Cuaca agak mendung dan berangin pada petang itu. Raisa duduk di atas bangku kayu panjang sambil menghadap sekumpulan kanak-kanak yang sedang seronok bermain di tengah padang. Beberapa kanak-kanak lain yang masih kecil usianya ditemani oleh ibu dan ayah mereka bermain di beberapa peralatan permainan yang disediakan di taman rekreasi. Satu pemandangan yang dia tidak pernah dapat rasai. Rambutnya yang panjang separas bahu dilepaskan membiarkan angin bermain dengan rambutnya.
Lama dia memerhati hinggalah bunyi derapan kaki menghampiri mematikan lamunanya. Raisa tersenyum sebaris menyambut kedatangan lelaki itu. Arta mengambil duduk disebelahnya sebelum matanya turut dialihkan kearah sekumpulan kanak-kanak. Masing-masing diam melayan perasaan. Raisa tahu akan kedatangan Arta pada petang itu. Sebab dan bagaimana perjumpaan mereka pada petang itu setelah beberapa bulan tidak bersua muka.
“Dulu kau tak pernah nak kalah dengan aku Arta”. Tutur Raisa. Matanya masih lagi tidak dialihkan. Bibirnya mengukir senyuman nipis.
Arta mengalihkan pandangannya kearah Raisa. Tidak mengerti dengan apa yang dikatakannya. Raisa tergelak halus melihat wajah Arta yang keliru dan serius. “Dulu. Tujuh tahun lepas..”. Sambung Raisa lagi. Arta berdehem sedikit sebelum tersenyum sedikit. Dia tidak menyangka yang Raisa masih teringatkan kenangan pahit mereka ketika bersama-sama dilatih oleh pihak agensi.
Mungkin Raisa sedikit terluka dengan sikapnya dulu. Dia yang dulunya dikutip dari tepi jalan oleh Madam Jane. Seorang anak yatim piatu yang tidak pernah tahu siapa ibu bapa dan dari mana asal usulnya. Seorang anak muda yang perungus dan panas baran. Tidak pernah sekali pun dia melihat Raisa sebagai perempuan atau kawan ketika tempoh awal latihan mereka hinggalah dia mula berubah dan mula menerima satu perasaan asing baginya itu. Penerimaan kasih sayang dan hubungan antara manusia.
Raisa menyiku lengan Arta yang termenung jauh. Dia tahu yang Arta masih sama seperti dulu. Tapi sekurang-kurangnya lelaki itu sudah berusaha untuk berubah dan cukup banyak perubahan lelaki itu yang dia lihat. Dia tidak pernah menyalahkan Arta, bukan senang hendak berubah sekelip mata. Malah sepuluh tahun juga belum cukup tempoh. Tapi baginya Arta sudah melakukan yang terbaik. Sekurang-kurangnya untuk dirinya sendiri. Dia juga datangnya dari tempat yang sama seperti Arta. Tidak punya kasih sayang. Cuma bezanya antara dia dan Arta. Arta yang sekarang mungkin semakin lembut. Tapi dia. Dia sendiri?. Raisa mengeluh halus. Dia sekarang lagi kerasnya hendak dibandingkan pada awal dia menjejakkan kaki di agensi.
“Macam mana kes?”. Soal Arta. Air mukanya berubah sedikit serius. Kulit sawo matangnya menambahkan lagi air mukanya yang bengis. Asalnya dia hendak bertanya punca utama pergaduhan antara Raisa dan juga Yesa seperti yang dia dengar dari mulut Nurul. Tapi soalan itu ditelan begitu saja.
“Kita tak ada pilihan lain Arta. Dua minggu lagi akan ada mesyuarat besar dari the founder. Kalau kita tak jumpa bukti mengenai Thamin..”. Raisa terhenti seketika sebelum menyambung semula katanya. “Agensi dalam masalah besar kalau Thamin dipilih sebagai ketua pimpinan baru”. Raisa memandang wajah Arta serius.
Jadi sekarang Yesa hendak mereka cari salah Thamin demi kepentingan sendiri?. Mencari pembunuh Madam Jane hanyalah alasan untuk niat Yesa yang sebenar iaitu menjatuhkan Thamin tanpa mengotori tangannya sendiri. Arta mempersoalkan sendiri di dalam hati. Soalan tersebut tidak dapat dilontarkan dek kerana dia takut kalau Raisa terasa hati dengan menyebut nama Yesa. Dia tahu yang Thamin bukanlah satu figura yang baik untuk memimpin tapi baginya itu tidak boleh dijadikan alasan oleh Yesa untuk memerangkap Thamin begitu.
“Kita perlu lakukan demi kepentingan kestabilan agensi”. Sambung Raisa lagi bila Arta hanya mendiamkan diri.
Arta tersenyum herot mendengar kata-kata yang dituturkan oleh Raisa. Dia tidak mengerti kenapa kestabilan dan keamanan agensi perlu dijadikan beban dibahu mereka sedangkan mereka hanyalah boneka agensi bagi melaksanakan segala macam kes yang dibayar oleh pihak klien kepada agensi. Seharusnya yang memikirkan segala hal itu adalah Yesa dan juga Thamin. Atau lebih tepat lagi Razak Iberahim sendiri perlu masuk campur bukannya hanya mendiamkan diri dan menghilang begitu saja. Walhal agensi rahsia ini ditubuhkan oleh Madam Jane dan juga Razak Iberahim sendiri.
“Macam kita punya pilihan lain”. Tutur Arta dengan senyuman. Ayatnya itu sedikit sinis pada pendengaran Raisa. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Arta.
“Sebenarnya ada khabar angin yang the founder mahu pilih ketua pimpinan baru agensi dari kalangan agen Elit Arta”. Kini wajah Raisa tidak lagi tersenyum. Apa yang dikatakan olehnya itu cukup serius dan beri makna yang cukup berat. Agen Elit hendak dipilih sebagai ketua pimpinan baru?. Mungkin itu hanya akan menambahkan huru hara keadaan agensi dengan Thamin masih tidak ditangkap dan Yesa.. Ya!. Tambahan Yesa pasti akan terluka. Gumam Raisa. Dia tidak mahu membayangkan kemungkinan buruk itu.
Dahi Arta berkerut. Tidak menyangka ada antara mereka yang menyusulkan idea gila seperti itu. Baginya Raisa tidak perlu risau. Perkara tersebut tidak akan terjadi selagi Yesa dan Thamin sebagai figura besar di agensi masih ada di dalam organisasi. Malah dia yakin Razak Iberahim yang hilang umpama ditelan bumi itu akan muncul kembali sekiranya perkara tersebut terjadi.
“Ianya tak akan terjadi”. Jawab Arta. Dia tergelak halus. Masih tidak dapat menerima apa yang dia dengar dari mulut Raisa.
Raisa menundukkan kepalanya. Arta tidak mengerti apa yang dia cuba sampaikan. Dia tahu yang the founder mahukan Arta sebagai penganti Madam Jane. Mungkin Arta tidak sedar akan hal itu kerana dia sudah pun digantung dari lapangan ketika mesyuarat tergempar antara Madam Jane dan the founder lewat dua bulan lepas. Nampaknya perkara itu tidak sampai ke pendengaran Arta. Mana mungkin dia, Rekan mahupun Paswi dipilih untuk memimpin agensi.
Raisa memandang wajah Arta lama. Arta yang tidak tahu the founder mengamuk teruk dek kerana tindakan Madam Jane mengantungnya dari kerja lapangan. Malah Arta juga tidak tahu punca kemarahan itu adalah kerana mereka punya cita-cita hendak jadikan Arta sebagai penganti Madam Jane. Jadi apa yang dia katakan tadi bukannya sesuatu yang tidak berasas dan boleh diambil ringan.
“Aku akan cari fail 6District”. Tutur Arta setelah lama mendiamkan diri. Raisa mengangguk perlahan. “Aku jumpa Paswi semalam”. Dia memandang anak mata Arta sebelum menyambung. “ Dia ada ditempat kejadian”.
“Apa dia kata?”. Soal Arta kembali. Dia tidak pelik jika Paswi ada ditempat kejadian. Paswi merupakan agen Elit agensi sama seperti mereka. Cumanya Paswi terlalu setia dengan Thamin. Sama seperti Raisa yang terlalu setia dengan Yesa.
“Madam Jane minta khidmat perlindungan dia malam itu and he go for it. Madam Jane request Red Code Arta”. Tutur Raisa dengan keningnya berkerut- kerut. Pada mulanya ketika Paswi memberitahu yang Madam Jane memohon perlindungan dari agen Elit agensi dia masih ragu-ragu dengan kenyataan lelaki itu. Tapi bila dia menyelak beberapa dokumen ternyata apa yang dikatakan oleh Paswi dan tekaan lelaki itu yang mengatakan Madam Jane sudah dapat mengagak ada yang hendak membunuhnya berasas bila tertera di atas kertas tersebut yang Madam Jane ada memohon Red Code pada lewat petang itu.
Red Code merupakan simbol emergensi yang bukan senang-senang hendak digunakan. Red Code hanya diberikan kepada VVIP, the founder dan orang berkepentingan agensi sahaja. Mereka boleh memohon bila ada sesuatu yang terjadi dan memerlukan khidmat perlindungan. Malah jika Red Code disalahgunakan mereka boleh dilucutkan jawatan atau dibuang dari agensi. Jika Red Code digunakan untuk kegunaan peribadi atau cuba melindungi diri dari perbuatan yang boleh membahayakan agensi mereka yang mengunakannya akan dikenakan hukuman berat atau dalam kata lain dibunuh dalam senyap. Madam Jane mengunakan Red Code untuk kepentingan perlindungan peribadi. Mungkin Madam Jane berfikir jika dia terselamat pada malam itu dia boleh membuktikan segala-galanya barangkali.
“Jadi macam mana Paswi boleh terlepas?”. Soal Arta tidak mengerti. Dua bulan lepas semasa berita kematian Madam Jane heboh satu agensi dia lansung tidak mahu ambil pusing. Khabar angin mengatakan kematian Madam Jane telah dirancang turut tidak dihiraukan. Dia sudah tawar hati dengan Madam Jane dan keadaan pentadbiran pihak agensi. Jika Paswi ada bersama dengan Madam Jane pada malam kejadian dia tidak mengerti bagaimana Paswi boleh terlepas begitu saja. Bagaimana pula dengan unit khas?. Unit Khas yang mengendalikan salah laku dan tatarta tertib untuk agen Elit.
Raisa mengelengkan kepalanya perlahan. Memberi isyarat yang segalanya sudah dirancang dengan teliti. Mungkin ramai pihak sudah disuap awal-awal untuk menutupi segala macam yang boleh menjadi bukti.
“Paswi yang alertkan agensi dan hubungi ambulan malam kejadian. Yesa juga cuba siasat Paswi dan semua yang ada di dalam rumah Madam Jane malam itu. Tapi semuanya sia-sia. Hospital rule out Madam Jane mati from natural deadth ”.
Arta memandang wajah Raisa lama. “Kita kena dapatkan Paswi”. Tutur Arta serius. Jika begitu apa yang dikatakan oleh Raisa kemungkinan Thamin sememangnya terlibat dengan kematian Madam Jane adalah sangat tinggi. Paswi adalah kunci utama bagi kes Madam Jane. Mereka perlu dapatkan Paswi atau dalam kata lain mereka perlu buat Paswi buka mulut.
“Tapi Thamin belum tentu dalang bagi kes ni”. Arta menyuarakan syak wasangkanya. Mungkin Paswi orang kuat Thamin dan Thamin mempunyai sebab yang kukuh untuk membunuh Madam Jane seperti yang diberitahu oleh Yesa mengenai projek 6District yang disiasat oleh Madam Jane. Tapi tidak mustahil juga jika ada antara mereka yang lain menyuruh Paswi untuk melakukan kerja itu agar segala kesalahan dapat diarahkan kepada Thamin.
Seperti yang disangkanya Raisa sedikit terkejut dengan apa yang dia katakan. Dia tahu selain Thamin ada Yesa yang berkuasa di agensi. Raisa tidak menjawab soalannya hanya mendiamkan diri. Melihat Raisa yang hanya mendiamkan diri Arta bangun dari duduknya. Cukup disitu saja pertemuan mereka pada petang itu. Risau jika ada mata-mata yang memerhati.
Raisa memandang Arta yang sudah pun berdiri dihadapannya. “I will off duty untuk sementara waktu”. Maklum Raisa. Arta mengangguk dan seraya dengan itu dia mengeluarkan sesuatu dari poket jaketnya kemudian dihulurkan kepada Raisa yang memandangnya tidak berkelip. Sebaik saja Raisa menerima hulurannya, Arta tersenyum nipis sebelum berlalu pergi.
Raisa memandang gula-gula berwarna biru berbentuk bulat yang dibalut dengan plastik lutsinar yang diberikan oleh Arta kepadanya sebentar tadi sebelum akhirnya mengukir senyuman dihujung bibirnya. Gula-gula yang menjadi simbol komunikasi “all is well” antara mereka setiap kali bekerja sekali.
Share this novel