BAB 20

Crime Completed 2168

“Surprise!”. Jerit mereka berempat serentak berselang seli tawa. Cempaka keluar dari arah dapur membawa kek ditangannya diikuti oleh Kuna disebelahnya yang sibuk menghalang lilin diatas kes dari terpadam dek kerana angin. Sebaik saja mereka berdua berdiri dihadapan Uyaa yang masih lagi tersengih tidak tahu hendak bereaksi Mok mula menepuk tangannya menyanyikan lagu hari jadi untuk rakannya itu. Masing- masing mengikut hinggalah nyayian selesai.

“Ha cepattt tiup Uyaa!”. Jerit Cempaka bila satu daripada lima lilin sudahpun terpadam. Uyaa tergesa-gesa meniup lilin sebelum diraikan dengan tepukan yang kuat.

“Semoga sentiasa bahagia. Muka jangan emosi sangat”. Tutur Mok memeluk bahu Uyaa kuat. Uyaa tergelak mendengar usikan Mok.

“Jom potong kek..”. Ajak Kuna menarik tangan Uyaa untuk menurutinya. Cempaka dan Wina sudah pun duduk di atas sofa. Mok mengambil tempat disebelah Kuna. “Muka senyum sikit Uyaa. Jangan serius sangat”. Usik Wina pula yang sedari tadi sibuk mengambil gambar Uyaa mengunakan telefonnya. Uyaa tergelak sekali lagi. Bukan sengaja dia hendak berwajah begitu. Memang dia sudah begitu dari dulu.

“Eh Jian..”. Tegur Mok bila melihat lelaki itu sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Masing-masing mengalihkan pandangan kearah yang sama.

“Meh la join”. Ajak Wina. Jian berjalan beberapa tapak merapati sebelum mengambil tempat kosong disebelah Cempaka. Dia pandang sekilas kearah Cempaka yang tersenyum disebelahnya sebelum pandangannya dialihkan kearah Uyaa yang sedang duduk dihadapan keknya. Wina bangun dari duduknya membantu Uyaa untuk memotong kek dan meletakkan diatas piring sebelum dihulurkan pada setiap seorang. Dia memerhati wajah Uyaa yang sepertinya tidak punya mood. Baru sebentar tadi mereka bergelak tawa sekarang Uyaa sudah pun kembali kepada mood diamnya.

”Birthday Uyaa”. Tutur Kuna memberitahu kepada Jian bila masing-masing mendiamkan diri dan keadaan serasa sedikit kekok. Jian senyum sebaris. Dia memandang wajah Uyaa yang duduk disebelah Wina tanpa secalit senyuman. Lansung tidak menoleh kearahnya. Benci barangkali.

“Harini birthday saya juga”. Jian tiba-tiba bersuara. Dia memandang wajah Uyaa menanti reaksi yang akan diberikan olehnya. Tapi dia masih begitu. Kaku tanpa senyuman.

“Lah ye ke. Happy Birthdayyy Jian”. Tutur Cempaka masih dengan senyumannya. Seraya dengan itu Mok, Kuna dan Wina juga turut sama mengucapkan kepada Jian cuma Uyaa saja yang masih mendiamkan diri. Wina memberikan isyarat mata kearah Cempaka dan Mok. Dia dan yang lain tahu Uyaa tidak selesa dengan keberadaan Jian. Cuma Kuna saja yang sedang mabuk cinta dengan memandang wajah Jian tanpa lepas. Mahu saja dia menyiku kepala Kuna.

“Uyaa?”. Panggil Jian tiba-tiba. Dia memandang wajah Uyaa yang duduk diatas sofa berhadapannya. Kini masing-masing punya tumpuan sudah pun beralih kearah Uyaa.

Uyaa mengalihkan pandanganya kearah Jian yang sedang memadangnya tanpa lepas. Dia mengetap giginya kuat. Cuba mengawal air mukanya sebaik mungkin. “Happy Birthday..”. Tutur Uyaa dengan senyuman nipis. Senyuman yang dibuat-buat agar kawan-kawannya tidak dapat melihat betapa gusar dan runsingnya dia pada waktu tersebut. Betapa sesaknya dada dia pada ketika itu. Tangannya yang mula berpeluh dingin digengam erat.

Keadaan kembali senyap buat beberapa saat sebelum Jian kembali bercakap cuba hendak menarik Uyaa berborak dengannya. “Kita pernah jumpa ke sebelum ni?”. Soal Jian tiba-tiba dan soalan itu telah menarik minat yang lain juga hendak tahu.

“Kau kenal dia ke Uyaa?”. Soal Wina berbisik bila melihatkan Uyaa yang sepertinya sedikit resah dan tidak menjawab soalan yang ditanya oleh Jian.

“Kalau dia ada buat apa-apa dekat kau. Aku ada dekat sini. Jangan takut”. Tutur Wina lagi. Dia memegang tangan Uyaa. Tapi Uyaa tetap mendiamkan diri tidak menjawab.

“Uyaa..”. Panggil Cempaka lembut. Risau melihat Uyaa begitu. Inilah kali pertama dia melihat wajah Uyaa yang penuh keresahan sejak hampir tiga tahun dia berkawan rapat dengannya.

“Dekat mana kau jumpa dia?”. Soal Mok kepada Jian tiba-tiba. Dia tahu yang Uyaa dalam keadaan gelisah mendengar soalan yang ditanya oleh Jian. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Jian. Uyaa yang dia kenal bukan seperti itu. Sentiasa tenang dan serius. Tapi jika dengan soalan Jian semudah itu saja boleh membuatkan rakannya itu resah begitu maka dia yakin ada sesuatu yang tidak kena. Tambahan pula mereka lansung tidak kenal asal usul lelaki itu. Boleh saja Jian itu pernah lalukan perkara yang tidak elok keatas Uyaa.

“Tak..”.Jawab Uyaa menghentikan Jian dari menjawab soalan Mok. Dahinya berpeluh. Tangannya mula basah dek kerana peluh dingin. Masing-masing diam bila Uyaa menjawab begitu.

“Kita tak pernah jumpa”. Jawab Uyaa dengan senyuman. Cuba menyorokan perasaannya yang sebenar.

Jian mengalihkan pandangannya kearah Cempaka yang sedang memandangnya tanpa kelip. Wajah cempaka yang memandangnya penuh kesangsian hinggakan dia terpaksa mengalihkan pandangannya kearah lain. Namun wajah Mok dan Wina yang sedang memandangnya tidak enak membuatkan Jian semakin berasa tidak selesa. Dia terus bangun dari duduknya meminta untuk berlalu pergi tanpa banyak soal.

“Kau okay tak?”. Soal Cempaka sebaik saja susuk tubuh Jian menghilang. Dia duduk dihadapan rakannya itu. Mok dan Wina turut sama mendapatkan kepastian dari Uyaa.

“Kenapa ni?”. Soal Kuna tidak faham dengan keadaan yang berlaku. Wina menjeling sekilas. “Lain kali ada mata ada telinga guna baik-baik”. Mok sudah memerli Kuna.

Uyaa menolak tangan Cempaka yang sedang memegang lengannya.

“Aku rasa tak sihat.. Aku masuk bilik dulu”. Tutur Uyaa dengan senyuman nipis. Dia bangun dari duduknya beredar pergi menuju ke biliknya membiarkan soalan Cempaka, Mok dan Kuna tidak berjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience