Tujuh tahun lepas – Mei 2013 ; Kampung Bidadari
Raisa berlari mendapatkan abangnya yang sedang duduk bercangkung bersama seorang kanak-kanak perempuan. Seluar tracknya yang terkoyak dibahagian kaki ditutupnya. Dia membetulkan rambut dan bajunya sebelum menegur abangnya.
“Abang..”. Panggil Raisa. Dia menahan tanggis sekuat mungkin.
“Abang…”. Panggil Raisa lagi bila Jian masih tidak memandangnya. Raisa memegang bahu abangnya.
“Raisa..”. Panggil Jian. Wajahnya sedikit pucat dan terkejut. Raisa mengalihkan pandangannya kearah seorang kanak-kanak perempuan berumur lingkungan 13 tahun sedang duduk diatas tanah. Bila dia mengangkat wajah memandangnya yang sedang berdiri dibelakang Jian. Raisa terkejut bukan kepalang. Anak Pengetua Khalid?. Soal Raisa kepada abangnya.
Jian bangun berdiri. Dia memandang wajah adiknya yang sedikit gusar dan tidak terurus.
“Raisa okay tak?”. Soal Jian. Dia membetulkan rambut Raisa yang sedikit tidak terurus. Rambut Raisa yang panjang separas bahu. Dia menyelitkan rambut adiknya kebelakang telinga. Raisa hanya membiarkan. Dia hendak mengadu domba tapi dia takut.
“Abang….”. Raisa memangil dengan suara mendayu. Jian menanti. Tapi belum sempat dia bercerita bunyi tanggisan menganggu perbualan mereka berdua. Jian memusingkan kembali tubuh badannya. Raisa hanya menjadi pemerhati.
Jian bangun berdiri menghadap adiknya. “Raisa. Abang kena tolong hantarkan anak Pengetua Khalid dekat Mak Wati”. Tutur Jian sambil membantu kanak-kanak itu bangun berdiri. Raisa mengelengkan kepalanya laju. Dia memegang lengan abangnya kejap. Tidak mahu melepaskan.
“Kamu tolong berikan ini dekat Pengetua Khalid”. Sambung Jian lagi. Beg kertas berisi beberapa bekas makanan diambil Jian dari tepi kanak-kanak tadi dan diberikan kepada Raisa.
Raisa menolak kuat. Dia kembali memegang tangan abangnya. “Abang… Raisa tak nak jumpa Pengetua Khalid. Raisa tak nak..”. Dia sudah pun menangis teresak-esak. Memikirkan perlu berjumpa kembali dengan lelaki tua itu setelah dia bersusah payah melarikan diri dari diperlakukan perkara tidak elok ke atasnya membuatnya merinding ketakutan.
Jian memegang tubuh badan kembarnya yang sedikit mengigil. “Raisa..”. Panggil Jian perlahan. Dia menikam anak mata adiknya. “Tolong abang..”. Pinta Jian. Raisa mengelengkan kepalanya. Tubuh abangnya dipeluknya kuat. Tidak mahu melepaskan.
Bunyi tanggisan kanak-kanak tadi kini kembali. Jian meleraikan pelukkannya. “Kamu hantarkan dekat Pengetua Khalid. Abang hantarkan dia sekejap. Nanti abang jumpa kamu dekat sana”. Seraya itu beg kertas bertukar tangan. Raisa ambil dengan terpaksa. Susuk tubuh abangnya yang berlalu pergi dengan kanak-kanak perempuan tadi dipandang tanpa lepas. Raisa menangis. Perasaan takut kembali menerjah hatinya.
Raisa berdiri dihadapan pintu bilik yang barusan dia bersusah payah melarikan diri. Bau asap rokok menusuk hidungnya. Perlahan dia melangkah masuk kedalam. Lelaki memakai baju singlet putih sedang duduk bersandar di sofanya dengan rokok di tangannya. Sebaik saja dia melihat wajah Raisa dia tersenyum lebar. Menyeringai. Dia bangun berdiri merapati. Raisa kaku. Kakinya keras. Beg kertas yang dipegangnya sudah terlepas.
Jian berlari anak mendekati bilik pejabat Pengetua Khalid setelah dia menghantar kanak-kanak tadi kepada Mak Wati. Tapi suara yang cukup dikenalinya yang sedang menjerit kuat mengejutkannya. Dia pantas berlari mendekati pintu bilik pejabat Pengetua Khalid sebelum masuk kedalamnya.
Jian terpempam saat tubuh kembarnya tersembam ke atas lantai dihadapannya. Wajah Long Ani iaitu isteri kepada Pengetua khalid dilihatnya yang sedang berdiri tidak jauh dari Raisa. Wanita itu kemudian bertindak menampar wajah Raisa beberapa kali. Raungan dan jeritan Raisa lansung tidak terkesan. Jian berlari mendapatkan adiknya. Dia memeluk erat. Menghentikan wanita itu dari memukul adiknya.
“Tepi kau!!!”. Jerit Long Ani mengila. Rambutnya kusut. Matanya merah menyala.
Jian tetap memeluk kuat tubuh Raisa yang mengigil kuat. Pukulan Long Ani dibelakang tubuhnya tidak dihiraukan. Matanya kemudian menangkap beberapa susuk tubuh lelaki berpakaian agak kemas masuk dari pintu utama dan menghampiri mereka berdua. Pukulan Long Ani dibelakang tubuhnya terhenti serta merta. Jian melepaskan rangkulannya dari tubuh Raisa. Kepalanya didongakkan memandang beberapa orang lelaki yang sedang tercegat berdiri didepannya.
Raisa masih terbaring lemah diatas lantai bersama sisa tanggisan. Seorang lelaki kemudian bertindak menarik Jian ketepi jauh dari Raisa. Jian tidak punya upaya hendak melawan. Kakinya terasa lemah.
“Tuan Yesa..”. Pengetua Khalid bangun berdiri menyapa seorang lelaki yang sedang berdiri tidak jauh dari pintu.
“Tuan dah selesai urusan?”. Soal Pengetua Khalid lagi. Baju putih yang dipakainya dibetulkan sedikit. Lelaki itu mengangguk perlahan. Pandangannya kemudian dialihkan kearah Raisa dan Jian bersilih ganti.
“Tuan jangan risau. Kami akan uruskan hal ini”. Tutur Pengetua Khalid sedikit gugup. Dia bertukar pandangan buat seketika dengan isterinya.
“Ada apa ni?”. Soal lelaki tadi.
“Curi Tuan. Tapi dia tipu kata saya cuba nak lakukan yang tak elok dekat dia!”. Tutur Pengetua Khalid mempertahankan dirinya. Nadanya meninggi.
Raisa meraung kuat menidakkan.“Tipu!!!. Pak Cik jahat!!!!”. Jerit Raisa kuat. Pengetua Khalid hendak menampar wajah milik Raisa tapi ditahan oleh lelaki bernama Yesa itu. Dia kemudian menunduk mendekati Raisa.
“Kamu tahu bukan hukuman untuk mencuri?”. Soalnya perlahan. Raisa hanya menangis tidak menjawab. “Dia nak..”. Belum sempat Raisa berkata habis Long Ani sudah laju memintas.
“Kau ada bukti?. Ada saksi?”. Soal Long Ani. “Aku nampak kau tolak laki aku ke tepi dan dekat tangan kau masa tu ada kunci bilik pejabat asrama”. Sambung Long Ani lagi.
Raisa sudah menangis teresak-esak. Dia mengalihkan pandangannya ke arah kembarnya yang terduduk tidak jauh darinya. Harapan terakhirnya.
“Abang…”. Panggil Raisa dengan esakkan halus. Memandangnya dengan penuh pengharapan agar Jian akan mempertahankannya dan mempercayainya.
“Abang….”. Panggil Raisa lagi. Esakannya makin kuat bila abangnya itu hanya mendiamkan diri. Jian tidak mampu mengeluarkan sebarang kata. Mulutnya seolah terkunci. Walhal dia tidak tahu betapa pentingnya jawapan dia pada waktu ketika itu. Jika dia mengambil pihak walau sedikit dan cuba mempertahankan kembarnya mungkin Raisa tidak akan membencinya sebegitu. Tapi entah kenapa malam itu bibirnya terkunci. Kepalanya kosong. Dia tetap mendiamkan diri hingga ke akhirnya.
Cahaya mentari yang baru menjengah pada pagi itu ditutupi oleh awan mendung. Bunyi guruh juga sayup-sayup kedengaran.
“Raisa!!!”. Jerit Jian kuat. Tubuhnya ditahan oleh penjaga asrama. Dia tidak mampu untuk bergerak walaupun dia sedaya upaya meloloskan diri. Raisa berdiri tidak jauh dari abangnya. Air matanya sudah kering. Dia bencikan abangnya yang tidak mempertahannya. Yang tidak melindunginya. Yang tidak mempercayainya. Yang telah mengkhianatinya. Jika Jian cuba untuk memahami dan mendengar katanya sudah pasti kejadian malam semalam tidak akan terjadi. Sepatah kata maaf lansung tidak terdengar dari mulut abangnya itu. Hatinya remuk.
Yesa menyentuh bahu milik Raisa memberi isyarat sudah tiba masanya untuk mereka pergi. Raisa mengikut. Jeritan abangnya di depan pagar itu lansung tidak diambil peduli. Beberapa orang pembantu sedang memegang Jian kuat dari keluar dari pagar menghalangnya pergi mengikut lelaki bernama Yesa itu. Raisa melangkah masuk ke dalam kereta lelaki itu. Wajah abangnya yang sedang meraung diatas pasir tar dipandangnya sekilas. Lelaki itu bukan lagi abangnya mahupun keluarganya. Bukan sesiapa.
Share this novel