Bab 43

Romance Completed 44291

Qesya mengeluh. Hatinya bagai dirobek kasar. Selama ini dia ingatkan ibunyalah penyelamat. Pelampung yang boleh digunakan untuk menampung dirinya dari tenggelam di lembah pilu. Namun, kini dia merasakan bahawa ibunya seolah-olah sengaja mencampakkan dia ke lembah yang asing. Menjadi tunangan orang yang tidak dia kenali. Senang-senang ibunya bersetuju, padahal tuan empunnya badan langsung tak tahu menahu malah langsung tak mahu!

"Waa, cantiknya Sya! Dah macam orang nak kahwin." tegur Puan Rogayah yang melangkah masuk ke dalam bilik Qeisya. Sekadar solekan nipis yang dikenakan namun sudah mampu menaikkan seri wajah Qeisya walaupun langsung tiada ukiran senyuman pada wajah itu. Qeisya bersiap pada hari ini bukanlah kerana rela namun sekadar untuk menjaga air muka ibunya. Kalau boleh, dia akan menolak dengan sopan.

Baru kurung berwarna krim dengan sedikit lace pada lengan dan kaki baju kelihatan cantik digayakan oleh Qeisya. Tudungnya juga tampak ringkas dan selesa. Langsung tidak menonjol namun Qeisya kelihatan sangat ayu. Bertunang je pun, bukan kahwin.

"Assalammualaikum." satu suara kedengaran dari tingkat bawah. Hah, sudah! Masanya sudah tiba. Hari yang dia risaukan sudah menjelma. Hari ini adalah harinya. Status akan bertukar ganti kepada tunangan orang gara-gara sifat memandai ibunya. Puan Rogayah segera melangkah keluar dari bilik lalu meninggalkan Qeisya sendiri bagi menyambut kedatangan tetamu yang ditunggu-tunggu.

Qeisya merenung wajahnya di dalam cermin. Mengenang nasib diri. Kenapa harus dia lalui semua ujian yang maha hebat? Ditemukan dengan cinta, namun dimusnahkan oleh cinta. Lalu sekarang, ibunya cuma memaksa dia untuk menerima seseorang tanpa cinta. Bahagiakah dia nanti? Kenapa dia merasakan seolah-olah dia tidak layak untuk merasakan keindahan cinta melainkan keperitannya semata-mata? Kenapa dia rasa seolah-olah cinta itu menjauhkan diri dari dia? Oh, tolonglah cinta! Jangan pergi!

Jika dulu dia pernah bercinta, kenapa kini tidak? Tolonglah hadir dan kurniakan keindahan yang pernah dia rasakan sewaktu masih bersama Hadif. Keindahan yang membawa seribu satu kemanisan, kebahagiaan yang tiada tolok bandingnya. Jika bukan dia bersama Hadif lagi, berilah peluang untuk dia memilih cintanya sendiri. Ya, dia sendiri pun tidak mungkin akan memilih Hadif sekali lagi. Hadif cumalah masa lalu. Hadif merupakan kenangan lalu yang mengajarnya erti kecewa, erti bangkit dari terjunam sekaligus mengajarnya untuk berdiri lebih teguh.

Sedang Qeisya berangan sendiri, tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan. Belum pun sempat Qeisya bangun, daun pintu sudah pun dikuak. Ah, wajah Puan Rogayah menjenguk.

"Ready ye... Bakal mak mertua Sya nak masuk sarung cincin."

Kata-kata Puan Rogayah membuatkan jantung Qeisya berdegup kencang. Eh, tak tahu kenapa tapi Qeisya seolah-olah mampu mendengar dengan jelas degupan jantungnya yang menyesakan jiwa. Entah kenapa Qeisya berasa resah dan gelisah.

15 minit kemudian, sekali lagi pintu biliknya diketuk. Lalu masuklah Puan Rogayah bersama bakal mertua yang dimaksudkan. Sebaik saja Qeisya memandang wajah bakal mertuanya, dia menjadi kaku.

"Puan Nora?" Qeisya bingung sendiri. Macam mana Puan Nora boleh jadi bakal mak mertua dia? Tak mungkin Adam....

"Assalammualaikum, Sya. Alhamdulillah berpeluang juga nak jadikan Sya menantu. Tak lah kempunan." balas Puan Nora sambil tertawa kecil memandang wajah Qeisya yang jelas kelihatan keliru.

"Tapi...macam mana?" soal Qiesya.

"Eh, macam mana apanya, Sya?" giliran Puan Rogayah pula yang melontarkan senyuman. Jelas anaknya sedang kebingungan.

"Adam ikhlas nak memperisterikan kamu. Kalau boleh, tak payahlah kamu berdua bertunang lama sangat. Ini sekadar tanda semata-mata." ujar Puan Nora. Dia memandang Qiesya penuh kasih. Dia tahu apa yang sudah dilalui oleh Qiesya. Peritnya untuk Qeisya mengecap bahagia. Dalam diam dia menitip doa
agar anak terunanya tidak menyakiti hati wanita itu seperti mana bekas suaminya menghancurkan sekeping hati milik Qeisya.

Qeisya masih lagi dalam keadaan yang terkejut. Bagaikan sedang bermimpi, dia menunggu masanya untuk terjaga. Namun, segalanya terus berlalu bagaikan dia kini sedang berada di dunia nyata. Bukankah Adam telah lama menyepi? Bila masa pula Adam boleh berhubung dengan ibunya dan mempersiapkan segalanya termasuk majlis tertutup hari ini? Eh, ibunya pun satu! Haritu kata merisik, alih-alih semalam kata terus tunang. Dalam diam, Qeisya menidakkan apa yang berlaku. Ini semua mimpi!!

Harap maaf bagi yang dah sekian lama menunggu sambungan ❤️ Terima kasih atas kesabaran kalian ☺️ Terlalu banyak yang berlaku akhir² ini menyebabkan sy tertangguh untuk submit sambungan. Insyaallah tiada lagi penangguhan selepas ini

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience