Bunyi titisan air yang menitik ke atas lantai simen dari atap bumbung yang bocor mengisi segenap ruang kesunyiaan. Uyaa menghela nafasnya berat sambil memeluk tubuhnya erat. Cuaca malam yang dingin disebabkan hujan lebat selang beberapa minit yang lepas menambah kedingin angin malam. Pandangannya terbatas oleh pokok-pokok renek dan semak samun yang memenuhi kawasan laman utama yang mungkin dulunya cukup luas untuk memuatkan beberapa kereta. Gudang lama usang itu terasa kosong dan berbau agak tengik dek kerana dinding-dindingnya yang dimakan anai-anai. Uyaa memalingkan tubuhnya bila namanya dipanggil dari belakang sebelum berjalan beberapa tapak merapati arah suara yang memanggilnya. Cuaca malam yang agak gelap dan samar-samar membuatkan dia perlu memastikan yang berada dihadapannya adalah orang dinantikannya.
“Jian. Hentikan semua ini”. Tutur Uyaa sebaik saja dia mengecam wajah lelaki itu. Lansung tidak memberikan ruang dan waktu kepada Jian untuk memperjelaskan dirinya atau mempertahankan dirinya.
Jian mengeleng. Dia menyangka tujuan Uyaa memanggilnya untuk berjumpa pada malam itu kerana dia sudah berubah hati tapi sangkaannya meleset. Uyaa masih keras kepala. Malahan dari apa dia dengar kejadian pagi tadi dia sudah dapat mengagak yang Uyaa tidak akan berganjak dengan keputusannya.
“Kau yang patut hentikan semua ini Uyaa”. Jian membalas. Uyaa mendengus kuat. “Tujuh tahun aku cari kau Uyaa. Tujuh tahun. Apa tak pernah sekalipun kau ingat dekat aku?”. Soal Jian penuh emosi. Tapi sepertinya Uyaa tidak lansung terkesan dengan tempoh selama itu. Dia mengalihkan pandangannya dari Jian. Mengusir sebarang perasaan yang tidak patut. Yang hanya akan melemahkannya. Masakan dia boleh lupakan semudah itu. Tapi ego mengatasi segala-galanya.
“Mana pergi Uyaa yang aku kenal dulu?”. Soal Jian lagi bila Uyaa hanya mendiamkan diri.
“Dia hanya gunakan kau sebab dia tahu yang kau ada hubungan dengan aku Jian.” Tutur Uyaa tidak mengendahkan soalan Jian. Dia harus buat Jian sedar akan situasi mereka berdua berada pada waktu itu. Jian perlu sedar yang dia sedang digunakan demi kepentingan peribadi.
Jian tergelak kecil. Ternyata Uyaa lansung tidak kisah akannya. Tidak kisah akan pertemuan mereka buat kali pertama sejak tujuh tahun lepas. Tidak kisah mengenai apa yang dia lalui selama tujuh tahun demi mencarinya. Dia memandang wajah Uyaa lama. Cukup lama hinggakan Uyaa membelakangkan Jian.
“Aku buat semua ini sebab aku percaya yang aku perlu selamatkan kau”. Tutur Jian dengan suara sedikit kendur. Dia tidak tahu bagaimana lagi dia hendak melembutkan hati Uyaa. Untuk melihat tujuan dan keikhlasannya. Tapi Uyaa gagal melihat semua itu.
“Hentikan semua yang kau tengah buat Uyaa. Tidak kira siapa pun yang bagi arahan. Hentikan”. Jian memandang tubuh belakang Uyaa yang membelakanginya mengharapkan Uyaa mendengar katanya.
“Tidak!. Kami buat semua ini for a bigger purpose!. Kau tak faham Jian!. “. Jerit Uyaa menghadap Jian. Matanya membulat merah. Dadanya sedikit berombak menahan amarah.
“Bigger purpose?”. Soal Jian dengan gelakkan. Gelakkan yang cukup sinis. “Walaupun dengan membunuh?”. Sambungnya lagi.
“Apa salahnya dengan membunuh satu atau dua orang jika dapatkan selamatkan beribu yang lain?”. Soal Uyaa semula. Tidak mahu kalah dengan Jian. Mencerlung mata Jian menikam anak mata Uyaa mendengarkan jawapan itu keluar dari mulutnya. Dia lansung tidak menyangka yang Uyaa akan menjawab begitu.
“Aku bukan Uyaa yang kau kenal tujuh tahun lepas Jian”. Uyaa menutur kata setelah dia dan Jian diam seketika.
“Mudah sangat ke bunuh orang Uyaa?“. Soal Jian. Keningnya berkerut-kerut. Sungguh dia patah hati dengan apa yang dikatakan oleh Uyaa tadi.
“Jangan berlakon baik Jian. Aku yakin kau pun tahu senang atau susah membunuh orang”. Uyaa menyindir Jian.
“Uyaana Raisa!”. Jerit Jian kuat. Dia mati kata. Wajahnya yang putih sudah pun merah padam. Dia mengengam penumbuknya kuat.
“Ya! Ejian Banan!”. Jerit Uyaa kembali dengan menyebut nama kembarnya penuh. Masing-masing terdiam.
“Hentikan semua ini Jian. Kita bukan ada sebarang hubungan lagi”. Suaranya sedikit mengendur. Dia penat dengan semua itu. Dia penat perlu bertarung emosi. Dia penat perlu memikirkan Thamin, Yesa dan juga kembarnya Jian. Dadanya sesak.
“Kali pertama aku jumpa kau selepas tujuh tahun aku nak sangat panggil nama kau Raisa. Sama seperti masa kita dekat rumah anak yatim. Nama yang aku terlalu rindukan. Kau tak akan dapat bayangkan perasaan rindu dan bersalah aku Raisa. Tapi bila aku dapat tahu yang mereka kenal kau dengan nama Uyaa. Aku sedar yang kau sorokkan identiti kau dengan mereka yang kau panggil kawan. Ya! Aku tahu bekerja dengan agensi memerlukan banyak penipuan. Tapi aku mengharapkan kau tidak begitu”. Raisa hanya mendiamkan diri.
“Kau buat semua ini demi siapa Raisa?”. Soal Jian. “Yesa?”. Sambungnya lagi. Raisa mengelengkan kepalanya perlahan. Nampaknya abangnya itu masih lagi tidak mengerti apa yang perlu mereka risaukan pada saat itu.
“Kau tak faham Jian. Thamin akan gunakan kau. Dia akan jadikan kau sebagai kelemahan aku”. Raisa sepertinya sudah separa merayu untuk membuatkan abangnya itu sedar akan situasi yang bakal dilalui oleh mereka berdua jika mereka tidak berhenti.
“Jadi atas sebab apa kau jumpa dia pagi tadi?”. Soal Jian. Dia tahu awal pagi tadi Raisa pergi bertemu dengan Thamin. Wajah Raisa sepertinya mempersoalkan dari mana dia tahu akan hal itu. “Jangan buat pelik dari mana aku tahu. Thamin sendiri jumpa aku”. Tutur Jian menjelaskan. Raisa sepatutntya tidak perlu pelik akan hal itu. Dia sendiri bekerja untuk Thamin. Nampaknya Raisa masih belum sedar yang Thamin boleh membahayakan nyawanya dan dia sendiri sedang mempertaruhkan nyawanya sendiri.
“Kau tahu tak ini semua bahaya Jian!”. Raisa menjerit sedikit. Matanya meliar memandang kesekelilingnya. Dia yakin Thamin pasti sudah menjangka kejadian seperti ini akan terjadi dan kemungkinan besar menghantar mata-mata untuk memerhatikan gerak geri mereka berdua.
“Sebab itu aku minta kau ikut aku. Hentikan semua ini!”. Jian memegang tangan Raisa. Dia tahu yang Raisa sedang ketakutan jika perjumpaan mereka pada malam itu sebenarnya sedang diperhatikan oleh orang Thamin. Tapi Raisa tetap tidak bersetuju dengan cadangan kembarnya. Dia mengelengkan kepalanya laju. Tangannya ditarik kuat dari pegangan Jian.
“Apa motif Yesa suruh kau selidik secara sulit mengenai kematian Madam Jane?”. Soal Jian serius. Raisa mencerlung memandang Jian. “Thamin tahu?”. Soal Raisa sedikit gugup. Jian mengelengkan kepalanya.
“Thamin tak tahu. Sebab aku pilih untuk rahsiakan dari dia”. Jian menarik nafasnya dalam. “Tapi cepat atau lambat dia akan tahu juga akhirnya”. Sambung Jian lagi. Dia sendiri tidak pasti selama mana dia boleh menyorokkan hal itu dari pengetahuan Thamin dengan Paswi yang sentiasa mengawasi gerak geri Raisa atas arahan Thamin sendiri dan atas sebab itulah dia perlu melarikan Raisa secepat mungkin sebelum Thamin mengesyaki tujuan utama dia tiba-tiba membuat keputusan hendak bertemu Raisa semula setelah tujuh tahun menyorokkan identitinya.
“Jadi Thamin yang bunuh Madam Jane?”. Soal Raisa tiba-tiba. Sengaja cuba memerangkap Jian. Dia yakin jika Jian begitu rapat dengan Thamin sudah tentu abangnya itu tahu mengenai projek rahsia Thamin yang menjadi punca kematian Madam Jane. Tapi sepertinya Jian sudah dapat mengagak soalan itu akan disoal olehnya. Wajahnya bersahaja dan tidak menjawab.
“Thamin akan membahayakan kau Raisa bila dia tahu yang kau selidik kematian Madam Jane. Kenapa kau perlu membuat kerja berbahaya ini seorang diri?”. Soal Jian tidak puas hati dengan kedegilan adiknya itu. Tapi bila wajah Raisa berubah dia sudah dapat mengagak.
Jian tersenyum sinis. “Jadi kau bukan bersendiri?. Arta ada sekali”. Soal Jian lagi. Dia tahu yang Raisa dan Arta selalu dipasangkan sekali untuk mengendalikan kes-kes sulit. Dia cukup benci dengan Arta. Lelaki tidak berperikemanusian itu. Lelaki berdarah sejuk itu.
“Dengar sini Jian. Thamin akan gunakan kau untuk hentikan aku dari lindungi Yesa. Aku perlu cari bukti mengenai kematian Madam Jane”. Raisa tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh Jian. Dia risaukan keadaan Yesa dan projek sulitnya. Jika Thamin tahu akan rahsia Yesa maka semuanya akan jadi sia-sia.
“Ya!. Dan atas sebab itu dia akan nampak kau sebagai penghalang terbesar dia Raisa. Dia akan bunuh kau. Paswi!. Dia boleh buat apa saja!”. Jian sudah pun memegang kepalanya. Serabut dengan sikap Raisa yang masih memikirkan Yesa pada waktu kritikal seperti ini. Thamin tidak akan benarkan Raisa hidup dan terlepas begitu sahaja jika dia tahu yang Raisa sedang mengumpul bukti. Ditambah pula dengan the founder yang sedang dalam krisis memilih pucuk pimpinan baru.
Kening Raisa terangkat sedikit. “Jadi memang benar Thamin ada kaitan dengan kematian Madam Jane?”. Soal Raisa kepada Jian. Sengaja meletakkan tekanan keatas abangnya. Jian yang bekerja dengan Thamin. Walaupun sejauh mana hubungan antara abangnya dan Thamin masih belum diketahui melihatkan nama Paswi disebut dia yakin yang abangnya itu pasti antara orang yang dipercayai oleh Thamin. Dia yakin yang Jian tahu sesuatu yang berlaku jika tidak kenapa abangnya itu bermati-matian hendak melarikannya dari Thamin.
Jian terdiam mendengar soalan Raisa. Dia tahu yang dia sudah tertangkap. Tapi selagi bukti tidak ada Raisa tidak boleh memperandaikan sewenang-wenangnya.“Aku tanya sekali lagi Uyaana Raisa. Kau buat semua ini demi siapa?”. Soal Jian.
“Aku tak akan biarkan agensi jatuh ke tangan Thamin. Tapi aku buat semua ini demi Yesa. Demi dia”. Jawab Raisa. Sengaja dia menekan kan nama Yesa sedikit kuat. Biar abangnya itu tahu siapa posisi lelaki itu di dalam hidupnya.
Jian terdiam. Dia menelan air liurnya kasar. Bunyi tapak kaki adiknya yang berjalan meninggalkannya hanya dibiarkan tidak dihalang. Dia bungkam.
Share this novel