BAB 13

Crime Completed 2168

Bunyi pintu dikuak dari luar membuatkan Yesa bingkas bangun dari duduknya. Disangkanya Thamin yang masuk semula ke dalam biliknya tapi bila melihatkan wajah Arta yang muncul dipintu biliknya dan memandangnya pelik Yesa pantas mengalihkan wajahnya menyorokkan perasaan marah dan gusar yang sedang bergelora di dadanya. Dia menarik nafas dalam. Kepalanya terasa berat. Terlalu banyak perkara yang dia perlu proses dalam satu hari.

“Duduk”. Arah Yesa setelah beberapa ketika mendiamkan diri. Dia memalingkan tubuhnya dan kemudian mengambil kembali kedudukannya.

Arta duduk dihadapan Yesa. Dia memandang wajah lelaki itu yang sudah hampir tiga bulan lansung tidak lihat. Malah Yesa juga tidak pernah menunjukkan wajahnya ketika dia dibuang oleh Madam Jane. Tidak juga hendak mempertahankannya. Dia tidak pasti atas urusan apa yang menyebabkan Yesa tiba-tiba memanggilnya untuk berjumpa setelah sekian lama. Dia dapat mengagak tujuan Yesa hendak bersemuka dengannya pada haritu itu mungkin disebabkan ada projek baru atau kes sulit yang ingin dibincangkan.

Tapi kehadirannya dengan rela ke pejabat Yesa bukanlah kerana dia ambil peduli dengan kes atau projek terbaru Yesa. Tapi bila dia mendengarkan perbualan J yang memberikan maklumat dokumentasi kes Madam Jane kepada Raisa dan juga apa yang Nurul katakan mengenai kehadiran Thamin di pejabat Yesa.

Yesa memandang wajah Arta. Sedang cuba untuk membaca riak wajah lelaki itu yang sedang memandang kearahnya. Dia tidak dapat menebak apa yang sedang bermain difikirannya. Arta bukanlah seorang yang senang didampingi seperti yang lain. Air mukanya kasar dan bengis itu sudah cukup untuk membuat orang menjauh darinya. Bicaranya hanya sedikit sahaja dan setiap kali dia melihat wajah Arta entah kenapa dia berasa tidak selesa atau selamat. Sepertinya wajah Arta yang berkebolehan untuk melakukan apa saja itu membuatkan dia sedikit tidak selesa.

Wajah Arta yang seolah-olah tidak pernah puas hati dengan segala arahan dan cara pentadbiran agensi. Tapi Arta juga tidak pernah mengingkari arahan. Apa sahaja yang diarahkan pasti akan dilaksanakan sebaik mungkin. Jadi dia tidak dapat hendak menjelaskan apa yang dia sendiri sedang lihat dari raut wajah Arta. Sukakah dia pada agensi?. Setiakah dia pada agensi?. Dia tidak dapat menebak. Tapi tidak pernah sekali pun Arta mengkhianati agensi. Malah setiap “closed case” yang diselesaikannya lebih dari apa yang mereka inginkan.

Bak kata Madam Jane ketika bertemunya pada setahun lepas. “Arta is like a sharp dagger. Tidak lari dari sasaran. Always spot on. Shining and yet cunning. I takut sampai satu masa, kita tak perasaan tangan kita sendiri berdarah disebabkan oleh how sharp the dagger was”. Masakan gelaran agensi Black Card itu diberikan begitu sahaja?. Tidak!. Itu bukan gelaran yang mudah atau biasa-biasa. Madam Jane mungkin sedia maklum akan Arta. Jika silap sedikit mungkin lelaki itu akan berpaling dari mereka dan kerisauan Madam Jane itu terjadi ketika Arta kendalikan kes sulit “Sarah Jane”.

Kes atau projek terakhir Arta kendalikan sebelum diberi notis larangan untuk berhubung dengan sebarang maklumat rahsia agensi. Digantung dari kerja lapangan dan hasilnya satu mesyuarat dari the founder telah diadakan. Walaupun dia tidak ada didalam mesyuarat terbabit tapi dia cukup tahu hasil tindakkan Madam Jane itu membuatkan semua orang menunding jari ke arah Madam Jane. Melihatnya sebagai satu simbol kegilaan kuasa dan akhirnya Madam Jane membuang Arta dan tidak lansung melihatnya bahkan bertemu dengannya selepas itu. Hinggalah kematiannya dua bulan lepas.

“Ada sesuatu yang perlu kita bincangkan”. Tutur Yesa tanpa melengahkan waktu. Tangannya menghulurkan satu sampul surat bersaiz A4 kepada Arta.

“Raisa?”. Soal Arta sebaik saja satu keping kertas lengkap profil gadis itu berada dalam gengaman tangannya. Dia menanti jawapan dari Yesa. Bila lelaki itu mengangguk mengiakan Arta memalingkan sedikit pandangannya. Dia menatap kertas yang dipegangnya itu lama. Wajah Raisa yang dikenalinya sejak tujuh tahun lepas dan banyak bersama dengannya ketika mengendalikan projek lapangan. Dia dan Raisa dikendalikan dan dilatih bersama ketika mereka mula menyertai pihak agensi. Masih teringat wajah Raisa ketika dibawa oleh Yesa tujuh tahun lepas ke dalam pusat latihan mereka.

Raisa yang pernah disebut-sebut sebagai anak emas Yesa. Malah ada antara mereka mula mengesyaki hubungan antara Raisa dan Yesa. Skandal berbau tidak enak itu selalu dikaitkan dengan Raisa disebabkan oleh keintiman mereka yang selalu bersama. Yesa yang selalu menjaga dan sentiasa siap sedia untuk melindungi Raisa. Keintiman yang dia sendiri tidak pasti sejauh masa Raisa sendiri atau Yesa sanggup pergi demi kepentingan antara satu sama lain. Tapi baginya Yesa hanyalah.. Fikirannya terhenti disitu bila Yesa berdehem sedikit.

“Kamu dan Raisa dah kenal lama dan banyak kes lapangan kamu berdua selesaikan. Jadi kali ini I need your help. Dah tiba masa untuk kamu kembali berkerja di lapangan”. Tutur Yesa. Arta tidak menjawab. Dia hanya mendiamkan diri. Tidak menidakkan dan juga tidak mengiyakan permintaanya.

“Kamu masih terkesan dengan apa yang jadi Arta?”. Soal Yesa memancing. Dia cuba membaca isi hati Arta. Penting baginya untuk dia tahu perasaan lelaki itu. Dari situ dia dapat tahu jika lelaki itu masih boleh menjadi perisai ataupun racun bagi agensi. Arta tidak menjawab. Dia hanya memandang ke arah kertas yang diberi oleh Yesa tadi.

“Raisa sekarang tengah kendalikan kes Madam Jane. Kita tengah cari bukti untuk membuktikan yang kematian Madam Jane bukan sekadar serangan jantung”. Jelas Yesa. Arta masih lagi tidak memberikan sebarang reaksi.

“Tapi banyak dokumen yang nak kena settle”. Tutur Arta setelah lama mendiamkan diri. “Kerja lapangan bukan kepakaran saya lagi”. Sambungnya lagi. Wajahnya serius.

Kening Pegawai Yesa bertaut. Dari kata-kata Arta tadi dia dapat menebak yang sebenarnya lelaki itu masih lagi terkesan dengan apa yang Madam Jane telah lakukan keatasnya. Kes yang menyebabkan Arta digantung dari kerja lapangan dan membuatkan keadaan huru hara satu agensi. Mindanya kembali mengimbas projek “Sarah Jane” dan peristiwa Madam Jane mengantung Arta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience