BAB 44

Crime Completed 2168

Raisa menyandarkan tubuhnya ke dinding. Dia menghela nafas perlahan. “Asyraf mati sebab kau Cempaka”. Tuturnya perlahan. “Dia mati sebab kau. Salah kau”. Tuturnya lagi. Mindanya menerawang kembali perbualannya dengan Asyraf sebentar tadi.

Raisa berlari anak cuba mengejar Asyraf dari arah belakang tapi kelibat lelaki itu sudah hilang dari pandangannya. Dia hilang jejak lelaki itu. Dia menarik nafas dalam mengambil nafasnya yang hilang. Raisa memegang dahinya. Dia harus dapatkan Asyraf sebelum lelaki itu berjaya mendapatkan kepercayaan Wina dan juga Cempaka. Malah dia khuatir jika Asyraf akan bertindak membawa Wina dan Cempaka lari sekali lagi.

“Uyaana Raisa?”. Panggil satu suara dari arah belakangnya. Raisa memusingkan tubuhnya mencari tuan empunya suara yang memanggilnya. Nafasnya terhenti seketika bila wajah Asyraf sedang berdiri dihadapannya. Lelaki itu memandangnya serius. Menikam anak matanya tajam. Raisa membetulkan posisi badannya. Menarik nafas dalam.

“Asyraf?”. Soal Raisa. Memancing lelaki dihadapannya itu. Asyraf tidak mengiakan mahupun menidakkan. Dia masih berdiri dihadapannya memandangnya dengan pandangan tidak puas hati.

“Aiman Asyraf Bin Husin”. Raisa bersuara. Menguji lelaki dihadapannya itu. Jika Asyraf adalah lawan yang kuat atau tidak.

“Dimana Wina dengan Cempaka?”. Soal Raisa. Dia yakin jika Aysraf boleh berdiri dihadapannya pada ketika itu bermaksud dia sudah pun berhubung dengan Wina dan Cempaka. Meminta mereka berdua untuk pergi jauh sementara dia menjadi penghalang kepadanya.

Asyraf masih tidak menjawab. Keras kepala juga Asyraf ini. Apa dia tidak tahu alasan dia mengetahui mengenai fail 6District saja sudah cukup untuk dijadikan alasan untuk dia dihapuskan?. Getus Raisa perlahan.

“Jangan apa-apakan Wina dan juga Cempaka atau polis akan terlibat”. Akhirnya Asyraf bersuara setelah lama mengunci mulut. Raisa mengangkat wajahnya menikam anak mata Aysraf. Bibirnya merekah senyuman. Berani Asyraf cuba hendak membuat perjanjian dengannya. Mengugutnya. Sama seperti Jian. Tidak pernah cuba memahaminya.

“I can kill you at this instant” . Raisa membalas. “Cubalah”. Jawab Asyraf laju. Raisa mengetap giginya kuat.

“Mana Wina dan Cempaka!”. Jerit Raisa. Dadanya berombak kuat. Dia tidak punya banyak masa untuk bermain tarik tali dengan lelaki dihadapannya itu. Nampaknya Asyraf tahu yang dia tidak mungkin semudah itu untuk membunuhnya. Asyraf tahu yang dia perlukan lelaki itu untuk mencari Wina dan juga Cempaka.

“Wina akan hubungi bila dia yakin yang kau tak akan apa-apakan mereka berdua. Tunggu!”. Asyraf mengugut. Raisa mengengam penumbuknya. Kerja gila apa dia pula yang perlu menunggu untuk Wina menghubunginya sedangkan Thamin bila-bila masa saja boleh campur tangan. Apa mereka semua terlalu ingin mati ditangan Thamin.

“Asyraf..”. Raisa menahan perasaannya.

“Tunggu!”. Jawab Asyraf tidak mahu mengalah.

“I should kill you!”. Jerit Raisa. Kakinya laju melangkah mendekati Asyraf.

“Bunuh aku dan fail copy 6District akan jatuh ke tangan polis!”. Jerit Asyraf kuat menghentikan langkah kaki Raisa serta merta. Asyraf mengangkat fail yang diberikan oleh Wina kepadanya. Memandang wajah Raisa yang terkejut dan air mukanya yang penuh kekeliruan. Rona wajah Raisa berubah merah. Takut barangkali. Tekanya.

“Wina berikan fail copy 6District. Terjadi sesuatu pada aku..”. Asyraf berjeda seketika. “Wina akan berikan fail asal kepada polis”. Ugut Asyraf. Raisa yang masih kaku dihadapannya dipandang tanpa lepas. Taktiknya menjadi. Dia tahu fail tersebut adalah kelemahan terbesar gadis di hadapannya itu. Dia perlu lakukan segalanya demi pulangan kepada keselamatan Cempaka.

“Did you read the file?”. Soal Raisa tersekat-sekat. Suaranya bergetar. Jika Asyraf mengiakan soalannya. Dia tidak punya alasan lagi untuk membiarkan lelaki itu pergi dengan hidup.

“Yes”. Jawab Asyraf. Dia memandang Raisa yang melangkah beberapa tapak menjauhinya sebaik saja dia menjawab pertanyaanya. Sejujurnya dia lansung tidak membuka fail tersebut. Wina menyuruh dia memegangnya dan Cempaka berkeras memberi amaran kepadanya untuk tidak membuka dan membaca isi kandungan fail terbabit. Tapi dia sengaja mengiakan soalan Raisa. Jika gadis itu memang mempunyai niat jahat. Biarlah dia yang menjadi mangsa dan korban agar dapat menjadi amaran dan siren buat Wina dan Cempaka agar tidak mempercayai Raisa.

“Kenapa?”. Soal Raisa perlahan. Cukup didengari oleh dirinya sahaja. Bibirnya bergetar. Dia memejam matanya rapat. Menarik nafas. Cuba menenangkan dirinya. “Arta…”. Gumamnya. Mana lelaki itu pada dia memerlukan. Kenapa Arta tidak menghubunginya. Dia perlukan lelaki itu pada saat itu untuk membuat keputusan. Dia membuka matanya perlahan. Memandang wajah Asyraf yang sedang memandangnya penuh keangkuhan. Wajah yang tidak tahu beratnya jawapan dan kesan yang dia peroleh dari jawapan penuh kesombongan itu.

“Apa yang kau nak?”. Soal Raisa perlahan. Nadanya lemah.

“Tunggu hingga Wina hubungi kau untuk fail 6District”. Jawab Asyraf. Raisa diam. Tidak mengiakan atau menidakkan. Asyraf juga turut mendiamkan diri sebelum akhirnya mengorak langkah pergi dan Raisa tidak menghalang mahupun berkata sepatah perkataan. Tidak memberi amaran bencana yang akan terjadi atau tidak memberi kata putus apa yang dia akan lakukan. Tubuhnya terasa lemah.

Sebaik saja tubuh Asyraf hilang dari pandangannya Raisa laju menghubungi Arta. Dia tidak mampu lakukan semua ini sendiri. Dia tidak mampu membuat keputusan ini sendiri. Dia takut hendak membuat keputusan. Kepala terasa sakit seperti dihimpit oleh dua dinding. Terasa cukup menekan. Rancangannya cukup mudah dan boleh menyelamatkan nyawa semua. Walaupun pada asalnya dia hendak membalas dendam terhadap Cempaka dengan mengunakan Wina tapi akhirnya dia mengalah. Dia mahu mengikut kata abangnya dan memperbetulkan segalanya. Tapi!.

Dia hanya perlu mendapatkan fail 6District dari Wina. Memujuk Wina dan juga Cempaka untuk mengikutnya ke safe house agar Thamin tidak mampu membahayakan mereka semua. Wina, Cempaka, Mok dan juga Kuna. Dia hanya perlu gunakan Wina untuk berjumpa dengan Thamin dan Yesa telah pun berjanji untuk menjaga keselamatan Wina sepanjang proses pertemuan tersebut. Arta juga ada berada disitu.

Tapi kenapa Wina perlu menyulitkan keadaan. Kenapa Cempaka perlu menambah mangsa keadaan. Kenapa Arta tiba-tiba menghilangkan diri. Kenapa kembarnya Jian tidak menemuinya. Memujuknya seperti selalu. Kenapa keadaan selalu membuatnya seperti watak jahat di dalam sebuah penceritaan. Sedangkan mereka yang dia terlalu perlukan tiada disisi pada saat dia terdesak dan sangat memerlukan. Sedangkan mereka sendiri yang menyulitkan keadaan hingga dia tidak punya sebarang jalan keluar melainkan memilih pilihan yang tinggal.

Raisa menghela nafas berat bila panggilannya tidak berangkat. Arta tidak dapat dihubunginya. Air matanya menitis setitik. “You’re alone Raisa”. Bisiknya perlahan. “Always”. Bisiknya lagi.

Nama Yesa di skrin telefonnya dipandang lama sebelum akhirnya dia menekan punat menelefon lelaki itu. Akhirnya itu pilihan dia ambil dan dia yakin kesemua jari akan menunding kearahnya seolah dialah yang paling jahat antara mereka. Raisa menarik nafas dalam sebaik saja suara Yesa kedengaran dihujung telinganya.

“Raisa..”. Panggil Yesa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience