Bunyi deringan loceng mengejutkan Raisa yang baru saja selesai mandi. Dia bergegas menyiapkan diri sebelum bergerak ke arah pintu. Sebaik pintu dibuka wajah seorang lelaki berpakaian T-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans menyapanya. Dia tersenyum sebaik saja wajah Raisa dilihatnya.
“Siapa?”. Soal Raisa. Dia tidak mengenali lelaki itu. Tidak mungkin Jian yang menghantar lelaki itu. Raisa hendak menutup pintu biliknya bila teringatkan akan Jian tapi pantas dihalang oleh lelaki itu. Kening Raisa terangkat. Matanya menikam anak mata lelaki dihadapannya itu meminta penjelasan.
“Puan Raisa. Ini untuk Puan”. Berserta dengan itu satu bungkusan kotak kecil bertukar tangan. Belum sempat Raisa hendak bertanya lebih lelaki tadi sudah pun berlalu pergi. Raisa mengunci pintu biliknya kembali. Dia berjalan sambil memegang kotak kecil yang baru diterimanya sebentar tadi sebelum mengambil tempat dibirai katilnya termenung jauh menekur bungkusan yang diterimanya sebentar tadi. Perasaan takut mula menyelinap ke dalam setiap urat sarafnya.
Memikirkan tiada seorang pun yang tahu mengenai keberadaannya dihotel itu membuatkan dia sangsi akan identiti yang menghantar bungkusan tersebut kepadanya. Thaminkah yang menghantar bungkusan itu?. Untuk apa dan ada apa di dalam bungkusan tersebut?. Mungkinkah Thamin sudah memulakan langkahnya dengan mengugutnya dengan sesuatu yang boleh menjerutnya. Dia sudah pun menyoal dirinya sendiri. Pelbagai andaian buruk mula memenuhi kepalanya. Tangannya berpeluh sejuk.
Tidak ada yang tahu dia tinggal di hotel itu sejak semalam melainkan Jian dan juga Cempaka. Mungkin Jian sudah pun mendedahkan maklumat keberadaannya kepada Thamin. Raisa bangun dari duduknya berjalan mundar mandir di tepi katilnya. Berkira-kira mungkinkah kembarnya telah membuat perjanjian dengan Thamin dan itu adalah token dari Thamin untuk mengikatnya agar menurut kata kembarnya itu?. Adakah Jian sudah tahu perkara yang sebenar?. Entah mengapa perasaan takut menerjah hatinya dan serasanya perasaaan takut itu tidak dapat dikawal olehnya.
Kemungkinan untuk Jian tahu rahsia terbesarnya yang selama ini dia simpan rapi dan juga Thamin akan mengunakan rahsia itu untuk menjeratnya. Sudah berkali-kali dia katakan kepada Jian untuk tidak membuat sebarang perjanjian dengan Thamin!. Raisa mendengus kuat. Tangannya yang tadi berpeluh sejuk sudahpun mengigil. Tak!. Kenapa kau nak takut Raisa?. Dia bergumam sendirian. Raisa berlari anak ke arah dapur sebelum mengambil pisau kecil. Dia membuka bungkusan tersebut sebelum tangannya terhenti bila isi didalam bungkusan tersebut kelihatan.
Pisau ditangannya terjatuh. Nafasnya seperti terhenti seketika. Ternyata apa yang dia takutkan benar-benar terjadi. Beberapa keping gambar kini berada di dalam gengaman tangannya. Raisa memegang dadanya. Terasa sesak nafasnya. Thamin sudah tahu!. Gumam Raisa. Atau dalam kata lain Thamin telah mengunakan kelemahannya itu sebagai senjatanya. Matanya sudah memerah. Dia dah tahu!. Tutur Raisa lagi. Perkara yang paling dia takuti sudah pun terjadi. Tujuh tahun dia melakukan segalanya dengan begitu sulit dan teliti. Tapi segalanya bakal hilang sekelip mata umpama tujuh tahun itu tidak punya makna. Raisa terduduk dibirai katilnya.
“Aku dah cakap Jian. Dia tak akan lepaskan kita semudah itu”. Akhirnya air matanya terburai juga dari tubir matanya.
Entah berapa lama waktu sudah berlalu hinggakan air matanya sudah pun kering. Raisa masih termanggu di tepi katilnya. Kepalanya kosong. Dia masih tidak mampu untuk berfikir bagaimana hendak keluar dari permasalahan yang sedang menjerat kakinya pada ketika itu. Thamin sudah tahu sisi buruknya. Sudah tahu apa yang selama ini dia simpan rapi dari pengetahuan semua orang. Patutkah dia mendengar kata Jian dan lari meninggalkan segalanya?. Raisa menyoal dirinya sendiri. Tapi sekalipun dia lari dari segalanya Thamin tidak berhenti mencari dan Yesa tidak akan begitu mudah melepaskannya. Patutkah dia meminta bantuan Arta?.
Wajah Arta seminggu lepas terbayang di matanya. Hanya beberapa ketika sebelum bayangan itu diganti dengan wajah Arta yang cukup dia kenali. Kenangan mereka berdua bekerja dilapangan bersama sudah cukup untuk dia mengenali satu entiti kegilaan yang disembunyikan disebalik wajah itu. Mungkin Arta sedaya upaya hendak berubah dan mungkin dia sudah berubah. Tapi entah mengapa dia belum cukup yakin jika Arta sudah benar-benar berubah. Entah mengapa dia merasakan yang Arta hanyalah terlupa akan dirinya yang sebenar selepas dibuang Madam Jane sejak beberapa bulan lepas.
Raisa memeluk erat kedua lututnya sebelum kepalanya diletakkan di atas lututnya itu. Dia menekur lantai yang putih bersih tanpa ada sebarang kesan calar mahupun kotor. Terlalu sempurna. Dia terlalu obses hendak menjadi sesuatu yang sempurna sama seperti lantai itu. Bersih tanpa sebarang cela. Walhal pada dasarnya kecantikkan itu hanyalah disebabkan salutan cat yang melindungi wajah sebenar simen tersebut.
Air matanya menitis dari mata kirinya mengalir menerusi hidungnya terus jatuh ke atas baju yang dipakainya. Menyedari yang dia tidak ubah sama seperti lantai itu. Pada dasarnya sempurna tanpa cela walaupun di dalamnya sudah pun mereput dan menanti masa untuk hancur.
Arta, Jian, Rekan dan juga Paswi. Tidak ada seorang pun antara mereka berlima yang punya latar belakang yang cantik untuk dikenang. Buat seketika dia sedar mereka tidak ubah seperti sampah yang dikutip sebelum dibentuk seperti apa yang dikehendaki oleh tuannya. Agensi dan Madam Jane tahu mereka tidak punya sesiapa untuk digantungkan harapan melainkan pihak agensi sendiri. Dia benci untuk mengakui tapi mereka tidak ubah seperti anjing.
Sebolehnya dia mahu bergantung harap pada Yesa tapi Thamin tidak akan pernah berhenti menjadi orang ketiga. Thamin tidak akan membiarkan dia hidup begitu. Dia mahu buktikan kepada Jian yang Yesa bukan seperti yang difikirkan oleh kembarnya itu. Tapi Jian gagal untuk melihat semua itu. Jian terlalu terburu-buru. Sama seperti kejadian tujuh tahun lepas dan sekarang Thamin sudah pun mula mengugutnya. Jika Jian tahu perkara yang Thamin gunakan untuk mengikat kakinya ini sudah pasti kembarnya itu akan terkejut. Mungkin Jian akan membencinya.
Bunyi deringan telefon mengejutkan Raisa. Dia mencapai telefonnya dari atas katil sebelum panggilan tersebut di angkat.
“Puan Raisa”. Panggil suara seorang perempuan dihujung corong telefon. “Paswi dibunuh”. Sambungnya lagi. Raisa bangun berdiri terkejut dengan apa yang didengarinya.
“Siapa?”. Soal Raisa memastikan apa yang didengarnya adalah benar. “Paswi”. Jawabnya memberikan kepastian. Raisa terdiam seketika. Dia cuba untuk memproses apa yang didengarinya. Paswi dibunuh?. Tidak mugkin!. Pelbagai soalan berlegar di dalam kepalanya.
“Mana?”. Soal Raisa setelah diam beberapa ketika. “Safe house”. Jawabnya. Raisa meletakkan gangang telefonnya. Dia mencapai kunci kereta miliknya sebelum bergegas keluar. Tapi langkah kakinya terhenti bila wajah seorang gadis yang dia cukup kenali sedang tercegat berdiri dihadapan pintu biliknya.
“Kamu buat apa dekat sini?”. Soal Raisa pelik. Tapi soalannya tidak dijawab. Raisa memandang wajah Anis lama. Gadis yang bekerja sebagai pembantu peribadi Yesa. Untuk apa gadis itu berada didepan pintu biliknya. Bila mana gadis itu sepertinya tidak mahu menjawab sebarang soalan Raisa menolak sedikit tubuh genit milik Anis yang menghalang laluannya. Tapi tindakkan Anis yang mengeraskan tubuh badannya dan tidak memberikan ruang kepada Raisa untuk bergerak membuatkan Raisa sedikit bengang. Keningnya bertaut menikam mata Anis yang masih berdiri kaku tidak berkutik. Dia tidak faham dengan kehadiran Anis dan bertindak menghalangnya. Raisa berdiri tegak dihadapan Anis.
“Siapa hantar kau?”. Soal Raisa. Air mukanya sudah pun berubah. Tapi Anis tetap memlilih untuk tidak menjawab. Tangan kananya dihulur kearah bilik Raisa. Meminta Raisa untuk masuk semula kedalam biliknya. Anak mata Raisa mengikut pergerakkan tangan Anis sebelum dia menjeling kearah Anis bila dia mengerti apa yang cuba disampaikan oleh wanita itu. Jelingan itu tetap buat beberapa ketika sehinggakan Anis menudukkan wajahnya sedikit. Dia tahu yang kekuatannya tidak sama seperti Raisa yang sudah pun dilatih secara total. Mungkin mematahkan tangan dan kaki miliknya bukanlah sesuatu yang sukar buat Raisa. Anis berundur dua tapak dari Raisa sebelum mengangkat wajahnya.
“Puan masuk dalam. Kalau Puan cuba untuk lari hanya akan menyulitkan keadaan”. Seraya dengan itu anak mata Anis bergerak kearah kiri. Raisa mengikut pergerakkan anak mata Anis. Empat orang lelaki bertubuh tegap dan sasa sedang berdiri dihujung jalan menuju kearah lif dan tangga. Raisa mengelengkan kepalanya tidak percaya.
“Kamu ingat saya tak mampu keluar dari sini?”. Soal Raisa mengugut. Anis menundukkan wajahnya tidak menjawab.
“Macam mana dengan yang lain?”. Soal Raisa. Selain biliknya ada lima lagi bilik lain di aras itu. Jika ada sebarang aktiviti yang mencurigakan hingga menarik minat orang luar hanya akan memburukkan keadaan. Tapi wajah Anis pada ketika itu sepertinya sudah cukup untuk memberikan jawapan kepada soalannya itu. Sepertinya mereka sudah kosongkan aras tersebut terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga. Raisa menarik nafas dalam. Dia tidak punya cara lain nampaknya. Mahu atau tidak dia harus menuruti. Paling tidak untuk seketika. Dia berjalan masuk semula kedalam biliknya sebelum Anis menutup kunci pintu biliknya.
Raisa berdiri dihadapan tingkap biliknya. Langsir diselak sedikit. Dia melihat kebawah. Tidak ada sebarang aktiviti yang mencurigakan. Tindakkan Anis yang tiba-tiba mengambil telefon bimbit yang sedang dipegangnya membuatkan dia terkejut bukan kepalang. Tangan Anis ditepis kuat hinggakan wanita itu mengaduh kesakitan. Wajahnya berkerut menahan sakit. Tapi Raisa tidak punya rasa hendak beralah pada ketika itu bila dilihatnya telefon bimbitnya berada didalam gengaman tangan Anis. Dia berjalan kearah Anis merentap telefon miliknya dari gadis itu tapi tidak berjaya apabila Anis bertindak mengelak dan berjalan menjauhinya. Anis berlari laju kerah pintu biliknya menghulurkan telefon bimbit milik Raisa kepada seorang lelaki yang berjaga dihadapan pintu biliknya sebelum Anis kembali mengunci pintu. Raisa hanya mampu memerhati. Darahnya mendidih dengan apa yang diperlakukan keatasnya. Kerja gila apakah ini?!. Raisa bergumam sendirian. Rahangnya diketap kuat. Paswi sudah dibunuh dan sekarang kerja gila siapa yang mengurungnya disitu!.
Anis yang berdiri tidak jauh darinya dipandang tanpa kelip. Dia mahu menyerang gadis itu dan meneriak untuk tidak memburukkan keadaan dan memberitahunya siapa punya angkara yang menghantar mereka untuk mengikatnya disitu. Dia juga boleh meloloskan diri walaupun agak sukar dengan empat orang lelaki yang bertubuh dua kali ganda besar darinya itu. Tapi!. Tapi.. jika dia lakukan seperti itu bagaimana jika ada sesuatu yang sudah pun menanti untuk membahayakan segalanya. Bukan dirinya. Malah lebih dari itu. Jiwanya memberontak mahu keluar tapi dia harus bersikap tenang dan rasional. Ya! rasional walaupun tangannya bergetar hebat dek kerana menahan marah pada ketika itu.
Persoalan siapa yang menghantar mereka untuk mengikatnya disitu bukan satu keutamaan lagi baginya. Jika Yesa yang menghantar mungkin ada sesuatu yang sedang terjadi dan dia tidak mahu dirinya masuk campur dan kemungkinan rakan-rakannya dalam keadaan selamat. Tapi jika Thamin yang menghantar ianya sudah tentu satu berita buruk baginya. Sudah tentu Thamin sedang menjalankan rancangannya dan mengikatnya disitu. Tidak pelik jika ini semua Thamin punya angkara tambahan pula Paswi baru saja mati seperti yang diketahuinya tadi. Thamin bunuh Paswi adalah sesuatu yang tidak terjangkau akalnya. Semudah itukah Thamin membuang Paswi. Tidak mungkin!. Jadi dia perlu keluar dan siasat perkara itu dan satu hal lagi mengenai Anis. Yesa punya masalah besar jika pembantu peribadinya itu sendiri bekerja untuk Thamin. Sepertinya Thamin punya mata-mata untuk memerhati tindak tanduk Yesa. Dia harus hubungi Arta memaklumkan mengenai Paswi. Dia harus cari jalan keluar. Secepat mungkin.
Share this novel