Cempaka menegur rakannya yang masuk melalui pintu utama dengan rambut yang sedikit basah. “Uyaa!”. Laju kaki Cempaka ke biliknya mendapatkan kain tuala sebelum mendapatkan rakannya itu yang sedang kesejukkan. Dia membalut tubuh rakannya itu. Keningnya berkerut melihat keadaan rakannya yang kesejukkan dan matanya yang sedikit memerah.
“Okay?”. Soal Cempaka sambil mengambil tempat duduk disebelah rakannya yang sudah pun duduk di atas sofa.
Raisa mengangguk sedikit. “Aku malam ini tidur hotel. Ada hal sedikit”. Tuturnya tidak memandang wajah Cempaka. “Eh?. Malam sangat ni”. Cempaka melihat jam yang sudah pun menginjak jam 11 malam.
“Cempaka kenapa dengan muka kau?”. Soal Raisa bila mana dia melihat ada kesan lebam di bibir rakannya. Cempaka mengalihkan pandanganya tidak menjawab. Dia bangun berdiri. “Mak Wati?”. Soalnya. Cempaka masih lagi mendiamkan diri. Malas hendak bertengkar akan hal itu. Cempaka tidak menjawab. Dia bangun dari duduknya hendak berlalu pergi sebelum bertembung dengan Jian yang sudah pun bergerak kearahnya. Jian memandang wajahnya. Cempaka mengalihkan wajahnya. Malu dengan Jian. Dia cepat-cepat berlalu pergi meninggalkan rakannya yang memanggilnya.
“Cempaka!. Kau balik kampung atau Mak Wati yang buat?!”. Soal Raisa kuat. “Cempaka!”. Jerit Raisa lagi bila Cempaka sudah pun berjalan pergi. Dia cuba menuruti dari belakang tapi Jian menahannya. Raisa menarik tangannya kuat dari pegangan Jian. Baru dia hendak melangkah pergi Jian bertindak menariknya ke dapur. Dia terpaksa menurut.
“Dengar sini Raisa. Kalau kau tak hentikan semua ini. Thamin akan akan cederakan semua orang disekeliling kau. Termasuk kawan-kawan kau!”.
“Aku tak akan biarkan semua itu terjadi Jian”. Jawab Raisa yakin.
“Kau tak tahu siapa Yesa “. Tutur Jian perlahan. Raisa mengelengkan kepalanya. Dia percaya yang dia mengenali lelaki itu lebih dari abangnya.
“Yesa yang beritahu Thamin mengenai Madam Jane”. Tutur Jian berat. Kening Raisa terangkat sedikit. Tidak mengerti dengan apa yang dikatakan oleh abangnya.
“Dia yang bagitahu Thamin yang Madam Jane ada masalah kesihatan. Some sort of anxiety and panic attack. Dia bagitahu yang Madam Jane ambil pil regularly”. Sambung Jian lagi. Nadanya perlahan. Sudah penat hendak bertekak mulut dengan adiknya.
“Jadi?”. Soal Raisa. Jian memandang Raisa seolah tidak percaya.
“Jadi kenapa Yesa bagitahu perkara itu kepada Thamin sedangkan Yesa tahu yang Thamin ada sindikit haram”. Soal Jian kuat. Geram dengan soalan Raisa yang tidak masuk akal.
Raisa diam seketika. “Jadi benarlah yang Thamin memang ada kendalikan sindikit haram dan memang merancang untuk bunuh Madam Jane?”. Soal Raisa kembali. Jian menepuk meja dihadapannya kuat. Dia sudah penat hendak bergaduh tapi Raisa memang benar-benar menguji kesabarannya.
“That’s not the point Raisa!”. Jian mendengus kuat. “Cuba kau fikir kenapa Yesa bagitahu semua itu dekat Thamin..”. Tutur Jian separa merayu. Dia sudah mati kata dengan adiknya.
“Mungkin dia hendak pancing Thamin supaya gunakan cara itu pada Madam Jane. So Madam Jane boleh buktikan yang Thamin memang bersalah”. Tutur Raisa tanpa riak walaupun hatinya tiba-tiba berdebar kuat.
Jian mengeluh. “He was basically fed Thamin macam mana nak bunuh Madam Jane tanpa dikesan Raisa. Are you blind or what?. He is giving Thamin a strong alibi Raisa. Oh God!” Soal Jian seperti orang sudah hilang semangat.
“Kenapa kau begitu pasti?”. Soal Raisa lagi. Sungguh dia goyah dengan apa yang dikatakan oleh abangnya. Tapi dia sedaya upaya menidakkan. Dia tidak boleh kalah. Mungkin ini semua cara Thamin hendak memerangkapnya.
“Aku ada masa Yesa jumpa Thamin dan lepas itu Thamin hantar Paswi..” Jian berhenti disitu. Dia menekur meja. Cukup lama. Dia tidak mampu meneruskan kata-katanya. Mulutnya terkunci.
Raisa mengeluh sedikit sebelum berlalu pergi meninggalkan abangnya yang mendiamkan diri. Dia sudah semakin hampir menangkap Thamin. Dengan apa yang dikatakan oleh abangnya dia yakin yang Thamin memang menghantar Paswi untuk membunuh Madam Jane.
Pagi- pagi lagi Arta sudah terpacak di hadapan rumah Madam Jane. Lama dia berdiri di hadapan rumah banglo dua tingkat itu sebelum masuk melalui pagar utama yang tidak berkunci seperti kebiasaanya. Kebiasaan?. Arta bergumam sendirian. Kedatangannya pagi itu disambut oleh seorang wanita yang agak lanjut usianya. Arta mengagak mungkin dia bekerja sebagai pembantu rumah di situ. Wajah pembantu rumah, tukang kebun dan juga pengawal keselamatan yang dia kenali tidak dilihat. Barangkali sudah dipecat selepas kematian tuan empunya rumah. Bila wanita itu menanyakan siapa dirinya Arta mengangkat kad bersaiz kecil yang menjadi ID bagi mereka yang bekerja di agensi.
Dia yakin yang wanita tua itu juga adalah sebahagian daripada mereka yang bekerja untuk agensi apabila melihatkan reaksinya yang mengangguk tersenyum sebelum membuka pintu utama rumah untuknya. Organisasi rahsia yang melakukan sebarang kerja mengikut kehendak klien dengan imbuhan wang yang banyak seperti mereka bukan senang hendak membuka peluang kepada orang luar untuk masuk. Madam Jane tidak akan membuat keputusan berbahaya seperti itu. Sebaik saja Arta masuk ke dalam ruang utama rumah wanita tua tadi mengundurkan diri memberi laluan pada Arta untuk melakukan kerjanya. Arta mengangguk dengan senyuman tanda terima kasih.
Ruang utama rumah yang luas dengan disudut kanannya ada terletak set sofa kayu berukir mewah. Tempat kebiasaan Madam Jane akan berkumpul dengan yang lain untuk sesi minum petang. Di kiri pula laluan yang menghubungkan ke arah dapur. Di hadapannya tangga menghubungkan antara bawah dan bahagian atas. Arta menapak satu demi satu anak tangga menuju ke bahagian atas. Usai tiba di bahagian atas dia bergerak ke arah bilik bacaan Madam Jane. Sebaik masuk kedalam dia mengunci pintu dari dalam. Keadaan di dalam bilik tersebut masih teratur. Tiada tanda-tanda yang mencurigakan. Tapi dia yakin sekali jika ada antara mereka yang sudah menyelongkar tempat tersebut sebelum ini sudah tentu menyusun atur kemas kembali seperti sedia kala bagi mengelakkan disyaki.
Langkah kakinya diatur kearah satu kabinet almari buku kayu kesayangan Madam Jane tidak jauh dari meja kerjanya. Lama dia berdiri disitu sebelum dia berhati-hati menarik keluar satu buku dari susunan buku-buku tersebut. Dia menyelak penuh berhati-hati halaman demi halaman buku tersebut hinggalah jari jemarinya terhenti bila mana matanya melihat satu objek terselit di celah halaman buku tersebut. Satu kunci bersaiz sederhana kecil dan agak nipis. Arta mengambil kunci tersebut sebelum menutup kembali buku tersebut dan meletakkannya semula ke tempat asal. Dia duduk bersandar ke meja kerja milik Madam Jane. Kunci yang diambilnya tadi masih dipegangnya kuat. Pandangan matanya dilemparkan ke luar jendela.
Mindanya menerawang kepada kejadian lewat dua bulan lepas. Dia masih tidak dapat melupakan pengkhianatan Madam Jane kepadanya. Membahayakan nyawanya demi kepentingan agensi. Kalau benar Madam Jane membahayakan nyawanya demi kepentingan agensi dia tidak mungkin semarah itu. Nyawanya sudah banyak kali dipertaruhkan. Cuma yang menjadi punca kegilaanya pada hari itu adalah keputusan Madam Jane yang membelakangkan dia hinggakan Raisa juga hampir saja hilang nyawa. Mugkin dia tidak akan naik gila dengan menembak mati suspek utama bagi kes mereka. Dia tahu benar yang Madam takut dan tidak mampu menangung malu dek kerana kegagalannya jika mereka tidak berjaya menangkap suspek tersebut pada hari itu. Tidak berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan oleh klien mereka dengan pulangan imbuhan wang yang banyak. Pahit masih terasa bila teringatkan Madam Jane membuangnya hanya kerana dia memberontak begitu. Begitu mudah bukan?.
Arta menarik nafas dalam. Tidak mahu memikirkan lagi hal tersebut. Matanya kembali memandang kunci ditangannya. Jika benar tekaannya kemungkinan besar Madam Jane menyimpan fail yang dikehendaki oleh Yesa ada ditempat yang difikirkannya. Dia menatap lama kunci yang dipegangnya itu sebelum matanya kembali beralih ke arah rak kabinet buku dihadapannya. Nafasnya dihela perlahan. Kunci yang dipegang olehnya pada ketika itu adalah kunci kepada kabinet peribadinya di safe house. Safe house yang merujuk kepada tempat pengumpulan atau perlindungan ahli agensi. Mungkin Madam Jane sudah dapat mengagak perkara ini akan terjadi. Mungkin Madam Jane tahu yang dia akhirnya akan datang ke rumah itu.
Madam Jane yang tidak boleh meletakkan kepercayaan kepada Raisa kerana Raisa mempunyai hubungan yang terlalu complicated dengan Yesa. Rekan pula masih lagi dibawah pemantauan selepas tunangnya mati dibunuh. Satu kes yang masih belum selesai hingga ke harini yang mana dia yakin kematian tunang Rekan bukan sesuatu yang biasa. Paswi dan Jian?. Sama seperti menjerut leher sendiri jika meminta pertolongan mereka berdua.
Ya!. Jian. Kembar Raisa. Ejian Banan. Thamin yang memanggil kembar Raisa itu dengan panggilan nama Banan. Keningnya sedikit berkerut. Raut dan wajahnya berubah serius. Dia mula merasakan tidak enak dengan Yesa. Mungkinkah Yesa tiba-tiba menarik dirinya ke sisinya kerana Yesa tahu yang dia tidak mungkin dapat mencari fail yang disimpan oleh Madam Jane tanpa bantuannya. Dia mula sangsi dengan Yesa dan perasaan sangsi itu membuatnya bulu romanya merinding. Arta pantas bangun dan berjalan keluar. Dia harus bergerak laju. Jika dia terlewat sesuatu yang buruk mungkin akan terjadi dan dia yakin akan itu.
Share this novel