Arta bergerak pulang ke agensi secepat mungkin. Sebaik saja tiba dia berjalan laju ke arah bilik maklumat dan dokumentasi. Ada seseorang yang dia perlu jumpa disana. Sebaik saja wajah yang dicarinya dijumpai dia pantas menarik lelaki yang bertubuh sederhana itu ke tepi.
“Arta!”. Jeritnya sedikit terkejut. Arta menjenguk ke laluan legar sebelum memandang wajah J semula. “Maaf. Macam mana?”. Soal Arta kalut. J menghela nafas berat. Boleh mati dia jika ketuanya tahu apa yang dia sedang lakukan dengan membocorkan maklumat peribadi ahli agensi. Dia mengeluarkan komputer riba miliknya sebelum diletakkan diatas meja.
“Aku akan pastikan nama kau tak terlibat”. Tutur Arta bila melihatkan J yang sepertinya teragak-agak hendak membantu dan masih kaku menatap skrin komputer ribanya. J yang mendengar apa yang dikatakan oleh Arta mengeluh halus. Dia menekan papan kunci komputernya memasuki satu laman yang hanya boleh diakses oleh mereka yang bekerja di bahagian maklumat dan dokumentasi.
“Nama?”. Soalnya. “Ejian Banan. Elit agen”. Tutur Arta. J sudah mencerlung memandang Arta tidak percaya. “Kau nak selidik Elit agen Arta?!. Kau pun?. Aku tak faham?”. J sudah naik suara.
Kening Arta terangkat. “Siapa lagi yang minta selain aku?”. Soal Arta kepada J.
J mengeluh halus. “Raisa”. Jawabnya sepatah. Teringat kejadian semalam Raisa yang tiba-tiba muncul ditepi mejanya dan menyuruhnya untuk mengekses laman maklumat. Lebih kepada memaksa dari meminta pertolongan.
Arta mengangguk perlahan. Nampaknya Raisa juga sedang menyiasat seseorang. Mungkinkah Paswi atau Raisa sudah tahu mengenai identiti insider informer?. Tapi ianya mustahil kerana perihal mengenai insider informer itu diketahui dari fail yang diambilnya dari rumah Madam Jane. Arta bergumam sendirian.
J merenung wajah Arta yang sedang termenung jauh. Wajah Arta yang sepertinya dalam keadaan terdesak. “Elit ID”. Soal J.
“Panther 54387. Under off duty sejak sebulan lalu dan sepatutnya kembali ke lapangan awal bulan depan”. Tutur Arta memberi penjelasan dengan harapan dapat mempercepatkan J mencari maklumat yang dia mahukan.
“Mana dia tinggal sekarang?”. Soal Arta lagi. Dia perlu berjumpa dengan Banan. J menunjukkan alamat tempat tinggal sebelum Arta mengeluarkan telefon pintarnya dan mengambil maklumat tersebut. Semasa Arta sedang mengambil nombor telefon milik Banan reaksi J yang tiba-tiba terkejut menarik minat Arta.
“Dia pindah rumah baru dua minggu lepas”. J memberitahu. Kening Arta terangkat sedikit.
“Mana?”. Soal Arta dan J menunjukkan kepadanya. Arta memandang alamat itu lama sebelum dia menutur kata.
“Boleh check kan seorang lagi?”. Soal Arta. J mengangguk mengiakan.
“Uyaana Raisa. Elit agen”. Sambung Arta dan permintaanya itu disambut oleh J yang sudah membuat muka tidak senang. Matanya membulat memandang Arta. Tapi Arta masih berwajah selamba memandangnya.
“Elit ID”. Soalnya kembali dengan nada terpaksa.
“Cleopatra 45387”. Sebaik saja maklumat Raisa terpapar Arta melihat telefon bimbitnya dan skrin komputer berselang seli membandingkan maklumat yang diambilnya sebentar tadi. Darahnya berderau. J yang dapat melibat perubahan riak wajah Arta tidak dapat menahan diri dari bertanya. “kenapa kenapa?”. Soal J panik dengan reaksi Arta.
“Aku pergi dulu. Thanks J”. Tutur Arta sambil menepuk baju J perlahan. Dia tidak menjawab soalan lelaki itu dan kakinya laju melangkah berlalu pergi. Suara J yang menjerit memanggilnya meminta penjelasan tidak diendahkan.
Nombor yang sama didail sekali lagi tanpa jemu walaupun dia berasa sedikit bengang bila panggilannya tidak diangkat. Bunyi deringan masih menghiasi telinganya tidak berjawab. Arta mengeluh kuat. Dia tahu Jian mungkin tidak mahu berjumpa dengannya dalam keadaan sekarang. Dia tidak pasti atas sebab apa akhirnya Jian membuka rahsianya kepada Raisa setelah bersusah payah menyembunyikan identitinya sejak tujuh tahun lepas. Hanya ada dua kemungkinan yang terjadi. Pertama sekali, Thamin mungkin ada rancangan tersembunyi dengan menghantar Jian kepada Raisa ataupun ada sesuatu yang bahaya mungkin akan terjadi ke atas Raisa dan Jian tahu akan hal itu.
Mungkin juga ianya disebabkan oleh kematian Madam Jane dan juga siasatan rahsia Raisa ke atas punca kematian ketua mereka itu. Jika benar tekaannya, maka Thamin memang terlibat dengan kematian Madam Jane dan Jian tahu bahaya yang akan menimpa Raisa jika dia tidak menghalang kembarnya itu. Arta memangkirkan keretanya di tepi jalan sebelum berjalan kearah pintu pagar yang terbuka luas. Seorang gadis kurus dan tinggi lampai yang sedang membuang sampah menegurnya.
“Cari siapa?”. Soalnya. Wajahnya sedikit berkerut menahan panas mentari. Arta terdiam seketika. Dia tidak pasti jika Jian menyorokkan identitinya atau memperkenalkan dirinya dengan namanya yang sebenar. Jian atau Banan?. Soal Arta pada dirinya sendiri. Kemudian dia teringatkan hal Raisa. Dia tidak pasti jika gadis itu ada dirumah atau tidak. Raisa tidak dapat dihubunginya sejak dia Off Duty. Tapi ada satu hal yang agak aneh pada ketika itu yang sedikit menganggunya.
Persoalan seperti Raisa tinggal bersama kawan perempuannya dan Jian juga turut tinggal disitu?. Dia mempersoalkan dirinya sendiri. Keningnya terangkat. Atas alasan apa yang membolehkan Jian seorang lelaki tinggal bersama mereka. Ya!. Dia yakin pasti Jian menyembunyikan identitinya dan juga Raisa pasti sudah pun diugut oleh Jian awal-awal lagi untuk tutup mulut. Arta memandang wajah gadis dihadapannya itu lama. Dia harus memastikan sesuatu.
“Jian..”. Tutur Arta memasang perangkap. Dia perlu tahu apakah posisi Jian di dalam rumah itu. Gadis itu tersengih sedikit membuatkan Arta sedikit lega.
“Ada dalam rumah. Nanti saya panggilkan”. Tuturnya. Tapi Arta menghentikannya dengan sedikit soalan.
“Ramai ke perempuan dalam rumah ini?”. Soal Arta. Jantungnya sedikit berdebar menanti reaksi gadis itu. Jika tersilap langkah mungkin gadis itu akan meraguinya.
Wina tergelak halus mendengarkan soalan lelaki dihadapannya itu. “Lima orang. Jangan risau kami semua straight”. Tutur Wina dengan gelakan dihujungnya sebelum meninggalkan lelaki itu untuk memanggil Jian. “Haih handsome-handsome gay pulak”. Wina bergumam sendirian.
Lima orang. Silap percaturan kemungkinan besar mereka semua akan jadi mangsa keadaan dan juga kambing hitam. Ditambah pula Jian sudah pun bertapak disitu. Dia sedikit risau dengan Raisa. Dia harus cari tahu alasan apa yang Jian gunakan untuk tinggal disitu dan juga apa sebenarnya perancangan Jian. Arta memalingkan wajahnya kearah susuk tubuh yang berhenti tidak jauh darinya, wajah Jian yang memandangnya tidak puas hati.
“Jangan gaduh-gaduh”. Tutur Wina mengambil bakul sampah yang ditinggalkan di tepi pagar sebelum kakinya laju masuk ke dalam rumah meninggalkan mereka berdua. Arta menanti kelibat gadis itu betul-betul hilang dari radar sebelum memulakan bicara dengan Jian. Walaupun keadaan ketika itu agak kurang sesuai tapi harapnya dia dapat memujuk Jian untuk berbincang.
“Kau nak apa?”. Soal Jian tanpa berbasa basi. Arta menarik nafas dalam. “Thamin hantar kau?”. Soal Arta. Dia memandang wajah Jian cuba menebak dari reaksi wajah Jian. Tapi Jian sepertinya sudah dapat menjangka soalan yang akan ditanya oleh Arta itu. Jian tidak menjawab soalan yang ditanya oleh Arta. Dia memilih untuk mendiamkan diri. Arta mengangukkan kepalanya memahami.
“Aku tak pasti tujuan kau kembali pada Raisa. Tapi apa yang kau buat ni bahaya Jian”. Tutur Arta. Dia cuba mengambil cara pendekatan lain dengan Jian. Mengharapkan nama Raisa itu mampu mengubah hati lelaki itu. Tapi apa yang dikatakannya adalah jujur dari hati. Dia benar-benar risaukan keadaan Raisa pada ketika itu.
Jian tersenyum sinis mendengar amaran yang diberikan oleh lelaki itu. Dia sudah mengagak yang Arta akan datang mencarinya. Dia tidak boleh ambil keadaan ni sebagai sambil lewa . Jika tersilap langkah Arta boleh menyebabkan segala rancangannya gagal. Baginya Arta tidak perlu risaukan akan keadaan Raisa, dia perlu risaukan diri sendirinya lebih dari sesiapa pun. Kebolehannya yang dicemburui ramai dengan memilih untuk tidak tunduk kepada Thamin atau Yesa. Adakah Arta tidak melihat yang dia sebenarnya lebih berada dalam kedudukan paling bahaya?.
“Jangan cuba ajar aku Arta”. Tutur Jian. Sepertinya pendekatan lembut sebegini tidak memberikan kesan yang efektif keatas Jian. Dia bermain dengan jari jemarinya sendiri sambil memandang wajah Jian yang masih memandangnya jelak. Kepalanya ligat memikirkan perancangan seterusnya. Dia harus lakukan sesuatu. Manusia memang tidak berubah dan tidak akan belajar tanpa kesakitan. Gumam Arta. Dia sudah cuba untuk cari jalan terbaik untuk berbincang dengan Jian tapi nampaknya dia perlu gunakan cara dia yang selalu. Berlembut dalam pertarungan bukan kepakarannya.
“Kalau taknak aku ajar kau jangan sampai aku tangkap kau”. Tutur Arta dengan nada sedikit keras. Rona kulitnya yang sawo matang sedikit memerah. Arta menapak pergi dari pintu pagar rumah meninggalkan Jian. Tiada apa lagi yang perlu mereka berdua bincangkan lagi.
Sebaik saja dia masuk kedalam kereta Arta mendengus kuat. Rancangannya untuk memujuk Jian tidak berjaya dek kerana ketiadaan medium percaya antara mereka berdua. Rahangnya diketap kuat. Jika begini Jian dan Raisa akan menjadi patung boneka Thamin dan juga Yesa demi memenangi pertarungan ini. Dia harus berjumpa dengan Raisa. Mungkin dia patut bocorkan rahsia mengenai Yesa sudah pun tahu mengenai Jian adalah agen Elit sejak dulu lagi. Tapi adakah ianya satu penyelesaian yang terbaik. Mungkinkah Raisa akan mendengar katanya. Tapi jika rahsia itu bocor dan Raisa dalam keadaan emosi tidak stabil kemungkinan besar akan beri peluang keemasan buat Thamin. Dia belum benar-benar yakin jika Yesa juga punyai niat lain disebalik keinginnya untuk menangkap pembunuh sebenar Madam Jane.
Bunyi deringan telefon mengejutnya. Satu mesej pesanan ringkas dari nombor yang tidak dikenali. Mesej yang dinanti-nantikan dari insider informer. Perjanjian untuk berjumpa pada malam esok. Jika dia berjaya peroleh fail tersebut dia akan tahu siapa musuh sebenar. Sama ada Thamin atau Yesa. Yakin sekali masing-masing akan mula menunjukan belang yang sebenar bila fail tersebut jatuh ketangannya.
Share this novel