BAB 19

Crime Completed 2168

Suara Kuna yang kuat menjerit di luar bilik mengejutkan Jian yang sedang leka menghadap komputer ribanya. Lama dia menanti sebelum akhirnya membuat keputusan untuk tidak mengendahkan dan meneruskan kerjanya seperti biasa. Tapi dia tidak boleh menumpukan perhatian ke skrin komputer ribanya bila semakin lama semakin kuat suara gelakan dan tawa kedengaran di telinganya.

Akhirnya dia mengorak langkah keluar dari biliknya dan berjalan kearah ruang tamu sebelum langkah kakinya terhenti. Lama dia memerhati sehinggalah Kuna menyebut mengenai orang baru di dalam rumah itu. Iaitu dirinya sendiri. Dia berjalan perlahan merapati hinggalah dia cukup hampir mendengar setiap isi perbualan mereka berlima. Bila mana dia melihatkan mereka sudah diam dia akhirnya membuat keputusan untuk keluar bertemu dengan mereka.

“Hi..”. Tutur Jian dengan suara sedikit mengendur. Matanya memandang kearah gadis yang mempunyai rambut panjang berwarna hitam pekat separas bahu yang dilepaskan begitu saja. Sebaik saja gadis itu memusingkan tubuhnya menghadapnya yang sedang berdiri terasa lemah lututnya. Jantungnya berdebar kencang. Satu impulse negatif merebak keseluruh tubuh anggota badannya. Jian sedaya upaya untuk mengawal air mukannya. Walaupun air liur yang ditelannya serasa kasar di tekaknya.

Sebaik saja Uyaa memusingkan badannya menghadap suara yang menegur mereka dia terus bangun berdiri. Terkejut bukan kepalang dengan susuk tubuh yang sedang berdiri tidak jauh darinya itu. Jantungnya berdebar kuat. Lama dia tercegat berdiri hinggalah Cempaka mengambil posisi untuk menjadi orang tengah menghentikan situasi kekok antara Uyaa dan Jian.

“Ini jian. Orang baru dalam rumah”. Cempaka berdiri disebelah Uyaa memperkenalkan Jian kepada rakannya tapi Uyaa pula memandang Cempaka dengan satu pandangan yang kurang dia mengerti.

“Hi..”. Tutur Jian sekali lagi. Dia berjalan merapati sebelum tangannya dihulur kearah Uyaa. Senyuman masih tidak lekang dari menghiasi bibirnya. Tapi Uyaa pula tetap kaku begitu. Senyumannya mati. Mok memberi isyarat kepada Wina untuk mengejutkan Uyaa yang seperti sedang nampak hantu. Wina bingkas bangun dari duduknya dan menarik sedikit tangan Uyaa. Uyaa yang sepertinya baru terjaga dari mimpi memandang Wina dan Cempaka yang masih dikiri dan kanannya berselang seli. Lama Uyaa mendiamkan diri hinggakan Cempaka dan lain-lain mula rasa tidak selesa dengan keadaan itu.

“Hi..” Tutur Uyaa dengan senyuman nipis. Setelah lama mendiamkan diri.

“Jian..”. Jian memperkenalkan dirinya sekali lagi. Tangannya dihulur sekali lagi tapi Uyaa tidak menyambut huluran tangan lelaki itu. Dia hanya menganguk. “Uyaa”. Dia memperkenalkan dirinya ringkas. Keadaan kembali kekok dan masing-masing senyap tidak bersuara.
Uyaa memusingkan badannya menghadap Cempaka dan yang lain . “Esok kita sambung lain ya. Aku nak rehat”. Pinta Uyaa sebelum berlalu pergi begitu saja. Masing-masing menghantar pemergian Uyaa melalui ekor mata. Sebaik Uyaa hilang dari pandangan mereka, Jian juga turut meminta diri untuk masuk semula ke biliknya. Cempaka mengeluh halus memandang wajah Wina. “Dia marah ke?”.
Soal Kuna. Masing-masing diam tidak menjawab. Masih tidak faham dengan reaksi yang diberikan oleh Uyaa.

“Esok aku cakap dengan dia”. Tutur Wina.

“Sumpah awkward nak mati!”. Tutur Mok sebelum bangun dari duduknya. Masing- masing mengiakan dalam diam.

Pagi itu Wina yang perasan kelibat Uyaa berjalan ke arah laman rumah membuntuti dari arah belakang. Dia perlu berbincang dengan Uyaa mengenai lelaki bernama Jian itu. Semalam dia mempelawa diri untuk bercakap dengan Uyaa kerana dia bercuti. Mok dan Kuna baru sahaja keluar tadi masih mencuba nasib mencari peluang pekerjaan yang ada. Cempaka dan Jian juga sudah tidak ada dirumah sejak awal pagi lagi. Cempaka dengan kerjanya dan Jian dia tidak pasti lelaki itu berkerja atau bagaimana. Keluarnya belum mentari sempat menjejak dan pulangnya tika yang lain sudah pun lena dibuai mimpi. Kadang-kadang jika dia ada dirumah pun Jian akan memerap didalam bilik sahaja.

Mereka lansung tidak punya peluang untuk bercakap atau memulakan sebarang perbualan. Pertama kali dia berbual dengan Jian adalah ketika Jian masuk ke rumah itu. Kali kedua ketika dia syak wasangka dengan perangai Jian yang selalu bertanyakan tentang seseorang yang dia andaikan Uyaa. Kali ketiga ialah semalam. Langkah Wina terhenti dibelakang Uyaa yang sedang menjempur bajunya. Dia tersengih bila Uyaa memusingkan badannya dan memandangnya pelik.

“Kenapa Wina?”. Soal Uyaa dengan intonasi meleret. Dia tersenyum sedikit. Tangannya ligat menyidai beberapa helaian baju.

“Aku nak cakap something ni”. Tutur Wina sambil bergerak ke tepi tiang ampaian. Tiang ampaian itu dipegangnya dengan pipinya diletakkannya disitu. Dia menatap wajah Uyaa yang air mukanya agak garang itu. Seriau juga dia dengan Uyaa. Harapnya dengan membuat muka kesian begini Uyaa tidak marah dengannya.

Uyaa mengerling sekilas. Dia tersengih.

“Cakap apa?”. Soalnya.

“Kau marah ke pasal lelaki itu. Jian tu”. Wina mengetap bibirnya. Menanti reaksi Uyaa.

Uyaa tidak menjawab dan meneruskan saja menyidai bajunya yang masih berbaki dua helai lagi. Wina menanti dengan sabar. Sebaik saja selesai Uyaa memandang wajah Wina. Dia menarik nafas dalam sebelum membuka mulut.

“Aku terkejut kau dengan Mok setuju dengan cadangan Kuna”. Tutur Uyaa. Nadanya sedikit keras. “Tapi aku lagi pelik bila Cempaka setuju dengan semua ni”. Sambungnya lagi.

Wina mendengus halus. Kalaulah Uyaa tahu yang betapa besarnya pergaduhan antara mereka tempoh hari sudah tentu Uyaa tidak akan berkata begitu. Dia dan Mok memang lansung tidak setuju dan berkeras menidakkan. Tapi kejutan yang paling terbesar adalah datangnya daripada Cempaka sendiri. Gadis yang bertudung litup itu sendiri yang mempersetujui cadangan Kuna. Lainlah mereka yang lain jahil dalam agama. Tidak bertudung malah solat juga celup- celup.

Bukan Mok tidak bercakap soal agama. Malah berkali-kali Mok menekankan perkara itu. Tipulah kalau awalnya dia tidak kecewa dengan Cempaka tapi dengan perangai Kuna yang menjadi-jadi tambahan pula kejadian pagi itu bila mereka tahu Mak Wati yang menjadi punca kepada keputusan mendadak Cempaka mereka mati kata. Tambahan dengan keadaan Mok dan Kuna yang hilang pekerjaan. Dia juga tidak punya cara lain.

Kalaulah Uyaa tahu apa yang terjadi sebenarnya. Sebolehnya dia mahu mempertahankan Cempaka dengan mengadu Kuna adalah punca pertemuan antara mereka dan Jian dan juga Mak Wati yang mengambil kesempatan diwaktu susah mereka. Mak Wati tahu benar yang Cempaka takut jika ibu saudaranya itu menceritakan halnya kepada ibunya. Tapi jika dia buka mulut sekarang dia yakin Uyaa akan bertindak untuk berjumpa dengan Mak Wati.

Ah!. Mak Wati yang menikus bila Uyaa ada dirumah. Tapi jika Uyaa mula keluar bekerja diluar kawasan laju saja dia kembali membuli Cempaka. Uyaa tidak tahu yang Cempaka terlalu banyak berahsia dengannya.Terlalu banyak. Sedangkan mereka yang sentiasa ada dirumah juga banyak terlepas pandang. Bayangkan Uyaa yang ada dirumah semingu dua dan kemudian hilang dari radar beberapa lama.

“Wina”. Panggil Uyaa. Dia mencuit pipi Wina sedikit sebelum tersengih. “Sempat berangan eh?”. Soalnya lagi.

“Kau nak dia keluar ke?”. Soal Wina tanpa berbasa basi. Jika itu yang Uyaa mahukan mereka perlu bersetuju. Tapi Uyaa mengelengkan kepalanya.

“Biarlah. Lagipun awal bulan depan dia keluar kan?”. Soal Uyaa. Wina menganggukkan kepalanya. Uyaa tersenyum sambil menepuk bahu Wina. Tiga minggu lagi sebelum Jian akan keluar dari rumah itu. Bukan satu tempoh yang lama.

“Kau okay ke ni?”. Soal Wina meminta kepastian. “Jangan risau Wina. Aku okay je”. Uyaa memberi kepastian sebelum hendak berlalu pergi masuk kedalam rumah tapi langkahnya terhenti bila Wina memanggilnya.

“Kau kenal Jian?. Maksud aku sebelum ini kau ada pernah jumpa dia tak?”. Soal Wina. Teringat akan syak wasangkanya tempoh hari.

“Tak”. Uyaa menjawab. Bibirnya mengukir senyuman nipis sebelum menyambung langkah kakinya. Wina mengangguk dengan senyuman lega. Satu hal sudah selesai dan hal lain akan muncul bila Jian keluar dari rumah itu. Mereka harus cari penyewa baru bagi menampung kos sewaan baru. Atau perlu saja dia bagitahu pada Uyaa biar rakannya itu ajar sedikit perempuan tua keparat itu. Tapi ideanya itu mati bila memikirkan Cempaka yang akan terkena tempiasnya. Ah!. Dengus Wina sambil memegang dahinya. “Kenapa aku tak kaya?!”. Bebelnya sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience