sudah sekian lama ditungggu untuk melamarnya. Bila diingat semula pertemuan mereka, Anis tersenyum sendiri. Hadif terlalu manis berkata hinggakan hatinya mencair. Masih segar diingatan Anis setiap patah perkataan yang meluncur keluar dari mulut Hadif pada malam itu.

"Betul ke nama you Anis?" Soal Hadif. Anis mengangguk. Sudah jelas tag namanya tertulis begitu, masih lagi mahu bertanya.

"I thought nama you Manis sebab dari tadi I perhatikan senyuman you, nampak manis sangat." Hadif tersenyum sambil melabuhkan pandangan matanya ke arah Anis.

Anis yang mendengar tutur kata Hadif tersipu sendiri. Baru saja dia ingin berlalu pergi, Hadif menghalangnya.

"You manager F&B di hotel ni ke?" Soal Hadif lagi. Sekali lagi Anis hanya mengangguk. Tidak langsung bertentang mata. Dia hanya sekadar meninjau kerja anak-anak buah di bawah seliaannya saja sebelum terserempak dengan Hadif.

"Boleh kita borak-borak? Yelah, I bosan asyik bercakap tentang kerja with these people. They call this party but they still discuss pasal kerja." Hadif berkata jujur. Sungguh dia rimas, ingatkan boleh laa lupakan tentang pejabat, tentang kertas kerja tapi sebaliknya. Malah urusan kerja itulah topik utama yang dibincangkan.

"Kali pertama join party office ke?" Soal Anis.
l Hadif mengangguk sambil tersenyum. Anis yang memandang Hadif mula terasa berdebar. Kacaknya senyuman Hadif pada malam itu membuatkan dia tidak keruan. Cara Hadif membuatkan dia berasa selesa untuk berbual lebih panjang.

Sejak dari itu mereka sering terserempak di luar sebelum Hadif menyatakan hasratnya untuk menjadi kekasihnya. Setiap pertemuan mereka merupakan satu kebetulan yang mana akhirnya menjadikan mereka rapat lalu Hadif memilih untuk bersama Anis.

Anis percaya ada hikmah di sebalik setiap pertemuanya mereka. Anis yakin ada bahagia di sebalik semua ini dan pada hari ini Anis semakin yakin tentang kebahagian yang diimpikan untuk bersama Hadif Arfie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience