17 Julai 2020 – Selatan semenanjung ; Agensi ; 9.01 pagi
Pintu diketuk beberapa kali sebelum ianya dikuak dari luar. Sebaik saja wajah gadis itu menyapanya Yesa memberikan senyuman ramah. Raisa menutup pintu bilik sebelum berjalan beberapa tapak dan berdiri di hadapan mejanya. Tangannya disilangkan tegak kedepan dengan tangan kananya diletakkan di atas tangan kirinya.
“Pagi”. Ucap Yesa senang dengan kedatangan gadis itu.
Raisa tersenyum. Dia menangkap raut wajah Yesa sekilas. Lelaki yang sudah berusia lewat 30an tapi masih nampak segak dan kemas. Wajah lelaki yang dihormatinya itu sangat ceria pada pandangannya. Dia tidak pasti sama ada lelaki itu suka dengan kedatangannya ataupun ada khabar baik yang diterimanya pada pagi itu. Raisa mencuri lihat wajah Yesa yang sedang fokus meniliti satu demi satu dokumen. Dia tersenyum sedikit. Menanti dengan penuh kesabaran.
Senyumannya yang terukir sejak tadi mati bila memikirkan yang dia sedang berada ditempat kerja dan dia harus bersikap profesional. Mindanya juga menerawang memikirkan mulut-mulut staf agensi yang suka bercakap buruk mengenai hubungannya dengan Yesa. Mulanya dia berasa tidak selesa, bukan atas sebab dia terasa dengan apa yang dikatakan oleh mereka. Tapi kerana dia risau jika apa yang dikatakan oleh mereka memberikan kesan buruk kepada Yesa. Tapi bila lelaki itu sepertinya tidak terkesan dengan khabar angin itu jadi dia juga buat tidak endah, lansung tidak ambil peduli.
Ramai yang mempertikaian perhatian yang diberikan oleh lelaki itu kepadanya. Dia sendiri tidak pasti sama ada sayangnya lelaki itu kepadanya kerana sudah menggangapnya sebagai keluarganya sendiri atau pun kerana dia seorang yang sangat berkebolehan dan dipercayai untuk melakukan apa saja yang dikehendakinya. Atau sebenarnya Yesa sayang padanya lebih dari itu. Selama dia berkhidmat dengan lelaki itu sejak 7 tahun lepas. Tidak pernah sekali pun dia mengingkari arahan lelaki itu apatah lagi mempersoalkan setiap satu arahannya. Mungkinkah kasih lelaki itu akan berubah kalau dia tidak lagi menurut?. Atau akan masih setia dengannya. Dia berteka teki sendiri.
Entah bila Yesa sudah pun berdiri menghadap tingkap kamar pejabat membelakangkannya. Raisa menelan air liur sedikit bila memikirkan mungkin lakunya sudah tertangkap oleh lelaki itu.
“Raisa..”.Panggil Yesa sedikit tegas. Raisa tersentak.
“Ingat pertama kali kita berjumpa?”. Soal Yesa. Masih dengan posisi membelakanginya. Raisa menganguk sedikit walaupun tidak dilihat oleh lelaki itu.
“Sebab kamu berkebolehan. Jadi saya nampak harapan”. Yesa menutur satu persatu ayat keramat itu. Ayat yang sama dituturkan tujuh tahun lepas tidak ubah seperti pita rakaman yang dimainkan semula. Ayat yang telah membuatkan Raisa sanggup mengikut Yesa meninggalkan rumah anak yatim yang menempatkan sekali kembarnya.
Semasa orang lain menyalahkan dan tidak memberikan perhatian yang cukup kepadanya. Yesa datang menyambut tangannya. Semasa orang lain tidak mempercayainya, lelaki itu katakan dia adalah satu harapan baru. Ketika orang lain menuding jari kearahnya mengatakan yang dia cuba untuk memerangkap pengetua rumah anak yatim dengan cubaan merogol. Lelaki itu mempertahankannya, tidak lansung mempersoalkan adakah apa yang dia katakan adalah salah atau benar. Mungkin itu antara sebab utama dia memlilih untuk mengikut lelaki itu dari tetap bersama dengan kembarnya. Kembarnya yang meraung di atas pasir hitam jalan tar dihadapan pagar rumah anak yatim bila dia memilih untuk masuk ke dalam kereta yang menjemputnya pada pagi itu.
Selama dua minggu dia kerap menerima panggilan dari rumah anak yatim mengatakan yang kembarnya semakin tidak sihat dan beberapa kali juga dia hampir kalah dan ingin pulang semula ke rumah anak yatim itu. Tapi bila wajah kembarnya dan memori dia hampir dirogol pada lewat malam itu dia naik jelak. Dia benci dengan kembarnya. Satu-satunya ahli keluarga yang dia punya tapi telah membelakanginya dan hampir saja dia rosak disebabkan oleh pengetua keparat tempat dia berteduh.
Ketika kejadian, usianya sudah menjangkau 18 tahun yang mana sepatutnya dia tidak perlu berada dirumah anak yatim itu lagi. Tapi bila abangnya berkeras hendak tetap tinggal disitu dan menjadi pembantu didapur dia jadi buntu dan akhirnya akur dengan keputusan kembarnya. Mungkin jika kembarnya tidak berkeras untuk tetap tinggal disitu kejadian buruk itu tak akan terjadi. Paling tidak pun dia mengharapkan pada malam tersebut kembarnya itu mempercayainya dan cuba untuk mempertahankannya. Tapi dia kecewa dengan tindakkan kembarnya. Cukup kecewa.
Tidak pernah sekali pun dia menyesal mengikuti lelaki itu. Jika sebelum ini bila malam menjengah dia akan tidur dalam kesejukan hinggakan seluruh badannya sakit. Yesa menyediakan tempat yang nyaman untuk dia tinggal. Tidak pernah sekali pun dia cuba mengambil kesempatan apatah lagi menaikkan suara kepadanya. Jadi dari situ dia sedar yang dia tidak punya hak untuk jadi seorang yang tamak dan lupa diri. Dia tidak punya hak untuk mempersoalkan apa pun tentang lelaki itu. Lansung tidak punya hak. Walau sebesar zarah. Noktah!.
“Raisa..” Panggil Yesa lagi. Kali ini nadanya sedikit risau. Dipandangnya wajah Raisa yang sedang menekur lantai mengelamun.
“Maaf..”. Tutur Raisa sepatah. Dia menarik nafas dalam menghapuskan memori tujuh tahun lepas yang menganggunya.
“Saya akan update dari masa ke semasa mengenai kes Madam Jane”. Tutur Raisa tegas cuba untuk mengusir raut risau yang jelas terpampang di wajah Yesa. Kedatangannya pada pagi itu di pejabat Yesa adalah untuk memaklumkan yang dia sudah mendapat kelulusan untuk fail mengenai kematian Madam Jane. Dua bulan sudah berlalu sejak kematian mengejut Madam Jane dan baru hari ini dia mendapat kelulusan untuk mengambil fail maklumat terbabit.
Yesa mengangguk sedikit tapi wajahnya masih kelihatan risau. Raisa meminta untuk mengundurkan diri dan baru saja beberapa tapak dia berjalan kearah pintu Yesa tiba-tiba bersuara semula.
“Kamu buat semua ini demi siapa Raisa? Untuk apa dan kenapa?”. Soal Yesa. Dia memandang wajah Raisa. Menanti jawapan dari mulut Raisa.
Raisa tersentak mendengar soalan dari Yesa itu. Mungkin Yesa sudah salah faham tentang reaksinya pada waktu itu. Bibirnya terkumat kamit tidak tahu hendak menjawab bagaimana. Dia ingin menjelaskan yang punca dia mengelamun sebentar tadi tidak ada kena mengena dengan kes Madam Jane yang dia sedang kendalikan. Tapi sepertinya tutur katanya tidak terkeluar.
“Saya buat semua ini demi kebaikan semua. Nothing personal. Saya berkhidmat untuk kebaikan bersama. Jika dengan korbankan beberapa orang mampu menyelamatkan beribu yang lain jadi kenapa tidak?. Kerja kita bukan perbaiki kesalahan tapi buat sesuatu agar kesilapan itu tidak terjadi lansung”. Yesa menutur kata. Raisa menganggukkan kepalanya mengiakan. Ayat keramat Yesa yang selalu didengarinya sejak tujuh tahun lepas.
“Faham Raisa?”. Soalnya lagi bila Raisa tidak memberikan sebarang respon. Raisa mengangguk sebelum tersenyum nipis. Dia memarahi dirinya sendiri kerana terlalu cuai dan bersikap tidak professional bila didepan lelaki itu. Panggilan dari bahagian unit dokumentasi menyelamatkan keadaannya. Dia kemudian meminta untuk mengundurkan diri seraya langkah kakinya dihayun laju kearah pintu keluar.
Share this novel