Arta memarkingkan keretanya tidak jauh dari pintu masuk utama. Papan tanda bersaiz sederhana tertulis Paradise Inn terpampang di bangunan dua tingkat itu. Dia berjalan laju menuju ke kaunter. Jaket hitam yang dipakainya dizip kemas hingga ke dada. Topinya dibetulkan sedikit. Sebaik saja dia sampai ke kaunter dia disapa ramah oleh seorang gadis yang dikenali sebagai “Nur” melalui tag nama yang dipakainya. Dia berjeda seketika manakala gadis dihadapannya masih memandangnya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
“Boleh saya bantu?”. Soalnya ramah bila mana lelaki dihadapannya hanya mendiamkan diri.
“One room”. Jawabnya perlahan. Sebaik saja dia menutur kata jari- jemari gadis dihadapannya laju menekan papan kekunci mengambil maklumatnya. Sebaik saja selesai kunci bilik bertukar tangan.
Arta berjalan ke arah tingkap bilik sebaik saja dia masuk ke dalam bilik. Dia menyelak langsir bilik sedikit untuk melihat jika ada yang mengekorinya. Barusan tadi dia berjumpa dengan Thamin. Dia perlu berhati- hati dengan Thamin. Dia yakin Thamin akan menghantar orang untuk mengikutnya dalam diam. Tambahan pula Thamin tidak berjaya membuatnya memihak kepadanya. Jam ditangan dipandangnya sekilas.
Raisa akan sampai bila-bila masa sahaja. Sebaik sahaja dia selesai bertemu dengan Thamin dia terus menghubungi Raisa. Dia perlu berjumpa dengan gadis itu meminta penjelasan atas apa yang Thamin telah tunjukkan kepadanya. Apa yang Raisa fikirkan sampai sanggup pergi sejauh itu. Apa yang Yesa rancangkan hingga dia mampu memilih jalan seperti itu. Dia juga harus mengetahui niat Raisa yang sebenar. Apa memang Raisa sudah buta mata dengan memilih Yesa walau apa pun harga bagi hubungan itu.
Arta mengeluarkan sepucuk pistol dari jaketnya. Pistol yang kini berada dalam gengaman tangannya dipandang lama. Terakhir dia menarik picu pistol itu adalah ketika dia melawan arahan dari Madam Jane yang membuatkan dia dibuang oleh wanita itu. Apa dia perlu gunakan sekali lagi demi menghentikan Raisa. Bunyi ketukan dipintu menghentikan lamunan Arta. Pintu dikuak dari luar. Wajah Raisa terjenggol disebalik pintu.
“Apa yang kau fikir Arta!”. Sergah Raisa sebaik saja dia mengunci semula pintu bilik. Arta menghela nafas perlahan. Dia tahu Raisa marah akannya kerana tidak membantunya melaksanakan apa yang telah mereka rancangkan bersama. Menghilangkan diri pada saat penting. Tapi pertemuannya dengan Razak Ibrahim telah banyak mengubah persepsinya mengenai perbalahan antara Yesa dan juga Thamin. Apa dia patut memilih untuk tidak ambil peduli agar rancangan Razak Ibrahim untuk menjatuhkan agensi dengan mengunakan Yesa dan juga Thamin sebagai alasan berjaya.
“Arta!”. Panggil Raisa kuat. Dia berjalan beberapa tapak mendekati Arta yang sedang termenung memandangnya tanpa kelip.
“Apa yang kau fikir Raisa?”. Soal Arta kembali. Dia bersandar ke dinding tingkap menghadap Raisa yang sedang memandangnya keliru. “Asyraf dan Long Ani”. Arta bersuara lagi. Sebaik saja dua nama itu disebut olehnya Raisa mengundur beberapa tapak menjauhi Arta.
Raisa memandang wajah Arta yang kasar tanpa senyuman. Memandangnya penuh kemarahan. Sekarang lelaki itu hendak menyalahkannya atas semua yang terjadi?!. Setelah dia hilang tanpa jejak ketika dia bertungkus lumus menyelamatkan keadaan?. Tidak! Arta tidak punya walau sedikit pun hak untuk menghakiminya. Memandangnya penuh kebencian seolah-olah dirinya begitu kotor dan jahat. Asyraf memang layak mati pada malam itu begitu juga Long Ani. Kini dendamnya sudah terbalas.
Yang selayaknya perlu dihukum telah menerima hukumannya. Takdir memihak kepadanya dengan membawa Long Ani kerumah Aysraf pada malam itu. Dendamnya terbalas tanpa perlu mengotorkan tangannya sendiri. Cempaka?. Tidak dia tidak akan sesekali biarkan perasaan bersalah itu sekali lagi menjerutnya. Cempaka patut bersyukur menyembahnya kerana bukan dia yang menjadi mangsa pembalasan dendamnya. Dia patut bersyukur kerana Jian dan Yesa banyak membuatnya berlembut hati. Cukuplah semuanya. Dia sudah memilih Yesa akhirnya. Tidak Jian mahupun sesiapa pun. Tidak ada seorang pun yang berada disisinya ketika dia memerlukan melainkan Yesa. Tujuh tahun lepas ketika Jian mengkhianatinya mahu pun lewat malam semalam ketika dia ketakutan. Hanya Yesa yang benar-benar ada dengannya.
“Raisa”. Arta memanggil. Nadanya keras. Raisa mengangkat wajahnya sebelum tergelak halus. Wajah Arta dipandangnya. “Jadi?”. Soal Raisa dengan senyuman sinis.
“Kau!”. Arta menelan kata-katanya. Tidak mampu meneruskan kata. Apa yang Yesa telah lakukan atas kau Raisa!. Gumamnya.
“Kau dah berubah Arta”. Tutur Raisa dengan nada sedikit mengendur. Riak wajahnya berubah. Senyumannya mati.
Arta mengangguk mengiakan sebelum membalas. “So what make you so consistent Raisa?”. Soal Arta. “Yesa?”. Tambahnya lagi. Tidak ada penjelasan lain untuk apa yang Raisa sedangkan lakukan ketika itu melainkan dia telah dibutakan oleh kasih sayangnya kepada Yesa.
“Yes. Tapi aku tak seteruk kau Arta. Kau buat semua benda sesuka hati kau. You always like that. Bagi kau you’re the center for everything. Everything must go as your plan. Bukan macam tu Arta?”. Soal Raisa dengan nada perli. Senyuman sinis kembali menghiasi bibirnya yang merah.
Arta mengetap giginya. Kini Raisa cuba mempertahankan apa yang dia sedang lakukan dengan mengungkit kembali kisah silam hidupnya ketika mengendalikan kes sebelum ini. Ya!. Sekali pun dia tidak pernah menafikan memang ada satu ketika bila mana dia melakukan segalanya seolah dia tidak berhati perut dan punya perasaan. Segalanya akan berjalan mengikut rancangannya. Baik Madam Jane, Yesa mahupun Thamin tidak akan diturutinya. Kerjanya hanya satu iaitu kendalikan kes yang diberikan dengan sempurna. Tapi tidak pernah sekali pun dia mencederakan orang luar. Walau sejahat mana pun dirinya dulu tidak pernah sekali pun dia mengotori tangannya dengan darah orang luar. Tapi Raisa telah melibatkan urusan peribadinya dengan kerjanya dan Yesa tahu akan itu. Yesa gunakan itu sebagai kelebihannya. Cuma Raisa yang gagal melihat.
Arta memejamkan matanya rapat menarik nafas dalam sebelum membukanya kembali. “I am sorry”. Tuturnya perlahan. “Kerana biarkan kau kendalikan semuanya sendiri. I am sorry for that”. Dia cuba sedaya upaya untuk cuba memahami Raisa. Mungkin Raisa terlalu dipengaruhi oleh Yesa disebabkan dia keseorangan dan Yesa yang sentiasa disisi. Dia cuba untuk memahami Raisa walaupun seharusnya Raisa bersikap professional. Walaupun dadanya terasa sesak dengan perasaan yang sedang ditahannya.
“Di mana Wina dan Cempaka?”. Soal Arta. Raisa mengangkat wajahnya. Dia memandang wajah Arta tetapi tidak menjawab. “Raisa?”. Panggil Arta lagi.
“Tunggu sampai aku berjaya bantu Wina untuk berjumpa dengan Thamin. Masa tu aku perlukan kau untuk bantu jaga keselamatan Wina dan juga Cempaka”. Tuturnya tegas. Dia mengalihkan pandangannya tidak mahu bertentang mata dengan Arta.
Arta menarik nafas dalam. Nampaknya Raisa sudah tidak percayakannya lagi. “Jangan cuba untuk gagalkan rancangan ini Arta. Jangan sesekali”. Raisa tiba-tiba mengugut. Dia dapat rasakan yang Arta akan cuba untuk mengagalkan rancangannya dari riak wajahnya.
“Patutkah aku dengar apa yang Razak Ibrahim katakan?”. Arta tiba-tiba bersuara. Riak wajah Raisa memandangnya terkejut.
“Kau jumpa Razak Ibrahim?”. Soal Raisa tidak percaya. Lelaki yang disangkakan sudah menghilangkan diri sejak kematian Madam Jane. Arta memandang wajah Raisa yang masih terkejut dengan apa yang dikatakannya lama sebelum menyambung katanya. “Yesa is the mastermind behind all these thing. Termasuk fail 6District”. Raisa memandangnya berkerut-kerut tidak memahami.
“Razak Ibrahim beritahu aku semalam. Yesa is the mastermind”. Tambahnya lagi. Sengaja dia mengunakan tipu helah itu untuk melihat sejauh mana kesetiaan Raisa pada Yesa. Raisa sendiri tahu jika ianya datang dari mulut Razak Ibrahim sudah tentu maklumat tersebut adalah benar kerana keupayaan lelaki itu untuk mengetahui segalanya adalah tidak tercapai dek akal dan kemampuan mereka sendiri. Jika Raisa masih cuba untuk mempertahankan Yesa setelah apa yang dia beritahu bermakna Raisa sudah benar-benar membuat keputusan untuk melindungi Yesa.
Wajah Raisa yang kelihatan sedikit resah dipandangnya. “Jangan Arta!”. Tuturnya. Wajahnya merona kemerahan. Kening Arta terangkat. Raisa memang sangsi akan Yesa nampaknya dan atas sebab itu riak wajahnya bertukar sebaik saja mendengarkan maklumat palsu yang dia sampaikan. Raisa takut jika Razak Ibrahim akan lakukan sesuatu. Jika tidak Raisa sudah pasti akan bermati-matian mengatakan yang Razak Ibrahim cuba untuk memanipulasi.
“Aku akan dapatkan fail 6District daripada Wina”. Arta menutur kata. Raisa mencerlung memandangnya. “Tak!. Kau tak akan dapatkannya Arta. Tidak selagi aku ada”. Tuturnya membalas kembali.
“Aku perlukan Wina untuk selamatkan Mok dan Kuna. Apa kau tak pernah lihat apa yang aku sedang cuba baiki?”. Soal Raisa. Keningnya berkerut-kerut.
“Maksud kau?”. Soal Arta tidak mengerti. “Thamin!. Mok dan Kuna dalam gengaman Thamin. Aku gagal jejaki mereka pada malam sepatutnya aku berjumpa dengan mereka berdua. Yesa telah hantar Rekan untuk berjumpa dengan mereka. Tapi Thamin…”. Raisa berhenti seketika. Dia meraut rambutnya. “Thamin dah dapat mereka dulu”. Raisa menghabiskan ayatnya.
“Siapa beritahu kau?”. Soal Arta. Wajahnya serius. “Yesa?”. Soal Arta lagi. Raisa hanya memandangnya dengan wajah keliru.
“Bagi tahu aku Raisa apa yang kau rancangkan dengan Yesa”. Tutur Arta. Raisa datang merapati Arta. Dia memegang kedua lengan Arta.
“I need your help Arta”. Raisa menunduk menarik nafas sebelum kembali menatap wajah Arta yang memandangnya. “Wina akan berjumpa dengan Thamin. Tukaran bagi fail 6District adalah Mok dan Kuna. Yesa rancangkan untuk gunakan peluang ini sebagai bukti bahawa memang Thamin cuba sembunyikan fail 6District dan juga kaitan dengan kematian Madam Jane”. Raisa menjelaskan.
“I just need you to help me”. Tambahnya lagi. “Why make it so complicated Arta?”. Soal Raisa bila mana Arta mengalihkan pandangan dari memandang wajahnya. “Kalau kita berjaya. Thamin akan ditangkap bersama fail 6District. Jian akan mengaku kesalahannya dan kaitan Thamin dengan kematian Madam Jane dan juga Paswi. Mok, Kuna, Wina dan Cempaka akan terselamat. Mesyuarat terakhir dari the founder minggu hadapan juga akan berjalan dengan lancar. No one will hurt. Bukan itu yang kau mahukan juga Arta?”. Pujuk Raisa.
“Kau betul-betul fikir yang Yesa akan biarkan mereka begitu saja selepas tahu mengenai organisasi kita?”. Soal Arta. Raisa melepaskan lengan Arta yang dipegangnya. Dia berundur dua tapak dari Arta. Yesa tidak akan membunuh Cempaka dan yang lain. Yesa tidak akan buat begitu. Dia yakin.
“Mok dan Kuna bukan dalam gengaman Thamin. Tapi Yesa”. Tutur Arta.
“Kau jumpa Thamin?!”. Soal Raisa. Nadanya sedikit meninggi. Arta mengangguk mengiakan.
“Macam mana kau yakin yang Thamin bercakap benar Arta?”. Soal Raisa. Arta hanya mendiamkan diri. Dia tahu yang dia sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran yang dikatakan oleh Thamin. Dia sendiri keliru.
“Razak Ibrahim. Dia mahu aku tidak ambil pihak sama ada Yesa mahu pun Thamin. Dia mahu gunakan Yesa dan Thamin untuk menjatuhkan agensi supaya the founder tidak akan menunding jari kepadanya”. Tambah Arta lagi. Terpulang bagaimana Raisa mahu mempercayai setiap katanya atau tidak. Terpulang bagaimana Raisa mahu bereaksi dengan apa yang diberitahunya. Raisa memang sudah dimanipulasi oleh Yesa. Dia tidak mahu gadis itu terus-terusan menjahanamkan diri sendiri.
“Kau tahu bukan maksudnya bila Razak Ibrahim yang bercakap sendiri perkara ini?”. Soal Arta kepada Raisa.
Raisa menikam anak mata Arta. Dia cukup mengerti. Jika benar apa yang Arta katakan mengenai Razak Ibrahim bermaksud sesiapa saja yang berdiri ditengah jalan menghalangi rancangannya akan dihapuskan. Tidak kiralah dirinya sendiri sebagai Elit agen. Jika Arta mengambil pihak kepada Razak Ibrahim bermakna perkara pertama yang Arta akan lakukan adalah dengan menghalanginya. Setelah dia membuka mulut mengenai rancangannya dengan Yesa kini Arta ingin membelakanginya dan Yesa. Arta mengumpannya untuk memberitahu rancangannya. Arta!. Dadanya berombak menaham kemarahan.
“Try us Arta!”. Raisa bersuara keras.
“Kau fikir aku tak mampu?”. Soal Arta. Raisa jalan mendekati Arta. Cukup dekat hinggakan riak wajah tenang Arta pada ketika itu membuatkannya sedikit kecut perut dan terasa sepertinya dia akan kalah jika cuba menentang lelaki itu. Tapi dia tidak punya pilihan lain. Yesa harus dilindunginya. Dia tidak akan benarkan Razak Ibrahim musnahkan impian Yesa untuk memimpin agensi setelah lelaki itu berusaha untuk menangkap Thamin.
“Kau fikir aku tak mampu?. Halang kau dari buat semua tu”. Soal Raisa kembali dan soalannya itu disambut oleh anggukan dari Arta.
“Of course. Aku boleh buat kau terputus hubungan dengan Yesa. Starting from this time . At this right moment”. Ujar Arta selamba.
Raisa menunduk menekur lantai. Bibirnya bergerak-gerak sepertinya hendak meluahkan sesuatu tapi akhirnya dia hanya mendiamkan diri.
“dan biarkan Yesa berlawan dengan Thamin sendirian tanpa bantuan sesiapa”. Tambahnya lagi.
Raisa mengeluarkan pistolnya. Kakinya berjalan laju menghampiri Arta yang masih lagi dalam posisi menyandar. Lengan tangan kirinya diletakkan ketas dada Arta manakala tangan kanannya mengacukan pistol ke wajah Arta. Matanya merah mencerlung menikam anak mata Arta. Bibirnya bergerak-gerak menahan marah. “Jangan ingat aku tak mampu Arta!”. Tutur Raisa meninggi suara.
“Bunuh aku?”. Soal Arta kembali. Raisa mengetap giginya. Arta menikam anak mata Raisa. Entah mengapa hatinya berasa hancur melihat Raisa begini. Apa sudah jadi dengan Raisa. Adakah ini yang Jian turut sama rasakan.
“Kau buat semua ini demi Yesa?”. Soal Arta. Hatinya pedih memikirkan Raisa yang berubah mendadak sebegitu dan semuanya adalah disebabkan oleh Yesa. Apa Raisa tahu yang Jian juga sekarang berada di dalam tahanan Yesa.
Soalan yang sama dia pernah dengar dari mulut Jian kini sekali lagi dia dengar dari Arta. Dia tergelak halus sebelum menjawab soalan Arta.
“Ya!”. Jawabnya. Arta menarik nafas dalam.
“Jadi bagitahu aku Raisa apa yang patut aku buat untuk selamatkan kau dari Yesa?”. Soal Arta menikam anak mata Raisa yang memerah.
Bibir milik Raisa bergetar. Terasa perit tekaknya menahan perasaan. Apa Arta pernah mencuba untuk memahaminya?. Tidak sama sekali.
“Nothing!”. Jawabnya senafas.
Share this novel