Perjalanan yang memakan masa hampir 45minit melalui jalan lama yang agak sempit akhirnya Arta sampai juga di safe house. Dia menekan punat kunci keselamatan disebelah kiri pintu masuk utama. Usai memasukkan kata laluan dan menekan punat hijau pintu terbuka dari dalam. Kamera litar dihadapan pintu rumah dipandang sekilas sebelum dia melangkah masuk kedalam. Lama dia tidak menjejakkan kaki kesitu.
Tingkap kaca berwarna putih bersaiz besar dikanannya berhadapan ruang tamu dipandangnya lama. Kemudian pandangannya dialihkan kearah interkom di atas meja kayu panjang di dapur. Dia pasti sebentar lagi dia akan menerima panggilan. Rumah itu sentiasa diawasi dan dikawal oleh pihak agensi. Agen seperti mereka mempunyai sistem penjejak. Kemana saja mereka pergi pasti akan diketahui. Malah kemungkinan besar Yesa juga akan tahu kehadirannya dirumah itu pada petang itu. Seperti yang disangka selang beberapa saat bunyi interkom menghiasi ruang rumah. Arta berjalan perlahan menghampiri sebelum mengangkat.
“Dami dari pusat kawalan safe house. ID checking Sir”. Suara seorang wanita dihujung interkom menyambut kehadirannya dirumah itu.
“Arta Erza. Elit agen”. Jawab Arta.
“Checking. Your Elit ID sir”. Soalnya lagi.
“Blackwhale 44387”. Jawab Arta tanpa banyak soal. Ada sesuatu yang penting dia perlu lakukan dirumah itu dan untuk itu dia perlu melepasi sistem pengenalpastian identiti terlebih dahulu tanpa membuat sebarang aktiviti yang boleh mendatangkan sebarang syak wasangka. Walaupun dia tahu kehadirannya petang itu sudah cukup untuk Yesa mengerti.
“Thank you for confirming. Now I am speaking with Arta Erza Elit Agen. This call is being recorded”. Tuturnya memaklumkan.
“Ada apa-apa boleh saya bantu?”. Soalnya lagi bila Arta hanya mendiamkan diri.
“Nothing. Will leave within 15 minute”. Tutur Arta perlahan.
“Noted. We will keep your track for 15 minute and 30 minute after you leave the house. If anything you can pres 1015 to communicate with us and please press 666 for the emergency alert. Any suspicious movement after leaving the premise might indicate the yellow code and can cause for futher action be taken”. Arta hanya mendengar tanpa banyak soal. Dia sudah tahu benar akan polisi tersebut.
“Have a good days Sir”. Sejurus itu talian kemudian dimatikan.
Sebaik saja talian dimatikan Arta pantas berjalan kearah biliknya. Dia masuk kedalam mendapatkan kabinet peribadinya. Kunci yang dia ambil dirumah Madam Jane digunakan untuk membukanya. Arta menarik nafas dalam sebaik saja satu fail berwarna kuning cair terletak elok di dalam almarinya. Arta mengambil fail tersebut sebelum bergerak mendekati pintu bilik dan menguncinya dari dalam. Dia melihat jam ditangannya sekilas. Masih ada berbaki lebih kurang 13 minit untuk dia membelek seketika fail tersebut. Dia yakin jika tetap disitu melebih waktu 15 minit tanpa membuat sebarang permintaan dari pihak agensi mereka sudah pasti akan menghantar agen agensi untuk mengetahui keadaanya dirumah itu atas alasan datang ke safe house tanpa alasan kukuh adalah satu yang mencurigakan. Jadi dia harus keluar sebelum tempoh tersebut tamat dan berhati-hati buat 30 minit seterusnya.
Arta menyelak satu persatu helaian kertas yang dikepilkan bersama. Tangannya kemudian mengambil beberapa keping gambar yang disertakan. Darahnya berderau melihat gambar Paswi pada malam terbabit bersama Madam Jane dan juga pertemuan rahsia Thamin bersama Yesa yang turut ada bersama Paswi dan juga Jian. Tidak salah lagi sangkaannya! Madam Jane memang merancang untuk menangkap Paswi pada malam itu. Atas sebab itu Madam Jane meminta khidmat bantuan agen Elit Paswi. Tapi dimana silapnya hinggakan Madam Jane boleh terkorban. Dia harus cari tahu siapa yang membantu Madam Jane untuk misi pada malam itu.
Tapi gambar pertemuan antara Yesa dan Thamin menganggunya. Malah wajah Jian dan Paswi membuatkan dia yakin ada sesuatu yang Yesa rahsiakan darinya dan juga Raisa. Jian kembar kepada Raisa. Rahsia selama ini yang dia diamkan dari pengetahuan Raisa bila dia tahu yang jika dia buka mulut kepada Raisa mungkin keadaan akan jadi buruk. Dia tidak berani buka mulut kerana melihat Thamin yang sepertinya sengaja mengambil Jian walaupun tahu lelaki itu adalah kembar Raisa. Mulanya dia hendak memberitahu Raisa tapi bila dilihatnya Thamin cuba menyembunyikan kehadiran lelaki itu pada Raisa dia jadi buntu ditambah pula bila Yesa juga pura-pura tidak mengetahui dan lansung tidak membuka mulut kepada Raisa mengenai hal itu walaupun Yesa sudah tahu awal-awal lagi.
Dia harus berjumpa dengan Jian secepat mungkin. Mungkin Jian boleh membantunya sedikit sebanyak sebelum dia dapat menghubungi insider informer yang dikatakan oleh Madam Jane di dalam fail tersebut. Insider informer yang membantu misi sulit Madam Madam Jane pada malam itu. Insider informer yang memegang fail sebenar 6District yang boleh menjatuhkan Thamin. Fail yang dipegangnya masih belum cukup untuk membuktikan penglibatan Thamin dalam kematian Madam Jane dan kerja kotor Thamin. Dia perlu berjumpa dengan lelaki yang menyimpan fail sebenar sebelum Thamin mahupun Yesa berjaya mendapatkan fail tersebut terlebih dahulu. Dia juga perlu memastikan niat Yesa yang sebenar-benarnya.
Pintu biliknya dikuak dari luar. Yesa menyisip sedikit air yang diletakkan oleh Anis diatas meja kaca dihadapannya sebelum mempelawa Rekan untuk duduk bersamanya.
“Bagaimana Arta?”. Soal Yesa. Air mukanya serius. Rekan berdiri tidak jauh darinya. Dia memadang wajah Yesa sedikit lama cuba membaca riak wajah lelaki itu.
“Dia ada di safe house. Baru tadi pusat kawalan safe house berhubung dengannya”. Jawab Rekan setelah lama mendiamkan diri.
Yesa mengangguk sedikit. “Ada yang mencurigakan?”. Soalnya lagi. Dia yakin yang Arta tidak hadir ke tempat itu tanpa sebab. Hatinya kuat mengatakan yang Arta sudah hampir menjejaki fail 6District yang disimpan oleh Madam Jane. Dengan adanya fail itu dia mampu untuk menjatuhkan Thamin dan menangkap Paswi. Sebaik saja fail tersebut jatuh ketangannya dia akan menangkap Paswi. Dia yakin Paswi tidak akan berfikir dua kali untuk mengkhianti Thamin dan membuka mulut menceritakan perkara yang sebenar. Dengan adanya fail tersebut di dalam gengaman tangannya dia akan mengorek segala kerja kotor Thamin dari tekak Paswi hinggakan Thamin hancur jatuh dan tidak mampu berdiri lagi.
“Tiada. Tapi rasanya Arta sudah dapat maklumat mengenai fail tersebut”. Tutur Rekan menjawab. Wajah Yesa dipandangnya lagi. Keningnya sedikit terangkat. Senyuman nipis menghiasi bibir lelaki itu. Rekan memerhati. Reaksi yang dia sudah jangkakan. Dia tidak pasti bagaimana dan dari mana Yesa memperolehi keupayaan untuk punya dua identiti yang berbeza. Satu wajah yang hanya dia dan mungkin Madam Jane saja yang tahu. Wajah yang sentiasa disorok disebalik senyuman yang nyaman dan wajah yang tenang itu. Wajah yang mereka di agensi tidak pernah tahu. Raisa terutamanya.
“Ada apa-apa yang lain perlu saya buat?”. Soal Rekan bila Yesa masih mendiamkan diri.
Yesa mengelengkan kepalanya. Wajah Rekan yang berkumis tebal dan rambutnya sedikit tidak terurus dipandang. “Macam mana dengan sesi kaunseling?”. Soalnya ambil berat tapi Rekan memilih untuk tidak menjawab.
“Take some rest. Cukup untuk hari ini”. Tutur Yesa. Rekan menganggukan kepalanya sebelum berlalu pergi dari kamar pejabat Yesa.
Share this novel