Raisa duduk dihadapan Yesa. Disebelahnya Arta menemani. Yesa hanya berdiri dihadapan mereka berdua. Kaku tidak mengeluarkan sebarang kata. Raut wajahnya serius. Dahinya berkerut-kerut. Arta pula menekur wajah Yesa lama. Rahangnya bergerak-gerak. Dia tidak suka dengan apa yang sedang Raisa lakukan. Apa yang Raisa lakukan dan segala keputusan yang dibuatnya terlalu terburu-buru dan terlalu terikutkan perasaannya dengan melibatkan dendam dan hal peribadinya. Membahayakan nyawa orang luar.
Ini kali pertama terasa seperti perancangan mereka dan cara mereka kendalikan projek sulit ini tidak ubah seperti budak sekolah tidak sama sepanjang dia melaksanakan projek-projek sulit yang lain. Kenapa dia berkata begitu selain daripada alasan Raisa hendak membalas dendam. Pertama, mereka lansung tidak diberi arahan atau mempunyai rancangan yang kukuh dan strategik bagaimana harus kendalikan projek kali ini. Kedua, segala tuduhan dan bukti yang dikatakan hanyalah keluar dari mulut Yesa. Ketiga, dia tidak pasti tujuan Yesa tiba-tiba memanggilnya setelah dibuang oleh Madam Jane untuk bekerja bersama Raisa semula. Mungkin Yesa memerlukan bantuannya atau pun Yesa sebenarnya ingin gunakannya untuk mendapatkan fail 6District yang Madam Jane rahsiakan keberadaannya.
“I akan teruskan Elit case”. Tutur Raisa setelah dia menceritakan segalanya kepada Yesa mengenai perbualannya dengan rakan serumahnya tadi. Yesa mengeluh halus. Dia mengalihkan pandangannya kearah Arta yang masih memandangnya. Dia mengangkat keningnya sedikit sebelum bergerak perlahan mengambil tempat duduk dihadapan Raisa dan Arta.
Arta menanti butir bicara yang akan dikeluarkan oleh Yesa. “Macam mana kalau ini satu perangkap?”. Soal Yesa. Pandanganya jatuh kewajah Arta. Seolah apa yang dikatakan olehnya itu ditujukan buat Arta yang memandangnya tidak puas hati.
Arta mengiakan dalam diam. Akhirnya Yesa membuka mulut dengan soalan yang sama terlintas difikirannya. Dia masih tidak mengerti kenapa fail tersebut dihantar kepada Wina sedangkan pada asalnya dia menyangka Thamin sudah pun menangkap insider informer yang dia sepatutnya jumpa beberapa hari lepas hinggakan dia tidak dapat memiliki fail tersebut. Tapi sekarang mereka peroleh maklumat fail tersebut dihantar keatas nama Wina. Ada sesuatu yang tidak kena. Dia yakin akan itu. Apa tujuan Thamin berbuat begitu?. Ianya hanya akan membahayakan dirinya jika fail tersebut jatuh ke tangan Raisa.
Thamin memang cuba memasang perangkap ataupun sebenarnya ada dalang lain yang sedang bermain disebalik tabir. Mungkinkah?. Arta memandang wajah Yesa. “Yesa mungkin?”. Soalnya perlahan.
Raisa pula hanya diam mendengar kata Yesa. Juga memikirkan kemungkinan tersebut.
“Tapi kita tidak punya pilihan lain”. Tiba-tiba Yesa menyambung katanya. Arta sedikit tersentak. Raisa pula mengiakan dengan bersungguh-sungguh. “Kita perlu gunakan peluang ini”. Yesa menambah lagi. Arta yang tadi duduk bersandar terus membetulkan duduknya. Sudah menyangka yang Yesa akan mengunakan perangkap ini untuk memerangkap kembali Thamin. “Tuan..”. Arta hendak berkata tapi Raisa pantas memotong.
“Mungkin fail tersebut dihantar oleh insider informer”. Raisa memintas laju. Kening Arta berkerut. Mana mungkin begitu. Jika insider informer yang menghantar fail tersebut kenapa perlu Wina?. Kenapa bukan dia atau Raisa sendiri. Insider informer tidak akan meletakkan risiko sebesar itu dengan mendedahkan fail tersebut kepada orang luar. Apa gunanya Madam Jane mengunakan insider informer tersebut sebagai perisai kepada fail 6District jika ianya semudah itu didedahkan. Apa yang Raisa fikirkan. Kenapa Raisa?!. Gumam Arta dalam diam tidak mengerti dengan sikap Raisa.
“Jika Thamin tahu fail tersebut jatuh ke tangan orang lain pasti dia akan cuba dapatkannya semula. Jadi kita perlu pasang perangkap”. Tutur Raisa. Arta mendengar dengan perasaan sebal. Tapi dia hanya memasang telinga. Menanti sejauh mana Yesa akan bersetuju. Menanti sejauh mana Yesa hendak berpura-pura bodoh dengan bersetuju dengan cadangan Raisa yang membuta tuli. Dia yakin Yesa tidak mungkin sebodoh itu untuk percaya yang fail tersebut dihantar oleh insider informer.
Yesa mengangguk perlahan. “Tapi kita perlukan sesuatu untuk umpan Thamin”. Tutur Yesa. “Maksudnya?”. Soal Raisa kembali. “Kita gunakan kawan kamu sebagai umpan untuk tarik Thamin kembali”. Yesa memberi cadangan. Raisa terdiam lama. Arta sudah pun tersenyum sinis. Wajah Yesa dan Raisa dipandang silih berganti. Dia mengelengkan kepalanya tidak percaya.
“Maafkan saya”. Tutur Yesa tiba-tiba. Raisa mengelengkan kepalanya menidakkan. Menghentikan Yesa dari meminta maaf kepadanya.
“Kita akan gunakan Wina untuk perangkap Thamin”. Tutur Raisa bersetuju dengan cadangan Yesa. “Raisa!”. Arta memanggil dengan nada keras. Senyumannya sudah mati. Dia menikam tajam wajah Raisa tapi Raisa lansung tidak mengendahkannya. Lansung tidak memandang kearahnya. Arta mengetap giginya.
Yesa mengalihkan pandangannya kearah Arta. Dia tahu yang Arta tidak suka dengan apa yang sedang mereka rancangkan. Tapi dia tidak punya rasa ingin memberi pilihan buat Arta. Tidak dalam keadaan begini. Dia harus ambil peluang keemasan ini. Arta perlu menurut. Seperti selalu. Dia tidak punya masa hendak berlengah. Mesyuarat seterusnya dari the founder dalam masa dua minggu lagi. Ianya akan jadi penentu dan titik penentuan bagi nasibnya dan juga Thamin.
“Lagi pun tujuan saya mendekati dengan Wina dan Cempaka adalah untuk balas dendam. Kenapa saya hendak berpura-pura baik ketika ini. Kita patut gunakan mereka. Sebaik mungkin”. Tutur Raisa. Matanya memerah menekur lantai. Siapa sangka tujuannya untuk membalas dendam dengan mengunakan Wina untuk menyiasat punca kematian Pengetua Khalid dan rancangannya untuk menyeksa Cempaka hingga jiwa gadis itu mati bertukar arah. Kini dia punya sebab untuk gunakan mereka. Mungkin ini adalah pembalasan dendam paling sesuai untuk Cempaka. Dia akan letakkan segala kesalahan keatas Cempaka. Ya!. Mok dan Kuna hanyalah dua entiti yang tidak lansung terlibat dalam rancangan jahatnya. Tapi Cempaka yang bawa mereka berdua kepadanya. Bukan dia sendiri!.
Arta memegang lengan Raisa. Menanti Raisa untuk mengalihkan pandangannya kearahnya. Bila mana mata mereka bertembung. Arta cuba menghantar isyarat dalam diam. Dia tahu yang Raisa mengerti apa yang dicuba disampaikan oleh Arta. Tapi Arta silap akan satu hal tentangnya. Dia memang benci dengan kembarnya iaitu Jian. Dia jijik melihat Cempaka. Jika Arta dapat melihat betapa dalam dan jijiknya perasaan bencinya kepada Jian dan Cempaka mungkin Arta akan berundur dan tidak akan cuba untuk menghentikannya seperti sekarang.
Disangkanya perasaan dendam itu sudah semakin hilang. Tapi rupanya dia hanya terlupa dan terleka seketika. Pada saat itu dia sedar perasaan marah dan benci itu masih ada. Malah semakin membuak-buak hinggakan dia dapat rasakan perasaan benci itu menjalar didalam tubuhnya. Menekan dadanya dan kepalanya. Menjerut lehernya hinggakan terasa ada seperti tali yang terikat dilehernya.
“Jadi kita hendak gunakan orang luar sebagai umpan?”. Soal Arta. Dia tidak lagi dapat menahan perasaanya. Yesa mengelengkan kepalanya. “Betul apa yang Arta katakan. Kita tak boleh bahayakan nyawa orang sesuka hati demi kepentingan sendiri. Saya juga tidak patut biarkan kamu campurkan urusan peribadi kamu dengan projek sulit”. Tutur Yesa mengiakan. Tapi kata-kata itu disambut oleh senyuman sinis dari Arta dalam diam. Jengkel melihat kepura-puraan Yesa dihadapan Raisa. Jika tidak kerana Raisa disebelahnya dia juga tidak tahu apa yang dia akan lakukan keatas Yesa pada ketika itu. Yesa memang benr-benar memanipulasi Raisa secara terang-terangan. Cuma Raisa sahaja yang gagal melihat.
“Kita akan fikirkan cara lain. Bukan dengan cara ini”. Tutur Arta tegas. Dia memandang wajah Yesa. Lama. “Tak Arta!”. Raisa menghentikan.
“Raisa!”. Arta sudah pun meninggi suara. Raisa terdiam.
“Kita akan teruskan rancangan kita. Kita akan gunakan Wina. Hanya Wina seorang. Tidak Cempaka mahupun yang lain. Hanya Wina. Kamu Raisa pujuk dia untuk berhubung dengan Thamin untuk berjumpa dan pastikan Jian tidak tahu mengenai fail tersebut”. Tutur Yesa menghentikan pertelingkahan antara Arta dan Raisa.
Arta bungkam. Dia menyangka Yesa tidak akan meneruskan rancangan awal mereka tadi. Sedangkan mereka masih belum dapat memastikan adalah benar fail tersebut dihantar oleh insider informer atau pun memang Thamin sendiri yang sengaja memasang perangkap. Kini Yesa menyuruh Raisa memujuk Wina untuk berjumpa Thamin.
Raisa mengangguk memahami apa yang dikatakan oleh Yesa. “Will do”. Tutur Raisa sudah bersedia untuk meneruskan rancangan mereka. “Yesa..”. Panggil Arta sedikit keras. Sungguh dia mati kata dengan keadaan ketika itu. Dua lawan satu. Sudah tentu dia dalam keadaan yang tidak mendatangkan kemenangan buatnya jika dia tetap bertegas disitu.
“Ya Arta. Saya tahu Thamin tak akan biarkan Wina begitu saja. Jadi saya perlukan kamu. Kamu perlu pastikan Wina sentiasa berada dalam keadaan selamat hingga semua ini berakhir”. Tutur Yesa memberi kata putus. Arta terdiam. Dia hendak menidakkan tapi dia tidak punya sebarang alasan untuk berterusan menolak perancangan mereka.
“Kita akan tangkap Thamin ketika dia berjumpa dengan Wina. Kita akan dapatkan pengakuan dari Thamin ketika mereka berdua berjumpa. Saya percayakan kamu berdua untuk teruskan Elit case. Jadikan ini peluang terakhir kita agar projek sulit ini berjaya dilaksanakan tanpa gagal”. Tutur Yesa. Arta terdiam tidak terkata. Dia mengalihkan pandangannya kearah Raisa yang sedang memandang Yesa dan mata yang bersinar-sinar. Penuh semangat untuk merisikokan segalanya demi kebenaran seperti yang dikatakan oleh Yesa. Arta mengeluh keras. Tangannya mengengam penumbuk menahan perasaannya yang mengunung.
Share this novel