“Razak!”. Panggil Arta sebaik saja dia mengenali susuk tubuh yang sedang membelakanginya.
Razak memalingkan tubuhnya. Arta sedang berdiri tidak jauh darinya. Dia melangkah mendekati beberapa tapak. Lewat malam semalam dia mendapat panggilan daripada Arta. Memintanya untuk berjumpa pada pagi itu. Tidak pasti atas tujuan apa Arta hendak berjumpanya. Mungkin Arta sudah membuat keputusan mendengarkan katanya untuk tidak masuk campur dan membiarkan Thamin dan juga Yesa sendirian.
“Comeback to agency”. Arta bersuara. Tegas. Wajahnya sedikit resah. Dia perlukan lelaki itu untuk kembali ke agensi dan menghentikan semua kerja gila ini. Razak perlu bertangungjawab akan agensi yang dibina itu. Jika dia mahu menutup dan memusnahkannya sekalipun. Ianya perlu dimusnahkan dengan mengunakan tangan Razak Ibrahim sendiri. Bukannya Yesa mahupun Thamin. Dia tidak betah lagi melihat Yesa dan juga Thamin menjadikan Raisa dan juga Jian sebagai boneka.
Dahinya berkerut. Disangkanya Arta bersetuju dengan rancangannya. Tapi sangkaannya meleset. “Why?”. Soal Razak. Tapi Arta tidak menjawab soalannya itu.
“Give me a one good reason Arta”. Razak bersuara lagi. Jika Arta memang mahu kan dirinya kembali ke agensi semula. Arta perlu berikan dia cukup sebab untuk berbuat demikian. Dia sudah tetap dengan pendiriannya untuk menjatuhkan agensi. His own big picture for the agency.
Arta mengetap giginya kuat. Dulu Madam Jane terlepas pandang akan hal Eri Suria dan juga Rekan hinggakan mereka menderita hingga ke hari ini. Benarkah Madam Jane terlepas pandang akan hal itu?. Atau sebenarnya Madam Jane sengaja membiarkannya sama seperti apa yang Razak sedang lakukan ketika ini. Membiarkan Yesa dan juga Thamin memusnahkan antara satu sama lain. Tapi jika ianya hanya melibatkan Yesa, Thamin dan juga the founder. Dia tidak akan amik pusing. Dia akan bersetuju tanpa perlu berfikir dua kali dengan perancangan Razak untuk menjatuhkan agensi keparat itu. Tapi mangsa sebenar yang akan terluka adalah Raisa, Jian dan juga anak-anak yang kini dibawah lindungan Kampung Bidadari. Organisasi anak yatim di bawah naungan Thamin. Itu tidak dikira lagi mereka yang sedang bekerja di agensi.
“Raisa?”. Soal Razak lagi. Dia dapat menebak punca kepada Arta memintanya untuk kembali semula ke agensi adalah kerana Raisa.
“Lebih kepada aku tak sukakan Yesa”. Jawab Arta laju. Raisa memang antara sebab dia mahukan Razak kembali ke agensi dan menghentikan Yesa dan juga Thamin. Tapi dia lebih bencikan Yesa yang mengunakan Raisa secara terang-terangan. Malah Thamin sendiri tidak selicik itu memanipulasi Jian.
Razak menarik nafas dalam. Dia duduk di atas bangku kayu panjang tempat yang sama mereka ketemu lewat beberapa hari lepas. Arta menapak mendekati sebelum turut duduk disebelahnya. Dia menghela nafas perlahan. Terasa seperti deja vu.
“Did you think that things will go differently is Jane not killed?”. Soal Razak perlahan. Suaranya kendengaran sayu.
Arta memandang ke sisinya. Wajah Razak yang sedang termenung jauh. Dia menarik nafas dalam. “Will Yesa win this game?”.
“Not because I choose to sided with Thamin”. Arta memintas laju.
“I know. I know”. Razak tersenyum. Dia tahu benar itu bukan tujuan sebenar Arta. “It just Yesa has more reason for you to oppose him”. Sambungnya lagi. Arta mengiakan dalam diam. Thamin mengunakan Jian sebagai pulangan untuk keselamatannya. Tapi Jian turut mendapat pulangan dari kerjanya itu. Thamin akan berikan dia dan juga Raisa kebebasan. Tapi Yesa hanya mengunakan Raisa secara mutlak. Tanpa sebarang pulangan. Hanya kepentingannya sahaja.
“You should responsible on things that you start with Madam Jane”. Arta menutur kata penuh berhati-hati. Razak menganguk perlahan. Bibirnya mengukir senyuman nipis.
“Rely my message to him. This is at least I can offer to him. My deals. If he agree then everything might go well as you think”. Razak akhirnya bersetuju walaupun jauh di sudut hatinya dia tahu benar yang Thamin tidak akan pernah bersetuju.
Share this novel