Hujan sepertinya tidak mahu berhenti sejak setengah jam yang lepas. Arta melihat jam dipergelangan tangannya. Jam sudahpun menginjak sembilan malam dan kelibat orang yang dinantikannya masih juga tidak kelihatan. Arta menarik nafas dalam. Tangannya memegang stering keretanya kejap. Pandangannya dilempar keluar tingkap. Sepertinya dia dapat mengagak orang yang dinantikannya tidak akan muncul. Tapi dia cuba untuk tidak berfikir buruk dan menanti beberapa minit lagi. Raisa juga masih tidak dapat dihubunginya sejak dua hari lepas. Dia tidak tahu dimana Raisa berada pada ketika itu dan apa yang sedang dilakukannya. Kali ini sangat berbeza dengan kes-kes yang mereka kendalikan bersama. Sepertinya mereka bekerja bersama tapi dalam masa yang sama tidak.
Mindanya menerawang dari Yesa yang memulakan siasatan kes atas kematian Madam Jane dan seterusnya Thamin yang menjadi punca kepada kematian Madam Jane. Semuanya yang dia dengari sejak dia ketemu dengan Yesa hanyalah dari mulut lelaki itu. Tidak ada satu pun bukti kukuh yang betul-betul membuktikan telahan Yesa. Tapi dia juga tidak mampu menidakkan penglibatan Thamin mengenai kematian Madam Jane. Projek 6District yang disiasat oleh Madam Jane dan juga Kampung Bidadari sudah cukup untuk Thamin mempunyai alasan kukuh untuk menghapuskan Madam Jane. Yesa pula cuba membuktikan kesalahan Thamin dengan alasan supaya the founder tidak akan memilih Thamin sebagai pucuk pimpinan baru. Tetapi jika segalanya terbukti dan Yesa dipilih sebagai ketua agensi mereka maka Thamin akan hilang segalanya. Yesa tidak akan biarkan Thamin lepas begitu sahaja walaupun dia sudah pun berada dikedudukan atas. Thamin tak akan pernah berhenti menjadi satu ancaman buat Yesa dan juga agensi. Paling tidak inilah yang difikirkan oleh Yesa.
Ya!. Mungkin dia tidak sukakan Yesa dan caranya tapi paling tidak itu adalah penyelesaian paling selamat dan mudah tanpa perlu menambah buruk keadaan dengan penglibatan Jian dalam hal ini. Dia perlu dapatkan fail tersebut malam ini dan Raisa akan dapatkan Paswi sama seperti yang mereka telah rancangkan. Selebihnya Yesa harus tahu apa yang patut dia lakukan. Walaupun hatinya yakin ianya tidak semudah itu tapi dia harus melakukan yang terbaik atau keadaan akan berada diluar kawalan dan dia mungkin perlu bertindak lebih agresif.
Telefon bimbitnya berdering. Arta mengangkat laju.
“Arta..”. Panggil satu suara dari hujung talian. “Raisa..”. Akhirnya Raisa menghubunginya setelah berkali dia cuba untuk hubunginya.
“Macam mana dengan Paswi?”. Soal Arta tanpa berlengah. Dua hari sudah dia tidak dapat sebarang maklumat dari Raisa. Dia mengharapkan Raisa membawa khabar enak. Tapi Raisa tidak menjawab membuatkan Arta tahu ada sesautu yang tidak kena.
“Kau dekat mana?”. Soal Arta. Nadanya sedikit risau. “Paswi dah mati. Tengah hari tadi”. Tutur Raisa. Arta bungkam. Dia tidak dapat menebak dari suara Raisa. Nampaknya dia tidak akan dapat maklumat yang dia inginkan pada malam itu. Dia yakin Thamin sudah pun selangkah kedepan dengan menghalang perancangan mereka. Tapi mengapa berita kematian Paswi tidak sampai ke telinganya?. Paling tidak Yesa harus menghantar orang untuk memaklumkan kepadanya. Arta mula bersoal sendirian.
“Kau dekat mana?”. Kini Raisa pula menyoal Arta. Arta menarik nafas dalam “Aku sepatutnya jumpa dengan insider informer Madam Jane. Dia ada fail sebenar 6District”. Arta memberitahu perancangannya malam itu.
“Nampaknya rancangan kita gagal Arta”. Raisa bersuara perlahan. Arta tidak menjawab namun dia mengiakan dalam diam. Gangang telefon kemudiannya diletakan. Arta mendegus halus. Nampaknya ianya tidak akan jadi semudah yang disangka.
Raisa meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Dia duduk diatas sofa menghadap Yesa yang sedang duduk dihadapannya. Ternyata kejadian tengah hari tadi adalah rancangan Yesa. Dia terkejut bukan calang-calang bila Yesa tiba-tiba muncul.
“Thamin sudah dapatkan Paswi. I tak boleh afford untuk hilang..”. Yesa terhenti disitu. Dia memadang wajah Raisa. Matanya yang redup dan penuh kerisauan itu sepertinya memujuk hatinya yang masih panas dengan apa yang dilakukan Yesa ke atasnya. Dia hendak marah bila Yesa memberikan alasan hendak menjaga dan memastikan keselamatannya. Sepertinya alasan itu kedengaran cukup kebudak-budakkan. Tapi dari sisi lain dia tidak dapat menafikan yang dia rasa selamat bila mengetahui yang Yesa cuba melindunginya.
“Soalan kamu haritu”. Tutur Yesa lagi. Matanya masih memandang Raisa. Kening Raisa terangkat sedikit. Teringat kejadian dia bertanya kepada Yesa jika lelaki itu terlalu percayakannya atau sengaja meletakkannya dalam bahaya. Pada waktu tersebut dia terlalu terikutkan emosinya yang meledak dek kerana hasutan Paswi. Dia tidak dapat menyorokkan perasaan terkejutnya bila Yesa menyembunyikan kes rahsia Madam Jane dan membiarkan dirinya dalam kegelapan.
Apa yang Paswi katakan ada benarnya yang semua itu membahayakan dirinya. Tapi sepatutnya dia lebih bertenang dan bertanya kepada Yesa bukannya menyergah dan menghempas pintu kamar pejabat Yesa hingga mahu runtuh sebagai tanda protes. Raisa mengigit bibirnya sendiri. Malu dengan sikapnya sendiri. Maksudnya Yesa lakukan semua ini kerana soalannya tempoh hari. Dia memandang wajah Yesa. Lama.
“Arta kata apa?”. Soal Yesa menghentikan lamunan Raisa.
Raisa tersentak sedikit. Dia berdehem. “Sepatutnya dia dapatkan fail bukti malam ini. Tapi..”. Raisa mengelengkan kepalanya dihujung ayatnya menandakan yang rancangannya dengan Arta sudah gagal. Riak wajah Yesa sedikit berubah. Raisa berasa kesal. Mungkin Yesa kecewa barangkali.
“Saya perlu keluar. Tak mungkin Paswi dibunuh oleh Thamin. I need to confirm that”. Raisa tiba-tiba teringatkan akan kematian Paswi. Dia lansung tidak percaya yang Paswi mati dibunuh. Sejahat mana pun Thamin tidak mungkin lelaki itu akan sia-siakan orang kananya begitu saja. Hanya kerana hendak menutup bukti. Tidak!. Thamin tidak sebodoh itu malah lebih licik dari apa yang mereka sangkakan. Mungkin insider informer yang ingin berjumpa dengan Arta pada malam ini juga telah pun ditangkap oleh Thamin terlebih dahulu. Raisa memegang dahinya. Kepalanya terasa sakit. Dia yakin punca kepada semua ini terjadi adalah disebabkan oleh Jian. Kembarnya itu sudah pasti telah berjumpa dengan Thamin dan membuat satu perjanjian dibelakangnya. Kenapa Jian terlalu terburu-buru!. Raisa mendengus geram.
“Tak Raisa. Kamu tinggal disini sampai diberitahu”. Yesa bersuara setelah mendiamkan diri. Suaranya sedikit dalam dan keras nadanya. Raisa mengangkat kepalanya. Dahinya berkerut-kerut. Dia turut bangun berdiri apabila Yesa sudah pun berjalan kearah Anis yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Telefon bimbit yang dipinjamkan kepadanya sebentar tadi untuk menelefon Arta sudah pun diambil semula oleh Anis.
“Yesa..”. Panggil Raisa. Dia cuba untuk menahan perasaan. “Yesa!”. Raisa meninggikan suaranya bila lelaki itu tidak mengendahkan panggilannya. Taktiknya berjaya apabila Yesa berhenti langkahnya dan menghadapnya.
“I need to go out”. Tutur Raisa. Matanya membulat. Dia tidak boleh terus-terusan berkurung didalam bilik hotel itu dan membiarkan Arta seorang diri diluar. Membiarkan Thamin meneruskan rancangannya dan Jian yang terus menjadi punca kepada keadaan semakin buruk.
Yesa memegang kedua bahu milik Raisa. Badannya ditundukkan sedikit bagi menyelaraskan wajahnya dengan wajah Raisa. “Tak. Kamu tunggu disini. Paling tidak sampai esok”. Tutur Yesa memujuk. Tapi Raisa tidak termakan dengan pujukan Yesa. Tidak untuk kali ini. Dia menolak tangan Yesa dari bahunya.
“I have to. Kalau tidak keadaan makin buruk. I perlu hentikan someone”. Kali ini giliran Raisa pula cuba memujuk Yesa untuk melepaskkannya keluar. Yesa menghela nafas perlahan.
“Jangan risau mengenai kembar kamu Raisa. I will take care of it”. Yesa memberikan kepastian agar Raisa tidak perlu risau mengenai Jian.
Membulat mata Raisa sebaik saja Yesa menyembut perihal kembarnya. Maknanya Yesa sudah tahu mengenai Jian. Yesa sudah pun berjalan pergi tapi Raisa masih berdegil. Dia perlu keluar dan menyakinkan Yesa untuk membiarkannya pergi.
“Bukan mengenai Jian. I just need to go..”.
“Jadi sebab Arta?”. Soal Yesa memalingkan tubuh badannya semula kearah Raisa. Suaranya meninggi dan riak wajahnya serius. Raisa menelan air liurnya. Terasa kesat kerongkongnya. Perasaan takut tiba-tiba menerjah ke hatinya. Yesa tidak pernah berkelakuan begini. Tidak selama dia mengenali lelaki itu. Dia tidak menjawab. Tidak berani hendak menjawab soalan itu. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan Yesa terus berjalan keluar meninggalkannya. Raisa terduduk diatas sofa. Bungkam.
Share this novel