BAB 37

Crime Completed 2168

Wina?!. Jerit Cempaka kuat mendapatkan rakannya itu sebaik saja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Mok dan Kuna yang ada bersama Wina berdiri mendekati Cempaka.

“Jom kita keluar dari sini”. Wina sudah pun menarik Cempaka menurutinya. Cempaka menahan kakinya. Tangannya ditarik dari gengaman tangan Wina. Pandangannya dialih kearah Mok dan Kuna yang sudah pun sedia di tepi kereta milik Wina.

“Sekejap Wina!”. Jerit Cempaka. Matanya membulat. “Kenapa ni?”. Soal Cempaka. Masih keliru dengan apa yang berlaku. Setengah jam yang lepas dia menerima panggilan dari Wina. Katanya mereka dalam bahaya. Kemungkinan mereka perlu lari secepat mungkin menyelamatkan diri dan menyuruhnya pulang secepat mungkin. Talian dimatikan selepas itu tanpa dia sempat bertanya lebih. Disangkanya Wina dalam keadaan bahaya.

“Kita kena keluar dari sini Cempaka”. Tutur Wina. “Sekarang!”. Tambahnya lagi. Matanya memerah menikam anak mata Cempaka. Cempaka menapak kebelakang beberapa langkah. Bulu romanya merinding melihat wajah Wina seperti orang sasau. Wajah Mok dan Kuna yang kini menantinya di pintu rumah dengan wajah penuh ketakutan dipandang bergilir-gilir. Badannya terasa seram sejuk.

“Kenapa ni semua?”. Soal Cempaka dengan suara tersekat sekat. Wina datang menghampiri tapi Cempaka bertindak menjauhinya. Wina terhenti langkah kakinya. Dia kemudian menunduk dan mengeluh kuat. Mok masuk kedalam rumah sebelum memberi isyarat kepada Kuna. Pintu rumah dikunci dari dalam. Langsir diruang tamu ditutup rapat membuatkan keadaan didalam rumah agak gelap.

“Kita tak banyak masa Wina”. Tutur Kuna. Wina mengangguk memahami. Seraya itu Mok menghulurkan satu fail kepada Cempaka.

“Dengar sini Cempaka. Kita dalam bahaya. Uyaa dan Jian bukan yang macam kita fikirkan”. Tutur Mok tenang. Cempaka masih menanti butir bicara dari rakannya. Fail yang diberikan oleh Mok sebentar tadi dikeluarkan isinya. Dia membelek satu persatu penuh teliti dan perlahan-lahan perasaan takut mula hadir. Hatinya berasa tidak sedap.

“Mana kau dapat ni?”. Soal Cempaka. Bibirnya bergetar kuat. Wina mendengus kuat. Dia bersandar ke dinding sebelum pandangannya dijatuhkan kewajah Cempaka.

“Pagi tadi aku terima surat tu. Surat tu dihantar atas nama aku. Ada sesorang yang hantar Cempaka. Aku tak tahu siapa”. Katanya terhenti disitu. Wajah Cempaka yang berkerut cuba untuk mengerti dipandangnya tanpa lepas.

“Surat tu ada orang letak atas tembok depan rumah kita”. Wina menarik nafas dalam. “Apa yang kau tengah rasa sekarang bila lihat isi kandungan surat tu. Itulah yang aku rasa beberapa jam yang lepas”. Wina menambah lagi. Dia perlu menyakinkan Cempaka untuk mengikutnya. Secepat mungkin.

“Uyaa tahu?”. Soal Cempaka. Dia melihat satu kertas lengkap berisi maklumat peribadi milik kawannya itu diantara helaian beberapa kertas yang lain.

“Maksud kau Uyaana Raisa?”. Soal Kuna tiba-tiba. Wajahnya serius. “Dia bukan Uyaa yang kita kenal Cempaka!”. Kuna sudah meninggi suara. Hatinya sakit memikirkan selama ini gadis itu menipu mereka hidup-hidup.

“Sudah Kuna!”. Mok menghentikan. Tidak mahu menyerabutkan keadaan.

“Uyaa adalah orang pertama aku telefon maklumkan bila lihat semua itu. Tapi…”Kata-katanya terhenti disitu. “Aku tak boleh percayakan dia Cempaka. Bila aku cerita mengenai isi kandungan surat tersebut Uyaa serasanya seperti lain. Aku panik. Aku takut. Uyaa suruh aku untuk merahsiakan segalanya dari sesiapa pun dan menantinya pulang petang ini. Ada sesuatu yang tidak kena dengan fail ini”. Terang Wina.

“Mungkin apa yang kita lihat atas kertas itu semua adalah kebenaran Cempaka. Dan Uyaa..”. Wina berjeda seketika sebelum menyambung. “Jika semuanya benar apa yang tertulis disitu aku rasa Uyaa tidak akan teragak-agak untuk membunuh aku demi maklumat rahsia yang ada di dalam fail itu. Melihat kepada kemampuannya sebagai agen Elit”. Wina memejam matanya rapat. Perutnya terasa kecut. Air matanya mengalir keluar dari tubir matanya. Dia takut. Takut jika diapa-apakan oleh Uyaa. Cempaka terdiam. Tidak tahu bagaimana hendak memberi reaksi sedangkan dia sendiri juga sedang berada didalam keadaan penafian dengan semua yang terjadi. Sepertinya dia masih tidak boleh menerima dan percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Kita tak boleh percayakan Uyaa. Entah apa lagi yang dia rahsiakan dari kita”. Tutur Mok perlahan. Dia berjalan mendekati Wina yang sedang teresak halus mengusap belakang Wina memujuk. “Kita kena keluar sebelum Jian mahupun Uyaa sampai ke rumah”. Kuna mencelah. Sesekali dia menyelak langsir melihat keluar jendela.

“Sekarang Cempaka!”. Wina mengejutkan Cempaka yang termenung jauh. Wajahnya pucat lesi.

“Kemana kita nak pergi?”. Soal Cempaka. “Kita sembunyi dulu Cempaka. Paling tidak untuk ketika ini”. Tutur Wina.

“Asyraf…”. Tutur Cempaka. Masing-masing berkerut kening.

“Kita sembunyi di kampung aku. Asyraf boleh bantu kita. Paling tidak Uyaa tidak pernah tahu dekat mana rumah aku dikampung”. Cempaka memberi cadangan. Masing-masing mengangguk bersetuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience