BAB 55

Crime Completed 2177

Yesa melangkah masuk kedalam bilik mesyuarat yang kini sudah pun dipenuhi oleh ahli VVIP dan the founder. Dia mengambil tempatnya sebelum memberikan isyarat kepada Anis untuk memulakan segalanya. Jari tangan kanannya diangkat sedikit memberi isyarat kepada Rekan untuk mengunci pintu bilik mesyuarat dan menjaganya dari dimasuki oleh orang luar. Rekan mengangguk mengerti.

Skrin besar dibelakangnya mula memainkan satu video secara lansung. Sebaik saja wajah Raisa kelihatan di skrin tersebut ahli the founder mula berbunyi suara tidak enak. Masing-masing masih keliru dengan apa yang Yesa sedang mahu tunjukkan kepada mereka.

“Apa yang kau mahu tunjukkan Yesa?!”. Soal seorang lelaki dengan nada meninggi kurang senang dengan tindakan Yesa.

Yesa membetulkan tali leher yang dipakainya. Dia menarik nafas dalam sebelum membuka mulut. “Kebenaran. Justice. What ever you call it”. Jawabnya penuh keyakinan.

“Razak Ibrahim tahu apa yang kamu sedang buat sekarang Yesa?”. Soal salah seorang dari mereka.

“Razak Ibrahim sudah tidak releven lagi. Pengecut!”. Pintas seorang lagi. Yesa hanya mendengar dan memerhati dua belas ahli the founder yang bertekak mulut. Perpecahan jelas kelihatan pada ketika itu, ada antara mereka masih kuat mempertahankan Razak Ibrahim sebagai pengasas asal organisasi. Tapi sebahagian dari mereka sudah hilang kepercayaan dan rasa hormat terhadap lelaki itu bila mana Razak Ibrahim yang mengambil keputusan untuk menghilangkan diri tanpa jejak sejak kematian Sarah Jane.

“Jadi beritahu kami Yesa apa tujuan utama kamu?”. Soal Hussin yang merupakan ahli tertua the founder. Yesa berdehem sedikit sebelum memulakan kata.

“Ini adalah rakaman secara lansung. Bersama kita agen Elit agensi Uyaana Raisa dan juga Arta Erza”. Yesa berjeda seketika. Suasana bilik mesyuarat kembali sunyi. Menanti butir bicara darinya.

“Kami akan menangkap Thamin pada malam ini. We gonna prove that Thamin is the one that killed Madam Jane”. Seraya itu masing-masing mula berbisik-bisik sesama sendiri.

“How you’re gonna prove it?”. Soal Hussin lagi. Masih tidak dapat memahami rancangan Yesa yang sebenar.

“Fail 6District”. Jawab Yesa sepatah. “Thamin ada kendalikan satu projek rahsia dengan mengunakan Kampung Bidadari. Madam Jane tahu mengenai perkara ini. Satu siasatan sulit yang dinamakan projek 6District dilakukan keatas Thamin”. Yesa menarik nafas dalam. Wajah ahli the founder dipandangnya satu persatu. Jika dia mampu membuat mereka semua percaya akan kebolehannya malam itu segalanya akan menjadi mudah. Dia akan dapat memimpin agensi secepat mungkin.

“Thamin mengunakan agen Elit Paswi untuk membunuh Madam Jane bila mana Madam Jane terang-terangan memberitahu yang dia tahu mengenai projek rahsia Thamin”.

“Mana Paswi?”. Soal salah seorang dari mereka.

“Paswi sudah dibunuh oleh agen Elit Ejian Banan atas arahan Thamin agar Paswi tidak berjaya membuka mulut mengenai kematian sebenar Madam Jane”. Jawab Yesa penuh yakin.

“Jadi apa yang kami sedang lihat sekarang?”. Soal Hussin semula.

“Pertukaran fail 6District”. Jawab Yesa. “Thamin akan mengaku mengenai keterlibatannya dengan kematian Madam Jane dan kepentingan fail 6District baginya”. Tambahnya lagi.

Masing-masing mengangguk memahami apa yang Yesa cuba tunjukkan kepada mereka. Yesa tersenyum nipis. Sedikit masa saja lagi sebelum rancangannya akan membuahkan hasil.

Raisa memandang kearah Wina yang sedang duduk disebelahnya. Wajah Wina yang pucat lesi dek kerana takut.

“Kau okay?”. Soal Raisa. Wina yang sedang termenung jauh ke luar tingkap kereta mengalihkan pandanganya kearah Raisa. Wina mengangguk perlahan.

“Cempaka akan okay”. Raisa bersuara lagi bila mana Wina memandang kearah satu kereta tidak jauh dari mereka. Arta yang ada bersama dengan Cempaka. Dia sendiri tidak tahu bagaimana Arta tiba-tiba boleh berubah hati dan mengikut perancangannya tanpa banyak soal setelah pergaduhan antara mereka berdua lewat tempoh hari. Yang dia tahu Arta memainkan peranan penting dengan menyakinkan Thamin untuk hadir pada malam itu bila dia telah berjumpa dengan Thamin pada lewat petang semalam.

Satu kereta menuju kearah mereka sebelum berhenti dihadapan kereta mereka. Raisa memberi isyarat kepada Wina untuk tidak takut dan percayakan dirinya. Wina hanya mengangguk perlahan mengerti.

“Sedikit saja lagi dan semuanya akan selesai”. Gumam Raisa. Dia memandang Wina disebelahnya sebelum mengangguk.
Wina tersenyum nipis. Lengan Raisa dipegangnya kuat.

“Aku ada untuk kau. Untuk Cempaka”. Tuturnya menyakinkan Raisa.

Raisa tersenyum nipis. Matanya kemudian dialihkan keluar. “Things will go well”. Gumamnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience