BAB 3

Crime Completed 2168

Suasana petang itu dipenuhi dengan jeritan dan pekikan. Kuna dengan Mok antara yang paling teruja sekali. Terpekik terlolong bersama cacian dan makian. Cacian dan makian yang betul-betul datang dari hati. Wina pula sudah naik pening. Dia mengucap panjang melihat perangai dua kawannya itu.

“Woi sudah-sudah!”. Wina menjerit kearah Kuna dengan Mok tapi lansung tidak dilayan. Cempaka yang duduk disebelahnya pula hanya mendiamkan diri dan hanya menjadi pemerhati. Bukan kali pertama Mok dan Kuna berperangai begitu malah setiap kali mereka berdua menonton drama bersama maka terjadilah adegan terlebih reaksi di hadapan TV. Sesekali dia tersengih melihat gelagat Kuna dengan Mok. Geli hati melihat keletah dua rakannya itu. Wina sudah buat muka kearahnya. Cempaka hanya tersengih sambil membuat muka kau nak suruh aku buat apa. Tapi Wina masih lagi tidak puas hati dan ekspresi mukanya cukup menjelaskan segalanya. Dia mengerling ke arah telefon bimbit milik Cempaka yang diletakkan diatas meja memberi isyarat. Cempaka mengeleng.

Wina mendengus. “Kau nak suruh aku buat apa? Call polis?”. Soal Cempaka bersama tawa dihujung katanya.

“Cempaka. Kau buatlah sesuatu. Tiup pakai ayat apa- apa ke. Takpun lempar je kuali dekat dapur tu”. Wina melirikan matanya ke arah dua orang kawannya yang tak ubah seperti monyet baru terlepas dari sangkar. Cempaka tergelak kuat. “Sabar. Sabar“. Dia mengurut bahu Wina yang sedang memegang dahinya yang tidak sakit.

“Mampus!”. Mok menjerit kuat. Matanya mencerlung memandang ke arah Kuna. “Mati weh mati!. Siapa celaka ni!”. Bising Kuna.
“Woi!. Woi! Cerita je pun yang korang punya reaksi teruk sangat ni apadahal!”. Laung Wina kuat. “Dah macam dia orang yang berlakon dalam cerita tu”. Bebel Wina lagi. Tapi kali ini hanya Cempaka saja yang dengar.

Bunyi jeritan suara Mok dan Kuna mengejutkan Cempaka dan Wina sekali lagi. Seraya dengan itu kedengaran suara Mok dan Kuna yang tidak puas hati bila cerita yang ditonton mereka bersambung pada minggu hadapan. Cempaka mengurut dadanya dek kerana terkejut. Wina pula mengeluh kuat menyerah kalah.

“Ni kalau sebulan lagi macam ni mahu ke hospital aku sebab darah tinggi”. Bebel Wina. Cempaka tergelak kuat. Bahu Wina ditepuknya.

Telefon bimbit milik Cempaka bergetar. Nama ibunya jelas terpapar di skrin. Mati terus tawanya. Hatinya tiba-tiba diterjah perasaan takut. Dia bangun dari tempat duduknya memberi isyarat kepada Wina. Wina hanya mengangguk dan memberi laluan kepada Cempaka untuk berlalu pergi mendapatkan privasi.

“Ha! Dah habis gelak nak isi perut pulak lah tu”. Sindir Wina bila mana Kuna dan Mok berjalan kearahnya dengan muka kelaparan. Kata-kata Wina disambut oleh tawa halus dari Mok dan Kuna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience