BAB 11

Crime Completed 2168

Fail tebal yang dihempas kuat dihadapan mukanya menghasilkan angin dan bunyi yang kuat. Arta mengalihkan pandangan ke arah sisinya. Kamal sedang berdiri disebelahnya dengan mencekak pingang. Tubuhnya sedikit membongkok dan nafasnya tercungap-cungap kepenatan.

“Kau….”. Kamal memegang dadanya. Lelaki yang hampir sebaya dengannya itu tidak jadi meneruskan kata.

Arta menarik fail tersebut dekat dengannya tanpa banyak soal bila Kamal masih lagi cuba mencari nafas dek kerana kepenatan ya amat. Tapi bahunya ditepuk kuat oleh Kamal menghentikannya.

“Tuan Yesa panggil kau..”. Tuturnya senafas. Dia menyandarkan tubuhnya kemeja. Arta buat tidak endah. Bukannya dia tidak dengar akan apa yang Kamal katakan tapi dia tidak mahu ambil peduli.

“Kau dengar tak ni?”. Soal Kamal. Dia merapatkan wajahnya ke muka Arta. Tapi bila Arta kembali memandang kearahnya semula Kamal pantas berundur kebelakang. Dia berdehem sedikit.

“Tuan Yesa…”. Tuturnya tersekat-sekat. Gerun dengan muka Arta yang bengis.

Arta mengambil posisi untuk tidak mengendahkan apa yang disampaikan oleh Kamal sekali lagi. Dia kembali menarik fail yang diletakkan di hadapannya tadi sebelum membelek helaian demi helaian kertas sambil diperhatikan oleh Kamal dengan pandangan tidak puas hati. Keras kepala sungguh Arta!. Gumamnya.

Namun bunyi tapak kaki seseorang bergegas masuk kedalam ofis mengejutkan Kamal yang sedari tadi masih tetap berdiri disebelah Arta dan sedang memakinya dalam diam. “Kemana kau?”. Soal Kamal kepada J bila lelaki itu terkocoh-kocoh berjalan kearah mejanya. Jam ditangannya ditunjukkan menandakan dia sudah lewat. Setengah jam yang lepas sudah melepasi waktu rehat dan sekarang wajah J baru muncul.

“Mana kau tadi?”. Soal Kamal masih tidak puas hati. Dia mula berjalan kearah meja J yang hanya selang sebuah dengan meja Arta. Tapi J mengeleng-gelengkan kepalanya tidak mahu menjawab. Melihatkan reaksi J begitu makin membuak perasaan ingin tahu Kamal. Dia menutup skrin komputer milik J dengan kedua tangannya.

“Mana kau pergi?”. Soal Kamal. Matanya membulat. J sudah meletakkan jari dimulutnya menyuruh Kamal untuk diam dan berhenti bertanya. Dia tidak mahu menjawab. Dia pasti kalau dia jawab kemana keberadaannya sebentar tadi pasti Arta akan turut mendengar.

“Pegi sana..”. J menolak kuat tangan Kamal. Kamal sudah berdiri tegak. Matanya dikecilkan memandang J dengan satu perasaan aneh dan sangsi.

“Kau pegi merendek ehhh”. Soal Kamal. Jari telunjuknya ditujukan kearah muka J. J mengelengkan kepalanya menidakkan telahan Kamal. Matanya ditumpukan kembali kearah skrin komputer dihadapannya.

“Sah!. Dengan Ana budak baru tu ke?”. Kamal sudah pun membuat andaian. Mata J membulat. Tangannya diangkat menepuk lengan Kamal kuat hinggakan lelaki itu terjerit sedikit.

“Bukan!”. Jeritnya. “Jangan nak tipu aku laaa J”. Kamal sudah pun gelak mengekek seronok dapat mengenakan J begitu. Tidak serik walaupun kesan tamparan tangan J di lengannya masih terasa.

Pipinya sudah memerah bila Arta tiba-tiba memandang kearahnya. “Bukan la!”. Jerit J ke arah Arta. Seolah dapat menebak apa yang Arta fikirkan. “Aku tak tanya”. Arta bersuara bila J menjerit begitu kearahnya tapi kata-kata Arta itu disambut tawa kuat dari Kamal. Suka benar lagaknya dapat mengenakan J pada haritu.

“Aku jumpa Raisa!”. Tutur J akhirnya. Dia sudah pun bangun berdiri. Mati terus gelak tawa Kamal. Bibirnya digigit kuat.

J mengalihkan pandangannya kearah Arta yang masih memegang beberapa helaian kertas. Lansung tidak memandang kearahnya. Dia tahu yang Arta dengar akan nama Raisa. Dia masih menanti reaksi Arta sebelum Kamal kembali menyoal.

“Buat apa?”. Soal Kamal perlahan berbisik ke telinganya. Air mukanya sedikit berubah.

Kamal mengeluh halus. Ini semua Kamal punya pasal. Sebolehnya dia tidak mahu menyebut nama Raisa dihadapan Arta. Sudah dua bulan lebih Arta disitu. Kejadian dua bulan lepas masih mengejutkan mereka. Kisah dan punca bagaimana Arta disumbat ke ofis mereka tanpa sebab yang logik. Lebih kepada Arta sebenarnya sudah pun dibuang oleh pihak atasan umpama sampah. Oleh kerana itu, mereka sangat berhati-hati ketika berada berdekatan dengan Arta. Wajahnya yang bengis dan tidak mesra alam itu saja sudah cukup mengerunkan.

“Dia minta report case kematian Madam Jane”. Tutur J perlahan. Dia duduk dikerusinya semula. Entah kenapa badannya terasa lesu tiba-tiba. Dia pandang kearah Arta yang sepertinya pura-pura tidak mendengar. Lagi kecut perutnya bila lelaki itu berpura begitu.

“Tadi Tuan Yesa cari Arta”. Bisik Kamal perlahan ketelinganya. Keningnya terangkat sedikit. Jika Kamal berkata begitu maka tidak salah lagi andaiannya yang kemungkinan Tuan Yesa sedang cuba untuk menyiasat punca kematian sebenar Madam Jane.

Bunyi pintu tiba-tiba diketuk dari luar mengejutkan Kamal dan J. Masing-masing memgalihkan pandangan kearah pintu utama. Wajah Nurul merangkap pembantu kepada bahagian pentadbiran Yesa muncul disebalik pintu. Mukanya memerah dan nafasnya sedikit tercunggap. Nampaknya seperti dia dalam keadaan tergopoh-gapah. Laju kakinya berjalan kearah Arta sebelum Kamal dan J cepat-cepat menarik gadis itu ketempat mereka.

“Nak apa?”. Soal Kamal. Nurul menghela nafas kuat. Dia mengesat peluh didahinya.

“Arta..”. Jawabnya sepatah sebelum kakinya kembali hendak melangkah kearah Arta. J pantas menahan. Dia memberi isyarat mata untuk tidak meneruskan.

“Nak buat apa?”. Kini J pula bertanya. Nurul sudah pun menepuk dahinya. Sebolehnya dia pun tidak mahu bersusah payah datang mencari Arta disitu. Sudah lah jauh dari pejabat Yesa dengan kasut tumit tingginya lagi. Mahu patah rasa kakinya. Tapi arahan dari Yesa tidak mungkin dia dapat ingkari. Bukannya dia tidak meninggalkan notis kepada Kamal untuk memberitahu Arta mengenai Yesa hendak berjumpa dengannya tapi disebabkan oleh kedegilan Arta maka dia sendiri yang terpaksa berjumpa secara berdepan dengan lelaki itu dan menjemputnya ke pejabat milik Yesa.

“Arta kena jumpa dengan Tuan Yesa. Sekarang!”. Nurul menegaskan sedikit ayat dihujungnya. Matanya dibulatkan.

J dan Kamal mengelengkan kepala laju memberikan isyarat untuk membiarkan. “Aku dah bagitahu dia tadi”. Bisik Kamal. Nurul tidak mengendahkan apa Kamal katakan. Kakinya hendak melangkah tapi pantas dihentikan oleh J buat kesekian kalinya. Nurul mendengus kuat. Dia menjeling kearah J yang memegang lengannya kuat dan Kamal yang berdiri didepannya cuba untuk menghalangnya dari mendekati Arta.

“Kau lupa apa dia buat?. Kau lupa?”. Soal J. Peristiwa ngeri yang amat popular di agensi kembali bermain dikotak memorinya. Nurul menunduk. Dia menghela nafas kuat. Dia mengeling kearah Arta yang duduk tidak jauh darinya. Masih fokus dengan beberapa helaian fail dihadapannya lansung tidak mengendahkan mereka.

“Raisa bergaduh dengan Tuan Yesa dan petang ini Tuan Thamin datang ke ofis Tuan Yesa. Aku rasa tak sedap hati”. Nurul membuka cerita. J dan Kamal masing-masing mendiamkan diri. Kamal sudah pun mengusap-ngusap lengannya. Terasa bulu romanya merinding. Entah kenapa perbalahan antara Yesa, Thamin dan juga agen agensi membuatkan mereka terasa kecut perut. Mereka yang digelarkan sebagai the real tyranny dalam kalangan pekerja agensi.

“Teruk ke dia bergaduh?”. Soal J tiba-tiba. Nurul mengangguk perlahan. “Mahu nak roboh pintu bilik Tuan Yesa dia hempas”. Muka Kamal sudah berkerut-kerut bila dapat membayangkan keadaan ketika itu. Perutnya tiba-tiba semakin senak bila membayangkan wajah Raisa yang garang dengan matanya yang beralis hitam pekat itu.

“Aku takut nak balik ofis sana. Mesti mood Tuan Yesa…”. Kata-kata Nurul terhenti disitu. Dia mengeluh kuat. Masing-masing mendiamkan diri melayan perasaan sebelum Arta tiba-tiba bangun dari kerusinya dan berjalan kearah pintu keluar.

“Nak kemana Arta?”. Soal Kamal dalam takut-takut. Tapi soalannya tidak dijawab. “Cepat ikut dia”. Arah J kearah Nurul. Laju kakinya menurut dibelakang Arta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience