Suasana sunyi mengisi ruang kosong antara mereka berdua sepertinya ada satu aura ketegangan memakan ruang waktu. Bunyi gelas diletakkan diatas meja kaca berbentuk petak di antara mereka menarik pandangan mata Yesa. Dia menaikkan keningnya sedikit. Perasaan jelak semakin menebal dengan lelaki yang sebaya umur dengannya itu. Dia membetulkan sedikit kedudukannya. Sudahlah dia masih terganggu dengan apa yang terjadi antaranya dengan Raisa.
Thamin mengesat hujung bibirnya dengan tuala kecil yang diselitkan dipoket belah kanan kot hitam yang dipakainya setelah menyisip sedikit air kopi yang sudah terhidang dihadapannya sejak setengah jam yang lepas. Air kopi yang sudah sejuk dan sedikit pahit. Dia tidak tahu sama ada memang Yesa mengenakan taktik seperti kebudak-budakkan itu dengan menyuruh tea ladynya atau pun memang gadis yang bernama Anis itu sendiri punya angkara. Dia berdehem sedikit disebabkan pahitnya terasa kesat di kerongkongnya.
“Kalau..”. Belum sempat Yesa menutur bicara Thamin mengangkat tangan kanannya menghentikan.
“Berapa lama kita dah kenal Yesa?”. Soalnya tiba-tiba dengan kakinya yang sejak tadi disilangkan kini sudah dijatuhkan. Dia menunduk sedikit mendekatkan dirinya dengan Yesa. Lagaknya sudah cukup menambahkan lagi perasaan jelak Yesa pada petang itu.
“Long enough”. Jawabnya sebaris. Malas hendak bermain kata dengan lelaki itu. Dia mengaru sedikit dihujung keningnya.
Menunjukkan reaksi tidak berminat kedatangan lelaki itu ke ruang kerjanya. Thamin mengangguk dengan ekor bibirnya sedikit terangkat. Sinis senyumannya.
Yesa menghela nafas panjang. Dia tahu punca kedatangan Thamin pada petang itu di biliknya. Dua bulan lepas Madam Jane iaitu ketua agensi mereka mati secara mengejut akibat serangan jantung. Tapi baginya kematian Madam Jane bukan hanya sekadar serangan jantung seperti yang dimaklumkan. Ianya lebih dari itu dan dia percaya ada antara mereka yang menjadi dalang kepada kematian Madam Jane. Malah pada hari kejadian dia sendiri memohon maklumat secara sulit dari bilik siasatan mengenai punca kematian. Namun apa yang tertera diatas kertas tersebut hanyalah disebabkan oleh serangan jantung. Dia tidak pasti siapa punya angkara dan siapa dalang bagi kes ini. Tapi yang dia tahu orang dalam telah terlibat dengan kes ini dan kemungkinan besar ada antara mereka sudah pun disuap awal-awal untuk menutup segala maklumat yang boleh menyebabkan kesangsian.
Agensi dipecahkan kepada dua bahagian yang mana dia dan Thamin masing-masing mempunyai kuasa mengikut pentadbiran yang telah ditetapkan dan Madam Jane merupakan orang paling atas sekali dalam pucuk pimpinan agensi. Disebabkan oleh kematian Madam Jane secara tiba-tiba agensi seolah-oleh hilang punca dan mula menunjukkan riak akan adanya perpecahan antara dua kuasa iaitu antara dia sendiri dan juga Thamin. Dua minggu lepas, hasil mesyuarat pihak pentadbir atau pun dengan panggilan the founder ada memaklumkan akan membuat pemilihan antara dia dengan Thamin untuk memulakan pucuk pimpinan baru dan agensi tidak lagi akan dipecahkan kepada dua pentadbiran.
Agensi tidak dipecahkan kepada dua bahagian membawa makna yang cukup besar. Bermakna hanya seorang sahaja akan berkuasa dalam organisasi mereka. Baginya dia sendiri masih keliru apa yang patut dilakukanya. Yang penting sekali adalah dia mahu cari siapa dalang sebenar bagi kematian Madam Jane. Berebut kuasa pentadbiran tidak akan menyelesaikan masalah jika kes Madam Jane dibiarkan begitu saja. Mungkin jika dia dapat menangkap dan selesaikan masalah itu, sekurang kurangnya pihak pentadir dapat memilih orang yang terbaik untuk memimpin agensi. Bukan hanya sekadar meletakkan dua pilihan antara dia dan Thamin sahaja.
Gerak-geri Thamin sedikit sebanyak menimbulkkan syak wasangka. Ditambah pula dengan kedatangannya pada petang itu. Dia masih tidak dapat menebak jika Thamin ada kaitan dengan kematian Madam Jane ataupun sebenarnya lelaki itu sudah mula melihatnya sebagai pesaing untuk memimpin agensi.
“Dia patutnya tahu bila waktu dia perlu berhenti dari buat benda-benda bahaya. Dia ada kuasa and people love her. Kenapa cari masalah?”. Tutur Thamin. Yesa sedikit terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Thamin. Matanya mencerlung menikam anak mata Thamin. Namun lelaki itu tidak terkesan, riak wajahnya bersahaja.
“Projek 6District. Kau tahu Thamin?”. Soal Yesa. Mukanya masih terkejut. Kata-kata yang baru diluahkan oleh Thamin sebentar tadi terlalu besar maknanya. Dadanya sedikit berdebar menanti jawapan dari lelaki dihadapannya. Menanti jika lelaki itu akan makan umpannya. Thamin tersenyum herot. Sinis sekali. Dia mendekatkan wajahnya dengan Yesa. Cukup rapat hinggakan dia dapat melihat raut wajah lelaki itu yang sudah dimakan usia sama sepertinya.
“kau memang tak tahu atau buat-buat tak tahu?!”. Soal Thamin dengan ketawa halus.
“Teruskan Yesa. Aku suka sifat kau yang satu itu”. Sambung Thamin lagi sambil membetulkan kolar baju Yesa. Dia gelak sedikit sebelum bangun keluar dari bilik. Dada Yesa berombak menahan amarah. Tangannya mengegam penumbuk, rahangnya bergerak-gerak menahan amarah yang membuak.
Share this novel