BAB 35

Crime Completed 2168

Bunyi notifikasi telefon mengejutkan Raisa. Dia mengesat air matanya. Wajahnya berubah sebaik saja dia membaca mesej ringkas dari Wina. “Kenapa?”. Soal Arta. Risau dengan raut wajah Raisa yang mendadak berubah.

Raisa bangun berdiri. “Sekejap Arta..”. Tuturnya sebelum bergerak ke sudut sedikit jauh darinya membuat panggilan. Sebaik saja selesai dia bergerak semula kearah Arta. Lagaknya sedikit resah. Arta pantas bangun berdiri. Dia dapat menghidu ada sesuatu yang tak kena selepas Raisa membuat panggilan.

“Fail 6District ada dengan Wina”. Tutur Raisa senafas.

“Siapa Wina?. Soal Arta kembali.

“My housemate”. Jawab Raisa perlahan. Ada keluhan dia hujung nafasnya. Arta bungkam mendengar jawapan Raisa. Kini apa yang dia risaukan sudah terjadi. Kerisauannya mengenai rakan-rakan Raisa akan menjadi kambing hitam bagi perbalahan ini sudah pun menjadi kenyataan. Dari awal lagi dia sudah cuba untuk memberi amaran kepada Raisa malah Jian juga. Tapi soal mengenai bagaimana dan siapa punya angkara adalah perkara utama yang dia harus fokuskan. Thamin punya angkarakah?. Tapi jika Thamin punya perancangan atas dasar apa dia mendedahkan fail tersebut sedangkan dia boleh saja menghancurkan bukti terbabit.

Malah dia sendiri yakin punca kegagalan misinya untuk berjumpa dengan insider informer pada malam itu adalah disebabkan oleh Jian telah diarahkan oleh Thamin untuk memintas fail tersebut dari jatuh ketangannya. Apa yang sedang Thamin fikirkan?!. Soal Arta sendiri.

“Bukan ke sepatutnya fail tersebut jatuh ke tangan Thamin?”. Soal Raisanya kepadanya. Arta mengangguk perlahan. Itulah yang dia fikirkan setidaknya selepas misinya untuk mendapatkan fail itu gagal.

“Macam mana dia dapat?”. Soal Arta. “Someone send it to our home. By her name”. Jawab Raisa. Arta menarik nafas dalam. Maksudnya memang fail tersebut sengaja dihantar kepada Wina iaitu rakan kepada Raisa. Nampaknya sesiapa saja yang melakukannya sudah cukup kenal orang disekeliling Raisa dan tahu persis setiap satunya. Hanya satu saja konklusi yang dia boleh buat dari kejadian ini. Ianya adalah satu perangkap buat Yesa dan Raisa sudah pasti akan termakan umpan ini.

“Ini adalah satu perangkap Raisa”. Tutur Arta. Dia yakin yang Raisa turut merasakan perkara yang sama. Mana mungkin fail sesulit itu sengaja didedahkan begitu saja.

“dan ini juga adalah satu ugutan untuk aku”. Tambah Raisa lagi. Dia tahu Thamin sengaja menghantar fail tersebut atas nama rakannya bagi menunjukkan bahwa yang dia tahu setiap satu orang sekelilingnya.

Raisa bermain-main dengan jarinya. Ada sesuatu yang menganggu mindanya. “Kenapa?”. Soal Arta bila dia perasan akan gelagat Raisa yang sepertinya sedang menyorokkan sesuatu darinya. Raisa memandang wajah Arta. Berkira-kira bagaimana harus membuka mulut. “Aku rasa..”. Kata-katanya terhenti disitu. Ada perasaan takut menular di dalam tubuhnya.

“Wina cakap apa lagi tadi?”. Soal Arta kembali. Nampaknya Raisa tidak menceritakan sepenuhnya mengenai perbualannya dengan Wina sebentar tadi.

“Dia tanya aku siapa sebenarnya..”. Tutur Raisa tersekat-sekat. Mencerlung Arta membalas pandangan Raisa. Maksudnya bukan setakat fail 6Distict sahaja yang dihantar malah profil identiti Raisa juga!.

“dan juga Jian..”. Sambung Raisa lagi seolah dapat membaca apa yang Arta sedang fikirkan. Arta bungkam. Nampaknya ini semua memang kerja Thamin. Thamin sedang menguji mereka. Ini memang satu perangkap. Tapi apa yang sedang Thamin fikirkan. Apa yang dirancangkan oleh Thamin disebalik semua ini. Gumam Arta.

“We will retrive it. Fail itu. Sekarang!”. Tutur Raisa tiba-tiba. Air mukanya berubah. Tapi Arta pantas menghalang. “Tak semudah itu Raisa”. Tuturnya menghentikan.

Raisa mengelengkan kepalanya. Tidak mendengar bantahan dari Arta. “I akan beritahu Yesa”. Seraya itu kakinya melangkah laju menuju ke pejabat Yesa. Arta bingkas bangun dari duduknya. Kalau dia biarkan Raisa pergi memberitahu Yesa dia yakin benar yang Yesa akan gunakan kesempatan ini untuk keuntungannya. Dia yakin yang Yesa akan gunakan Wina untuk menjadi umpan dan perangkap kepada Thamin semula dengan bantuan Raisa.

“Biar aku yang tolong kau Raisa”. Tutur Arta memujuk. Dia memegang lengan Raisa.

Raisa mendiamkan diri. Matanya menekur lantai. “Yesa akan gunakan Wina untuk jadi umpan dan perangkap Thamin semula. Kau pun tahu bukan?”. Soal Arta. Nadanya perlahan memujuk dengan harapan Raisa akan mendengar katanya.

“Kau silap Arta. Selama ini aku biarkan Cempaka dan Wina bukan kerana aku dah lupa akan rancangan dendam aku tapi aku belum ada peluang untuk lakukannya”. Tutur Raisa.

Kening Arta bertaut. “Ini tak betul Raisa. What were you thinking”. Soal Arta. Kata-kata Raisa yang membawa maksud yang dia tidak hairan jika segalanya boleh membahayakan Wina membuatkan dia mati kata.

Masing-masing terdiam. Raisa mengelamun jauh. “I am thinking of…Mungkin ini peluang aku untuk membalas dendam. Mungkin ini pembalasan yang setimpal patut mereka terima atas kesilapan ibu dan ayah mereka dulu”. Tutur Raisa. Keputusannya mutlak.

“Raisa!”. Suara Arta sedikit meninggi. Wajahnya serius. Namun Raisa sudah tetap dengan keputusannya. Dia menolak tangan Arta yang memegangnya kuat. Tapi Arta sepertinya tidak mahu mengalah.

“Jangan Raisa”. Tutur Arta dengan nada mengeras. Mengugut. Matanya tajam menikam anak mata Raisa.

Raisa mengelengkan kepalanya perlahan menarik lengannya dari gengaman Arta dan kemudian berlalu pergi. Arta menghela nafas berat sebelum mengatur langkah mengikuti Raisa yang sudah pun menghampiri pintu pejabat milik Yesa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience