Stering keretanya dipegang kejap. Pandangan matanya dilemparkan keluar tingkap keretanya. Jam sudah pun menginjak satu pagi. Dia masih belum dapat membuat keputusan agar membiarkan Razak Ibrahim dengan perancangannya menjatuhkan agensi atau membantu Raisa meneruskan rancangan Yesa. Dia yakin tujuan Razak Ibrahim bertemu dengannya adalah untuk memberikannya pilihan untuk bersetuju dengan rancangannya untuk menjatuhkan agensi dengan mengunakan perbalahan antara Yesa dan Thamin seterusnya tidak masuk campur dengan apa yang Raisa dan Yesa lakukan. Atau memilih untuk tidak mendengar apa yang dia rancangkan dan terus membantu Yesa dan juga Raisa meneruskan rancangan mereka untuk memerangkap Thamin kembali.
Mindanya kembali menerawang perbualannya antara dia dan Razak Ibrahim sebentar tadi. Kata-kata Razak Ibrahim yang membuatkannya sedar betapa besarnya perubahan dirinya sejak dibuang oleh Madam Jane.
“Now let me ask you Arta”. Tuturnya. Arta menanti soalan yang bakal ditanya oleh lelaki itu.
“Kenapa tidak kamu dapatkan saja fail 6District tanpa tunggu dan juga menunggu?”. Soal Razak. Senyumannya yang menghiasi wajahnya tadi hilang. Riak wajahnya bertukar serius.
Arta membalas pandangan Razak. Tidak mengerti dengan soalan lelaki itu. Bukan dia tidak mahu mendapatkan fail 6District tapi perancangannya gagal kerana ada antara mereka yang telah pun mendapatkannya sebelum dia sempat ketemu dengan insider informer terbabit. Dia sendiri tidak percayakan Yesa dan sudah pun merancang untuk mengunakan fail 6District untuk melihat siapa musuh yang sebenar. Tapi rancangannya gagal. Dia gagal melihat ada yang sedang menanti untuk merampas fail tersebut dari jatuh ketangannya. Kini fail yang disangkakan sudah hilang dan jatuh ketangan Thamin tiba-tiba muncul kembali ditangan Wina iaitu teman kepada Raisa. Dia sendiri tidak pasti apa yang sedang Raisa lakukan demi mendapatkan kepercayaan Wina dan juga fail terbabit. Yesa yang ingin mengunakan umpan yang Thamin campak kepadanya sebagai umpan kembali buat Thamin adalah sesuatu yang dia tidak mungkin dapat fahami.
“Maksud saya. Kamu boleh melakukan lebih daripada itu Arta”. Razak bersuara lagi bila Arta tidak menjawab soalannya dan hanya mendiamkan diri. “Maksudnya?”. Soal Arta.
“Kamu tahu. Kamu yang dulu”. Razak berjeda seketika. “Kamu boleh dapatkan fail tersebut dengan mudah”. Sambungnya lagi. Arta menelan liurnya kasar. “Let me guess. Kalau kamu yang dulu berada dalam keadaan sekarang. Mungkin fail tersebut sudah ada dalam gengaman kamu. Mungkin Yesa dan Thamin sedang melutut merayu agar kamu berpihak kepada mereka”. Arta hanya mendengar tidak membalas. Memang dia tidak mampu nafikan apa yang keluar dari mulut lelaki itu mengenai dirinya sedangkan itulah yang dia rancangkan pada asalnya. Untuk mengunakan fail 6District melihat siapa musuh yang sebenar.
“Kamu boleh lakukan apa saja demi apa yang kamu ingin capai. Mungkin kamulah orang pertama yang akan mendapatkan Wina sebaik saja mendapat maklumat fail tersebut jatuh ketangannya”. Razak berjeda seketika. Dia menarik nafas dalam sebelum menyambung perlahan. “And you will get the file no matter the price is”.
Arta mengiakan dalam diam. Jika dia yang dulu perkara pertama yang dia akan lakukan sebaik saja mendapat maklumat Wina memegang fail tersebut sudah tentu dia sendiri akan mengorak langkah berjumpa dengan gadis itu untuk mendapatkan fail tersebut. Jika Wina menghilangkan diri dia akan bermati-matian menjejaki gadis itu hingga ketemu. Jangan cakap mengenai Cempaka atau yang lain. Dia tidak akan ambil kisah. Yang pasti fail itu akan jatuh ketangannya. Malah dia yakin Raisa pula yang akan bersungguh-sungguh untuk menghalangnya dari terburu-buru dan berbincang dahulu dengan Yesa. Seperti selalu. Raisa yang risaukan dirinya yang bertindak sendirian dan dia yang melakukan segalanya mengikut perancangannya sendiri dan membawa pulang hasil dengan sempurna.
“Melihat kamu disini pada malam ini and still undecided. You indeed change a lot Arta”.
“and I didn’t know if this was the best but I hope it wasn’t for the worst”. Ada keluhan halus keluar dari mulut Razak sebaik saja dia menutur kata.
Bunyi deringan telefon mengejutkan Arta. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefon pintarnya. Dia menarik nafas dalam sebelum mengangkat panggilan tersebut. “Encik Arta. Vivy disini. Tuan Thamin nak berjumpa dengan Encik Arta”.
“Bila?”. Soalnya ringkas.
“Esok jam 10 pagi di Garden House”. Gadis itu menjawab sebelum talian dimatikan.
Arta meletakkan gangang telefonnya. Akhirnya Thamin sudah pun memulakan langkahnya. Dia tidak pasti untuk apa Thamin ingin berjumpa dengannya pada esok dan apa yang bakal Thamin rancangkan. Mungkin Thamin ingin berjumpa dengannya atas sebab fail 6District dan juga Thamin cuba untuk menariknya ke sisinya. Ada sesuatu yang tidak kena dengan Thamin dan juga Yesa. Malah mengenai fail 6District itu sendiri.
Benar apa yang Razak Ibrahim katakan kepadanya. Jika dia yang dulu berada di dalam situasi sekarang sudah tentu dia akan dapatkan fail tersebut daripada Wina tanpa berfikir dua kali atau pun menanti arahan daripada sesiapa pun. Mungkin Raisa yang akan menghalangnya dari melakukan kerja tanpa berbincang atau membuat sebarang tindakan tanpa strategi terlebih dahulu. Tapi kini segalanya sudah terbalik. Raisa yang berada didalam keadaan terburu-buru demi membantu Yesa menangkap Thamin dan dia pula yang berada didalam keadaan keliru dan sangsi dengan segalanya. Entah mengapa sejak hari pertama Yesa memanggilnya berjumpa untuk kes Madam Jane hatinya sudah berasa tidak sedap. Ada sesuatu yang Yesa sorokkan darinya. Dia yakin akan hal itu. Dia mahu melihat sejauh mana Yesa akan pergi dengan perancangannya. Mengunakan Wina sebagai umpan kembali.
Esok dia harus ketemu dengan Thamin. Dia perlu tahu kenapa Thamin perlu menyulitkan keadaan seperti sekarang atau sebenarnya Yesa adalah dalang sebenar masalah ini.
“Have you call him?”. Soal Thamin kepada pembantu peribadinya. Vivy mengangguk mengiakan. Sebaik saja dia menerima arahan daripada ketuanya untuk menghubungi Arta dia tanpa membuang masa terus menelefon lelaki itu.
“Will he come?”. Soal Thamin lagi.
Vivy menganggukkan lagi kepalanya. “He will come”. Jawabnya.
“Yesa!”. Dia mendengus kuat. Dia mengengam penumbuknya. Setelah apa dia lakukan demi agensi. Menjaga kebajikan anak-anak di Kampung Bidadari demi kegunaan agensi. Kini Yesa berani hendak menjatuhkannya dengan cara begini. Dia tidak boleh kalah. Tidak setelah apa yang telah dia korbankan untuk agensi. Dia akan membuat Arta mempercayainya. Dia perlu menyakinkan Arta untuk mengambil pihak dengannya.
“Kamu yakin dengan maklumat yang kita terima mengenai apa yang Raisa lakukan?”. Soal Thamin setelah lama mendiamkan diri.
“Ya Tuan”. Jawab Vivy. “Insider informer yang kita plant on Yesa side maklumkan kepada kita”. Tambahnya lagi.
Thamin menganggukkan kepalanya. “Lain-lain?”. Soalnya lagi. Dia perlu tahu lebih dari itu. Segala rancangan Yesa dia perlu tahu supaya dia dapat mengatur langkah untuk mematahkan segala rancangan Yesa untuk menjatuhkannya. Termasuk fail 6District.
Vivy mengigit bibirnyaa. Wajah Yesa dipandangnya resah.
“Kenapa?”. Thamin dapat menangkap perubahan air muka pembantunya yang sepertinya teragak-agak hendak membuka mulut.
“Yesa sudah hantar dia untuk pulang ke agensi sebagai staf biasa. Malam ini”. Vivy memberitahu. Dia menundukkan wajahnya. Dia mencuri-curi memandang wajah ketuanya yang sudah pun bangun berdiri di hadapannya.
Thamin bangun berdiri. Riaknya jelas terkejut. “Dia tahu?”. Soal Thamin. Jantungnya berdebar. Vivy tidak menjawab soalan Thamin. Dia sendiri tidak tahu sama ada Yesa tahu mengenai mata-mata yang Thamin hantar untuk mengetahui gerak geri Yesa.
“Macam mana dengan kita punya insider informer?”. Soal Thamin lagi. Risau jika orang suruhannya diapa-apakan.
“He was fine. Yesa just said that he doesn’t need him anymore”. Vivy menjelaskan. Itulah yang dia tahu dari perbualannya dengan insider informer mereka beberapa jam yang lepas.
Thamin berjalan mundar mandir sambil memeluk tubuhnya.
“Cut off our communication with him. Jangan jumpa atau berhubung dengan dia lagi. Yesa tidak boleh tahu hal ini”. Arah Thamin. Vivy mengangguk memahami.
Share this novel