20 Julai 2020 – Selatan semenanjung; Agensi ; 10.02 pagi
Raisa menolak pintu kaca yang menjadi penghadang antara ibu pejabat Yesa dan juga Thamin. Langkah kakinya diatur laju ke arah pintu utama ibu pejabat Thamin. Mata-mata staf yang melihatnya aneh lansung tidak diendahkan. Urusannya pagi itu lagi penting dari skandalnya atau pun apa saja yang difikirkan oleh mereka. Dia yakin akan ada yang akan menyampaikan berita kepada Yesa mengenai kehadirannya di agensi pada pagi itu sedangkan dia seharusnya dibawah Off duty selama dua minggu. Tapi keadaan terlalu mendesak. Dia harus berjumpa Thamin secepat mungkin. Nanti dia akan jelaskan segalanya kepada Yesa.
Gadis bernama Vivi yang berada di hadapan pintu utama tidak disapa. Raisa terus melangkah kaki kearah bilik Thamin selaju mungkin. Gadis itu berlari anak mengikutnya dari belakang namun tidak diendahkannya. Sebaik saja tiba di hadapan pintu bilik Thamin Raisa menarik nafas dalam sebelum mengetuk beberapa kali dan membukanya perlahan.
“Maaf Tuan. Saya tak sempat…” Belum sempat gadis itu menjelaskan Thamin sudah pun memberi isyarat untuk membiarkan. Raisa masuk kedalam sebelum berdiri di hadapan Thamin yang sedang leka menghadap beberapa dokumen. Dia menanti penuh sabar sebelum Thamin mengangkat muka memadangnya. “Raisa?”. Soal Thamin. Keningnya sedikit terangkat. Dia tidak menyangka yang Raisa akan datang ke biliknya pagi itu.
“Ada perkara yang perlu saya bincangkan dengan Tuan”. Tutur Raisa. Dia cuba untuk bertenang sebaik mungkin walaupun serasanya dadanya hendak pecah dek kerana perasaan yang bercampur baur dan tekanan dia sedang hadapi pada ketika itu. Dia yakin Thamin adalah punca utama bagi segala masalahnya pada ketika itu. Thamin masih memandangnya pelik. “ Yesa tahu kamu datang sini?”. Soal Thamin. Raisa mengeleng perlahan.
“Jadi kamu nak ubah arah atau macam mana ni?”. Soal Thamin dengan gelakan halus menyindir kedatangannya secara tiba-tiba dipejabatnya pagi itu. Thamin bangun berdiri sebelum berjalan ke arah sofa di tengah ruang kamar pejabatnya. Dia mempelawa Raisa duduk sekali.
Raisa mengambil tempat dihadapan lelaki itu. “Saya nak bincang mengenai seseorang”. Tutur Raisa lagi tenang. Dia cuba mengawal air mukanya sebaik mungkin dihadapan Thamin. Dia tidak mahu menunjukkan kelemahannya walaupun sepertinya Thamin sudah pun dapat menebak segalanya dari raut wajahnya.
Raisa cukup kenal akan perangai Thamin yang tidak dapat dijangka tindakkannya. Jika dia berkeras mungkin Thamin akan lagi berkasar dengannya. Tapi jika dia terlalu menunduk Thamin akan gunakan kelemahannya hingga ianya akan memusnahkan dirinya sendiri. Jadi alternatif yang tinggal adalah dia duduk semeja dengan lelaki itu berdiskusi secara baik dan mencapai kata persetujuan. Atau dalam kata lain dia perlu tahu apa yang Thamin mahukan darinya. Jika dia boleh capai persetujuan dia yakin masalahnya akan reda.
Tapi jika apa yang Thamin inginkan darinya adalah sesuatu yang dia tidak dapat penuhi maka dia tidak punya jalan lain melainkan melawan lelaki itu seperti musuh bukan lagi ketua atau figura besar dalam agensinya. Paling dia risaukan jika perkara ini sampai ke telinga Yesa. Memikirkan ianya saja sudah cukup membuatkannya gelisah. Thamin mengangguk sedikit.
“Lelaki?”. Soal Thamin sengaja bermain tarik tali walaupun dia sudah dapat mengagak apa sebenarnya hajat Raisa bertemu dengannya pagi itu. Raisa mengaguk perlahan. “Well Raisa. Jadi sekarang kamu ada lelaki lain?. Kamu nak minta tolong saya dari Yesa dapat tahu?. Begitu?”. Soal Thamin lagi. Raisa mengetap bibirnya geram dengan sikap Thamin. Lelaki itu pandai benar menaikkan darahnya.
Thamin tergelak halus melihat wajah Raisa yang sudah pun merah padam menahan marah barangkali. “Kalau tahu akan jadi begini kenapa awal-awal lagi perlu pilih Yesa sebagai skandal kamu Raisa?”. Soal Thamin menyimbah minyak kedalam api yang sudah menyala. Raisa mengegam tangannya kuat. Hatinya sudah pun mendidih. Dia memaki hamun lelaki dihadapannya itu dalam diam. Dia tahu Thamin sengaja menyakitkan hatinya secara halus dengan mengunakan skandalnya dengan Yesa. Tapi dia cuba untuk tidak melayan dan tidak termakan umpan lelaki itu.
“Okay sekarang bagitahu sejauh mana hubungan kamu dengan Yesa. Sekatil atau tidak?”. Soal Thamin lagi bersahaja. “Tuan!”. Raisa bersuara sedikit keras. Matanya yang beralis hitam pekat memandang Thamin dengan perasaan sebal. Dia tidak boleh bertahan lagi dengan penghinaan yang diberikan oleh Thamin. Mengaitkan Yesa dengan skandal buruk.
Thamin mengangkat kedua tangannya tanda serah diri hanya untuk menambahkan perasaan meluat dan jelak Raisa kepadanya lagi. “Okay saya andaikan kamu berdua sekatil. Paling buruk mungkin Yesa akan hantar orang untuk bunuh dia”. Tutur Thamin masih tidak serik. “Tuan!”. Suara Raisa meninggi dia bangun dari duduknya. Matanya menikam anak mata Thamin.
Thamin yang sedari tadi tergelak seronok mempermainkan Raisa kini sudah mati tawanya. Air mukanya terus berubah. Air mukanya yang sebenar yang selalu disorokan disebalik gelakan sinis itu. Raisa menarik nafas dalam sebelum mengalihkan pandangannya.
“Kamu patut dengar cakap dia”. Tutur Thamin setelah mendiamkan diri beberapa ketika. Raisa mengangkat wajahnya memberanikan diri memandang wajah Thamin walaupun ada sedikit perasaan getar yang memakan dirinya.
“Saya tak faham. Macam mana Tuan boleh kenal dia?”. Soal Raisa. Keningnya berkerut-kerut. Tapi Thamin pula tersenyum herot mendengar soalan Raisa. “Aku ambil dia dari tempat yang sama Yesa ambil kau. Kau tinggalkan dia Raisa. Lagi pun cepat atau lambat akhirnya dia akan tetap bekerja di agensi ini juga. Kamu pun tahu bukan tujuan utama Kampung Bidadari?”. Soal Thamin dihujung katanya.
Raisa terdiam. Betul apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Cepat atau lambat dia tetap akan bekerja di agensi juga akhirnya. Tapi bagaimana dia boleh terlepas pandang akan hal itu. Mindanya terasa tepu. Tidak tahu bagaimana Thamin berjaya menyembunyikan segalanya dari dia. Selama ini dia tidak pernah tahu mengenai kewujudan lelaki itu di agensi.
“Kalau Yesa ada kamu dan juga Rekan. Kenapa tidak untuk Paswi dan Banan?”. Soal Thamin lagi. “Aha!. Tapi Arta…”. Thamin mengelengkan kepalanya sedikit sebelum menyambung. “Suka jual mahal”. Thamin tersenyum sinis. Minda Raisa mengingat kembali beberapa agen latihan yang dipilih untuk dilatih sebagai agen Elit. Dia, Arta, Paswi, Rekan dan juga Banan. Ya Banan!. Kenapa dia tidak terfikir akan nama itu.
“Banan…”. Entah bagaimana nama itu terkeluar nama mulutnya. Antara mereka berlima Banan tidak menerima latihan sekali dengan mereka atas alasan tertentu. Tapi dia tidak pernah ambil pusing. Dunianya hanya berpaksi pada Yesa dan ketegarannya untuk menjadi seorang agen Elit untuk menjadi yang terbaik dimata Yesa. Thamin bangun dari duduknya sebelum berjalan kearah meja kerja nya.
“Raisa. Choose wisely”. Tutur Thamin. Raisa bangun berdiri sebelum keluar dari ruangan peribadi Thamin. Dadanya terasa sesak. Tubir matanya sudah bergenang air mata. Tujuh tahun dia bertungkus lumus untuk menjadi yang terbaik. Dia berjanji dengan dirinya sendiri yang dia tidak akan lagi menitiskan air mata untuk lelaki itu. Tapi pada hari itu dia kalah. Dia kalah dengan perasaannya sendiri.
Kenapa lelaki yang dia tidak lagi mahu berjumpa itu kembali dalam hidupnya dan kini menjadi jerat yang menjerut dirinya. Ya!. Awalnya kedatangan dia berdebar hebat ketika bersua kembali.
Tapi dia fikir yang lelaki itu tidak mampu lakukan apa-apa kepadanya. Tidak lagi boleh mengawal hidupnya. Hubungan mereka sudah putus sejak tujuh tahun lepas. Tapi bila dia dapat tahu yang lelaki itu bekerja untuk Thamin sama sepertinya dia mula hilang arah. Thamin akan gunakan lelaki itu sebagai kelemahan terbesarnya. Dia akan mengunakan lelaki itu untuk menjerat kaki dan menjerut lehernya. Dia pasti Thamin tidak akan berhenti disini saja. Thamin mempunyai satu senjata yang dia cukup takuti. Jika tersalah langkah. Ini bukan akan menghancurkan dirinya sahaja. Malah Yesa juga dan akhirnya Thamin mungkin akan dipilih sebagai ketua baru agensi. Seperti yang dirancangnya. Raisa jatuh terjelepok ke atas lantai. Perasaan takut dan benci bercampur baru.
“Raisa?”. Jerit Anis mendapatkan Raisa yang sudah pun terduduk diatas lantai. Tapi Raisa tidak memberi sebarang respon. Anis melihat keadaan sekelilingnya. Dia menarik nafas lega kerana tidak orang lain selain dia dan Raisa disitu. Dia tidak boleh biarkan Raisa dalam keadaan begitu. Agen Elit agensi tidak boleh menunjukkan sebarang kelemahan. Dia cuba untuk membantu Raisa bangun tapi wanita itu tidak berganjak dari duduknya sehinggalah Yesa menegurnya dari belakang. Anis yang terkejut terus berdiri tegak dihadapan Yesa. Bibirnya terkumat kamit hendak menjelaskan keadaan tapi tidak terluah.
“Sekejap Rekan”. Yesa menghentikan langkah kakinya dan menyuruh Rekan yang sedari tadi ada bersamanya untuk tunggu seketika. Dia berjalan laju mendapatkan Raisa.
“kenapa?”. Soal Yesa memandang wajah Raisa. Tapi tidak dijawab. Dia memeluk tubuh Raisa sebelum menepuk perlahan dibelakang tubuh Raisa cuba menenangkannya yang sudah pun teresak-esak perlahan di lengannya. Rekan cuba datang hendak membantu tapi Yesa memberikan isyarat mata untuk membiarkan. Suasana lobi yang sudah pun dipenuhi staf agensi yang keluar untuk makan tengah hari memandang Yesa dengan pandangan tidak percaya dan kurang menyenangkan tapi Yesa tidak memberikan sebarang perhatian malah dibiarkan saja Raisa meminjam lengannya untuk melepaskan rasa yang menyebabkannya menangis pada hari itu. Tangisan yang terakhir dia lihat di pintu pagar rumah anak yatim tujuh tahun lepas.
Share this novel