Bab 9

Romance Completed 44219

"Rumah nombor 96, Taman Desa. Rasanya betul dah ni." Qeisya bercakap sendiri. Dia cuba untuk menghubungi Encik Muazzam namun hampa. Talian tidak dapat disambungkan.

"Tak kanlah tidur lagi." Qeisya mengumam. Matanya melirik pada jam di tangan. Ah, sudah pun pukul 8 lalu. Tak mungkin Encik Muazzam oversleep sampai waktu ini.

"Tak apalah. Bagi salam terus jelah." getus Qeisya dalam hati. Perlahan-lahan Qeisya memarkirkan keretanya di hadapan bahu jalan rumah Encik Muazzam. Dia pun segera mengatur langkah ke arah pagar rumah. Terasa berat kaki untuk melangkah. Mana tak nya, tuan rumah tak angkat call tapi dia memandai nak ceroboh kawasan rumah orang.

"Alah, aku nak hantar kek je pun. Bukan nak mencuri." ujar hatinya. Lebih kepada memujuk rasa. Qeisya menarik nafas seketika sebelum neneruskan langkahnya. Pagar yang sedia terbuka memudahkan dia untuk memasuki kawasan perkarangan rumah. Namun, sebaik sahaja kaki kanannya melangkah pagar dia disapa dari belakang.

"Ye, ada apa ya cik?" suara garau itu menegurnya.

Serta-merta kaki kanan Qeisya yang sudah pun mencemar perkarangan rumah Encik Muazzam ditarik semula. Berdiri bersebelahan kaki kirinya.

Qeisya berpaling ke arah tuan empunnya suara. Kelihatan seorang pemuda tinggi bertubuh tegap sedang berdiri menghadapnya. Oh, patutlah suara garau. Lelaki rupanya! Rupa paras boleh tahanlah mengancam. Kacak dan kemas orangnya.

"Terhendap-hendap macam nak mencuri."

Hati Qeisya mula suam. Baru saja dia ingin menyapa pemuda itu dengan semesra yang boleh tapi kata-kata yang meluncur keluar dari mulut si pemuda membatalkan niat suci murninya.

"Eh, tak mungkinlah saya nak mencuri siang-siang macam ni. Suka-suka nak tuduh orang."

"Aih, dia pulak yang panas? Hah, dah tu yang dok terhendap-hendap depan rumah orang tu kenapa?"

"Lain kali tanyalah elok-elok kenapa saya terhendap-hendap. Janganlah tuduh melulu kata saya nak mencuri."

"Saya tak tuduh. Dah awak memang macam nak mencuri. Tu pagar tu, memandai bukak sendiri dah kenapa?"

"Ish, mana ada saya yang bukak! Pagar tu dah memang terbuka saya masuklah."

"Hah, yang pandai-pandai masuk sendiri tu dah kenapa?"

"Amboi, banyak soal pulak. Eh, awak ni polis ke?"

"Saya bukan polis tapi saya boleh laporkan awak kepada polis."

"Dah kenapa pula? Saya bukannya buat salah pun."

"Tak buat salah awak kata? Awak menceroboh tau."

"Saya tak mencerobohlah! Kenapa dengan awak ni? Apa masalah awak, hah?"

"Tak mengaku pulak? Tadi saya nampak sendiri sebelah kaki awak tu dah melepasi benteng pertahanan rumah ni tau."

"Ya Allah, benteng apa pulak ni?"

"Pagar tu."

Qeisya melopong. Sungguh, dia tidak menyangka akan berjumpa dengan pemuda itu. Harapkan rupa mengancam, kalau tengok dari jauh wanita biasa boleh cair dibuatnya. Kalau dengar suaranya, wanita biasa boleh melantun jantungnya, melanggar dinding dada barangkali. Malah kalau tengok penampilannya, degupan jantung wanita biasa akan berdegup pada kadar yang tidak normal.

Tapi itu hanya akan berlaku pada wanita biasa. Bukan wanita luar biasa seperti Qeisya. Mengancam? Ahh, langsung tidak terancam hati Qeisya melihat rupa paras pemuda itu. Mungkin pengalaman lalu membuatkan hati Qeisya kebal untuk rasa diancam dengan rupa paras seseorang.

"Ish, awak ni menyibuk je lah. Pergi sana main jauh-jauh. Syuhh!" ujar Qeisya mengarahkan pemuda itu pergi.

"Eh, kenapa nak halau saya pulak?"

"Pergi je main jauh-jauh. Jangan kacau saya. Menyemak je."

"Amboi, cantik bahasa. Ikut suka dia nak halau orang. Awaklah yang dipersilakan pergi."

"Eh, sibuk! Syuhh!"

"Eh, awak siapa nak halau saya ni?"

"Awak tu pulak siapa nak sibuk-sibuk hal saya ni?"

"Saya tinggal dalam rumah ni jadi saya ada hak untuk tahu tujuan awak ke mari."

Gulp. Tertelan air liur Qeisya dibuatnya. Malu tidak terkata. Mungkinkah pemuda itu anak kepada Encik Muazzam? Alahai, malang di permulaan hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience