Yesa menuang air teh panas yang baru dibuat oleh pembantunya di dalam gelas dihadapannya. Gelas kaca berwarna putih itu mengeluarkan asap sebaik saja air tersebut memenuhi separuh bahagian daripada gelas itu. Yesa menolak gelas tersebut dihadapan Raisa yang sedang termenung sambil mengengam jari jemarinya. Gementar lagaknya. Tangan Raisa dipegangnya sebelum gelas bertangkai tadi diberikan kepada Raisa. Raisa hanya menurut tidak membantah.
“Minum”. Yesa bersuara bila mana Raisa hanya memegang gelas itu. Raisa yang seolah mengelamun jauh tersentak sebelum menyisip sedikit air dari gelas tersebut. Dia kemudian meletakkan kembali gelas tersebut diatas meja dihadapannya. Yesa hanya memerhati.
“Its your choice”. Tutur Yesa. “Kamu tahu bukan I always believe in you”. Sambungnya lagi. Matanya menikam anak mata Raisa yang sedang memandangnya. Ada keluhan halus keluar dari mulut Raisa sebaik saja apa yang Yesa katakan kedengaran di telinganya.
Raisa mengigit bibirnya. Tekaknya terasa perit. Setengah jam yang lepas dia mendapat khabar yang Wina akan ketemu dengannya esok pagi. Baru beberapa saat dia menikmati kelegaan tiba-tiba Yesa menelefonnya membawa berita tidak enak. Bukan sahaja Asyraf yang hilang nyawa pada malam itu tetapi ibu kepada Cempaka juga iaitu Long Ani. Dia terkejut bukan kepalang. Darahnya berderau hinggakan terasa mukanya pucat lesi. Perutnya terasa sebu. Bukan itu yang dia rancangkan. Dia fikirkan hanya Asyraf yang akan terkorban dan itu atas sebab keangkuhan lelaki itu cuba bermain dengannya dan juga kematian Asyraf adalah puncanya daripada Cempaka sendiri. Beban perasaan bersalah itu akan diletakkan di atas bahu Cempaka kerana menarik orang yang tidak bersalah kedalam masalah ini. Tapi sekarang Long Ani iaitu ibu kepada Cempaka sudah mati dibunuh atas sebab dia muncul secara tiba-tiba di rumah Asyraf.
Yesa juga memberitahunya yang Thamin telah menangkap Mok dan Kuna. Jadi sekarang apa yang patut dia lakukan lagi. Kini kenangannya di rumah anak yatim ketika dia dituduh cuba memfitnah Pengetua Khalid kembali bermain di matanya. Wajah abangnya yang dipukul disebelahnya tanpa sikit pun perasaan simpati. Wajah Long Ani isteri kepada Pengetua Khalid yang mengila pada malam itu menamparnya tanpa henti. Dia masih ingat bermula dari rambutnya yang dilepaskan separa bahu, bajunya hinggalah matanya yang merah melalak memandangnya. Tangannya mula mengigil ketakutan. Sekali lagi memori itu berjaya membuatkan dirinya terasa lemah selemahnya. Memori yang menderanya setiap malam. Memori itu yang membuatkan perasaan bencinya kepada kembarnya Jian semakin membuak-buak dan perasaanya ingin membuat Cempaka menderita semakin kuat. Raisa mengelengkan kepalanya. Cuba untuk menepis memori itu yang kembali bermaharajalela dan mengawal tubuhnya. Tapi dia gagal. Tangan dan kakinya terasa sejuk umpama direndam di dalam ais. Dahinya merenek peluh.
“Raisa!”. Panggil Yesa. Suaranya sedikit meninggi.
“I cannot do this Yesa!”. Tuturnya terketar-ketar. Dia tidak mampu menangung perasaan takut dan bersalah ini. Cukuplah deritanya menanggung memori hitam tujuh tahun lepas. Kini hendak menangung perasaan bersalah kematian Long Ani dan memandang wajah Cempaka seolah tidak bersalah. Tidak! Dia tidak mampu lakukannya.
Yesa mengangukkan kepalanya memahami. Tangannya meletakkan telefon diatas meja dihadapan Raisa. Raisa memandang wajah Yesa. Tidak memahami.
“Call her. Beritahu perkara yang sebenar”. Yesa bersuara. Raisa memegang tangannya kejap. Bagaimana dia hendak memberitahu Cempaka perkara yang sebenar mengenai ibunya yang sudah mati. Alasan apa yang akan dia berikan nanti. Bagaimana Cempaka akan bereaksi nanti kepadanya. Tangan dan kakinya yang serasa sejuk sejak tadi kini sudah berpeluh dingin. Bagaimana dia hendak menjelaskan yang Mok dan Kuna berada di dalam keadaan bahaya.
Dia takut untuk menghadapi Cempaka. Jika dia memberitahu Cempaka perkara yang sebenar sudah pasti sisi gelap dan dendamnya juga akan turut terbongkar. Cempaka akan tahu apa yang ayahnya dulu pernah lakukan keatasnya. Cempaka akan tahu bagaimana ibunya melayan dirinya dan abangnya dulu. Cempaka akan tahu dendamnya yang bermula pada malam Jian membantu Cempaka bukan memilih untuk mendengarkan katanya untuk tidak mahu lagi kembali ke bilik Pengetua Khalid. Semuanya akan terbongkar. Malah lebih teruk Thamin akan berjaya dengan perancangannya. Yesa tidak akan dapat menangkap kembali Thamin. Wina dan Cempaka akan hilang kepercayaan padanya. Apa patut dia lakukan!. Raisa memegang kepalanya. Kepalanya terasa sakit yang teramat.
“Raisa..”. Panggil Yesa perlahan. Dia menarik tangan kanan gadis itu sebelum mengengamnya erat. Matanya menikam anak mata Raisa yang berkaca.
“Kamu tahu bukan saya sentiasa ada untuk kamu?”. Soalnya perlahan. “sebab saya percayakan kamu”. Tambahnya lagi.
Setitis demi setitis air matanya jatuh dari tubir matanya. Raisa tertekan dan terikat antara dua. Antara Yesa dan juga perasaan takut dan bersalahnya. Yang mana satu perlu dia pilih.
Share this novel