BAB 53

Crime Completed 2168

Cempaka berjalan mendekati Wina yang sedang termanggu dibirai katil. Pandangan matanya dilemparkan keluar jendela berhadapan dengan katil. Dia mengambil tempat disebelah Wina sebelum memegang bahu rakannya itu.

“Jangan risau”. Cempaka bersuara. Bibirnya merekah senyuman manis. Wina memandang kearah Cempaka. Tersenyum nipis sebelum nafasnya dihela perlahan.

“Raisa?”. Soal Wina. “On the way”. Jawab Cempaka. Wina mengangguk. Bunyi notifikasi mesej mengisi ruang kosong antara mereka berdua. Cempaka mengambil telefonnya.

“Siapa?”. Soal Wina bersahaja. “Asyraf”. Jawabnya perlahan. Wina tersenyum memandang Cempaka. Dia berdehem bila mana melihatkan wajah Cempaka yang merona merah.

“Dia minta maaf tak?”. Soal Wina lagi. Cempaka mengangguk mengiakan. “Bagus. Memang patut pun lepas tinggalkan fail copy yang kita beri pada dia dekat kaunter lobi”. Tutur Wina geram sebelum tergelak dihujung ayatnya. Malam kelmarin Cempaka mendapat mesej dari Asyraf mengatakan dia perlu bekerja di luar bandar segera dan terpaksa meninggalkan fail copy 6district di kaunter lobi dan meminta mereka untuk mengambilnya kembali. Asyraf juga memberitahu meminta mereka untuk berjumpa Raisa kerana itulah yang paling utama dan terbaik. Akhirnya mereka bersetuju walaupun sedikit kecewa kerana Asyraf tidak lagi mampu menjadi pelindung mereka jika sesuatu yang buruk terjadi. Tapi perbualannya dengan Raisa semalam membuatkan dia berubah fikiran. Rakannya itu mungkin tidak seperti apa yang mereka fikirkan.

Disebabkan kedegilannya Mok dan Kuna dalam keadaan bahaya. Jika dia mendengar kata Raisa untuk menantinya pulang dan menyorokkan perihal fail tersebut dari yang lain sudah pasti Mok dan Kuna tidak akan hilang begini. Dia silap. Dia mengaku dia terlalu takut akan kemungkinan buruk. Cempaka tidak jemu memujuknya untuk tidak menyalahkan diri sendiri. Tapi peraasan bersalah itu bukan sesuatu yang boleh dipadam begitu saja. Tidak selagi Mok dan Kuna diselamatkan.

Sebentar lagi kelibat rakannya Raisa akan muncul setelah mereka berjanji untuk berjumpa pada hari ini. Mereka akan membuat perancangan untuk menangkap lelaki bernama Thamin dan seterusnya menyelamatkan Mok dan Kuna seperti yang diberitahu oleh Raisa kepadanya. Bagaimana perancangan ini akan dijalankan dia sendiri masih belum jelas. Raisa akan memberitahunya pada hari ini. Raisa yang berjanji akan menjaga keselamatannya dan Cempaka sebaik mungkin.

“Kau tahu mengenai Kampung Bidadari?”. Soal Cempaka tiba-tiba. Wina memandang Cempaka tidak mengerti.

“Maksud aku. Kau kan tinggal lama dekat rumah anak yatim. Kau tak pernah dengar atau tengok apa-apa yang pelik ke?”. Cempaka menjelaskan soalannya.

“Hmm….”. Wina bergumam. Dahinya berkerut-kerut cuba mengingati segala memorinya ketika di rumah anak yatim.

“Takda..”. Jawab Wina setelah lama berfikir. Cempaka menghela nafas perlahan.

“Kau?”. Soal Wina pula. Cempaka mengalihkan pandangannya.

“Ayah kau Pengetua rumah anak yatim Kampung Bidadari”. Tambah Wina lagi.

Cempaka mengelengkan kepalanya perlahan. “Aku duduk diluar. Adalah beberapa kali aku datang ke situ. Tapi ayah dengan ibu memang tak suka kalau aku ke rumah anak yatim tu”. Cempaka menjelaskan. Memang ibu dan ayahnya tidak suka jika dia menjejakkan kaki ke rumah anak yatim itu. Awal-awal lagi ibu dan ayahnya sudah menghantarnya ke asrama.

“Sebab itulah kau berkawan dengan aku?”. Soal Wina kembali. Matanya dikecilkan. Cempaka tergelak halus. Dia mengangguk perlahan. Teringat pertama kali dia curi-curi datang kerumah anak yatim itu tanpa pengetahuan ibu dan ayahnya. Wina yang membantunya menyorokkan diri dari tertangkap. Sejak dari itu dia selalu curi-curi berjumpa dengan Wina. Membawa pelbagai makanan dari luar untuk Wina. Dia suka melihat wajah Wina yang gembira setiap kali dia datang membawa makanan luar yang tidak mungkin dapat mereka rasa ketika berada di rumah anak yatim itu.

“Eh Wina. Kiranya kau kenal dengan ibu ayah aku la kan?”. Soal Cempaka tiba-tiba. Wina menganggukan kepalanya mengiakan.

“Macam mana ayah dengan ibu aku dekat situ?. Okay?”. Soal Cempaka. Mindanya tiba-tiba diterjah oleh soalan yang sebelum ini lansung tidak pernah terfikir olehnya. Jika ibunya yang suka memukul itu selalu berada dirumah anak yatim. Adakah mereka juga menerima nasib sama sepertinya. Atas sebab itu Wina boleh memahaminya bila dia menceritakan dia selalu dipukul oleh ibunya sendiri.

“Dia ada pukul kau?”. Soal Cempaka bila Wina tidak menjawab soalannya dan termenung jauh.

“Eh! Takda laa”. Wina laju menidakkan. “Aku tak ambil port semua tu dulu. Aku dengan dunia aku je”. Tambahnya lagi. Dia tergelak halus.

Dia yakin Wina tidak dipukul oleh ibunya. Jika benar Wina pernah diapa-apakan oleh ibunya sudah tentu sepanjang pertemuan mereka secara curi-curi di rumah anak yatim itu dulu sudah jelas kelihatan.

Cempaka bangun berdiri sebaik saja bunyi ketukan di pintu jelas kedengaran. Wina mengikut dari belakang. Sebaik saja Cempaka membuka pintu wajah yang dinanti oleh mereka terpampang di sebalik pintu.

“Masuk”. Wina bersuara. Bibirnya tersenyum nipis menyambut rakannya itu. Mereka bertiga duduk di atas sofa di ruang tamu. Suasana kekok mengisi kekosongan.

“Raisa..”. Cempaka bersuara. Nadanya kekok. Selama ini dia memangil rakannya itu dengan panggilan Uyaa. Tapi dia tahu yang panggilan Uyaa itu adalah satu rahsia.

Raisa mengangkat wajahnya. “Telefon kami ada dengan kau?”. Soal Cempaka. Raisa mengangguk mengiakan. Dia mengerling sekilas kearah dua telefon bimbit diatas meja kaca di hadapan mereka. “Aku akan pulangkan bila semuanya selesai”. Tutur Raisa dengan anggukan perlahan. Menyakinkan Wina dan Cempaka. Wina mengangguk memahami. Dia tersenyum nipis.

“Asyraf..”. Wina mencelah memberitahu kepada Raisa bila mana melihat Cempaka yang ralit memandang skrin telefon bimbitnya. Raisa mengangkat wajahnya. Wajah Cempaka yang sedang tersenyum melihat skrin telefon. Mesej yang disangkakan benar-benar datangnya dari Asyraf sedangkan lelaki itu sudah tidak bernyawa. Bagaimana dia boleh lakukan semua itu. Fail copy 6district yang dia tinggalkan di kaunter lobi bersama dua telefon bimbit baru dan nombor baru. Kedua telefon milik Cempaka dan juga Wina ditinggalkan di lobi atas arahannya yang mereka sangkakan datangnya dari Asyraf sendiri. Semuanya dilakukan agar Cempaka tidak tahu yang Asyraf sudah tidak bernyawa. Segalanya dilakukan agar Cempaka dan Wina terputus hubungan dengan dunia luar. Cempaka tidak boleh tahu mengenai kematian ibunya mahupun Asyraf. Tidak untuk ketika ini. Biarlah Arta mahu menentangnya kerana hal ini sekalipun dia tidak akan berganjak. Tidak Arta mahu pun Razak Ibrahim mampu menghentikannya.

“Siapa Thamin?”. Soal Cempaka setelah lama mendiamkan diri. Soalannya tidak dijawab. Raisa hanya menunduk. “Sorry. Aku tak boleh jawab”. Raisa bersuara. “Cukuplah kau tahu yang kita perlu gunakan fail 6District ini sebagai umpan untuk menangkapnya dan selamatkan Mok dan juga Kuna”. Raisa menjelaskan sekali lagi.

Cempaka dan Wina mengangguk memahami. “Jadi malam itu akan ada polis sekali?”. Soal Wina. Raisa memandang wajah Wina lama. Dia menarik nafas dalam sebelum mengelengkan kepalanya. “Kalau kita nak tangkap Thamin kenapa polis tak ada?”. Wina sudah risau mendengarkannya.

“Kami ada organisasi kami sendiri. Thamin akan ditangkap dan dihukum mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh organisasi kami”. Wina dan Cempaka saling berpandangan. Wajah Raisa yang serius itu membuatkan mereka terasa nyeri dan takut.

“Percayakan aku Wina”. Tutur Raisa memujuk. Matanya menikam anak mata Wina sebelum pandangannya dialihkan kearah Cempaka.
“Percayakan aku Cempaka”. Tambahnya lagi.

“Baiklah apa yang patut aku buat”. Soal Wina.

“Untuk sekarang kau perlu hubungi Thamin. Maklumkan kepadanya yang kau punya fail 6District. Aku yakin dia sudah tahu mengenai ini cumanya dia gagal menjejaki kau dan Cempaka atas sebab itu dia cuba meminta pertolongan Arta”.

“Siapa Arta?”. Soal Cempaka. Raisa tidak menjawab. “Esok. Bagitahu dia yang kau akan berjumpa dengan dia esok jam 8 malam di Garden House. Pulangannya adalah Mok dan Kuna. Jika dia tanya kenapa kau tak berikan saja fail tersebut kepada aku atau Yesa. Katakan yang kau perlu selamatkan Mok dan Kuna. Itu adalah tujuan kau hendak berjumpa dengannya”. Raisa menjelaskan rancangannya.

Wina memegang dadanya. Perancangan Raisa berbau sangat bahaya. Dia dapat rasakan yang segalanya bukan akan berjalan dengan mudah. “Kau akan pergi dengan aku”. Tambah Raisa lagi seolah dapat membaca fikiran Wina yang risau akan keselamatannya.

“Tidak!. Aku akan ikut”. Cempaka menegas. “Tidak Cempaka. Kau akan ikut Arta”. Tegas Raisa semula.

“Tak!. Cempaka akan teman aku!”. Wina mencelah. Dia masih belum benar-benar percayakan Raisa. Cempaka perlu ada bersama dengannya jika Raisa mahu jalankan rancangannya.

Raisa menghela nafas berat sebelum terpaksa bersetuju dengan Wina dan juga Cempaka. Dia bangun berdiri “Jumpa esok”. Raisa bersuara sebelum berjalan kearah pintu. Urusannya dengan Wina dan Cempaka sudah selesai. Kini dia perlu bantuan Arta untuk memastikan keselamatan mereka ketika perjumpaan dengan Thamin pada malam esok. Dia yakin walau semarah apa pun Arta dengannya tapi Arta tidak mungkin akan menolak permintaannya untuk melindungi Cempaka dan Wina.

“Tuan”. Thamin memusingkan tubuhnya menghadap pembantu peribadinya Vivy yang sedang berdiri dihadapannya.

“Arta Erza ada di depan pintu utama”. Tuturnya memberitahu.

“Beri dia masuk”. Thamin memberi arahan. Dia berjalan menuju ke arah sofa di tengah ruang tamu sebelum melabuhkan pungungnya. Dia yakin yang Raisa sudah memulakan rancangannya dengan menyuruh Wina menghubunginya sebentar tadi. Tapi Arta. Ada apa lelaki itu datang ketemunya.

“Thamin”. Panggil satu suara yang agak kasar. Thamin mengangkat wajahnya. Wajah Arta dipandangnya lama. Mungkin dia boleh menang dalam pertarungan ini. Getus hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience