Raisa pantas berjalan kearah lif hotel sebaik saja dia menerima maklumat mengenai keberadaan rakannya bila Kuna menelefonnya sebentar tadi. Kuna memberitahu yang dia dan Mok ingin berjumpa denganya tanpa pengetahuan Wina dan juga Cempaka. Kuna memintanya untuk datang secepat mungkin sebelum Wina dan Cempaka pulang dari bertemu dengan Asyraf. Dia sendiri tidak mengenali siapakah Asyraf. Tapi melalui perbualan ringkasnya dengan Kuna sebentar tadi apa yang dia tahu ialah Asyraf merupakan teman rapat Cempaka dari kampung yang sama dan menolong Wina untuk melarikan diri darinya. Pintu lif terbuka luas dihadapanya tapi langkah kakinya terhenti dek kerana deringan telefon bimbitnya.
“Hold on”. Tutur Raisa. Dia bergerak menjauhi sebelum mengambil tempat sedikit tersorok sebelum memulakan perbualan.
“Safe house is ready Puan”. Tutur Anis memaklumkan.
“Baik. Kesemua mereka akan tinggal di sana sampai next plan”. Tuturnya memberitahu perancangannya. Dia akan memujuk Kuna dan yang lain-lain untuk tinggal di safe house. Satu satunya tempat yang selamat dari capaian Thamin.
“Baik Puan”. Anis menjawab dihujung talian.
“Wina is the Black Ocean. Yang lain the two sprinter akan stay under Yesa di safe house.”. Tambah Raisa lagi. Sekarang yang dia tinggal perlu lakukan adalah dengan menyakinkan Kuna dan Mok untuk mengikut perancangannya. Dia perlu memberitahu keadaan yang sebenar kepada Kuna dan Mok agar mereka yakin akannya dan mahu mengikutnya ke safe house. Satu-satunya tempat yang selamat dari Thamin.
Yesa sudah berjanji dengannya untuk menjaga keselamatan rakannya di safe house. Mindanya tiba-tiba teringatkan Arta. Dia perlu memberitahu lelaki itu mengenai keadaan semasa. Tapi sepertinya Arta tidak dapat dihubungi sejak pergaduhannya pagi tadi. Arta juga tidak lansung menghubunginya. Dia sendiri tidak tahu dimana keberadaan Arta dan apa yang sedang dilakukan oleh lelaki itu. Nampaknya dia perlu bekerja sendiri. Arta sepertinya tidak mahu mengikut perancangannya dengan Yesa.
“Kesemua mereka.. The two sprinter termasuk Cempaka ke Puan?”. Soalan Anis mematikan lamunannya. Raisa diam tidak menjawab. Lama sebelum akhirnya dia membuka mulut. Wajah kembarnya Jian tiba-tiba muncul di hadapannya. Jika dia membalas dendam kepada Cempaka sudah tentu abangnya itu akan kecewa. Dia mengigit bibirnya bila teringatkan janjinya dengan Jian pada pagi tadi untuk mengikutnya selepas segalanya selesai.
“Ya termasuk Cempaka”. Jawab Raisa setelah lama mendiamkan diri. Kau bertuah Cempaka. Gumamnya perlahan.
“Baik Puan”. Jawab Anis sebelum talian dimatikan.
Raisa mengalihkan pandangannya kearah kanannya. Seorang lelaki yang sedang berdiri disebelahnya agak sangsi lakunya tapi Raisa cuba untuk berlagak tenang. Mungkinkah orang Thamin?. Dia perlu berjumpa dengan Kuna dan Mok. Terlalu bahaya jika lelaki itu adalah orang Thamin.
Dia perlu memastikan adakah lelaki itu memang mengikutnya dalam senyap atau ianya hanya perasaannya sahaja. Raisa menyimpan kembali telefon bimbitnya setelah perbualannya dengan Anis tamat. Dia berjalan beberapa tapak menjauhi beberapa langkah dan kemudian memusingkan semula tubuh badannya. Ternyata lelaki itu sedang mencuri pandangnya dan sebaik saja lakunya tertangkap dengan pantas dia berlalu pergi. Raisa hendak mengejar tapi bila dia lihatkan pemakaian lelaki itu langkah kakinya terhenti. Dia mengeluarkan semula telefon bimbitnya menekan punat telefonnya dan sebaik saja panggilan diangkat dia memberi arahan tanpa banyak soal.
“Ya Puan”. Jawab Anis dihujung talian.
“Anis. Telang Hotel check in under nama siapa?”. Soal Raisa.
“Aiman Asyraf Bin Husin”. Anis menjawab laju di hujung talian.
“Okay. Send me the profile”. Pinta Raisa sebelum mematikan panggilannya. Dia mengengam telefom bimbitnya menanti jawapan dari Anis. Mungkinkah lelaki tadi adalah Asyraf. Melihat pada reaksi wajahnya pada ketika dia tertangkap mencuri lihatnya sebentar tadi serasanya dia bukan dari agensi. Malah cara pemakaiannya juga terlalu biasa.
Bunyi notifikasi mengejutkan Raisa. Jari jemarinya laju membuka fail ringkas yang dihantar oleh Anis. Perkara pertama yang dia lihat adalah gambar lelaki yang bernama Asyraf itu. Sebaik saja dia melihat Raisa mengetap bibirnya kuat. Dia kemudian berjalan laju. Dia perlu dapatkan rakannya iaitu Mok dan Kuna. Sudah pasti Asyraf akan pergi mencari Wina dan Cempaka semula dan memberitahu apa yang dia lihat sebentar tadi. Sudah tentu perasaan syak wasangka Wina dan Cempaka terhadapnya akan berlipat ganda.
Raisa menghentikan langkah kakinya. Tidak!. Dia perlu mengikut Asyraf. Jika Asyraf berjaya memujuk Wina dan Cempaka kemungkinan untuk dia hilang jejak Wina bersama fail tersebut adalah tinggi. Tapi Mok dan Kuna sedang menantinya.
Dia menekan punat telefon bimbitnya sebelum menghantar mesej pesanan ringkas kepada Anis. Meminta gadis itu untuk berjumpa dengan Mok dan Kuna sementara dia mengikut Asyraf sebelum jejak lelaki itu hilang dari radarnya.
“Cik Ku Ana..”. Tegur seorang lelaki berbadan tegap disebelah meja Kuna dan Mok. Kuna bangun berdiri dek kerana terkejut.
“Jangan risau. Kami dari agensi”. Tuturnya lagi. Tapi Kuna tidak mempercayai. Dia berdiri disebelah Mok. Menyorok dibelakang rakannya itu.
“Tadi Cik Ku Ana ada menelefon Puan Raisa kan?”. Soalnya lagi dengan senyuman ramah. Kuna mengangguk perlahan tapi masih sangsi.
“Kau siapa?”. Soal Mok. Suaranya sedikit bergetar. Perasaan takut mula menyelinap kedalam dirinya.
“Saya Rekan dan ini Anis”. Tuturnya memperkenalkan dirinya dan seorang wanita bertubuh genit yang berdiri disebelahnya sedang tersenyum manis kearahnya.
“Puan Raisa hantar kami”. Kini gadis yang dikenali dengan nama Anis pula bersuara cuba menyakinkan. Mok menarik nafas dalam. Dia memandang kearah Kuna yang sedang menyorok dibelakangnya sebelum mengangguk perlahan memberi kepastian kepada Kuna. Mok memperlawa lelaki yang dikenali dengan nama Rekan dan juga gadis bernama Anis itu untuk duduk bersama mereka. Kuna pula hanya mengikut tanpa soal.
“Mana Uyaa?”. Soal Mok tanpa berbasa basi. Dia mahu berjumpa dengan rakannya itu bukannya dengan dua manusia asing di hadapannya itu. “Mana Raisa?”. Soal Kuna membetulkan kembali soalan Mok sebentar tadi.
“Puan Raisa tidak dapat hadir. Kami akan jelaskan segalanya”. Rekan bersuara. Nadanya sedikit keras. Mok dan Kuna menelan air liur kasar. Terasa nyeri melihat wajah lelaki dihadapannya itu. Ada satu aura yang kurang menyenangkan. Rekan mengalihkan pandangannya kearah Anis memberi isyarat untuk memulakan.
Anis mengeluarkan beberapa helaian kertas dan juga gambar. Mok dan Kuna hanya memerhati. Menanti gadis yang dikenali dengan nama Anis itu untuk menjelaskan perkara sebenar.
“Untuk pengetahuan fail yang diterima oleh Cik Wina adalah fail sulit yang sedang dicari oleh pihak agensi. Ketua kami Tuan Yesa sedang mencari fail tersebut untuk dijadikan bukti”. Anis berjeda seketika. Menanti jika dua gadis dihadapannya itu ingin bertanya sebarang soalan.
“Macam mana kami nak percaya?”. Soal Kuna tiba-tiba. “Boleh je kalau semua ni tipu”. Tambah Kuna lagi. Dia membuat muka tidak puas hati walhal jantungnya berdebar sakan.
“Mana Raisa?”. Kini Mok pula bersuara. Masih belum berpuas hati dengan jawapan Anis. Dia mahu berjumpa dengan rakannya itu secara berdepan.
Anis tersenyum nipis. Sudah menjangka dengan reaksi yang diberikan oleh mereka berdua. “Puan Raisa yang hantar saya kesini”. Jawabnya sambil menunjukkan pesanan ringkas dari Raisa kepadannya sebentar tadi. Mok dan Kuna diam tidak menjawab.
“Saya pasti yang cik berdua sudah lihat isi kandungan fail tersebut bukan?”. Soal Anis. Mok dan Kuna saling berpandangan sebelum mengangguk mengiakan. Takut hendak mengiakan.
“Macam saya cakap tadi. Fail terbabit adalah cukup sulit dan sangat penting. Saya yakin Puan Raisa juga ada maklumkan yang fail tersebut boleh membahayakan nyawa sesiapa saja yang memegangnya. Jadi atas sebab itu Puan Raisa meminta Cik Wina untuk menantinya”. Anis menjelaskan dengan tenang. Mengunakan kesempatan itu untuk menanam perasaan takut dan membuatkan mereka percaya yang Raisa adalah penyelamat mereka.
“Jadi apa yang kami patut lakukan?”. Soal Mok. Matanya berkaca. Kuna disebelahnya turut bertanyakan soalan yang sama. Anis tersenyum sedikit. Tak susah untuk menanam perasaan takut itu. Baru sedikit saja sudah goyah.
Rekan memandang kearah Anis disebelahnya. Anis yang sengaja melewatkan menjawab soalan dua orang gadis dihadapannya itu agar perasaan takut dan ngeri semakin membuak dan membuatkan mereka berasa terdesak dan akhirnya akan merayu untuk diselamatkan.
“Ikut kami ke safe house”. Jawab Rekan bila Anis mengambil masa terlalu lama untuk menjawab. Terlalu lama hanya akan menganggu flow dan impact perasaan takut yang kian bercambah di dalam jantung dan hati si mangsa.
“Safe house?”. Soal Mok dan soalan Mok itu disambut oleh anggukan dari Anis. “Kami sudah sediakan tempat yang selamat untuk cik berdua tinggal sementara Puan Raisa dapatkan fail daripada Cik Wina”. Anis menjelaskan dengan senyuman tanpa jemu.
“Macam mana dengan Wina dengan juga Cempaka?”. Soal Kuna pula.
“Jangan risau. Puan Raisa akan yakinkan Cik Wina dan juga Cik Cempaka untuk mengikutnya ke safe house. Untuk sementara Puan Raisa pinta untuk bawa cik berdua dahulu ke safe house”. Tuturnya menyakinkan. Mok dan Kuna mengangguk bersetuju.
Rekan dan Anis bangun berdiri memberi isyarat kepada Mok dan Kuna untuk mengikut mereka. Kuna menarik tangan Mok.
“Patut ke kita beritahu mengenai Asyraf?”. Soal Kuna berbisik ke telinga Mok. Mok membalas pandangan Kuna. “Maksudnya fail copy tu?”. Soal Mok perlahan. Kuna mengangguk. “Kau dengar dia cakap tadi fail itu boleh bahayakan nyawa sesiapa saja yang pegang. Macam mana dengan kawan Cempaka nanti?”. Soal Kuna.
Gerak geri Mok dan Kuna ditangkap oleh Rekan. “Kenapa?”. Soal Rekan. Mok terkumat kamit ingin memberitahu tapi lidahnya kelu. Kuna pula sudah menikus disebelahnya.
Anis mendekati sebelum memegang bahu Mok perlahan. Bibirnya merekah senyuman. “Kenapa?”. Soalnya lembut.
“Fail tersebut ada copy..”. Jawab Mok perlahan. “Maksudnya?”. Soal Rekan laju terkejut.
“Cempaka berikan copy fail tersebut pada Asyraf. Kawan Cempaka. Dia takut kalau jadi apa-apa dekat kami”. Kini Kuna pula bersuara.
Rekan mengetap giginya kuat. Rahangnya bergerak-gerak. Anis yang dapat melihat perubahan wajah Rekan pantas mengalihkan perhatian Mok dan Kuna.
“Jangan risau. Kami akan uruskan”. Tutur Anis dengan senyuman tanpa jemu. Mok dan Kuna mengangguk. “Jom ikut kami”. Mok dan Kuna mengikut tanpa banyak soal.
Share this novel