Bab 17

Romance Completed 44291

Adam meraup wajahnya perlahan. Terasa bahang wajahnya menahan malu. "Apa yang tak kena dengan kau ni, Adam?" Lelaki itu berbisik perlahan. Tiba-tiba termalu sendiri kerana asyik menelefon Qeisya.

Adam menyandarkan kepalanya di kerusi. Matanya terpejam rapat buat seketika. Alahai, dah kenapa dia gatal asyik nak dail nombor Qeisya? Sekejap-sekejap asyik pegang handphone. Lepas tu terdail tanpa sengaja. Tengah dia berkira-kira sama ada nak tamatkan terus panggilan sebelum Qeisya menjawab, tiba-tiba suara Qeisya sudah pun kedengaran menyahut di hujung talian. Masa yang Adam perlukan untuk berfikir tu terlalu lama.

"Hei, Adam!" Tiba-tiba Asyraf menyergah. Adam kembali ke alam nyata. Serta-merta dia menyusun kertas dan buku-buku latihan anak-anak muridnya. Asyraf tersengih.

"Ish, tak nampak ke aku busy?" Walaupun Adam yakin Asyraf sebenarnya tahu yang dia sedang mengelamun dan bukannya sibuk seperti yang dinyatakan tapi semuanya berlaku di luar kawalan Adam. Bagi Adam, dia harus mencipta alasan kalau tak nak kena perli Asyraf.

"Yup,sekarang aku nampak laa yang kau ni nampak macam busy tapi tadi masa aku sergah kau tu aku tengok kau langsung tak buat apa pun. Senyum sorang-sorang, mata tertutup...eh? Kau angau eh?" Asyraf cuba membuat kesimpulannya sendiri.

Wajah Adam terasa panas manakala senyuman tanpa sengaja terukir sendiri. Sungguh dia tak mampu nak menahan rasa. Entah kenapa hatinya seolah-olah kembang setaman apabila Asyraf berjaya meneka dengan tepat.

"Haaa tuuu senyum tu, aku kenal sangat kalau kau tersenyum macam tu. Maknanya betul laa apa yang aku cakap tadi? Cerita laa kat aku gerangan si pencuri hati kau tu." Asyraf mula mengambil tempat di hadapan Adam. Beria-ria benar dia.

Adam dan Asyraf memang lama dah berkawan. Dari zaman sekolah lagi hingga ke zaman maktab malah zaman pekerjaan sekarang pun jodoh mereka masih kuat. Adam tak pernah mampu nak sembunyikan apa-apa rahsia dari Asyraf dan begitu jugalah sebaliknya. Mereka dah macam adik beradik.

"Kau kenal Qeisya?" Adam memulakan bicara dengan mengetengahkan watak utama.

"Qeisya? Qeisya yang ada bakery tu ek? Haa, kenapa dengan dia?" Soal Asyraf kembali. Adam menarik nafas panjang lalu bercerita tentang pertemuan kali pertama mereka dan pertemuan -pertemuan yang berlaku selepas itu. Cerita Adam sangat padat. Turut diselitkan tentang perasaannya terhadap Qeisya dan tentang kelakuannya yang bagaikan orang gila bayang.

"Parahnya keadaan kau sekarang ni." Hanya itu yang Asyraf lontarkan sebaik saja Adam menamatkan sesi perkongsian tersebut.

"Aku tau...Aku sedar tentang keadaan aku yang kritikal ni. Tapi aku tak boleh nak elak perasaan ni. Aku dah try buang rasa sayang ni tapi tak tau laa kenapa...makin aku nak buang makin tu jugaklah aku rasa sayang." Adam meluahkan masalah sebenar.

"Then kau sanggup beli kek dari dia like almost once per week hanya sebab kau nak beecakap dengan dia?"

Adam mengangguk jujur. Asyraf kehilangan kata. Sekadar memandang wajah Adam. Dah rasa macam tak nak percaya je yang Adam sanggup perabis duit untuk beli kek dari Qeisya.

"Adam, kenapa kau tak jujur je?" Soal Asyraf. Adam hanya mengangkat bahu. Dia sendiri tiada jawapan. Entah, dia rasa belum bersedia. Takut,segan,gelojoh...Ahh semua rasa ada.

"Adam, dia pun single tau. Kalau kau jadi dengan dia,untung kau boleh jadi bapak budak terus."
Adam mengerutkan dahinya. Tidak faham maksud sebenar Asyraf. Kalau Qeisya single, apa kaitan dengan jadi bapak budak?

"Ooo nampak blur sangat muka kau. Mesti kau tak tau kan? Macam ni, dulu dia pernah kahwin tapi malangnya panas jangan nak kata ke petang malah tak sampai ke tengah hari, hujan pun turun. Laki dia ceraikan dia masa anak diorang baru lahir. Sejak dari tu hati dia dah macam batu. Aku pernah try usha, dia tak layan." Asyraf berkata jujur.

Memang benar dia pernah menaruh hati terhadap Qeisya tapi dingin yang Qeisya balas. Akhirnya Asyraf mengalah sendiri dan bertemu jodoh dengan Hasmida, satu-satunya wanita yang bertakhta di hatinya kini.

"Tapi tu cerita sebelum aku berjumpa dengan Hasmida laaa. Mungkin jugak cara aku yang salah. Terlampau mendesak mungkin. Haa, paling dia benci kalau orang buat baik kat dia sebab simpati dengan nasib dia. Alasan Qeisya sebab dia tak mau nampak lemah. Tapi aku rasa kau ada peluang."

Adam gelisah. Terasa semakin payah untuk mendekati Qeisya. Baru saja dia berkira-kira tentang apa yang dia harus lakukan untuk melangkah ke tahap yang seterusnya.

"Apahal plak tiba-tiba aku ada peluang? Dari celah mana kau nampak peluang untuk aku tu?" Soal Adam. Kelihatan Asyraf berfikir sejenak sebelum kembali berkata-kata.

"Aku cakap macam tu sebab kau dah boleh dikira sebagai regular customer dia, so dah tentu laa dia kenal kau dan rasanya tak terlalu melampau kalau aku kata mungkin dia dah pun selesa untuk deal dengan kau. Haa, dari situ laa kau try nasib."

Walaupun Asyraf menyimpulkan begitu, namun tetap berat bagi Adam untuk mencuba nasib. Silap langkah Qeisya mungkin langsung tidak mahu berhubung dengannya lagi waima sebagai pelanggan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience