BAB 4

Crime Completed 2168

Kedengaran suara azan berkumandang merdu dari masjid tidak jauh dari keretanya diparkir membuatkan perut Wina makin berkeroncong minta untuk diisi. Dia mengesat sedikit peluh halus yang merenik di dahinya yang hanya ditepek bedak serbuk itu. Usai masuk kedalam kereta dia menarik nafas lega sedikit. Kuna sudah pun duduk disebelahnya. Plastik berisi makanan diberikan kepada Kuna dek kerana dia perlu memandu. Wina menyiku lengan Kuna yang sedang termenung jauh. Mukanya pucat lesi.

“Okay ke tak ni?”. Soal Wina lagi bila Kuna tidak memberi reaksi. Aircond kereta kuat sangat ke?. Soal Wina sekali lagi sambil tangannya melaraskan tahap kesejukan kepada satu. Kuna mengelengkan kepalanya.

Wina memandang sekilas wajah Kuna yang kaku disebelahnya bagaikan baru lepas nampak hantu sambil memulakan pemanduannya. Dia menghela nafas berat. Kuna membiarkan plastik makanan yang dibeli oleh mereka sebentar tadi diatas ribanya. Wina mula sebal dengan sikap Kuna yang mendiamkan diri sejak kejadian di gerai goreng pisang viral tadi. Akhirnya dia mencuit lengan Kuna sebelum bersuara.

“Hensem sangat ke mamat tadi sampai kau terdiam macam ni?”. Soal Wina dengan nada tidak puas hati. Mata ditumpukan ke arah jalan. Kepalanya berasa sedikit berdenyut disebabkan oleh perutnya yang masih kosong.

Kuna masih mendiamkan diri tidak memberi respon kepada soalannya. Wina sudah buat muka. Pedal minyak serasanya mahu saja ditekan kuat agar dia boleh sampai rumah secepat mungkin. Mengisi perutnya yang lapar dan terus berangkat ke katil untuk beradu. Dia mengambil cuti pada hari isnin dan selasa kerana hendak berehat.

Sebelum Mok dan Kuna tidak bekerja, mereka berdua juga turut serta jika ada antara mereka yang mengambil cuti tahunan hanya kerana hendak berehat dirumah. Jika ditanya atas alasan apa mereka suka mengambil cuti pada waktu yang sama. Entahlah memang mereka sudah begitu sejak tinggal bersama.

Ya. Baru dia sedar yang esok sehari saja cutinya masih berbaki. Wina mendengus sedikit. Teringat perancanganya hendak bermalas-malasan di atas katil selepas pulang dari membeli makanan tengah hari dan menemani Kuna membeli goreng pisang kegemarannya. Tapi kejadian tengah hari tadi telah memaksanya untuk menjadi pemandu tidak berbayar untuk menghantar lelaki yang dibelasah tadi ke klinik. Hendak menolak tidak terdaya.

“Siapa nama dia tadi?”. Soal Kuna tiba-tiba. Wina mencebik mendengarkan soalan Kuna. Mindanya mengimbas kembali wajah lelaki yang dijumpai mereka berdua sebentar tadi.

“Jian”. Pendek Wina menjawab setelah lama mendiamkan diri.

“Kau tak serius kan dengan jawapan kau tadi?”. Soal Wina tiba-tiba. Tak mungkin Kuna berubah laku disebabkan oleh kejadian tadi.

“Kau Kuna!”. Wina tiba-tiba menjerit. Dahinya berkerut. Tapi Kuna masih lagi diam dan tidak memberi sebarang reaksi.

“Aku serius Wina”. Akhirnya Kuna bersuara memberikan kepastian dengan wajah selambanya.

“Kau gila Kuna?. Ini bukan macam drama China pukul 6 yang kau selalu tengok tu tau”. Soal Wina kembali dengan nada serius.

Makin senak terasa kepalanya. Kuna yang mulutnya bising dan kadang-kadang bila bercakap tidak bertapis. Suka cari masalah tapi selalu hilang bila masalahnya perlu diselesaikan. Sudah lama Kuna tidak buat perangai begini selepas dimarahi oleh Uyaa. Tapi kali ini sepertinya Kuna betul- betul serius dengan keputusannya. Bila Kuna bertindak menguncikan semula mulutnya Wina terus menekan pedal minyaknya laju. Dia harus sampai rumah secepat mungkin!.

Wina menguis nasinya yang baru dijamahnya suku. Seleranya mati bila Kuna mula membuka mulut mengenai pertemuannya dengan lelaki yang bernama Jian itu dimeja makan. Cempaka yang masih diam cuba memproses jalan cerita dan rasional keputusan yang dibuat oleh Kuna. Manakala Mok yang sudah merah padam mukanya menahan marah dengan perangai Kuna. Walaupun Kuna dan Mok adalah best friend forever ketika menonton drama kegemaran mereka bersama tapi Mok tetap tidak boleh bersabar dengan perangai Kuna yang satu itu.

Wina berjalan ke arah singki membasuh tangannya sebelum berdiri di sebelah Mok. Dia mengelengkan kepalanya perlahan. Malapetaka apalah yang jadi harini. Sudahlah tadi dia sudah kena hadap perangai Kuna sampai senak kepalanya. Sangkanya sampai dirumah dia dapat makan dengan tenang dan kemudian berehat. Tapi kuna boleh pula buka mulut.

Awalnya Wina hanya mahu jadi pendengar dan memerhati tapi bila Kuna hanya membuka cerita ketika mereka dihospital jadi dia mengambil keputusan untuk masuk campur dengan menceritakan kejadian sebenar dari awal. Wina berkira-kira jika dia cerita dari awal mungkin reaksi Mok dan Cempaka akan berubah. Kejadian semasa Kuna hampir diragut setelah selesai membeli goreng pisang viral dan lelaki yang bernama Jian itu telah menyelamatkan keadaan. Tapi hasil pergelutan menyebabkan lelaki itu cedera dan dia menjadi pemandu tidak berbayar menghantar lelaki bernama Jian itu ke klinik.

Kuna berulang-ulang kali bertanya kepada lelaki itu bagaimana dia hendak membalas jasa baik lelaki itu tapi ditolak. Namun disebabkan oleh perangai Kuna yang keras kepala itu dengan tidak mahu berganjak selagi lelaki itu tidak menjawab soalannya akhirnya lelaki itu bertanya jika Kuna tahu mengenai mana-mana kekosongan rumah sewa.

Bila Wina menyoal kenapa dia tidak menyewa sendiri jawapannya mudah. Dia seorang gay. Ya! Seorang gay!. Jadi agak susah dia hendak tinggal serumah dengan lelaki. Ya! lelaki itu mengaku dihadapannya dan Kuna yang dia adalah seorang gay. Gila! Nak je aku ceramahkan si Kuna ni dosa orang yang suka golongan sejenis ni!.

Usai bercerita Wina memandang wajah Cempaka dan Mok bersilih ganti. Sepertinya rancangannya gagal bila mana wajah Cempaka dan Mok makin serius dilihatnya. Wina berdehem sedikit. Tidak tahu jika dengan menceritakan dari awal dapat membantu atau hanya memburukkan keadaan. Kuna pula sudah mencerlung memandangnya.

“Dia akan tinggal sini”. Kuna bersuara. Tak ubah seperti anak manja yang sedang memprotes bila kehendaknya tidak dituruti. Wina menarik nafas dalam melihat perangai Kuna.

Mok tiba-tiba menumbuk meja makan kuat. Disebabkan tubuh badanya yang agak gempal bergegar meja kayu segiempat itu dibuatnya. Cepat-cepat Wina menarik Mok ke tepi sebelum Mok bertindak naik tangan ke atas Kuna. Wina sudah dapat mengagak reaksi yang bakal diberikan oleh Mok sebaik saja Kuna membuka mulut. Cempaka pula masih mendiamkan diri.

“Dia cakap dia gay”. Tegas Kuna cuba untuk menenangkan kerunsingan Mok.

“Kau gila Kuna?!. Apa terdesak sangat kita ni?”. Soal Wina tidak puas hati. Dia tidak faham kenapa Kuna semudah itu membuat keputusan dan membelakangi mereka.

Mok tergelak sinis. “Kau cakap jelah yang kau jatuh cinta dekat mamat tu!. Macam aku tak kenal kau Kuna!. Dulu pun macam ini juga bila ada jantan terus lupa kawan!”.

Mok!. Suara Cempaka naik sedikit menghentikan Mok yang boleh membuatkan keadaan makin buruk. Kuna merengus kuat dengan apa yang dikatakan oleh Mok kepadanya.

“Dia janji akan bayar full sewa bulan ini. Dia nak stay sebulan saja. Please korang. Lagi pun memang ada satu bilik kosong kan”. Kuna sudah merayu. Wina memegang dahinya. Terasa makin berdenyut kepalanya. Bala betul. Dia merengus.

Mok tergelak sinis. Cempaka pula kelihatannya seperti hendak berkata sesuatu tapi ditahan. Rona wajahnya sudah bertukar merah mungkin cuba untuk menahan marah dengan sikap dan kerenah Kuna. Tangan Wina masih memegang bahu Mok kejap. Sesekali dia mengusap belakang Mok cuba meredakan api kemarahan atau baran Mok. Takut kalau Mok naik angin lagi. Silap-silap lunyai Kuna dikerjakannya. Sudahlah Kuna itu halus saja orangnya nak dibandingkan dengan Mok.

“Kuna. Kita semua perempuan dan dia lelaki. Apa yang kau fikir?”. Akhirnya Cempaka bersuara. Wina menghela nafas lega. Akhirnya!. Dia menanti Cempaka untuk masuk campur urusan ini. Dia panas dengan sikap Kuna, dia tidak tipu serasanya hendak ditampar saja muka Kuna dengan kerenahnya itu. Tapi jika dia dan Mok naik angin dan Cempaka tidak masuk campur maka perkara ini akan bertambah buruk dan berlarutan. Sedari tadi dia menahan rasa dan akhirnya Cempaka membuka mulut.

Kuna sudah berdrama air mata bila Cempaka sudah buka mulut. Soalan Cempaka lansung tidak dijawab. Wina menarik nafas dalam menahan sabar buat kesekian kalinya lagi. Mok pula sudah membebel sendirian di tepi singki. Mungkin dengan bercakap dengan pili singki mampu meredakan kemarahanya. Jadi Wina biarkan saja Mok begitu.

“Dia tolong aku Cempaka”. Jawab Kuna dengan juraian air mata. Kuna yang tahu kelemahan Cempaka. Jadi dia gunakan air matanya yang banyak itu sebagai senjata terulung untuk memenangi peperangan antara mereka pada petang itu.

“Jadi?”. Soal Cempaka kembali sambil menghulurkan tisu kepada Kuna. Mok sudah berdiri sambil bersilang tangan melihat drama air mata Kuna. Wina juga turut sama.

“Dia tolong aku”. Kuna ulang ayat yang sama sekali lagi dengan esakan halus dan begitu juga Cempaka. Dia mengulangi perkataan yang sama. Masih bertanya sebab utama Kuna perlu membuat keputusan begitu.

“Dia tolong aku Cempaka!. Kenapa kau taknak cuba faham aku?!”. Soal Kuna dengan suara sedikit meninggi. Dia sudah pun bangun berdiri. Mungkin sebal dengan cara Cempaka dan taktiknya yang tidak berjaya. Biasanya Cempaka lebih suka mengalah dan ambil jalan untuk memahami dan bukan mempersoal. Tapi hari itu Cempaka tidak berbuat begitu, mungkin dia sudah cukup dengan perangai Kuna atau dia tidak dapat menerima keputusan Kuna yang seperti kebudak-budakkan itu tanpa mengambil kira perasaan yang lain dan bahaya yang akan datang.

Cempaka ambil posisi untuk tetap dengan pendiriannya. Untuk menjadi keras kepala bukan seperti selalu yang selalu mengalah.
“Aku dengan Mok dah tak bekerja. Dia akan bantu untuk bayar sewaan tertangguh Cempaka!”. Tutur Kuna. “Kau tak perlu takut dengan Mak Wati lagi!”. Tambahnya lagi.

"Kuna!". Wina mencerlung menikam anak mata Kuna. Jika sekalipun Kuna memang terdesak mahu jantan itu masuk kerumah mereka. Tapi hal mengenai Cempaka dan Mak Wati tidak perlu disebut dan dilibatkan sekali. Kuna sudah keterlaluan. Bukannya mereka bertiga tidak tahu yang Mak Wati selalu mencederakan Cempaka.

Wajah milik Cempaka brtukar. Rona wajahnya memerah. Malu barangkali memikirkan bahawa rakan-rakannya tahu dia sering dibuli dan didera oleh ibu kandung dan ibu saudaranya sendiri.

Cempaka bangun berdiri. Dia memandang Kuna yang sedang duduk memandang kearahnya.

“Ajak Jian datang berjumpa kami dulu esok Kuna”. Langkah kakinya terus dihayun laju kearah biliknya meninggalkan Kuna, Mok dan Wina.

Wina meraup wajahnya. Akhirnya taktik Kuna berjaya. Taktik drama air mata itu tidak pernah mengecewakan untuk membuatkan orang seperti Cempaka tunduk. Suara Mok yang bising dengan keputusan Cempaka tidak diendahkannya. Wina juga hendak meluahkan rasa tidak puas hatinya tapi dia dapat merasakan yang Cempaka punya masalah lain. Jadi dia telan rasa marah itu. Dilepaskan amarahnya dengan menghempaskan pintu biliknya sekuat mungkin tanda protes.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience