Paswi menyilangkan kedua tangannya sambil bersandar ke dinding menghadap Jian yang sedang duduk termanggu di atas sofa. “Thamin hantar kau kesini?”. Soal Paswi bersahaja. Dia tersengih di hujung katanya. Jam di dinding dipandang sekilas. Jarum sudah menunjukkan jam sebelas malam dan dia masih tidak tahu punca kedatangan Jian kerumahnya pada lewat malam itu.
“Aku dengar Raisa dah tahu siapa kau yang sebenar”. Paswi bersuara lagi. Bibirnya masih tidak lekang dengan sengihan. Jian mencerlung memandangnya.
“Macam mana kau bunuh Madam Jane?”. Soal Jian. Dia bangun berdiri bergerak beberapa tapak mendekati Paswi yang masih bersandar bersahaja. Dia tergelak halus mendengar soalan Jian.
“Maksud kau?”. Soal Paswi. “Aku tak faham”. Tambahnya lagi. Jian mengetap giginya kuat. Tangannya mengengam penumbuk.
“Malam Madam Jane mati..”. Jian mengambil masa sedikit sebelum menutur kata. “Aku. Kau dan Thamin berjumpa dengan Madam Jane petang itu”. Mengingatkan kembali peristiwa lewat petang itu sebelum Madam Jane dibunuh pada malamnya. Dia yakin yang Paswi tahu apa yang dia katakan tapi lelaki itu sengaja berpura-pura seolah dia tidak tahu lansung mengenai hal itu.
Kejadian petang itu perjumpaan Thamin dan Madam Jane. Perbincangan yang menjadi titik punca Thamin mengambil tindakan drastik untuk menghapuskan Madam Jane.
“Ah! Yang tu”. Jian merenung Paswi yang berpura-pura seolah memorinya mengenai kejadian itu kembali semula. Paswi tidak tahu tujuannya ke situ pada malam itu adalah untuk menghapuskannya atas perjanjiannya dengan Thamin. Tidak!. Mungkin Paswi sudah menjangkakan kedatangannya pada malam itu adalah untuk menghapuskannya. Paswi sengaja bermain dengannya sebelum pergelutan sebenar terjadi. Paswi tidak semudah itu untuk dikalahkan.
“Si celaka mana yang hantar kau malam ni?”. Soal Paswi. Air mukanya sudah berubah serius. Dia yang bersandar sedari tadi sudah pun berdiri tegak dihadapan Jian. “Yesa?”. Soalnya lagi. Tapi Jian tidak menjawab.
“Siapa!”. Jerit Paswi kuat. Dia merapati Jian. “Siapa?”. Soalnya lagi. Matanya memerah menikam anak mata Jian. Dia dapat menghidu tujuan kedatangan Jian kerumahnya pada malam itu. Dia tidak akan membiarkan Jian semudah itu melaksanakan rancangannya.
“Thamin”. Jian menjawab. Paswi menapak mendekati Jian. Tangannya merangkul kemas kolar baju tshirt milik Jian. Jarak wajah antara mereka hanya sejengkal sahaja. Jian hanya membiarkan tidak melawan.
“Kau gila?!”. Jerit Paswi. Dadanya berombak. Berani lelaki itu mengatakan Thamin yang menghantarnya kerumah dia pada malam itu. Thamin tidak mungkin akan mengkhianatinya. Dia yakin yang Thamin terlalu perlukan khidmatnya dan tidak akan membunuhnya semudah itu. Tidak mungkin!. Terlalu mustahil.
“Aku perlu hapuskan kau sebelum Yesa buat kau buka mulut”. Jian menikam anak mata Paswi yang masih tidak mempercayai kenyataan sememangnya Thamin yang menghantarnya pada malam itu. Pisau yang disimpan rapi di dalam jaketnya dikeluarkan perlahan-lahan tanpa disedari oleh Paswi.
“Kau!”. Belum sempat Paswi menutur kata satu tusukan tajam hinggap di abdomen kirinya. Jian menolakknya ke dinding. Tusukan itu semakin kuat. “Jian!”. Jerit Paswi kuat. Tangan kirinya memegang tangan kanan Jian yang masih kejap memegang pisau menusuk ke abdomennya. Dia sedaya upaya menolak tubuh badan milik Jian dari terus-terusan menindihnya.
Jian mengetap rahangnya. Segalaa tenaga yang dia punya pada ketika itu digunakan keatas tubuh badan Paswi. Tangan kanannya masih tidak lepas memegang pisau yang sudah pun tertusuk di tubuh badan Paswi. Dia menindih tubuh badan Paswi yang sedang meronta.
“Ahhh!”. Jerit Paswi kuat. Dia menolak tubuh badan Jian sekuat mungkin. Akhirnya dia terlepas jua. Jian terjatuh di hadapannya. Tangannya masih memegang pisau yang sudah pun berlumuran darah.
Paswi jatuh terduduk. Darah laju mengalir dari bajunya keatas lantai. Dia memandang Jian dihadapannya. Tidak mampu menuturkan sebarang kata. Sakitnya bukan kepalang.
“Maafkan aku Paswi”. Tutur Jian sebelum dia bangun kembali mendekati Paswi. Dia menikam perut lelaki itu beberapa kali hingga dia benar-benar cukup yakin. Paswi memegang lengannya dengan tangan yang berlumuran darah. “kau akan terima balasan untuk ini”.
Paswi bersuara tersekat-sekat. “Sama seperti aku”. Dia menutur kata dengan penuh kepayahan. Darah merah pekat mula mengalir keluar dari bibirnya.
“Maafkan aku Paswi”. Satu tikaman sekali lagi hinggap di perut Paswi. Jian menarik keluar pisau yang tertusuk di perut lelaki sebelum bergerak menjauhi tubuh badan Paswi yang sudah pun menyembah lantai. Dia memandang tubuh yang sudah kaku itu lama. Perasaan menyesal dan bersalah mula menjalar. Dia beruntung kerana dapat menghapuskan Paswi semudah itu. Paswi yang tidak menjangka dia akan dibunuh semudah itu pada malam ini.
Dia terduduk di hadapan tubuh Paswi yang sudah tidak bernyawa. Lama. “Semuanya akan berakhir. Aku dan Raisa boleh pergi selepas ini”. Tuturnya menenangkan dirinya sendiri.
Bunyi deringan telefon mengejutkannya. Panggilan dari Thamin diangkatnya laju.
“Pulang Jian. Aku akan hantar orang untuk bersihkan semuanya”. Thamin memberikan arahan sebelum meletakkan talian. Jian menarik nafas dalam sebelum menghelanya perlahan. Dia tertunduk memandang lantai yang dicemari dengan darah merah likat.
Share this novel