BAB 39

Crime Completed 2168

Pintu bilik Yesa dikuak kasar dari luar. Wajah Jian yang merah padam terjenggol disebalik pintu kamar pejabatnya. Yesa bangun berdiri merapati beberapa langkah. Kedua tangannya dimasukkan kedalam poket seluarnya menanti Jian menghampirinya. Satu tumbukan hinggap dipipi kirinya. Yesa hampir terjatuh dek kerana kekuatan tumbukan Jian tapi dia pantas menstabilkan posisinya. Dia memegang rahang pipinya yang serasa kebas dan membengkak. Jian masih berdiri dihadapannya dengan tangannya masih mengengam penumbuk. Yesa mengangkat wajahnya. Darah dihujung bibirnya dikesat.

“Kamu tahu apa yang kamu sedang buat sekarang Banan?”. Soal Yesa. Walaupun tuturnya agak sukar dek kerana rahangnya yang terasa amat sakit tapi apa yang lelaki lakukan terhadapnya adalah satu kesalahan besar. Dia merupakan ketua dan figura besar dalam agensi. Berani lelaki itu menaikan tangan ke mukanya. Dia tidak akan membiarkan lelaki itu sewenangnya memperlakukannya begitu tapi dia berlagak tenang buat seketika sebelum dia menunjukkan amukan kegilaan sebenar yang tersimpan rapi di dalam kotak dadanya.

Jian mengetap rahangnya kuat. Wajah Yesa yang sedang menanti jawapan darinya itu dipandang penuh kebencian. Persetankan saja Yesa adalah ketuanya. Dia sudah tidak betah dengan semuanya. Misinya hanya satu iaitu selamatkan Raisa dan pergi dari agensi keparat ini.

“Aku akan bawa Raisa pergi”. Tutur Jian setelah lama mendiamkan diri.

Yesa menganggukkan kepalanya. “Baik..”. Jawabnya ringkas. Jian sedikit terkejut. Tidak menyangka Yesa akan menjawab begitu.

“Aku akan bawa Raisa pergi dari sini dan dia akan hentikan segala rancangannya mengenai kes sulit Madam Jane”. Sambung Jian lagi. Menguji Yesa adakah lelaki itu benar-benar setuju dengan rancangannya membawa Raisa pergi. Namun kata-kata Jian itu sekali lagi disambut oleh anggukan dari Yesa. Kening Jian sedikit terangkat tidak mengerti dengan reaksi dari lelaki itu. Semudah itu?. Tak mungkin!.

“Baik. Kalau itu yang kamu mahukan”. Tutur Yesa tenang. “Lagi pula kamu abangnya dan berhak ke atasnya. Keselamatannya keutamaan kamu”. Tambah Yesa lagi.

Jian bungkam. Tidak mengerti dengan jawapan yang diberikan oleh Yesa. Hatinya berasa tidak sedap seolah Yesa sedang menyembunyikan sesuatu. Tidak mungkin Yesa semudah itu melepaskan Raisa. Tidak mungkin!. Sepanjang perjalanan dia membayangkan pelbagai kemungkinan dan reaksi Yesa jika dia memberitahu niatnya yang sebenar. Tapi jawapan Yesa yang diterimanya pada ketika itu lansung tidak ada dalam kemungkinan yang dia fikirkan. Malah tumbukan darinya yang hinggap di wajah Yesa. Bagaimana Yesa boleh setenang itu selepas segalanya. Adakah ianya akan terjadi seperti Rekan dan Eri Suria. Jantung Jian tiba-tiba berdegup kencang.

“Semudah itu?. Kemudian apa yang sebelum ini pernah terjadi pada Rekan dan Eri Suria akan jadi pada aku dan juga Raisa?”. Soal Jian sengaja mengingatkan kembali Yesa. Wajah Yesa dipandang lama cuba membaca apa yang difikirkan oleh Yesa melalui reaksi wajahnya.

Yesa tersenyum nipis.”Kamu tahu yang saya tak akan luka kan Raisa bukan?”. Jawab Yesa. “Never ever”. Tambahnya lagi. Jian menikam anak mata Yesa. Cuba mencari kebenaran disebalik kata-kata lelaki itu. Dia tidak mengenali Yesa dengan begitu rapat dek kerana kesemua masanya adalah bersama Thamin. Tapi itu tidak membuatkan dia semudah itu jatuh kedalam perangkap kata-kata manis yang keluar dari mulut Yesa. Adakah apa yang dikatakan oleh Raisa adalah benar. Sememangnya Raisa dan Yesa mempunyai satu hubungan yang istimewa. Jian menelan air liurnya kasar. Jijik memikirkan yang Yesa punya hubungan dengan kembarnya.

Mindanya tiba-tiba teringatkan kematian Paswi dan juga mengenai fail 6District. Dia sudah tidak mahu ambil tahu mengenai perkara itu jika Yesa benar-benar bersetuju melepaskannya. Tapi entah mengapa bibirnya laju meluncur kata. “Paswi sudah mati. Hentikan segalanya Yesa. Thamin sudah menang”. Jian bersuara.

Yesa tersenyum herot. Senyuman yang tidak dimengerti oleh Jian. Dia melihat rona wajah Yesa yang berubah. Air mukanya yang berubah pada ketika itu. Bulu romanya tiba-tiba merinding. Badannya terasa nyeri dek kerana senyuman dan rona wajah Yesa pada ketika itu.

“Ya. Paswi sudah mati. Sebab kamu bunuh dia. Tak sangka Thamin sanggup biarkan Paswi mati begitu saja”. Tutur Yesa masih dengan senyumannya. Langkah kakinya diatur kearah mejanya mengambil sehelai tisu sebelum mengelap kesan darah dihujung bibirnya. Lakunya diperhatikan oleh Jian tanpa lepas. Dahi Jian sedikit berkerut. Dia tidak pelik jika Yesa mengetahui dia yang membunuh Paswi. Tapi yang dia risaukan pada ketika itu adalah senyuman yang menghiasi bibir Yesa. Melainkan jika Yesa!.

“Fail 6District?!”. Soal Jian kuat. Dadanya berombak laju. Nampaknya Yesa mengetahui keberadaan fail tersebut dan atas sebab itu lelaki itu cukup tenang dan mampu tersenyum. Sepertinya Arta sudah berjaya menjejaki fail tersebut. Tapi jika Yesa sudah pun tahu mengenai di mana keberadaan fail tersebut kenapa Raisa sepertinya masih mencari dan hilang punca ketika pertemuan mereka sebentar tadi. Adakah Arta masih tidak memberitahunya. Jian berteka-teki sendirian.

Yesa menganggukkan kepalanya. Seolah mengiakan apa yang bermain difikiran Jian.

“Tapi tak cukup untuk menangkap Thamin. I still need that essence. Umpan untuk Thamin ditangkap secara live”. Yesa tergelak halus. Jian mengetap rahangnya. Perutnya terasa sebu. Ini adalah kegilaan sebenar Yesa. Wajah sebenar Yesa. Apa Raisa tahu akan perangai sebenar Yesa?.

Kini dia sedar dengan hanya membunuh Paswi tidak mencukupi untuk menutup kesalahan Thamin. Dia menyangkakan fail 6District adalah sesuatu yang mustahil untuk dijejaki dek kerana hanya Madam Jane yang mengetahui mengenai keberadaan fail tersebut dan dengan kematian Madam Jane membuatkan fail tersebut mustahil untuk diketemui. Malah Arta juga tidak berjaya mendapatkan fail tersebut ketika pertemuaan rahsianya dengan insider informer.

Dia yang mencuri mengikuti Arta dalam diam dengan harapan jika Arta berjaya mendapatkan fail tersebut dia akan berlawan bermati-matian dengan Arta demi menghapuskan bukti tersebut. Tapi perancangannya malam itu gagal bila orang dinantikan oleh mereka berdua tidak muncul. Jika Raisa menuduh Thamin yang mengambil fail tersebut sedangkan Thamin lansung tidak mengetahui dan Arta yang juga tidak berjaya mendapatkannya. Bagaimana Yesa boleh tahu mengenai keberadaan fail tersebut melainkan.. Melainkan!. Yesa sendiri yang mengagalkan misi Arta pada malam itu dengan menangkap insider informer. Mengambil fail tersebut sebelum ianya sempat jatuh ketangan Arta. Perutnya terasa kecut. Wajah Yesa yang masih tersengih dihadapannya.

Tapi mengapa? Mengapa Yesa mengambil jalan begitu sedangkan fail tersebut sudah berada ditangannya?. Jian mempersoalkan dirinya sendiri. Namun kata-kata Yesa hendak menangkap Thamin in live umpama satu loceng berbunyi bingit ditelinganya. Kata-kata Yesa mengenai fail tersebut tidak cukup untuk menangkap Thamin. Benar apa yang Yesa katakan fail tersebut tidak cukup untuk menangkap dan menuduh Thamin sekiranya Thamin dengan mudah menuduh kembali Yesa cuba untuk menjatuhkan reputasinya dengan mempalsukan dokumen. Jadi itulah yang dimaksudkan oleh Yesa memerlukan umpan untuk menangkap Thamin. Dia mengunakan fail 6District yang sudah pun jatuh ketangannya untuk memerangkap Thamin. Ini kerja gila! Lagi gila dari ketamakkan Thamin yang dia selalu lihat!.

Raisa!. Dia perlu beritahu Raisa dan juga Thamin!. Malah Arta juga.

“Jangan risau Banan. Raisa selamat. Percaya pada aku”. Tutur Yesa. Jian tidak mampu menuturkan kata. Bibirnya seolah terkunci. Dia tidak pernah membayangkan perancangan Yesa sebegini rupanya.

“Wina dan Cempaka. Aku gunakan mereka sebagai umpan. Demi Raisa. Aku bantu dia untuk selesaikan apa yang dia impikan sejak tujuh tahun lepas”. Sambung Yesa lagi.

Jian menunduk. Jadi atas sebab itu Raisa datang kerumah pagi tadi dan mencari mereka yang lain?. Jadi .. Kepalanya terasa kosong. Dia tidak boleh mencerna. Dia harus mencari Raisa. Langkah kakinya dihayun kearah pintu keluar tapi terhenti bila empat orang lelaki sudah pun menantinya di hadapan pintu. Tangannya dipegang kuat. Jian cuba untuk meronta dan melawan tapi terhenti bila Yesa berjalan dan berdiri dihadapannya.

“Macam mana aku nak lepaskan kau selepas apa yang aku beritahu”. Tuturnya sebelum kepalanya terasa dihentak dengan sesuatu yang maha berat dan semuanya kelam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience