BAB 43

Crime Completed 2168

Yesa menyisip sedikit air yang diletakkan dihadapannya. Kakinya yang disilangkan dijatuhkan sebaik saja wajah Rekan muncul.

“Rekan”. Tegur Yesa. Dia bangun berdiri. Rekan berhenti beberapa tapak tidak jauh dari Yesa. Dia mengerling sekilas kearah Anis yang mengikutnya sejak pertemuannya dengan rakan Raisa atas arahan Yesa. Mindanya menerawang jauh seketika sebelum dia berdehem.

“Kita dah dapatkan dua dari the four sprinter”. Tuturnya melihat Yesa yang menanti dirinya melaporkan. The four sprinter merujuk kepada empat orang rakan kepada Raisa yang mereka sedang ikuti dan seharusnya dibawa ke safe house seperti yang dirancangkan oleh Yesa dan juga Raisa.

Yesa mengangguk perlahan. “Jadi yang tinggal Wina dan Cempaka?”. Soal Yesa kembali dan soalannya itu dibalas dengan anggukan dari Rekan mengiakan. Yesa kembali duduk diatas sofa. Dia menyisip air dari gelasnya. Termenung jauh. “Cempaka anak Pengetua Khalid”. Tuturnya perlahan tapi katanya itu ditangkap oleh telinga Rekan.

“Kenapa Tuan biarkan”. Soal Rekan. Keningnya berkerut seribu. Tidak memahami dengan tindakan lelaki itu.

“Peluang. Saya beri dia peluang”. Jawab Yesa. Dia memandang wajah Rekan yang memandangnya dengan pandangan kurang mengerti. “Untuk balas dendam”. Jawab Yesa sepatah. Wajah Rekan sedikit berubah dan perubahan riak wajahnya itu ditangkap oleh Yesa yang memerhati dalam diam. Yesa bangun berdiri berjalan merapati Rekan sebelum berhenti disebelahnya. Bahu Rekan dipegangnya kejap.

“Kalau saya punya peluang. Saya juga akan berikan kamu benda yang sama Rekan. Untuk Eri Suria”. Tutur Yesa sebelum berjeda seketika. Dia menangkap rahang milik Rekan yang bergerak-gerak menahan perasaan bila nama Eri Suria disebut olehnya. Yesa mengalihkan tangannya.

“Banan macam mana?”. Soal Yesa mengalih perhatian Rekan dari memikirkan Eri Suria. “Masih dalam tahanan kita Tuan”. Jawab Rekan ringkas. Masih terkesan lagi dengan nama Eri Suria.

“Good!. Kamu perhatikan Arta buat sementara dan Anis perhatikan pergerakan Raisa”. Arah Yesa.

Rekan diam tidak menjawab. Bukan kerana dia tidak mahu menuruti mengintip Arta dalam diam tapi Yesa tidak tahu yang Arta tidak ada bersama dengan Raisa pada ketika itu. Nampaknya Arta tidak mengikut perancangan asal atau arahan yang telah diberikan oleh Yesa.

“Kenapa?”. Soal Yesa bila dia dapat menangkap perubahan riak wajah Rekan.

Rekan berkira-kira hendak memberitahu atau tidak perkara yang sebenar atau menanti buat seketika. Memastikan adakah memang benar Arta sudah tidak mengikut perancangan mereka. Tapi jika ianya sampai ke telinga Yesa sendiri sebelum dia sempat memberitahu dia yakin Yesa akan naik hantu.

“Arta tiada dengan Raisa”. Tuturnya akhirnya menjawab. Yesa meletakkan gelas yang dipegangnya sejak tadi.

“Sejak bila?”. Soalnya semula. Rekan menarik nafas dalam. Nampaknya Yesa memang tidak tahu yang Arta sudah tidak ada dari awal lagi.

“Sejak Raisa pulang ke rumahnya mencari Wina”. Jawabnya. Mindanya mengulangi kembali memori lewat pagi tadi semasa pergaduhan antara Raisa dan Arta yang dia lihat di parking kereta. Dia yakin itulah kali terakhir Raisa dan juga Arta berjumpa. Yesa diam. Rekan menanti penuh debar. Riak wajah Yesa dipandang tanpa lepas. Cuba membaca emosi lelaki dihadapannya itu.

“Cari dia”. Nadanya sedikit keras. Ada getar disitu. Rekan dapat rasakan yang Yesa berasa tidak senang dengan tindakan Arta atau dalam kata lain Yesa risau kalau Arta bertindak melawannya bukan mengikut perancangannya. Rekan menundukkan kepalanya memahami. Arta harus dicari secepat mungkin sebelum dia boleh menjadi ancaman buat rancangan mereka.

“Tapi tuan”. Rekan terhenti seketika. Perkara penting masih belum diberitahu. Mengenai Asyraf iaitu kawan kepada Cempaka mempunyai copy fail asal 6District. “Kita ada masalah dengan orang luar”. Tutur Rekan. Yesa memandangnya aneh. Tidak mengerti.

“Siapa?”. Soal Yesa serius. “Asyraf”. Jawab Rekan sepatah. “Siapa Asyraf?”. Soal Yesa laju. Riak mukanya kembali berubah.

Rekan menarik nafas dalam sebelum membuka mulut. “Asyraf kawan kepada Cempaka. Semasa pertemuan kami dengan the two sprinter. Mereka maklumkan yang Cempaka ada berikan copy asal fail 6District kepada Asyraf sebagai langkah berjaga-jaga kalau ada sesuatu terjadi”. Tutur Rekan. Dia menanti reaksi yang bakal diberikan oleh Yesa. Wajah lelaki itu mula memerah. Tangannya kirinya sudah pun mengengam penumbuk. Rahangnya bergerak-gerak. Rekan menanti dan akhirnya bunyi deraian kaca mengisi ruang rumah banglo tingkat dua itu. Ya! Itu Yesa. Yang dia kenal. Yang Madam Jane kenal. Bukan apa yang Raisa pernah tahu dan lihat.

Yesa mendekati Rekan. Kolar baju Rekan ditariknya kuat. Rekan hanya membiarkan tidak melawan. Dia memandang wajah Yesa yang matanya sudah merah menyala umpama ada lubuk kegilaan disebalik anak mata itu. Wajah lelaki yang dia tabik kerana pandai menyimpan rasa dan mengawal lakunya didepan Raisa atau pun staf agensi terutamanya. Cukup sempurna!. Sisi buruk umpama binatang buas yang hanya mereka tertentu saja dapat lihat.

Dia cukup tahu yang Yesa sangat bencikan melibatkan orang luar terutamanya kerana ianya akan menyulitkan keadaan dan kemungkinan untuk polis masuk campur adalah tinggi. Melibatkan orang luar adalah satu pekerjaan yang cukup sukar dek kerana perlu mencipta alibi agar tidak disyaki.

“Cipta alibi. Bunuh dia. Dapatkan copy fail 6District”. Arah Yesa. Tangannya masih kuat mencengkam kolar baju Rekan.

“Baik Tuan”. Rekan menjawab tanpa banyak soal. Menerima arahan seperti selalu tanpa soal.

Cengkaman tangannya dilepaskan. “Bunuh dia. Jangan sampai Raisa tahu. Cipta alibi supaya Cempaka tidak syak apa-apa”. Tutur Yesa lagi. Rekan menganguk faham.

“Jangan sampai Raisa tahu”. Tekannya lagi. Rekan mengangguk mengerti. Mungkin Raisa adalah kelemahan terbesar Yesa. Yesa lansung tidak mahu kelihatan lemah dan buruk dihadapan Raisa. Dia juga ingin tahu sejauh mana hubungan antara Yesa dan Raisa. Benarkah khabar angin skandal tidak enak antara Raisa dan Yesa. Tapi soalan itu ditelan saja.

Bunyi deringan telefon bimbit milik Yesa menghentikan perbualan antara mereka berdua. Yesa menjarakkan dirinya sedikit mengambil ruang privasi. Sebaik saja dia meletakkan gangang telefonnya Yesa memandangnya kembali.

“Asyraf. Malam ini”. Tuturnya ringkas. Tapi Rekan cukup faham apa yang cuba disampaikan oleh Yesa. Yesa menyuruhnya untuk membunuh Asyraf pada malam ini juga. Sepertinya Yesa sudah punya alibi kuat untuk membuat keputusan membunuh Asyraf secepat itu dan alibi itu muncul selepas Yesa menerima panggilan itu. Keningnya bertaut. Tapi dia tidak berada dalam situasi boleh menanyakan sebarang soalan. Arahan dari mulut Yesa adalah sesuatu yang mutlak. Tidak boleh dipersoal atau ditanya sebabnya. Yang penting arahan yang diberikan dijalankan dengan sempurna tanpa cela. Mungkin Arta saja yang keras kepala boleh bersoal jawab sebelum melakukan sesuatu.

“Baik Tuan”. Jawab Rekan akur dengan arahan Yesa. Baru saja dia hendak memalingkan tubuhnya Yesa kembali bersuara.

“Lakukan dengan sempurna Rekan. Seperti selalu”. Tutur Yesa.

“dan juga…”. Yesa berjeda seketika. “Pertemuan kamu dan Anis dengan the two sprinter malam ini telah gagal. Mok dan Kuna telah ditangkap oleh Thamin bukannya berada di safe house. Itu yang Raisa perlu tahu. Itu yang kamu dan Anis perlu ingat”. Rekan memandang wajah Yesa lama sebelum berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience