Wina memberhentikan keretanya dibawah pokok. Dia mengalihkan pandangan kearah Cempaka yang sedang bermain dengan telefon pintarnya. “Macam mana?”. Soal Wina kepada Cempaka. “Sekejap lagi dia sampai”. Cempaka menjawab memberikan kepastian. Wina mengeluh halus. Dia memusingkan tubuhnya kebelakang seraya itu Cempaka turut mengikut. Melihatkan wajah Mok dan Kuna yang sedang lena dibuai mimpi membuatkan Wina dan Cempaka tergelak halus.
“Kau rasa betul apa yang kita buat ni?”. Soal Cempaka tiba-tiba. Dia masih sangsi dengan keputusannya mengikut perancangan Wina dan bukannya mendengar penjelasan dari Uyaa terlebih dahulu. Wina mengelengkan kepalanya. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap.
“Aku tak tahu..”. Jawab Wina ringkas. Sakit kepalanya memikir.
“Macam mana kalau Uyaa betul-betul nak bantu kita?”. Soal Kuna tiba-tiba dari arah belakang membuatkan Wina dan Cempaka terkejut beruk. Mok juga sudah pun bangun.
“Dengan menyuruh Wina untuk merahsiakan fail tersebut dan tunggu dia pulang?”. Soal Mok kearah Kuna. Masing-masing diam seketika.
“Aku mulanya memang nak dengar cakap dia Cempaka. Tapi..”. Kata-kata Wina terhenti disitu. “Aku rasa fail tersebut cukup sulit dan mungkin boleh membahayakan nyawa. Uyaa masa aku beritahu dia mengenai fail tersebut. Kau tahu apa reaksi pertama dia?”. Wina berjeda seketika sebelum menyambung ceritanya.
“Dia tanya Jian ada dirumah atau tidak. Bila aku cakap takda, dia suruh aku tunggu dia dan jangan pergi kemana-kemana. Dia juga pesan jangan beritahu sesiapa pun sama ada polis atau korang semua”. Sambung Wina lagi.
“Aku tak boleh percayakan dia Cempaka. Kalau betul dia nak tolong kita kenapa dia perlu suruh aku rahsiakan semua ini dari korang semua mahupun polis?”. Soal Wina. “Atau sebenarnya dia nak bunuh aku lepas dapat fail tu”. Wina sudah pun membuat andaian buruk sekali lagi.
“Wina!”. Cempaka meninggi suara.Menghentikan Wina dari berfikir yang buruk-buruk.
“Kau fikir dia tak mampu?”. Soal Wina kembali. Cempaka terdiam.
“Tak. Dia lebih dari mampu. Lupa apa yang kita lihat dari fail tersebut. Siapa sebenarnya Uyaana Raisa dan Ejian Banan?”. Soal Mok menguatkan andaian Wina.
“Aku tak sangka Uyaa memang kenal Jian”. Sambung Kuna. Nadanya kedengaran cukup kecewa.“Ada kemungkinan mereka dah rancang ini semua dari awal?”. Soal Kuna tiba-tiba bila teringatkan pertemuannya tanpa sengaja dengan Jian. Kejadian dia hampir diragut dan Jian menyelamatkannya.
“Maksud kau pertemuan kau dengan dia kali pertama waktu kau nak kena ragut?”. Kini Mok pula menyoal Kuna dan soalan Kuna itu dibalas oleh anggukan halus dari Kuna. Masing-masing terdiam. Terasa nyeri bila memikirkan perkara itu. Jika memang benar Jian merancang segalanya dari awal.
“Jadi apa planning korang?”. Soal Mok. Sudah hampir setengah jam mereka menanti kelibat lelaki bernama Asyraf merangkap kawan sekampung Cempaka.
“Kita sembunyi buat seketika. Asyraf akan bantu kita. Esok kita berjumpa dengan Uyaa. Kalau betul dia memang ada niat tidak elok. Paling tidak Asyraf sudah ada untuk maklumkan kepada polis. Aku yakin untuk malam ni Uyaa tak akan dapat cari kita. Paling tidak di kawasan kampung aku sebab dia tidak pernah tahu”. Cempaka memberi kepastian. Cuba untuk memberi harapan dan menenangkan rakan-rakannya. Malah dirinya sendiri. Bunyi ketukan halus di cermin kereta menghentikan perbualan mereka berempat. Wina membuka pintu keretanya diikuti oleh Cempaka, Mok dan Kuna.
“Ini Asyraf”. Cempaka memperkenalkan teman baiknya kepada yang lain. Masing-masing mengangguk mengiakan bila Asyraf menolak untuk bersalaman bila Kuna menghulurkan tangan.
“Kita pergi balai Cempaka”. Tutur Asyraf. Dia memandang wajah Cempaka penuh kerisauan. Mok berdehem sedikit melihat wajah Asyraf yang memandang Cempaka penuh kerisauan. Jika tidak kerana keadaan yang agak tegang sudah pasti dia akan mengusik Cempaka pada ketika itu.
Cempaka mengelengkan kepalanya. “Kami dah ada rancangan lain”. “Maksudnya?”. Soal Asyraf. Keningnya berkerut.
“Kami akan sembunyi dahulu hingga esok. Pagi esok Wina akan berjumpa dengan Uyaa. Kalau ada perkara yang tidak elok jadi. Saya perlukan bantuan awak Asyraf”. Tutur Cempaka memberitahu rancangan mereka berempat yang telah dipersetujui bersama.
Asyraf sepertinya hendak membantah tapi Wina menberikan kepastian. “Kami perlukan bantuan awak Asyraf. Esok kalau ada sesuatu yang jadi awak tahu kemana awak perlu pergi”. Tambah Wina lagi. Wina mengambil fail tebal berwarna coklat dari belakang kereta dan kemudiannya diberikan kepada Asyraf.
“Ini copy fail sebenar. Awak tolong simpankan”. Pinta Wina lagi. Asyraf mengambil sebelum mengangguk perlahan. Dia yakin untuk mendengar dan mengikut rancangan mereka dahulu. “Jangan buka dan baca Asyraf”. Tegas Cempaka. Matanya menikam anak mata Asyraf memberi isyarat apa yang dikatakan itu cukup serius. Asyraf menganguk bersetuju.
“Buat sementara kamu semua tinggal di sini dulu. Saya dah tempah untuk tiga hari”. Tutur Asyraf. Kunci bilik dihulurkan kepada Cempaka. Telang Hotel hanya dua puluh minit dari rumah Cempaka dan juga rumahnya. Cukup dekat untuk dia sentiasa memantau keselamatan mereka jika terjadi sesuatu.
Cempaka menyambut huluran Asyraf. Bibirnya mengukir senyuman nipis. “Terima kasih Asyraf”. Ucapnya.
Share this novel