Arta menarik tangan Raisa yang laju berjalan kearah keretanya. “Sekejap Raisa!”. Panggil Arta menghentikan langkah kaki Raisa.
“Kenapa Arta?”. Soal Raisa. Mula sebal dengan sikap Arta. Dia tidak mengerti kenapa Arta perlu menahannya begitu dan tidak bersetuju dengan perancangan mereka. Jika mereka berjaya dapatkan kepercayaan Wina dan fail tersebut sudah pasti Thamin akan jatuh kedalam perangkap mereka. Dia yakin yang Thamin akan lakukan apa saja demi fail tersebut. Adakah Arta masih sangsi dengan Yesa?. Soalnya sendiri.
“Ada sesuatu yang tidak kena dengan kes ini Raisa. Kau tak nampak?”. Soal Arta tenang walaupun dadanya berombak menahan marah. Dia sendiri tidak tahu dari mana dia dapat kekuatan untuk setenang itu menghadapi perangai Raisa yang terburu-buru dan dia sendiri yang tidak mengalah untuk sedaya upaya memujuk Raisa.
Jika dia yang dulu berada di dalam situasi sekarang sudah tentu dia akan membiarkan saja Raisa jahanam dengan rancangannya yang membahayakan dirinya sendiri dan dia yakin dia sudah pun terpacak berdiri di hadapan Wina pada ketika itu untuk mendapatkan fail tersebut tanpa perlu memikirkan apa yang dia patut lakukan keatas Wina. Tanpa perlu meminta persetujuan Yesa. Tanpa perlu berfikir soal mati atau tidak. Yang penting fail tersebut dia boleh dapatkan. Tanpa perlu bertanya kepada Yesa apa yang dia perlu lakukan. Dahi Raisa berkerut seribu. “Apa yang tidak kena Arta?”. Soal Raisa kembali. Kening Raisa terangkat bila terasa gengaman tangan Arta semakin kuat dipergelangan tangannya. Arta yang sedang menahan perasaannya.
“Tidak cukup lagikah dengan semua yang jadi?. Kau masih tak percayakan Yesa?”. Soal Raisa bila Arta mendiamkan diri. “Kenapa Raisa?. Kenapa kau pilih jalan ni sedangkan kau tahu perkara sebenar?”. Soal Arta. Dia memadang wajah Raisa.
“Paswi mati sebelum sempat aku jumpa dia. Sebab aku yakin Jian dah buat perjanjian dengan Thamin. Jian dah ceritakan mengenai kita kendalikan kes sulit dan fail 6District kepada Thamin. Jian bunuh Paswi sebagai pulangan kepada keselamatan aku dan Jian. Jian nak bawa aku pergi dari agensi”. Tutur Raisa menjelaskan. Arta menanti penuh sabar untuk Raisa menghabiskan kata-katanya.
“Thamin fikir dengan matinya Paswi semuanya akan selesai. Sebab mungkin dia tahu tiada seorang pun tahu mengenai dimana fail 6District kecuali Madam Jane sendiri. Fail yang kau sendiri tidak percayakan kewujudannya”. Sambung Raisa.
“Tidak Raisa. Bukan aku tak percaya. Tapi lebih kepada sama ada fail tersebut masih kekal ketulenannya atau tidak”. Arta menidakkan. Raisa mengeluh halus. Dia membalas pandangan Arta.
“Aku siasat rumah Madam Jane. Memang benar fail tersebut wujud dan atas sebab itu aku terima panggilan dari insider informer yang memegang fail tersebut. Tapi macam kau tahu aku gagal dapatkan fail tersebut. Hari yang sama Paswi ditemui mati”. Kini Arta pula menjelaskan keadaanya. Apa yang dia rasa dan fikirkan.
“Aku fikir ianya kerja Thamin dan sudah pasti Jian yang mendapatkan fail tersebut. Tapi jika fail tersebut jatuh ke tangan Thamin dan diambil oleh Jian sendiri mengapa perlu dihantar kerumah kau Raisa?. Atas nama Wina?”. Soal Arta.
“Jadi?. Apa yang kau nak katakan Arta?”. Soal Raisa.
“Thamin sendiri memasang perangkap ini terlalu aneh dan tidak logik sedangkan dia senang-senang saja boleh hapuskan bukti tersebut selepas dia membunuh Paswi. Melainkan..”. Katanya terhenti disitu.
Kening Raisa terangkat. “Melainkan?”. Soal Raisa.
“Kalau dia menanti masa untuk aku mendapatkan fail tersebut. Kemudian dia gunakan fail tersebut untuk letakkan tekanan pada kau Raisa. Untuk gunakan kau..”. Tutur Arta. “Maksud kau .. Dia?”. Soal Raisa. Bibirnya bergetar.
“Dua minggu lagi mesyuarat terakhir dari the founder. Kau tahu apa maksudnya Raisa?. Dengan matinya Paswi dia tidak punya cara lain melainkan menangkap Thamin in action. Dalam kata lain dia perlukan umpan untuk itu berlaku”. Raisa sudah mencerlung menikam anak mata Arta.
“Cukup Arta!. Jangan burukkan keadaan”. Raisa menarik pergelangan tanganya. Arta menghela nafas berat sudah dapat menjangka reaksi yang diberikan oleh Raisa. Raisa sudah terlalu buta untuk melihat keburukan Yesa. Dia sendiri yang memilih untuk tidak melihat. “Manusia memang tidak akan belajar tanpa kesakitan”.
“Aku akan teruskan rancangan kita Arta. Kita akan lihat nanti sama ada apa yang kau katakan itu benar atau tidak. Tapi sekarang aku perlukan kau untuk jaga Wina. Kita perlu teruskan apa yang kita sudah setujui”.Tutur Raisa sebelum berlalu pergi meninggalkan Arta yang masih memandangnya dengan raut wajah kesal.
Raisa memberhentikan kereta diluar pagar rumah sewanya. Kakinya laju menapak masuk ke dalam rumah. Pintu rumah dibiarkan tidak berkunci membuatkan jantung Raisa berdebar. Dia masuk ke dalam rumah mencari rakan-rakannya tapi hampa seorang pun tiada bayang. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket seluar jean yang dipakainya. Nombor telefon Wina didailnya tapi tidak berangkat. Dia kemudian mencuba untuk menghubungi Cempaka namun turut menemui jalan buntu.
Raisa mengigit bibirnya kuat. Mungkinkah sesuatu yang buruk sudah menimpa rakan-rakannya. Pandangannya kemudian dialihkan ke laman rumah. Kening Raisa terangkat bila melihatkan kereta Wina yang tiada di laman rumah. Raisa duduk di atas sofa diruang tamu memikirkan bagaimana hendak bertemu dengan Wina semula jika rakannya itu sudah menghilangkan diri. Bunyi telefonnya berdering menghentikan lamunannya.
“Wina!”. Jerit Raisa sebaik saja dia mengangkat telefonnya. Dia bangun berdiri.
“Uyaa..”. Suara Wina menyahut perlahan menyapa deria pendengarannya. Raisa menarik nafas dalam cuba untuk bertenang. Dia perlu berjaya memujuk Wina.
“Kau dekat mana?”. Soal Raisa. “Aku ada dengan yang lain..”. Jawab Wina tersekat-sekat.
“Aku bagitahu dekat yang lain pasal fail itu Uyaa”. Tambah Wina lagi. “Aku takut kalau apa-apa jadi dekat aku. Aku tak boleh percayakan kau”. Wina berterus terang.
Raisa memejamkan matanya rapat. Kepalanya terasa berat. Kini perkara yang dia ingin elakkan sudah pun terjadi. Jika begini target mereka bukan hanya Wina sahaja malah Cempaka, Mok dan Kuna juga akan turut dalam bahaya. Kenapa Wina!Kenapa kau tak dengar cakap aku!. Gumam Raisa sebal.
Raisa menarik nafas dalam. “Okay. It’s okay Wina. Sekarang kau bagi tahu aku kau ada dekat mana. Kita perlu berjumpa”. Tutur Raisa cuba berlembut dengan Wina. Tapi soalanya itu tidak dijawab. Wina hanya mendiamkan diri. “Kita perlu berbincang Wina”. Pujuk Raisa lagi.
“Okay Uyaa. Nanti aku text tempatnya”. Tutur Wina setuju untuk berjumpa dengan Raisa.
Raisa mengengam telefonnya kuat sebaik saja talian dimatikan. Dadanya berombak dan ada satu getaran halus yang membuatkan perutnya kecut bila memikirkan kemungkinan Thamin akan mengila dan menyebabkan bukan Wina seorang sahaja yang akan tercedera.
“Jadi kau buat semua ini sebab nak balas dendam Raisa?”. Soal Jian yang tiba-tiba muncul dibelakang Raisa. Raisa menoleh kebelakang menghadap wajah kembarnya yang berdiri tidak jauh darinya. Hanya beberapa langkah jarak antara mereka.
Raisa tidak menjawab. Tidak punya tenaga untuk bertekak dengan Jian. Dia berjalan kearah pintu rumah tidak mengendahkan Jian. Hatinya masih sakit dengan Jian kerana masuk campur urusannya hinggakan segalanya jadi celaru begini.
“Raisa….” Panggil Jian. Seraya itu dia menarik lengan Raisa. Raisa menjeling tajam. Dia kemudian merentap pergelengan tangannya.
Jian menarik nafas dalam. Dia menunduk seketika sebelum mengangkat kembali wajahnya memandang Raisa.
“Abang minta maaf”. Tutur Jian. Tapi Raisa memandangnya dengan wajak jelek. Perkataan abang itu membuatkan telinganya berbulu. Tujuh tahun tidak ketemu dan tempoh itu hanya perasaan benci yang memenuhi segenap ruang hatinya terhadap kembarnya itu dan sekarang Jian tiba-tiba hendak mengelarkan dirinya sebagai abangnya?. Muak tekaknya.
“Abang minta maaf. Untuk semuanya. Sebab tak percayakan Raisa. Sebab tinggalkan Raisa malam itu”. Tutur Jian ikhlas dan tetap berdegil mengelarkan dirinya abang.
“Cukuplah Jian”. Raisa menjawab sepatah. Dia sudah buat muka tidak senang dengan Jian.
“Raisa. Abang minta maaf. Abang sepatutnya bawa Raisa keluar dari situ awal-awal lagi. Abang sepatutnya pertahankan Raisa malam itu”. Tutur Jian. Raut wajahnya cukup kesal dengan apa yang dia lakukan malam itu. Raisa tidak tahu betapa dia menyesal tidak mempertahankan kembarnya itu pada malam kejadian. Betapa sesalnya dia menyuruh Raisa bertemu dengan Pengetua Khalid malam itu. Tidak terkira berapa ribu kali dia mengulangi peristiwa malam itu di dalam kotak memorinya.
Memikirkan kemungkinan kalaulah dia percayakan Raisa. Kalaulah dia memilih untuk mendengarkan Raisa daripada membantu anak Pengetua Khalid pada malam itu. Kalaulah Raisa tahu takutnya dia pada malam mereka dipukul bersama. Ketakutan yang memakan dirinya pada usia mentah hinggakan dia terkunci mulutnya dari mempertahankan kembarnya.
“kenapa sekarang Jian?”. Soal Raisa setelah mendiamkan diri.
“Maafkan abang Raisa. Abang sepatutnya pertahankan Raisa malam itu”. Tutur Jian. Nadanya perlahan penuh penyesalan.
“Tak Jian. Kenapa baru sekarang?. Kenapa tidak dua tahun lepas atau empat tahun lepas?. Kenapa sekarang baru kau muncul dan minta maaf?”. Soal Raisa. Dia menatap wajah kembarnya. Hatinya diranduk perasaan sedih yang teramat. Wajah Pengetua Khalid yang menyeringai dan wajah Jian yang memilih untuk mendiamkan diri malam itu bersilih ganti. Bibirnya yang merah bergetar menahan tangisan.
Jian duduk melutut dihadapanya. Bunyi tangisan halus keluar dari bibirnya. Raisa memerhati dengan air mata yang semakin menderas.
“Abang…”Jian terketar-ketar mengeluarkan suara. Tekaknya terasa perit. Sepertinya ada batu terlekat.
“Maafkan abang Raisa. Tolong Raisa. Tolong dengar cakap abang..”. Tutur Jian dengan esakan halus. Matanya yang basah menikam anak mata Raisa.
“Thamin tak akan biarkan kita macam tu je”. Tutur Raisa. Sudah berkali dia berkata perkara yang sama. Thamin tidak akan mudah-mudah melepaskan mereka berdua. Jian bangun berdiri. Dia memegang kedua tangan Raisa.
“The deal is done. Tinggalkan semua ini dan ikut abang”. Pujuk Jian tanpa jemu.
“Setelah abang bunuh Paswi?. That’s the deal?”. Soal Raisa. Jian melepaskan pegangan tangannya. Riak wajahnya terkejut.
“dan selepas ini Wina pula?”. Soal Raisa lagi. Wajah Jian yang keliru dipandangnya. Dia tidak pasti sama ada Jian benar-benar tidak mengerti atau sebenarnya tidak menyangka yang dia tahu akan apa yang kembarnya itu lakukan dibelakangnya.
“Wina..?”. Soal Jian tidak mengerti. Raisa menelan air liurnya yang terasa kasar. Nampaknya Jian tidak tahu mengenai fail tersebut ada dengan Wina. Mungkin ini kerja Thamin tanpa pengetahuan Jian sendiri. Seperti yang dia sangkakan Thamin tidak akan semudah itu membiarkan dirinya lari mengikut Jian. Apa Jian lupa apa yang terjadi kepada Rekan dan Eri Suria. Dia yakin yang Jian sudah cukup jelas mengenai kejadian tragis itu. Jadi kenapa dia perlu untuk memilih untuk tetap mempercayai Thamin.
Raisa menarik tangannya perlahan dari gengaman Jian. Dia memandang wajah Jian yang memerah basah dengan air mata. “Saya akan ikut abang setelah selesai semuanya. Untuk sekarang saya perlu selesaikan apa yang patut”. Tutur Raisa berjanji. Dia memandang anak mata Jian dalam. Memujuk untuk kembarnya itu membiarkannya.
Jian mengelengkan kepalanya tidak bersetuju. “Thamin tak akan biarkan kamu. Baik kamu, Arta atau yang lain”. Jian berkeras. Tidak mahu membiarkan Raisa meneruskan rancangannya.
“Jadi kenapa burukkan keadaan?!”. Soal Raisa dengan nada sedikit meninggi. “Kenapa perlu bunuh Paswi?”. Soal Raisa lagi. Dia berjalan menjauhi Jian. Hatinya kembali sebal. Perasaan marahnya dengan Jian kembali menerjah.
“Mana kamu tahu mengenai Paswi?”. Soal Jian tiba-tiba. Kening Raisa sedikit terangkat. Tidak faham dengan soalan kembarnya itu.
“Yesa beritahu kamu mengenai Paswi?. Kematiannya?”. Soalnya lagi. Raisa mengangguk perlahan. Masih tidak mengerti dengan soalan tiba-tiba dari Jian.
“Paswi..”. Belum sempat Jian menutur kata Raisa sudah pantas memotong. “Kalau abang biarkan kami tangkap Paswi sudah pasti semua ini tak jadi. Kalau abang tak beritahu Thamin mengenai fail 6District semua ini tak akan terjadi!”. Raisa sudah pun meninggi suara. Menyalahkan Jian atas segalanya. Jian kaku dihadapan Raisa. Tidak tahu hendak berkata apa.
“Kalau abang biarkan saya tangkap Paswi dan tidak mengambil fail yang sepatutnya jatuh ketangan Arta tentu semua ini tak akan jadi. Tapi abang hancurkan segalanya dengan Thamin. Demi apa? Demi pulangan keselamatan kita berdua?. Abang yakin Thamin akan biarkan kita?”. Soal Raisa bertalu talu.
Dahi Jian berkerut. Rahangnya bergerak-gerak. “Susah sangat ke kamu nak faham yang abang buat semua ini sebab abang sayangkan kamu. Demi keselamatan kamu Raisa. Dari awal abang dah beri amaran tinggalkan kes sulit Madam Jane!”. Kini Jian pula meninggi suara.
Raisa mengelengkan kepalanya. Antara mereka berdua sukar untuk mencapai kesefahaman. Jian terlalu ingin bawanya pergi dari agensi tanpa dia sedar yang Thamin tak akan semudah itu melepaskannya.
“Abang agen elit agensi. Sama macam saya. Abang lupa apa yang jadi pada Rekan dan juga Eri Suria?”. Soal Raisa. Jian sedikit tergamam mendengar apa yang dikatakan oleh Raisa.
“Harga bagi sebuah kebahagian dan kebebasan?”. Soal Raisa lagi. Jian menelan air liurnya yang terasa kesat di kerongkongnya. Wajah Raisa yang masih memandangnya dengan pandangan sayu. Mana mungkin dia lupa apa yang terjadi pada Rekan dan Eri Suria.
“Kitalah pelaksananya. Kita yang hancurkan segalanya. Setia mengikut arahan tanpa sebarang bantahan”. Sambung Raisa lagi. Dia yakin yang Jian sudah pasti terlibat dalam kes Rekan dan Eri Suria. Mereka yang lain diarahkan untuk mengitip Rekan dan Eri Suria dalam diam. Masing-masing melakukan apa yang disuruh oleh ketua masing-masing tanpa bercerita antara satu sama lain dan membuka mulut. Malah dia tahu Arta dan Paswi juga turut terlibat. Cuma mereka bekerja sendiri dan berpura-pura seperti tidak tahu dan tidak terlibat.
“Harganya adalah nyawa”. Sambung Raisa lagi sebelum melangkah keluar dari rumah meninggalkan kembarnya yang bungkam tidak mampu berkata menidakkan. Dia tidak betah lagi berlama disitu. Jiwanya sakit.
Share this novel