Bab 5

Romance Completed 44291

"Eh, Masitah!" penuh keterujaan Puan Rogayah menyambut kedatangan kawan baiknya. Mereka berpeluk walhal baru seminggu tak bersua.

"Glad to see you!" balas Puan Masitah ceria.

"Nasib baik your daughter sudi terima order last minute aku. Kalau tak, tak jadilah majlis perpisahan kat office aku tu."

"Itulah kau, order kek lambat sangat tu dah kenape? Tak mungkinlah unplanning farewell party?" soal Puan Rogayah.
Dah namanya majlis perpisahan, mestilah kita dah sedia maklum siapa yang akan pergi, bila hari terakhirnya dan lain-lain.

"Sebenarnya aku yang lupa tentang majlis ni." ujar Puan Masitah jujur.

Berdekah mereka berdua ketawa. Mengenangkan sikap pelupa yang menguasai Puan Masitah. Majlis perpisahan staf sendiri pun boleh lupa. Nasib baik Qeisya sanggup terima order walaupun terpaksa menyiapkannya dalam keadaan yang tergesa-gesa.

Puan Rogayah sudah sedia maklum tentang Puan Masitah. Dia sentiasa mahu memberikan penghargaan terhadap staf-stafnya. Jadi tidak hairanlah mengapa Puan Masitah sangat disenangi oleh staf-stafnya.

"Sekejap ye, Mas. Aku ambil kek kau." ujar Puan Rogayah. Dia segera melangkah ke arah chiller. Tadi penuh chiller dengan tempahan pelanggan, sekarang cuma tinggal dua biji kek saja lagi. Satu kepunyaan Puan Masitah dan satu lagi...

Seorang lelaki muda melangkah masuk ke kedai. Serta-merta Puan Rogayah mengalihkan pandangannya kepada lelaki itu. Oh, barangkali satu lagi kek kepunyaan pemuda tersebut.

"Nak ambil tempahan ke?" tanya Puan Rogayah. Bersahaja namun terserlah kemesraan melalui senyuman yang dilemparkan.

"Aaa, ye... Tempahan dibuat atas nama..." belum pun sempat lelaki itu menyampaikan maklumat, Puan Rogayah laju memintas.

"Encik Muazzam ye?" soalnya. Ah, dah sah-sah itulah jawapannya memandang satu lagi tempahan milik Puan Masitah.

Pemuda itu sekadar tersenyum dan mengangguk. Puan Rogayah mengambil kotak kek satu persatu. Kedua-dua resit yang ditampal pada kotak di ambilnya untuk diberikan kepada pelanggan sebagai bukti pembelian. Resit yang terteranya nama "Encik Muazzam" diserahkan kepada pemuda itu.

"Ha, ini pulak kau punye." kata Puan Rogayah seraya menghulurkan kertas resit tersebut kepada Puan Masitah.

"Rogayah, come and join me. Bolehlah kita borak-borak selepas majlis tu nanti." ujar Puan Masitah sambil tangannya ligat melipat kertas resit lalu menyimpannya.

"Hah, boleh jugak. Qeisya pun rasanya dah free. Tengah main dengan Adelia agaknya. Aku terus tumpang kau, boleh?"

"Uiee, of course ! Tak kanlah tak boleh. Tak sampai hati gak aku nak biarkan kau menapak ke office." balas Puan Masitah lalu tertawa.

Buat seketika, kedua-dua sahabat itu seakan-akan lupa pada pemuda yang sedang menunggu kotak keknya dihulurkan. Nak di ambil sendiri nampak sangat tak sopan. Mahu tak mahu terpaksalah dia berdehem sebagai tanda.

"Eh, lupa pulak. Nah, hehehe." Puan Rogayah tersipu sendiri.

"Terima kasih, ye." Pemuda tersebut segera berlalu bersama senyuman. Alahai, murahnya dengan senyuman. Geli hati barangkali. Melihat keletah Puan Rogayah yang mengabaikan kewujudannya sebentar tadi.

"Rogayah, jomlah. Majlis dah nak start. Kang lama pulak budak-budak tu tunggu aku."

"Eh, haa kejap." Puan Rogayah melangkah ke bilik rehat. Ternyata Qeisya berada di situ. Menyusukan anaknya.

"Sya, ibu nak keluar dengan Puan Masitah. Nanti kamu drive kereta mak teruslah ye? Nah, ambik ni kunci kereta." ujar Puan Rogayah sambil membaling kunci keretanya ke arah Qeisya. Pantas Qeisya menyambut.

"Okay, bos. Pergilah sebab sekarang pun dah pukul empat dah. Dua jam je lagi tutup kedai dah so rasenye everything will be just fine kot but mom, please be safe." balas Qeisya.

Biasanya pada waktu begini bussiness dah mula slow down. Waktu kemuncak bermula seawal jam 9 pagi sehingga 3 petang. Atas sebab itulah Qeisya selalu kelam-kabut pada waktu pagi kerana kedai dibuka untuk beroperasi pada jam 8. Dia hanya ada satu jam untuk persediaan.

"Yana ada dekat belakang, kan? You two elok-elok jangan gaduh." pesan Puan Rogayah sekadar berseloroh.

"Hah, kami tak reti gaduh. Kami saling sayang-menyayangi antara satu sama lain." Qeisya membalas selamba. Puan Rogayah tertawa kecil.

"Okaylah, Sya. Pergi dulu. Lama dah Puan Masitah tunggu. Kamu cepat-cepat keluar jaga bahagian depan ni." sebaik sahaja habis bertutur, kelibat Puan Rogayah segera menghilang.

Qeisya segera bangun lalu mengendong Adelia bersamanya menuju ke arah kaunter. Mereka bermain-main sesama sendiri. Ah, nampak bahagia dan sempurna.

Ah, sememangnya dia bahagia dan terasa sempurna. Ketiadaan seorang suami di sisi tidak mencacatkannya namun lebih memberi kesan kepada si kecil Adelia.

Adelia tidak pernah merasa kasih seorang ayah. Qeisya sendiri sekurang-kurangnya pernah merasa bahagia di samping seorang suami sebelum kehilangan suami itu. Tapi tidak bagi Adelia yang langsung tidak tahu apa itu kasih sayang seorang ayah. Oh Tuhan, semoga ada sinar untuk si kecil, Dhia Adelia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience