Sinaran matahari sekali lagi menjengah melalui tingkap kaca itu. Sinaran cahaya yang menembusi langsir yang sedang bergerak lembut ditiup angin pagi. Raisa masih termanggu di tepi katilnya. Sudah empat hari dia berada disitu terkurung. Kali terakhir Yesa datang berjumpa dengannya adalah dua hari lepas. Jika ditanya apa perasaannya pada ketika itu mungkin saja dia hampir jadi gila dikurung begitu. Yesa tidak pernah berbuat begini padanya. Tidak selama tempoh perkenalan mereka sejak tujuh tahun lepas. Dia tidak habis berfikir bagaimana dan atas sebab apa Yesa mengurungnya begitu. Risau atas keselamatannya?. Raisa tersengih sinis bila ayat itu terlintas dikepalanya. Yesa mengunakan alasan bodoh itu?. Raisa bergumam sendirian.
Kejadian setahun lepas bila dia hampir saja mati malah bukan sekali dua kejadian yang hampir meragut nyawanya terjadi sejak dia bekerja di agensi mengendalikan kes-kes. Jadi apa lah sangat bezanya dengan keadaan sekarang. Makin bertambah-bertambah perasaan marahnya pada Yesa. Dia tidak dapat mencari jawapan atau memahami apa yang sedang Yesa lakukan. Apa yang lelaki itu dapat dengan mengurungnya begitu.
Bunyi pintu dikuak lansung tidak menarik minat Raisa pada ketika itu. Dia tahu sudah pasti Anis yang datang membawa sarapan pagi dan baju untuknya.
“Puan Raisa”. Anis sudah pun tercegat dihadapannya. Raisa menjeling. Hatinya panas. Tapi bila dilihatnya kesan lebam di pipi kanan gadis itu masih belum surut dia mengalihkan pandangannya. Kesan hasil pergelutannya dengan Anis awal pagi semalam. Dia tidak berniat untuk mencederakan gadis itu seteruk itu tapi bila gadis itu tidak kurang juga kuatnya melawan maka tumbukan yang sepatutnya dihalakan kearah perut tersasar kewajah gadis itu. Sangkanya bila Anis sudah jatuh terjelepok mengerang kesakitan dia dengan mudah boleh meloloskan diri tapi…Raisa mengigit bibirnya kuat. Masih geram dengan apa yang terjadi semalam. Hampir saja dia berjaya meloloskan diri melepasi empat pengawal peribadi lelaki itu. Tapi sangkaannya meleset Yesa lebih cekap dan teliti. Sebaik saja lif yang dinaikkinya sampai di aras keluar. Beberapa orang lelaki lain sudah pun menunggu untuk mengambilnya. Dia mahu melawan tapi bila dilihatnya terlalu ramai orang luar dia terpaksa menurut tanpa rela.
“Harini Puan dah boleh keluar”. Tutur Anis masih memandang Raisa tanpa kelip. Raisa mengangkat wajahnya. Taktik apa pula kali ini?. Gumam Raisa dalam hati.
“Yesa nak berjumpa dengan Puan di agensi pukul 11pagi”. Sebaik saja nama Yesa meluncur keluar dari mulut Anis tidak semena-mena darahnya kembali mendidih. Dia buat tidak tahu. Protes.
Anis meletakkan bajunya diatas katil bersebelahan dengannya dan kemudian sarapan paginya di atas meja. “Pukul 10 saya ambil Puan”. Tuturnya sebelum keluar meninggalkan Raisa yang lansung tidak memandangnya.
Dia lansung tidak mengerti situasi yang dia sedang alami sekarang. Malah sebenarnya dia mula keliru dan hilang dinamik sejak Yesa menyuruhnya menyiasat kes kematian Madam Jane. Bermula dengan Yesa yang membuat telahan mengenai Thamin adalah punca kepada kematian Madam Jane dia mengikut tanpa banyak soal. Hinggalah Paswi mula memberitahunya mengenai kes sulit yang Madam Jane siasat secara rahsia dan targetnya adalah Thamin. Dua bulan Yesa mendiamkan diri mengenai perkara tersebut dan hanya membuka mulut setelah dia sendiri menerjah dan bertanya. Wajah Yesa yang tenang dan seolah tidak ada apa yang disorokkan darinya itu membuatkan tekaknya berasa mual. Dia benci bila perasaannya mengatasi rasional akalnya bila melibatkan lelaki itu.
Sekarang Paswi sudah dibunuh. Arta tidak berjaya mendapatkan fail yang sepatutnya tapi dia?!. Raisa bersoal sendiri. Dia pula dikurung disitu tanpa sebab. Walhal dia yakin punca kepada kematian dan hilangnya fail yang mereka kehendaki adalah disebabkan oleh Jian. Dia tidak pernah membuka mulut mengenai fail tersebut mahupun Paswi. Tapi nampaknya abangnya sudah dapat mengagak perancangan mereka dan memberitahu Thamin terlebih dahulu.
Jadi atas sebab itu Thamin menghantar bungkusan tiga hari lepas untuk mengugutnya. Lebih kepada untuk dijadikan sebagai tukaran kepada permintaan Jian untuk melepaskan mereka berdua pergi. Raisa yakin yang abangnya itu meminta Thamin untuk melepaskan mereka berdua. Tapi Jian silap. Dia tidak tahu satu rahsia besar yang dia simpan selama ini dan atas sebab itulah dia berulang-ulang kali berkata perkara yang sama Thamin akan gunakan dia sebagai kelemahan terbesar buat Yesa mahupun Jian sendiri. Thamin akan menundukkannya jika dia tidak mahu mengikut.
Raisa bangun berdiri. Dia harus bersiap cepat. Dia harus berjumpa dengan Yesa. Banyak perkara yang mereka perlu bincangkan. Terutamanya mengenai Yesa sudah tahu mengenai kembarnya bekerja di agensi. Dia perlu dapatkan penjelasan mengenai hal itu.
Share this novel