BAB 57

Crime Completed 2168

Yesa berdiri menghadap tingkap bilik pejabatnya. Beberapa lelaki sedang melakukan latihan asas dilihatnya. Namun mindanya tidak tertumpu kepada itu. Mindanya menerawang jauh memikirkan sedikit saja lagi sebelum segalanya akan selesai dan akhirnya dia boleh menarik nafas lega.

“How?”. Soal Yesa kepada Rekan yang sedang berdiri dibelakangnya sejak dari tadi. Dia tidak memusingkan tubuhnya menghadap Rekan. Matanya masih ralit melihat keluar tingkap.

Rekan senyap tidak menjawab. Dia mengambil sedikit selang waktu sebelum menjawab.

“Arta tidak mahu membuka mulut soal Razak Ibrahim”. Tutur Rekan penuh berhati-hati. Dia menarik nafas dalam sebelum menghembusnya perlahan. Tubuh Yesa yang sedang membelakanginya dipandangnya lama. Rahang pipinya kelihatan bergerak-gerak menandakan yang Yesa tidak suka mendengar berita yang baru didengarinya itu.

“Arta enggan closed Elit Case as per order”. Tambahnya lagi. Teringat kejadian dua hari selepas Thamin ditangkap. Yesa menghantarnya untuk mencari Arta dan Cempaka. Yesa yang menyuruhnya untuk memberikan arahan terakhir sebelum Elit Case akan ditutup. Arahan Yesa yang menyuruh Arta untuk menghapuskan Cempaka kerana gadis itu terlalu mengetahui banyak rahsia.

Tambahan pula Cempaka merupakan anak Pengetua Khalid. Musuh utama Raisa. Tapi dari perbualannya dengan Arta dia cukup jelas yang lelaki itu tidak akan mengikut arahan terakhir dari Yesa. Arta yang memilih untuk menikam belakang Yesa. Arta yang memilih untuk melarikan diri dan menyelamatkan Cempaka. Tidak mahu meneruskan arahan dan protokol terakhir Elit Case. Malah Arta juga enggan pulang ke agensi semula.

“Razak Ibrahim…”. Gumam Yesa. Rekan menangkap apa yang Yesa katakan. Dia menghela nafas panjang.

“Disebabkan Arta ingkar arahan terakhir ..”. Dia tidak jadi meneruskan kata bila mana Yesa memotongnya laju. “Jadi?”. Soal Yesa.

Bunyi ketukan dipintu bilik pejabat mengejutkan mereka berdua. Pintu dikuak dari luar. Wajah Raisa terjenggol disebalik pintu. Tubuh Rekan bergerak sedikit. Terkejut dengan kedatangan Raisa. Pandangannya dialihkan kearah Yesa yang sudah pun memusingkan tubuhnya memandang Raisa. Wajah Yesa yang tenang. Raisa memberi isyarat kepada Yesa untuk menuruskan urusan antara mereka berdua. Dia berdiri tidak jauh dari pintu masuk.

“Jadi?”. Soal Yesa sekali lagi kepada Rekan. Air mukanya serius. Rekan sedikit teragak-agak hendak menjawab dan meneruskan perbualannya dengan Yesa bila mana Raisa berada bersama di dalam bilik itu. Tapi setelah dia mendapatkan kepastian dari Yesa untuk meneruskan saja apa jua yang ingin dia sampaikan sebentar tadi. Rekan berjeda seketika. Dia menghulurkan sampul surat yang dipegangnya kejap sejak dari tadi. Yesa mengambilnya sebelum membuka sampul tersebut. Beberapa gambar ditelitinya bersama satu keping laporan mengenai kes tersebut. Usai selesai dia memasukkan semula laporan tersebut dan gambar yang dilihatkan kedalam sampul tersebut.

“Rekan. Lepaskan the two sprinter. Maklumkan kepada bilik situasi untuk hubungi the founder dan orang berkepentingan. Kita akan umumkan yang kita sudah berjaya menemukan mereka yang dicari. Misi menyelamat sudah berjaya”. Rekan menganguk menerima arahan dengan jelas. Dia mengerling sekilas kearah Raisa yang masih bersahaja. Raisa memang tidak mendengar atau sengaja pura-pura tidak mengerti. Berpura-pura tidak sedar yang kenyataan Yesa yang menyembunyikan dua orang rakannya bukan Thamin atau Raisa memang terlalu buta untuk melihat setelah segala bagai bukti dan petunjuk yang ada di depan mata?.

“Arta?”. Soal Raisa tiba-tiba memecah kesunyian. Yesa memandang Raisa manakala Rekan memadang wajah Yesa. Masing-masing mendiamkan diri. Soalan Raisa tidak dijawab oleh Yesa.

Yesa menarik nafas dalam. “Rekan dapati yang Arta berhubung secara senyap dengan Razak Ibrahim”. Dia mengerling sekilas kearah Rekan sebelum kembali memandang wajah Raisa yang menanti penjelasan darinya.

“They want to hurt our agency and I cannot allow it”. Tambahnya lagi. “Jadi?”. Soal Raisa berpura-pura tenang walhal jantungnya berdegup kencang.

“We have to terminate him”. Jawab Yesa. “Cempaka?”. Soal Raisa lagi. Bibirnya bergetar. Yesa tidak menjawab. Tapi ianya sudah cukup untuk dia memahami. Senyapnya Yesa mengenai soalannya dan sampul berisi laporan dan gambar yang dipegang oleh Yesa sudah cukup untuk dia memahami melebih segalanya. Yesa sudah menghantar Rekan untuk membunuh Arta dan juga Cempaka dan segalanya sudah dilaksanakan sebelum dia sempat mengetahui hal yang sebenar. Melihat pada sampul yang baru diberikan oleh Rekan kepada Yesa sebentar tadi. Perjanjiannya dengan Arta lewat malam itu kembali menerjah kotak memorinya.

“Pergi!”. Jerit Raisa menyuruh Arta untuk membawa Cempaka jauh dari tempat tersebut. Arta memandangnya tidak mahu berganjak dan menarik tangannya menyuruh untuk mengikutinya tapi dia merentap kuat.

“Raisa”. Panggil Arta. Suaranya mengendur. Memujuknya untuk mengikutnya. Raisa memandang wajah Arta dan Cempaka silih berganti. Tidak!. Tidak bila dia sudah pergi sejauh ini. Dia tetap percayakan Yesa dan tidak Arta. Dia sudah hampir ke garisan penamatnya dan tidak mungkin untuk berpatah balik lagi.

“Pergi Arta!”. Tegas Raisa.

“Dia akan bunuh Cempaka!. Aku yakin Raisa. Aku tak akan biarkan semua itu terjadi. Ingat tu Raisa”. Arta menjawab laju menghentikan Raisa yang mengesanya untuk pergi.

“Baik!. Jika betul apa yang kau cakap mengenai Yesa kita lihat siapa yang benar-benar akan terluka nanti”. Balas Raisa. Arta bungkam. Dia meraup wajahnya sebelum nafas perlahan dihela. Dia memandang wajah Cempaka yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka berdua. Wajahnya yang kusut dan rambutnya yang tidak terurus. Wajah yang penuh kekeliruan dan ketakutan. Arta mendapatkan Cempaka sebelum berlalu pergi. Lansung tidak memandang kearah Raisa yang sedang duduk menghadap tubuh Wina yang sudah kaku dan sejuk setelah ditembak oleh Thamin.

Thamin yang hilang disebalik kegelapan malam bersama fail 6District dan mereka yang diserang oleh orang Thamin tanpa sempat melakukan apa pun. Jadi memang benar. Yesa tidak punya perancangan untuk membiarkan yang lain hidup atas sebab itu Wina mengorbankan dirinya.

Keangkuhannya. Sombongnya dia dalam hal melibatkan perasaan sedangkan dia tidak pernah tahu pun apa erti sebenar cinta dan kasih sayang. Apatah lagi benar-benar menerimanya.

Yesa merapati Raisa yang sedang kaku berdiri dihadapannya termenung jauh. Sebaik saja tangannya menyentuh kedua bahunya Raisa tersentak sedikit. Terkejut. Dia memandang wajah Yesa yang berada dihadapannya. Perutnya terasa senak. Dia takut dengan Yesa. Sumpah dia benar-benar takut dengan lelaki itu. Berpura-pura baik dihadapannya.

Dia mahu bertanya jika memang benar Wina adalah agen rahsia Yesa tapi soalan itu ditelannya. Dia tidak mahu membayangkan betapa pahitnya kebenaran jika Yesa mengiakan soalan itu. Pahitnya kebenaran Yesa sememangnya mengunakannya dan memperalatkannya demi kepentingan peribadi. Yesa yang memanipulasi dirinya yang dahagakan kasih sayang dan perhatian. Peritnya kebenaran itu membuatkan tubuhnya terasa sakit. Yesa yang mempergunakan dendamnya.

Yesa tahu dia mahu membalas dendam dan menghantar Wina agar dia termakan umpan untuk mengunakan Wina sebagai medium untuk dia berjumpa dengan Cempaka. Yesa yang berpura-pura tidak tahu dihadapannya dan mendiamkan diri. Sama seperti ketika dia tahu yang Thamin sebenarnya mengambil kembarnya Jian sejak awal lagi untuk dilatih bersama. Yesa tetap berpura-pura dengan mengunakan ayat keramatnya “kerana saya percayakan kamu” untuk keluar dari segala jerat itu dan dia termakan segala kata lelaki itu setiap kali ianya terjadi.

Mungkin tidak akan ada seorang pun mengerti perasaan penyesalannya pada ketika itu. Satu tubuh badannya terasa senak dan sakit. Tekaknya terasa perit umpama ada ketulan batu tersekat di kerongkongnya. Kesakitan yang dia rasakan pada ketika itu seolah tiada tolak bandingnya. Buat pertama kali dia dapat mendengar deraian hatinya yang hancur. “Manusia memang tidak akan belajar tanpa kesakitan”. Getus hatinya. Bibirnya mengukir senyuman buat Yesa. Tangan Yesa ditolaknya perlahan dari terus memegang bahunya.

“Saya faham”. Tutur Raisa masih dengan senyuman. Tangannya yang mengigil disorokkan kebelakang. Yesa membalas senyumannya. Dia berundur setapak kebelakang.

“Uyaana Raisa dan juga Rekan Haris. Mulai hari ini Pasukan Khas agen Elit dibubarkan. Kedua kamu akan bekerja dibawah pihak agensi sama seperti agen yang lain. 6District Project and Elit case succesfully executed. Case closed”. Arahnya tegas.

“Dismissed”. Yesa bersuara sekali lagi. Raisa dan Rekan mengangguk mengerti sebelum kedua-dua mereka keluar dari kamar pejabat Yesa.

Setelah susuk tubuh Raisa dan Rekan hilang disebalik pintu biliknya Yesa meletakkan sampul berisi beberapa kepingan gambar dan laporan forensik sebentar tadi di atas meja. Laci meja sebelah kirinya dibuka. Stamp bersaiz tapak tangan dibawa keluar sebelum diletakkan disebelah sampul tersebut. Lama dia menekur sebelum dia mengangkat stamp tersebut dan dilekatkan di atas sampul. Dia mengangkat stamp tersebut dan kemudiannya dialihkan ketepi. Perkataan “CASE CLOSED” berwarna merah jelas tertera di atas sampul tersebut. Dia mengambil pen hitamnya dan lancar saja jarinya mengisi ruangan tersebut. Sebaik saja selesai dia mengambil sampul tersebut dan diletakkan di dalam kabinet dibelakangnya yang kemudiannya dikunci rapi. Dia berjalan perlahan ke arah tingkap bilik pejabatnya kembali memerhati beberapa pegawainya yang sedang melakukan latihan.

CASE CLOSED
Date : 2020 OGOS 03
Case Name :
6DISTRICT PROJECT (KAMPUNG BIDADARI) & ELITE CASE (SARAH JANE)
Authorized Person : YESA
IA : UYAANA RAISA & REKAN HARIS (ELITE AGENT)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience