3 Ogos 2020 – Agensi ; 11.02 pagi ; Tiga hari selepas penangkapan Thamin
Raisa berjalan perlahan mengikuti satu susuk tubuh lelaki dari belakang. Kunci dikeluarkan dari poketnya sebelum mangga sebesar tapak tangan di pintu besi itu dibuka. Sebaik saja pintu besi itu dikuak bunyi bingit geseran besi menyapa halwa pedengarannya.
“Puan”. Panggil lelaki tadi sambil menghulurkan tangannya memberikan isyarat untuknya meneruskan perjalanan kedalam. Raisa menapak perlahan. Dia memusingkan tubuh badannya semula. Lelaki tadi masih berdiri disitu menantinya untuk masuk kedalam dan akan menjaga pintu itu hingga dia selesai urusannya. Dia meneruskan langkah kakinya masuk kedalam satu ruangan yang agar samar-samar disimbahi oleh cahaya dari satu tingkap yang besarnya tidak lebih dari saiz kertas A4.
Raisa duduk diatas satu kerusi kayu berhadapan dengan katil bersaiz bujang. Wajah Thamin yang sedang duduk dibirai katil menghadapnya kini sedang tersenyum sinis sebelum senyuman itu mati.
“Yesa dah berjaya mengantikan Sarah Jane?”. Soal Thamin kepadanya. Raisa mengangguk perlahan mengiakan. Semalam mesyurat terakhir dari the founder telah diadakan dan Yesa telah dipilih untuk memimpin agensi. Akhirnya apa yang dia inginkan untuk Yesa telah tercapai setelah dia bertungkus lumus. Thamin berjaya ditangkap semasa pertukaran fail 6District bersama Wina. Yesa berjaya membuktikan kepada ahli the founder yang Thamin sememangnya terlibat dengan kematian Madam Jane bila mana Thamin sendiri yang membuka mulut mengiakan segalanya. Kini tiada apa lagi yang dia perlu risaukan.
Tapi entah mengapa jiwanya berasa tidak tenteram. Gelisah dan perasaanya tidak menentu dan atas sebab itu dia datang ke tempat gelap ini untuk berjumpa dengan Thamin. Mungkin perasaan itu hadir disebabkan oleh Thamin yang cuba untuk mempengaruhinya. Dia perlu selesaikan segalanya sebelum perasaan ini berlarutan.
Namun gelakan kuat dari Thamin mengejutkannya. Dia memandang wajah Thamin yang masih tergelak seolah dia sedang melakukan pertunjukan sarkas dan semakin lama gelakan itu semakin kuat dan kedengaran nyeri. Raisa bangun berdiri. Air liurnya ditelan. Wajahnya jelas penuh kekeliruan dan takut dengan reaksi Thamin pada ketika itu.
“Raisa Raisa”. Tuturnya dengan gelakan yang masih bersisa. “Agen Elit Uyaana Raisa. Dilatih selama tujuh tahun. Lapan dari sembilan closed case melibatkan VVIP dengan pulangan wang lumayan untuk agensi dilaksanakan cukup sempurna”. Thamin berjeda seketika. Matanya tajam menikam anak mata Raisa yang masih berdiri kaku dihadapannya.
“Melainkan satu kes itu..”. Dia berhenti seketika sengaja hendak bermain perang mental dengan Raisa. “Kecuali Eri Suria dan juga Rekan”. Tutur Thamin separa berbisik sebelum tertawa halus. Mata Raisa membulat. Bibirnya bergetar. Tangannya terasa seram sejuk. Thamin benar-benar gila dengan menyebut kembali kes Eri Suria!. Raisa menapak laju mendekati Thamin. Wajahnya ditundukkan bagi mendekati wajah Thamin yang sedang duduk di atas katil.
“Eri Suria dan juga Rekan bukan salah aku. Tidak sama sekali. Segalanya sebab kau!. Kau Thamin!”. Jerit Raisa dihujung ayatnya. Matanya memerah menahan perasaan takut, marah dan benci yang membuak.
“Begitu juga Wina!. Wina mati sebab kau!”. Tambahnya lagi. Kini Thamin kembali tertawa besar. Raisa menapak menjauhi. Ternyata keputusannya untuk datang berjumpa Thamin pada pagi itu adalahh satu keputusan yang bodoh dan sia-sia. Tiada apa yang dia perolehi dari lelaki itu. Raisa sudah muak dengan Thamin. Tidak perlu lagi dia berlama disitu. Sememangnya keputusannya untuk menangkap Thamin adalah satu keputusan yang tepat. Dia berjalan menjauhi Thamin sebelum lelaki itu tiba-tiba menyoalnya kembali menghentikan dirinya dari pergi.
“Long Ani dan Asyraf mati bukan sebab kamu?”. Soal Thamin. “Kamu yang pilih untuk putuskan segala talian yang boleh menghubungkan Cempaka dari mengetahui perkara yang sebenar”. Tambahnya lagi. Raisa tersentak. Dadanya tiba-tiba terasa senak. Perasaan bersalah mula melingkar dan menyesakkan dadanya.
“Mana kembar kamu Raisa?”. Soal Thamin lagi. Tawanya sudah hilang. Raisa tidak memusingkan tubuh badannya. Thamin sengaja mahu memerangkapnya lagi dengan mempersoalkan dimana keberadaan Jian sedangkan Thamin seharusnya lebih tahu.
“Baiklah. Biar aku tukar soalan. Dimana the two sprinter?”. Soal Thamin. Raisa tergelak halus. Thamin bertanyakan kepadanya dimana keberadaan Mok dan Kuna sedangkan dialah yang mengambil dua rakannya itu untuk dijadikan tebusan. “Raisa… Come on! Jom main teka teki dengan aku”. Thamin tiba-tiba bersuara memujuknya. Raisa memusingkan kembali tubuh badannya menghadap Thamin. Dahinya berkerut memandang Thamin yang sedang tersengih-sengih memandangnya. Tangannya dihulur kearah bangku kayu yang didudukinya tadi. “One round only!. Promise!”. Tutur Thamin sambil mengangkat tangan kanannya berjanji.
Raisa berjalan mendekati sebelum akhirnya duduk diatas bangku kayu itu menghadap Thamin. “Kau dah gila Thamin!”. Raisa bersuara. Tapi kata-katanya itu disambut oleh gelengan kepala dari Thamin. “Ini…”. Tuturnya sambil jarinya menunding kearah badannya. “Ini adalah Yesa yang sebenar. Aku cuma meniru dan belajar darinya. Belajar untuk jadi watak gila!”. Thamin tergelak kuat sebelum tawanya mati bila mana Raisa mengalihkan pandangannya. Tidak berminat untuk melayannya.
Thamin menarik nafas dalam. Wajahnya berubah serius. Kakinya disilangkan. Wajah Raisa dipandangnya lama sebelum dia membuka mulut. “Baik Raisa. Soalan pertama. Beritahu aku kenapa Yesa tidak mencari dimana aku sorokkan the two sprinter selepas malam aku ditangkap?”. Soal Thamin. Raisa tidak menjawab. Tidak merasakan soalan itu perlu dijawab.
Thamin menarik nafas dalam. “Baik soalan pertama biar aku yang jawab”. Tuturnya. “Sebab yang sembunyikan the two sprinter adalah Yesa sendiri”. Raisa menjeling kearah Thamin yang masih bersahaja. Sudah ditangkap masih lagi hendak menipu!. Getus hati Raisa.
“Wina adalah agen rahsia Yesa!. Haswina Hassan”. Bisik Thamin lagi dengan sengihan dihujung ayatnya. Mata Raisa mencerlung memandang Thamin. Berani Thamin berkata buruk mengenai kawannya yang sudah mati disebabkan olehnya!.
“Haswina Hassan. Dia korbankan dirinya di saat akhir. Mungkin dia rasa bersalah kerana menipu Cempaka dan memperalatkan kau selama ini”. Sambung Thamin lagi. Raisa mengengam penumbuknya.
“Soalan kedua untuk kamu Raisa. Dimana Ejian Banan kembar kamu?”. Soal Thamin.
Raisa mengetap giginya. Bukan tidak mahu menjawab . Tapi dia tidak punya jawapan untuk soalan itu. Thamin mengaru-garu dahinya.
“Baik soalan kedua biar aku juga yang jawabkan. Nampaknya banyak benda yang kamu tidak tahu Raisa”. Tutur Thamin mengejek wajah Raisa yang pucat lesi memandangnya.
“Ditangkap oleh Yesa semasa kamu mencari Wina. Dia ditahan oleh Yesa awal-awal lagi agar aku tidak punya sesiapa pun untuk membantu dan supaya Jian tidak berjaya membuatkan kamu percaya yang Yesa adalah mastermind”. Thamin berjeda seketika.
“Sebab itu malam pertemuan kita di Garden House Jian tiada disitu. Tak kan kau tak terfikir Raisa!”. Thamin sudah tergelak besar.Nadanya meninggi dihujung ayatnya seolah menghina Raisa yang seperti orang bodoh tidak perasan akan hal penting sebesar itu.
Raisa menelan air liurnya yang terasa seperti pasir. Lehernya tiba-tiba terasa seperti dicekik. Terakhir dia berjumpa dengan Jian adalah ketika dia pulang kerumah mencari Wina. Selepas itu Jian lansung tidak dilihatnya. Mengapa dia tidak pernah perasaan akan hal ini. Memang benar Jian tiada pada malam mereka bertemu di Garden House. Jadi atas sebab itu Thamin mencari Arta untuk membantunya. Malah bukan Jian sahaja yang tiada pada malam itu. Mok dan Kuna yang dipanggil sebagai the two sprinter dalam kes ini juga tiada. Malah Yesa tidak lansung menyebut mengenai hal mereka selepas Thamin ditangkap. Jika Wina benar-benar adalah agen rahsia Yesa ianya sesuatu yang tidak mustahil jika Yesa sendiri yang memberikan fail 6District kepada Wina untuk menekannya seperti yang Arta katakan. Arta yang sudah memberikan amaran kepadanya. Jadi selama ini Wina hanya berpura-pura?. Soal Raisa sendiri. “Yesa menipunya hidup-hidup”.
Tapi jika Mok dan Kuna sebenarnya disimpan oleh Yesa kenapa Thamin mengaku yang dia menyimpan Mok dan Kuna dan berjanji untuk menukarkan fail 6District dengan dua orang rakannya pada malam itu.
“Sebab aku perlukan fail 6District dan aku sedar semuanya adalah permainan dan rancangan Yesa. Aku cuma turut bermain sebab aku tidak punya pilihan lain. Fail 6District perlu dihapuskan”. Thamin tiba-tiba bersuara seolah dapat membaca fikiran Raisa pada ketika itu.
“Semua ini tak akan terjadi kalau kau biarkan Arta dapatkan fail 6District”. Tutur Raisa setelah lama mendiamkan diri. Dia yakin jika benar sekalipun apa yang Thamin katakan semuanya berpunca dari fail 6District yang sepatutnya jatuh ke tangan Arta. Jika Arta yang memegang fail tersebut sudah pasti semua ini tidak akan terjadi.
Thamin mengelengkan kepalanya perlahan. Dia menentang anak mata Raisa yang memandangnya tajam seolah bila-bila masa saja api kemarahan itu boleh memuntahkan laharnya.
“Tidak Raisa. Bukan aku. Aku tidak pernah tahu pun mengenai fail 6District. Jian sendiri tidak pernah tahu. Cukup sekadar aku tahu yang Arta cuba jejaki fail yang disimpan rapi oleh Madam Jane. Kau fikir kenapa aku pertaruhkan dengan mudah nyawa Paswi?”. Soal Thamin dihujung katanya.
“Sebab baik Jian mahupun aku sendiri tidak pasti jika fail 6District benar-benar wujud. Aku bunuh Paswi kerana percaya cuma dia satu-satunya bukti yang boleh digunakan oleh Yesa untuk menangkap aku”. Jelas Thamin. Dahinya berkerut-kerut. Riaknya jelas penuh kekecewaan. Kalah dengan Yesa adalah perkara terburuk terjadi dalam sejarah hidupnya.
Raisa hanya mendiamkan diri. Mulutnya terkunci. Mindanya tepu. Setiap butir bicara yang dikeluarkan oleh Thamin tidak ubah seperti batu yang dilemparkan ke tubuhnya. Sakit dan perit tepat mengena setiap anggota tubuhnya. Membengkak dan meninggalkan kesan lebam. Terluka hinggakan darah yang mengalir melalui riang roma dapat dirasakannya. “Yesa sendiri yang mengkhianati dia dan Arta. Yesa adalah dalang sebenar yang memusnahkan rancangan Arta sebelum sempat fail itu jatuh ketangan Arta pada malam itu”. Gumam Raisa. Dia memegang dadanya. Nafasnya terasa menyesak.
“Soalan terakhir Raisa. Berikan aku jawapan kenapa Yesa menarik kembali hukuman gantung Arta dan menyuruh lelaki itu membantu kamu untuk menyiasat kes Madam Jane selepas dua bulan. Kenapa dia perlu sembunyikan kenyataan Madam Jane ada menyiasat kes sulit 6District dari kamu sejak awal. Kenapa Raisa?”. Soal Thamin.
“Sebab dia perlukan Arta untuk dapatkan fail 6District. Sebab Yesa tahu hanya Arta yang dapat mencarinya. Sebab Yesa tahu Madam Jane tidak mempercayainya sama seperti dia tidak pernah sukakan kau Thamin”. Jawab Raisa dan matanya yang menekur lantai seolah dipukau oleh Thamin.
Tiga puluh saat berlalu dengan Thamin masih memandang wajah Raisa yang sedang kaku termenung menekur lantai. Melihat wajah berkebolehan itu dimanipulasi secara terang-terangan tapi gagal dilihat oleh tuan empunya badan sendiri hinggalah Raisa tiba tiba menarik nafas dalam dan terbatuk halus seolah baru dilepaskan cekikan dilehernya.
Raisa memegang lehernya. Nafasnya terasa pendek. Dia terbatuk-batuk halus. Seolah-oleh baru sedar dari mimpi ngeri. Matanya merah berair dek kerana nafasnya yang tersekat-sekat. Dia menarik nafas dalam berkali-kali hinggalah dia berasa kembali boleh bernafas secara normal.
Raisa memalingkan wajahnya ke arah Thamin yang sedang memandangnya dengan pandangan simpati. Tidak seperti tadi yang penuh dengan kegilaan. Mata Thamin yang redup memandangnya. Dia bangun berdiri berjalan perlahan kearah pintu keluar dengan tubuhnya seolah melayang. Tidak betah berada disitu lama. Dia perlu keluar sebelum dia boleh hilang nafas. Thamin hanya membiarkan Raisa pergi meninggalkannya. Nafasnya dihela berat.
“Puan Raisa!”. Tegur Anis sedikit terkejut dengan kedatangan Raisa secara tiba-tiba. Langkah kakinya laju diatur kearah pintu bilik Yesa tidak lansung mengendahkannya. Anis tidak menghalang atas arahan Yesa sendiri sebelum ini. Sebaik saja pintu bilik Yesa dikuak Raisa menarik nafas dalam sebelum bibirnya merekah senyuman. Wajah Rekan yang sedikit terkejut dengan kedatangannya dipandangnya. Yesa pula memandangnya tenang. Tiada riak terkejut seperti Rekan. Bibirnya masih tersenyum. Dia berjalan merapati sebelum memberi isyarat kepada Yesa untuk meneruskan dahulu urusannya dengan Rekan.
“Jadi?”. Soal Yesa kepada Rekan. Air mukanya serius. Rekan sedikit teragak-agak hendak menjawab. Tapi setelah dia mendapatkan kepastian dari Yesa akhirnya dia membuka mulut.
Share this novel