BAB 5

Crime Completed 2168

16 JULAI 2020 - 10:30PAGI ;
RUMAH BEKAS PENJAGA KAMPUNG BIDADARI - WATI AMIR (MAK WATI)

Langkah kakinya dihayun memasuki perkarangan rumah satu tingkat. Pintu pagar yang tidak berkunci dibuka dari dalam olehnya. Susuk tubuh wanita separuh abad yang sedang mencangkung di hadapan pasu bunga membelakangnya diperhatikan. Lama.

“Kau!”. Jerit Mak Wati terkejut sebaik saja dia memusingkan tubuhnya menghadap satu susuk tubuh yang sedang tercegat berdiri dibelakangnya. Dia mengesot sedikit punggungnya yang jatuh terduduk ke atas lantai simen. “Kau..”. Tuturnya tersekat. Tidak mampu menuturkan kata. Takut melihat wajah sedang berdiri dihadapannya. Sudah lama dia tidak melihat wajah itu.

Dia berjalan beberapa tapak mendekati sebelum duduk bercangkung dihadapan wanita tua itu. Wanita yang dia sudah kenal lama. Wanita yang dipanggil Mak Wati olehnya semasa dia tinggal di rumah Kampung Bidadari.

“Aku perlu kau buat sesuatu”. Dia bersuara perlahan. Matanya memandang wajah Mak Wati tanpa kelip.

“Aaa..apa?”. Soal Mak Wati tersekat-sekat. Perasaan takut jelas kelihatan di wajahnya yang sudah berkedut dimamah usia.

Dia tergelak sedikit. Wajah Mak Wati yang pucat ditelitinya. Kelakar melihat keletah Mak Wati yang takut-takut dengannya. Sedangkan beberapa tahun lepas wanita itu senang-senang saja menghumban mukanya ke kolah air hinggakan darah merah mengalir dari dahinya.

“Ada seseorang yang perlu masuk ke rumah itu”. Dia memberitahu. Senyuman masih menghiasi bibirnya.

“Boleh. Boleh!. Aku akan bagitahu Cempaka!”. Laju Mak Wati menjawab.

"Dia....". Dia menutur kata perlahan. "Tapi....". Dia berjeda seketika. Memikirkan perancangan Jian yang sedaya upaya hendak masuk kedalam rumah yang disewa oleh Cempaka dan juga rakan-rakannya. Semalam Jian sudah memulakan langkahnya dengan mendekati Kuna. Teman kepada Cempaka.

Jian tahu persis setiap satu kelemahan mereka didalam rumah itu. Targetnya adalah Kuna. Jian tahu benar, Kuna akan menjadi penyumbang terbesar kejayaannya untuk masuk kedalam rumah itu. Rumah kepunyaan Mak Wati. Bekas penjaga Kampung Bidadari dan juga ibu saudara kepada Cempaka.

Dan juga dia sendiri. Arahan dari ketuannya. Untuk membantu Jian dalam diam. Menambah perasa. Agar rancangan Jian untuk berjaya masuk kedalam rumah itu berjaya.

“Boleh!. Lelaki atau perempuan aku akan paksa Cempaka untuk setuju!”. Mak Wati bersuara lagi. Bersungguh.
Dia mengelengkan kepalanya. Wajah Mak Wati dipandangnya. Cempaka tidak boleh tahu perkara sebenar mengenai Jian dan Jian tidak boleh tahu mengenai Mak Wati menolongnya untuk berjaya masuk ke dalam rumah itu. Dia perlukan satu alasan untuk membuatkan Cempaka dan yang lain menerima Jian ke dalam rumah itu. Agar segalanya kelihatan natural. Agar tiada syak wasangka.

“Naikkan sewa rumah”. Dia berjeda seketika. “Double!”. Tambahnya lagi. Mak Wati memandangnya penuh kekeliruan.

“Kuna dan Mok akan beri tekanan kepada Cempaka. Kuna pasti akan berjaya membuat Cempaka setuju”. Gumamnya. Dia yakin yang Kuna sudah pun jatuh kedalam perangkap Jian. Dia cuma perlu menambah rasa agar rancangan Jian itu berjaya. Bekerja di belakang tabir. Seperti yang dipinta oleh ketuanya.

“Tapi ... Macam mana kalau Cempaka mampu untuk membayar”. Soal Mak Wati.

Dia tergelak halus mendengar kerisauan Mak Wati. Dia tahu benar yang Cempaka tidak akan mampu untuk menangungnya sendiri. Mok dan Kuna sudah pasti akan menjadi beban buat Cempaka. Cempaka akan mengigil memikirkan kegilaan ibunya. Wina tidak akan membantu. Cempaka sudah pasti akan ketakutan jika ibunya tahu akan hal ini. Perasaan takut Cempaka dengan ibunya yang mengila itu akan membuatkan segala macam alasan untuk menolak Jian dari membantu mereka menjadi kosong.

Dia mendekatkan dirinya ke telinga Mak Wati. “Jumpa Cempaka esok”. Bisiknya perlahan.

“Buat seperti yang aku suruh”. Tambahnya lagi. Mak Wati menganguk memahami. “Bisikan ketakutan dan bencana jika ibunya tahu mengenai hal ini”. Mak Wati mengangguk lagi mengiakan. Dia merenung wajah Mak Wati yang masih takut-takut dihadapannya. Nafasnya ditarik panjang sebelum dia bangun berdiri sebelum mengatur langkah pergi kearah pintu pagar rumah.

“Ah satu lagi!”. Langkah kakinya terhenti. Dia kembali memusingkan badannya menghadap Mak Wati.

Mak Wati memandangnya menanti arahan seterusnya. “Tolong pastikan tamparan di muka Cempaka meninggalkan kesan. Aku pasti ianya akan main peranan dalam keputusan mereka”. Bibirnya merekah senyuman lebar.

“Kuat dan padu”. Tambahnya lagi dengan senyuman yang masih tidak lekang meninggalkan Mak Wati yang masih terduduk di atas lantai simen itu dengan peluh dingin.

16 JULAI 2020 – Selatan Semenanjung ; Agensi ; 3.00 petang; HARI YANG SAMA

“Masuk..”. Arah Yesa sebaik saja wajah yang dinantikannya sejak setengah jam lepas kini sudah berdiri di depannya. Yesa mengorak langkah masuk kedalam ruang bilik kerjanya. Dia memberi isyarat kepada Anis untuk tidak membiarkan sesiapun masuk menganggunya. Anis menganguk memahami. Seraya itu Anis mengatur langkah kakinya, mengunci pintu utama masuk kedalam ruangan pejabat yang diperbuat daripada kaca itu.

“Macam mana?”. Soal Yesa tidak sabar. Gadis dihadapannya menarik nafas dalam. “Saya yakin semuanya akan berjalan lancar”. Tuturnya tenang. Yesa mengangguk perlahan. Dia yakin dengan apa yang diperkatakan oleh gadis dihadapannya itu. Segalanya akan berjalan seperti yang dirancang.

"Macam mana dengan reaksi Wati Amir?". Soal Yesa lagi.

"Dia akan lakukan seperti yang diminta. Rancangan Jian akan berjaya. Saya akan pastikan segalanya sempurna". Tambahnya lagi dihujung katanya.

Yesa mengangguk perlahan.

“Satu lagi kamu tolong pastikan keselamatan Raisa. Keep your eyes on her”. Yesa memberi arahan. Gadis itu mengangguk mengerti. “Baik Tuan”. Jawabnya tanpa teragak-agak.

“Raisa akan off duty after three day?”. Soal gadis itu kepada Yesa memastikan maklumat yang diterimanya adalah benar.

“Yes”. Jawab Yesa. Dia berjalan menuju ke meja kerjanya sebelum dia membuka salah satu laci. Satu sampul berwarna coklat diambilnya sebelum dihulurkan kepada gadis itu yang berdiri tidak jauh darinya. Dia mengambil tanpa banyak soal.

“Him”. Yesa memberitahu. Jarinya menunding kearah sampul yang sudah berada di dalam tangan gadis itu. “Him?”. Soalnya semula tidak mengerti.

“Jian profile and all of his case..”. Yesa berjeda seketika. “Read it. You should at least know a bit about him”. Sambungnya lagi. Wajah gadis dihadapannya itu diperhatikan.

“Baik”. Jawabnya perlahan.

“Dismissed”. Arahnya. Dia tidak boleh bertemu dengan gadis itu dalam tempoh yang lama. Jika tersilap langkah rahsianya itu akan mungkin terbongkar. Dia menghantar susuk tubuh gadis itu yang menghilang disebalik pintu biliknya melalui ekor matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience