BAB 50

Crime Completed 2168

Arta berjalan perlahan kearah satu susuk tubuh yang sedang duduk dimeja bulat bersebelahan satu pokok besar. Vivy menyapanya sebaik saja wajahnya dilihatnya. Tangannya menghulur kearah kerusi putih dimeja bulat. Arta mengambil tempat dihadapan Thamin. Sebaik saja dia duduk dihadapan Thamin lelaki itu memberikan arahan kepada pembantunya untuk mengisi air di dalam gelas dihadapannya. Usai selesai gadis itu berlalu pergi memberikan ruang privasi buatnya dan Thamin.

Thamin meletakkan gelas yang dipegangnya di atas meja. “Arta..”. Panggilnya. Dia berdehem seketika sebelum menghulurkan telefon pintarnya kepada Arta. Arta mengambil tanpa banyak soal. Riak wajah terkejutnya tidak dapat disorok sebaik saja dia melihat apa yang Thamin tunjukkan kepadanya.

“Ini yang kamu mahukan Arta?”. Soal Thamin bila mana Arta mengangkat wajahnya memandangnya dengan riak wajah masih terkejut dengan apa yang dilihatnya. Arta tidak menjawab. Rahangnya bergerak-gerak. “Apa yang Raisa fikirkan!”. Gumamnya. Keningnya berkerut.

“Bantu aku Arta. Aku perlukan kau”. Thamin bersuara lagi. Dia memandang wajah Arta lama. Mengharapkan Arta bersetuju untuk membantunya. Dia benar-benar dalam keadaan terdesak dan memerlukan bantuan dari Arta jika mahu melawan Yesa. Jian sudah tidak dapat dihubungi sejak dua hari lepas dan dia yakin kehilangan lelaki itu ada kaitan dengan Yesa. Tidak mungkin Jian akan tiba-tiba melarikan diri tanpa sebab dengan membiarkan kembarnya Raisa seorang diri setelah membuat perjanjian dengannya. Apatah lagi setelah dia telah pergi sejauh ini dengan membunuh Paswi.

Dia perlukan Arta untuk menjatuhkan Yesa. Jika tidak Yesa akan menang dengan mudah pertarungan ini. Memikirkan wajah Yesa yang tersenyum meraih kemenangan sahaja sudah cukup membuatkan darahnya mendidih.

“Fail 6District. Kenapa perlu Wina?”. Soal Arta setelah lama mendiamkan diri. Dia merenung tepat wajah Thamin. Tidak mahu melepaskan walau sesaat pun riak wajah Thamin jika ada perubahan di mukanya. Dia perlu tahu alasanThamin memberikan fail tersebut kepada Wina setelah Jian mengambilnya kerana itulah punca kepada masalah ini terjadi. Perkara yang seharusnya selesai dan terkubur dengan Thamin menghapuskan bukti tersebut. Kenapa Thamin memilih untuk mengunakan bukti tersebut sebagai jerat untuk Yesa.

Thamin menghela nafas berat. Air dihadapannya diambilnya kembali sebelum disisip sedikit. Dia meletakkan semula gelas yang dipegangnya. Wajah Arta direnungnya sebelum satu keluhan halus terbit dari bibirnya. “Aku tak mampu menafikan yang Yesa memang pantas dan cekap kali ini. Belum sempat aku jejaki Wina dan yang lain Yesa sudah pun menyorokkan dua dari mereka”. Thamin mengelengkan kepalanya.

Thamin mengelak dari menjawab soalannya. Telah Arta. Tapi dia memilih untuk mendengar dahulu apa yang Thamin cuba jelaskan. Mungkin segalanya bukan seperti yang disangkakannya.

“Wina dan Cempaka. I cannot even find them”. Tambahnya lagi.

Kening Arta terangkat sedikit. Thamin memang tidak mengerti dengan soalannya atau sedang berpura-pura tidak tahu mengenai Wina dan fail 6District.

“Yes. Aku suruh Vivy hantar orang untuk cari Kuna dan Mok untuk gunakan mereka sebagai tebusan sebab aku tahu target utama Raisa adalah Wina dan Cempaka. But well I failed it”. Thamin mendengus halus. Dia membalas pandangan Arta yang masih memandangnya tidak lepas. Dia tahu yang Arta sangsi dengannya.

Arta tidak pasti sejauh mana kebenaran yang Thamin katakan. Adakah segalanya tipu helahnya untuk membuatkan dia percaya dan seterusnya memihak kepadanya atau semuanya adalah perkara sebenar yang terjadi dibelakang tabir. Entah mengapa nafasnya terasa laju. Jantungnya berdebar. Sepanjang Thamin berbicara riak wajahnya jelas penuh kekecewaan.

“Bukan mengenai itu Thamin. Fail 6District. Kenapa perlu berikan kepada Wina?”. Soal Arta kembali membetulkan soalannya. Thamin masih belum benar-benar menjawab soalannya.

“Fail 6District?”. Soal Thamin kembali. Seolah baru mengerti soalan sebenar yang Arta sedang tanyakan kepadanya. “Bukan aku Arta”. Tuturnya menjawab laju. Matanya membulat. Badannya yang bersandar ke kerusi kini sudah duduk menegak menghadap Arta.
Arta mendengus halus.

“Bukan aku Arta!”. Thamin mendengus kuat. “Bukan aku”. Tambahnya lagi menidakkan kenyataan bukan dia yang memberikan fail tersebut kepada Wina.

“Paswi?”. Soal Arta lagi. Thamin mendiamkan diri. Arta mengangguk perlahan mengerti . Jadi memang benar Paswi dibunuh oleh Thamin. Semudah itu. Sudah pasti ianya kerja Jian. Jadi jika Thamin berkata benar bermaksud memang benar bukan Thamin yang memberikan fail 6District kepada Wina. Syak wasangkanya dengan Yesa ternyata berasas. Memang Yesa yang mengambil fail 6District sebelum ianya sempat jatuh ketangannya. Jadi selama ini apa yang dia sangka kan mengenai tujuan sebenar Yesa tiba-tiba menarik dirinya ke sisinya adalah untuk mengunakan dirinya menjejaki fail 6District yang disimpan oleh Madam Jane juga adalah benar.

Tapi dia belum mengerti mengapa Thamin perlu berusaha menariknya ke sisinya sedangkan Jian sudah cukup untuk membantu. Dia yakin Jian juga bukan calang-calang ketika melaksanakan tugasannya. Arta bangun berdiri. Tidak mahu berlama disitu lagi.

“Bukan aku Arta. Ingat tu”. Thamin bersuara sedikit keras.

Arta menghela nafas perlahan. “Aku tak mampu tolong kau. Gunakan Jian”. Baru saja dia hendak melangkah pergi Thamin tergelak halus.

Arta memusingkan tubuhnya memandang wajah Thamin sebelum Thamin memusingkan tubuhnya menghadap Arta kembali.

“Aku tak boleh hubungi dia sejak dua hari lepas. No track at all. Video ini mengenai Mok dan Kuna yang sudah diambil oleh orang Yesa...”. Thamin menarik nafas dalam.

“Do the math Arta. Guess what?. Siapakah yang sebenar-benarnya jahat Arta?”. Soal Thamin dengan senyuman menyeringai.

Arta menelan liurnya yang terasa kasar. Tidak mungkin Jian meninggalkan Raisa melainkan apa yang Thamin katakan adalah benar belaka dan mastermind utama bagi segalanya adalah … Yesa!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience