BAB 9

Crime Completed 2168

Seorang lelaki berketinggian sederhana merapati sebelum menghulurkan satu sampul surat bersaiz A4. Sebaik saja sampul tersebut bertukar tangan dia tersenyum sebelum meminta untuk berlalu pergi meneruskan kerjanya. Raisa mengangguk sedikit. Senyumannya tidak berbalas. Sebaik saja lelaki itu berlalu pergi pantas saja tangannya mengeluarkan isi kandungan sampul tersebut. Dia meniliti satu persatu dokumen yang difailkan mengenai kejadian kematian Madam Jane. Matanya menangkap perkataan serangan jantung. Dia menarik nafas dalam. Sudah dapat mengagak perkara tersebut. Raisa kemudian menyelak beberapa helaian dokumen mengenai hasil bedah siasat, gambar kamera litar tertutup dan juga beberapa gambar di dalam rumah Madam Jane.

Tidak ada apa-apa yang mencurigakan. Lama dia meneliti dokumen tersebut hinggalah nama Paswi sedikit mengejutkannya. Paswi merupakan orang kanan Thamin. Paswi juga agen agensi sama sepertinya. Tujuh tahun yang lepas semasa dia mula masuk ke dalam agensi ada lima dari mereka yang dilatih sebagai agen Elit agensi dan Paswi adalah antaranya. Mereka sepatutnya dilatih untuk bekerja sebagai satu kumpulan. Tapi disebabkan oleh agensi terbahagi kepada dua kuasa antara Yesa dan Thamin maka mereka juga turut terbahagi kepada dua bahagian. Walau sekuat mana Madam Jane selaku pemimpin organisasi. Dia tidak dapat menidakkan yang pembahagian kuasa antara Yesa dan Thamin adalah punca kepada perpecahan antara agen Elit. Walaupun pada dasarnya mereka tetap akan bekerja untuk agensi tapi kecederungan untuk memilih dengan siapa mereka berkhidmat dan meletakkan sepenuh kepercayaan itu tidak dapat dielakkan. Paswi yang setia dengan Thamin sama sepertinya yang setia dengan Yesa.

Raisa pantas menyimpan kembali segala dokumen yang dipegangnya kedalam sampul semula bila ada bunyi tapak kaki menghampirinya dari belakang. Dia harus bergerak sulit dan pantas.

Paswi tersengih lebar sebaik saja Raisa memalingkan tubuh menghadapnya. Tapi senyumannya tidak berbalas. Dia tergelak halus. Sedikit sinis. Teringat kembali kejadian dia dan Raisa bertemu dengan Yesa beberapa hari lepas dan mungkin itu adalah kali ketiganya dia melihat Raisa tersenyum. Bukan tersenyum kearahnya, tapi kepada Yesa. Dia mengelengkan kepalanya tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Kau..”. Paswi berjeda seketika. Dahinya sedikit berkerut. “Kau tahu kan pasal orang bercakap kau..”. Belum sempat Paswi menghabiskan ayatnya Raisa sudah pun memintas laju.

“Aku dan Yesa?”. Soal Raisa bersahaja. Sengihan Paswi makin melebar bila Raisa memintas apa yang ingin dikatakannya. Wajah Raisa yang garang itu dipandangnya tanpa kelip. Dia tidak mengerti satu hal tentang Raisa. Bagaimana dia boleh bekerja di agensi itu dengan cemuhan dari orang sekeliling yang berkata buruk tentangnya di belakang. Khabar angin mengenainya dia dan Yesa. Orang mengandaikan yang dia adalah perempuan simpanan Yesa. Ada juga yang mengatakan sebenarnya Raisa tinggal sebumbung dengan Yesa dan mempunyai hubungan sulit. Cemuhan staf agensi yang galak mengatakan dia sebagai perempuan murah sepertinya tidak ada kesan padanya.

Tapi tidak ada seorang pun yang berani mempertikaikan hubungan antara Raisa dengan Yesa secara depan-depan. Raisa yang raut wajahnya garang, alis matanya yang hitam bercelak. Wajahnya yang serius dan jarang sekali tersenyum. Paling tidak orang tidak berani hendak menyentuh Raisa kerana Yesa adalah orang besar disitu. Dia sendiri tidak pasti sejauh mana hubungan Raisa dengan Yesa. Tapi jika ditanya, dia tidak dapat menafikan yang dia sendiri ragu-ragu dengan keintiman antara Raisa dengan Yesa. Tujuh tahun bukan satu jangka waktu yang pendek. Tambahan pula Yesa sendiri tidak berkahwin. Jadi apa sebenarnya yang berlaku antara Yesa dan Raisa. Dia sendiri panasaran ingin tahu.

“Kenapa kau ada dekat tempat kejadian?”. Soal Raisa menukar topik. Mengalihkan tumpuan Paswi dari bercakap mengenai skandalnya. Urusannya mengenai Madam Jane lagi penting.

Raut wajah Paswi masih sama. Tenang. Sepertinya tidak tergugat dengan soalannya.“kau rasa aku buat apa?”. Soal Paswi kembali. Sengaja bermain kata. Tapi Raisa kelihatan tidak mahu menjawab atau pun termakan umpan dengan soalan Paswi itu.

“Aku buat kerja aku”. Jawab Paswi pendek. Dia membalas pandangan anak mata Raisa dalam. Kening Raisa bertaut. Masih kurang mengerti dengan jawapan Paswi.

Paswi merapatkan tubuhnya sedikit. “Siapa kita Raisa?”. Soal Paswi dengan bisikan. Raisa menikam anak mata Paswi yang kelihatan terlalu rapat dengannya. Jelak dengan gaya Paswi bermain-main sedangkan dia sedang serius bertanya. Namun soalan Paswi itu sukar untuk dijawab. Siapa kita?. Dia hanyalah Raisa dan Paswi hanyalah Paswi tanpa latihan dan jagaan rapi dari pihak agensi. Tapi jika soalan itu dijawab dari sudut pihak organisasi. Maka jawapannya adalah mereka merupakan agen kesayangan agensi yang dilatih secara khas dan khusus. Mereka yang dipanggil sebagai Elit.

“Madam Jane sedang siasat kes sulit dan aku dihantar malam itu atas permintaanya untuk jaga dia”. Paswi berjeda seketika membaca air muka Raisa.

“Kita Elit agen Raisa. Mungkin dia rasa terancam dan atas sebab itu dia mohon khidmat aku. Atau mungkin dia dah tahu ada orang hendak bunuh dia?”. Sambung Paswi dengan suara separa berbisik. Bibirnya merekah sengihan yang cukup sinis. Cukup untuk membuatkan Raisa berasa ngeri dan sedikit tergugat.

Raisa cuba untuk memproses apa yang dia baru dengar dari mulut Paswi. Dahinya berkerut cuba memahami dan menimbang tara bebanan yang dikeluarkan oleh kata-kata lelaki itu. Paswi merupakan orang pertama yang membuat panggilan kecemasan mengenai Madam Jane seperti yang tertera di atas kertas yang baru dibaca tadi. Bermakna Paswi memang ada bersama Madam Jane pada malam itu seperti yang dikatakannya. Tapi kes sulit apa yang dimaksudkan oleh Paswi dia tidak pasti. Yesa tidak pernah menyebut tentang hal itu kepada.

Tapi apa yang paswi katakan ada benarnya. Jika Madam Jane memohon khidmat agen Elit seperti mereka untuk kegunaan peribadi dengan menjaganya pada malam itu bermaksud Madam Jane memang sudah tahu yang dia dalam bahaya. Madam Jane sudah dapat mengagak yang dia akan diserang pada malam itu.

Paswi masih memadang Raisa tanpa kelip. Memandang wajah Raisa yang kelihatan sedikit pucat dan terkejut. Dia sudah dapat mengagak yang Raisa tidak tahu mengenai kes sulit yang Madam Jane kendalikan secara rahsia. Yang menjadi variable utama kematian mengejut Madam Jane. Titik utama punca semua kejadian malam itu berlaku. Ternyata salah satu rule utama yang diguna pakai dalam setiap siasatan kes itu Raisa terlepas pandang. Raisa yang datang ke bilik dokumentasi untuk membuktikan yang Madam Jane tidak mati dengan serangan jantung tanpa mempersoalkan Yesa sendiri apa penyebab utama Yesa boleh berfikir yang Madam Jane telah mati dibunuh.

“Dia tak percayakan kau atau dia sengaja letakkan kau dalam bahaya?”. Tutur Paswi sebelum berlalu pergi membiarkan Raisa tengelam lemas dengan soalannya. Dia tahu kelemahan terbesar Raisa. Ianya Yesa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience