Beg kertas berisi bekalan makanan yang dipegang tangan kanannya dipandangnya sekilas. Susuk tubuh ibu saudaranya yang sedang membelakanginya menyidai baju diperhatikan. Dia memberi salam perlahan tapi cukup untuk didengari oleh wanita itu. Sebaik saja Mak Wati memusingkan tubuh menghadapnya. Cempaka tersenyum nipis.
“Ha kau“. Tegur Mak Wati sebaik saja wajah Cempaka dilihatnya. Dia berjalan beberapa tapak membuka pintu pagar rumahnya memberikan laluan kepada anak saudaranya itu untuk masuk ke laman rumahnya.
“Ini Cempaka ada bawakan makanan“. Beg kertas yang berisi makanan dihulurkan kepadanya tapi tidak disambut malah dia berlalu pergi meneruskan menyidai pakaian yang tertangguh sebentar tadi. Cempaka berjalan kearah meja batu berbentuk bulat tidak jauh dari ampaian. Dia meletakkan beg kertas tersebut di atas meja. Satu sampul berisi wang juga diletakkan disebelahnya.
“Cempaka letakkan sekali duit sewa untuk bulan ni..”. Tapi tidak diendahkan oleh wanita itu.
“Mak Wati dah makan?”. Soalnya lagi mencari idea untuk berborak. Walhal jantungnya berdegup kencang dan tubuhnya berpeluh dingin dek kerana ketakutan jika wanita itu tiba-tiba sahaja boleh naik gila dan memukulnya. Sama seperti ibunya.
“Kau ingat aku takda laki takda anak hidup aku kebulur ke kalau kau tak bawak makanan?”. Soal Mak Wati. “Pandailah aku hidup”. Dia bergerak menghampiri Cempaka. Sampul berisi duit dibeleknya. Pandangannya kemudiannya dialihkan kearah luar pagar.
“Kawan kau Uyaa ada dekat rumah?”. Soal Mak Wati tiba-tiba. Dahi Cempaka sedikit berkerut dengan soalan ibu saudaranya itu.
“Dia dah balik minggu lepas. Tapi Uyaa jarang ada dirumah”. Beritahu Cempaka jujur. Uyaa memang begitu sama ada di bekerja diluar kawasan atau tidak sama sahaja. Jarang sekali berada dirumah. Malah sejak kebelakangan ini semakin sibuk tidak seperti diawal perkenalan mereka. Bunyi Mak Wati mendengus kuat mengalihkan lamunan Cempaka. Dia memandang wajah ibu saudaranya yang memandangnya.
“Kenapa?”. Soal Cempaka. Tapi soalannya tidak berjawab. Ibu saudaranya terus berlalu ke pintu masuk rumahnya.
“Kau tahu ayah kau…” Tiba-tiba Mak Wati bersuara dimuka pintu rumahnya. Cempaka bangun berdiri menghadap ibu saudaranya.
“Kenapa dengan ayah?”. Soal Cempaka bila ibu saudaranya itu tidak menghabiskan kata-katanya.
“Kau tahu bukan punca hidup aku musnah sebab ayah kau?”. Soalnya lagi. Cempaka terdiam. Ini bukan kali pertama dia mendengar cerita mengenai arwah ayahnya itu. Malah ada waktu ketika dia dipukul oleh ibunya juga kadang kala wanita itu memaki apa yang arwah ayahnya lakukan.
Cempaka mengangguk perlahan. Cerita mengenai bagaimana ayahnya seorang pengetua rumah anak yatim dituduh merogol beberapa penuntut disitu dan ibu saudaranya ditangkap bersama atas tuduhan bersubat. Tapi arwah ayahnya tidak sempat ditangkap bila mati didalam kemalangan hanya ibu saudaranya sahaja yang ditahan oleh pihak polis pada ketika itu. Kejadian yang ibunya sering kali ulang. Kata ibunya kejadian hitam yang membuatkan dia benci untuk mengingati. Umurnya pada ketika itu hanyalah 15 tahun. Dia yang terlalu sibuk dengan pelajaran dan peperiksaan tanpa sedar apa yang sedang terjadi ke atas keluarganya.
“Sebab itu aku benci kau!”. Tutur Mak Wati sebelum masuk kedalam rumahnya. Bunyi pintu dikunci dari dalam. Cempaka mengeluh halus. Bukan pertama kali dia dibenci dengan alasan atas apa yang arwah ayahnya lakukan. Nampaknya sepanjang hidupnya dia akan dihamun atas segala kesalahan ayahnya dulu. Getus hatinya.
Awan mendung menghiasai dada langit walaupun pada ketika itu jam sudah meginjak 12 tengah hari. Cempaka berjalan perlahan menuju kerumah sewanya selepas berkunjung kerumah ibu saudaranya. Perjalanan yang hanya mengambil masa sepuluh minit itu terasa lama. Mindanya menerawang akan hal bayaran sewa rumah. Jian akan keluar awal bulan depan. Itu yang Cempaka risaukan. Maka bebanan duit sewaan rumah akan jatuh kembali ke bahu mereka jika Mok dan Kuna masih lagi tidak dapat mencari pekerjaan. Dia perlu bertanya dengan Uyaa.
Wina sudah memberitahu yang dia mungkin tidak dapat membantu sepenuhnya kerana gajinya yang hanya cukup-cukup sahaja. Uyaa pula terlalu sukar untuk berjumpa dengan rakannya itu. Dua minggu sekali juga sukar untuk ketemu. Jika Uyaa bekerja di luar lapangan kadang ambil masa hingga berminggu. Jika dia pulang kerumah sehari dua sahaja di kelihatan. Selebihnya Uyaa banyak menghabiskan masa diluar.
Dia pula bekerja dari siang hingga ke malam. Lansung tidak punya waktu hendak berborak. Jika pulangnya sudah lewat. Dia letih. Sabtu dan ahad juga kadang-kadang dia perlu bekerja. Atau dia perlu bercakap dengan Mok dan Kuna mengenai situasi sebenar. Tapi dia tidak sampai hati. Cempaka mengigit bibirnya. Mindanya tepu.
Ibu saudaranya memang sengaja menaikkan sewaan bulanan rumah mereka dua kali ganda dari asal dengan alasan bermacam-macam. Dia tahu ibu saudaranya itu sengaja mencari pasal dengan menyusahkan dirinya. Mak Wati cukup tahu yang dia tidak mungkin akan membiarkan hal dia tidak mampu untuk membayar sewa rumah sampai ke telinga ibunya. Ngeri bila memikirkan perkara itu.
“Cempaka..”. Jian memangil bila mana dia terlihatkan susuk tubuh itu memasuki ruang tamu rumah. Cempaka mengalihkan pandangannya kearah Jian yang datang menghampirinya dari arah dapur.
“Tak nampak Uyaa dua hari ni..”. Jian membuka bicara penuh berhati-hati. Niatnya hendak bertanya jika Cempaka tahu dimana kembarnya tinggal sejak kejadian mereka bertekak tempoh hari.
“Ah!. Dia tidur hotel. Ada hal katanya”. Jawab Cempaka tanpa sebarang syak wasangka.
Jian mengangguk perlahan. Dia sudah tahu yang kembarnya tinggal dihotel. Soalan sebenar yang ingin ditanya adalah hotel yang mana satu.
“Hotel mana?”. Soal Jian. Cempaka tidak menjawab. Jian tersenyum. “Oh tak sebab haritu macam ada nampak dia”. Sambung Jian lagi. Dia tahu Cempaka ada menyimpan perasaan syak wasangka dengannya.
Cempaka tersenyum nipis. “Saya tak tahu”. Jawabnya ringkas. Memang dia tidak bertanya kepada Uyaa dihotel mana rakannya itu tinggal. Jian mengangguk perlahan. Senyuman masih menghiasi bibirnya. “Mok dengan Kuna pun takda..”. Sambungnya.
“Mok dengan Kuna balik kampung..”. Jawab Cempaka. “Wina balik kampung juga?”. Soal Jian lagi. Entah kenapa laju saja mulutnya bercakap. Perbualan yang tidak lansung dirancang.
“Wina…”. Cempaka terhenti disitu lama sebelum menyambung. “Dia dah takda mak ayah”. Jawab Cempaka. Wina merupakan teman rapatnya sejak kecil. Tidak seperti Mok, Kuna dan juga Uyaa yang dia ketemu sejak bekerja di situ. Jian terdiam. Tidak menyangka soalan itu akan dijawab begitu. Hatinya berat dan sedikit pedih mungkin mengingatkan kembali kenyataan bahawa dia juga anak yatim piatu.
“Tapi dia selalu balik rumah anak yatim yang jaga dia dulu..”. Sambung Cempaka lagi bila melihatkan air muka Jian berubah. Jian hanya mengangguk mendengar.
“Kami kawan baik. Arwah ayah saya pernah kerja dekat rumah anak yatim tempat Wina tinggal”. Cempaka membuka cerita. Senyuman masih menghiasi bibirnya. Jian bukan seperti yang disangkakannya. Gumam hatinya. Mungkin mereka sudah salah faham dengan Jian.
“Rumah anak yatim mana?”. Soalnya bersahaja. Dia juga pernah tinggal di satu buah rumah anak yatim. Sengaja bertanya soalan begitu sudah alang-alang Cempaka membuka cerita.
“Kampung Bidadari”. Jawab Cempaka senafas. “Ayah saya Pengetua dekat situ. Pengetua Khalid”. Tambah Cempaka lagi.
Pang!. Jian tergamam. Sepertinya kepalanya dihentak oleh sesuatu yang maha berat saat nama Kampung Bidadari dan Pengetua Khalid meluncur laju keluar dari mulut Cempaka. Jantungnya berdebar hebat dan serasanya mukanya sudah hilang kesemua darah. Raisa!.
Share this novel