Pagi itu belum sempat sinar mentari pagi menjamah wajahnya lagi deruman kereta usang Wak Jeman sudah pun masuk ke perkarangan rumahnya. Cempaka yang masih mengemas terkial-kial memasukkan barangnya yang masih berbaki ke dalam beg sandangnya. Suara Long Ani memanggilnya di depan pintu rumah sudah kedengaran. Terkocoh-kocoh Cempaka berlari anak mendapatkan ibunya. Dia menyalami ibunya sebelum masuk kedalam kereta Wak Jeman yang setia menantinya di dalam kereta dengan senyuman seperti kambing itu. Sengihan Wak Jeman yang menayangkan giginya yang sudah hitam berkarat itu lansung tidak mampu menceriakan hatinya pagi itu.
Perjalanan yang memakan masa lebih kurang dua puluh minit untuk sampai ke stesen bas serasa seperti setahun lamanya. Wak Jeman yang menanyakan soalan-soalan seperti bila mahu kahwin dan sudah berpunya atau belum membuatkan dia naik jelak. Hampir saja dia hendak muntah bila Wak Jeman mempromosikan dirinya sendiri bila dia mengambil inisiatif tidak menjawab sebarang soalan. Kata Wak Jeman yang dia juga masih kuat dan hendak mencari isteri baru. Tidak kurang juga dia sibuk mencanang mengenai tanahnya yang berekar-ekar itu. Titik klimaknya bila Wak Jeman bertanya jika dia mahu jadi isterinya. Mahu saja Cempaka pada saat itu keluar dari kereta yang sedang dipandu oleh Wak Jeman tapi ditahan saja perasaanya.
“Ei orang tua gatal!”. Dengus Cempaka sebaik saja kereta Wak Jeman beransur pergi meninggalkannya.
Pandangannya dialihkan kearah jalan dikanannya. Kereta berwarna putih dengan no plat yang dikenali mendekatinya. Bibir Cempaka merekah senyuman sebaik saja wajah Wina kelihatan bila mana rakannya itu menurunkan tingkap kereta memperlihatkan wajahnya.
“Hi Cempaka!”. Jerit Kuna yang duduk disebelah tempat pemandu. Tangannya memanjang menekan hon. Wina yang tidak sabar dengan perangai Kuna mula menceceh namun Kuna buat tidak endah dengan bebelan Wina.
“Cepat masuk!”. Jerit Kuna dengan menekan sekali lagi hon kereta.
“Woi! sudah lah!”. Kini Mok pula menjerit dari belakang. Sedari tadi dia cuba untuk bersabar dengan perangai Kuna.
Cempaka tergelak halus. Kepalanya menjengah kearah jalan besar sekali lagi. Bila dia pasti yang kereta Wak Jeman sudah tiada laju dia melangkah ke arah pintu belakang kereta.
“Lama tunggu?”. Soal Mok sebaik saja Cempaka menutup pintu kereta. Cempaka mengeleng. Mok tersenyum nipis sebelum kembali menatap skrin telefonnya. Kalaulah ibunya tahu yang kawan-kawannya menjemput dia di stesen bas bukan seperti yang disangkanya boleh separuh nyawa dikerjakan.
“Semua cuti ke harini?”. Soal Cempaka sekadar mengisi kekosongan antara mereka berempat.
“Yes!”. Jawab Mok masih dengan senyuman. Matanya tetap melekat di skrin telefon bimbitnya.
“Semua orang hari sabtu cuti Cempaka. Kau seorang je selalu hari sabtu kerja”. Perli Kuna dengan gelakan halus dihujungnya. “Ahaaa dan juga Uyaa. Yang itu satu lagi”. Kuna menambah lagi.
Masing-masing tergelak kuat bila nama Uyaa disebut. Uyaa yang dicop sebagai workaholic. Susah sekali hendak lihat gadis itu dirumah. Kadang-kadang seminggu dua mereka tidak dapat bercakap dengannya dek kerana bekerja diluar kawasan. Uyaa yang bekerja di sebuah syarikat NGO. Banyak betul program bantuan yang dia perlu kendalikan.
“Jom!”. Tutur Wina mencelah dengan nada ceria sebelum menekan pedal minyak. Matanya fokus ke jalan. Pemanduannya santai. Sesekali dia menoleh ke kirinya. Kuna yang sedari tadi dengan barang makeupnya.
“Berapa tebal lagi kau nak tenyeh lipstick tu dekat bibir kau?”. Soal Wina memecah kesunyian. Cempaka yang sedari tadi termenung jauh ke luar tingkap mengalihkan pandangannya kearah Kuna dihadapannya.
Kuna tergelak kecil mendengarkan bebelan Wina. Dia menghulurkan lipsticknya kearah belakang. “Cempaka pakai ni. Bibir kau pucat gila. Jangan nak buat teruk sangat. Kau baru balik cuti bukannya baru keluar hospital”. Bebel Kuna. Tangannya masih lagi menghulur kearah Cempaka bila mana hulurannya masih tidak disambut.
“Taknak laaaa”. Cempaka menolak tangan Kuna. Kuna memusingkan badannya memandang Cempaka dibelakangnya. Matanya membulat tanda protes.
Cempaka menarik nafas dalam sebelum akhirnya mengalah dan mengambil lipstick yang diberikan oleh Kuna walaupun asalnya dia memang tidak mahu memakai. Lipstick berwarna merah gelap itu ditenyeh ke bibirnya. Memang naik seri. Tapi dia tidak punya mood. Moodnya kelaut sejak dia pulang ke rumah. Sakit pukulan itu masih terasa. Kesannya juga masih jelas kelihatan.
Wina melihat Cempaka melalui cermin pandang belakang. Mindanya terfikirkan sesuatu. Tapi dia pantas memfokuskan kembali kepada pemanduannya. Suasana kembali sepi. Masing-masing melayan perasaan. Wina melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah menginjak jam dua petang. Setengah jam lagi sampailah mereka ke rumah sewa.
Share this novel