BAB 46

Crime Completed 2168

Asyraf meletakkan dua bungkusan makanan di atas meja berhadapan Wina dan juga Cempaka. Wajah mereka berdua yang sedang resah disebabkan oleh Mok dan Kuna yang hilang secara tiba-tiba dipandangnya lama.

“Aku dah aturkan tempat lain untuk korang berdua tinggal buat sementara”. Asyraf bersuara memecah kesunyian. Cempaka dan Wina memandang wajah Asyraf tidak mengerti.

Asyraf menarik nafas panjang. Dia yakin kehilangan Mok dan Kuna ada kaitan dengan pertemuannya dan juga Raisa beberapa jam yang lepas. Dia sudah terang-terangan mengatakan kepada Raisa yang dia sudah membaca fail yang diberikan oleh Wina kepadanya itu. Memorinya mengimbas kembali wajah gadis itu yang penuh ketakutan pada ketika dia menipu gadis itu mengenai fail tersebut. Dia tidak pasti kemana Raisa pergi selepas dia mengugutnya untuk membocorkan maklumat fail tersebut. Tapi nampaknya yang Raisa menurut kehendaknya untuk menanti Wina menghubunginya terlebih dahulu. Wina dan Cempaka tidak boleh tahu akan hal ini. Dia tidak mahu menambah perasaan risau mereka berdua.

“Asyraf?”. Panggil Cempaka bila dilihatnya Asyraf mengelamun jauh.

“Lepas makan kau dengan Wina keluar dari sini”.

“Tapi kenapa tiba-tiba?”. Soal Wina tidak mengerti. “Macam mana kalau Mok dan Kuna balik sini semula?”. Soal Wina lagi. Mereka tidak tahu kemana Mok dan Kuna pergi menghilang. Tapi jika dia dan Cempaka keluar dari situ dan bersembunyi di tempat yang baru. Bagaimana pula dengan Mok dan Kuna kalau mereka tiba-tiba pulang semula ke situ.

Asyraf menghela nafas berat. Mok dan Kuna tidak mungkin akan kembali semula ke tempat itu. Mungkin Mok dan Kuna sudah pun berada di dalam gengaman mereka yang dipanggil oleh agensi. Jika ianya benar-benar berlaku seperti apa yang dia sedang fikirkan. Mok dan Kuna sudah tentu dalam keadaan bahaya dan kemungkinan besar untuk Mok dan Kuna membuka mulut mengenai segala rancangan mereka....

“Sini dah tak selamat Wina”. Asyraf menikam anak mata Wina. “Aku takut kalau Mok dan Kuna sudah pun ditangkap”. Tambahnya lagi.
Wina mengalihkan pandangannya kearah Cempaka. “Cempaka..”. Panggil Wina perlahan. Dahinya berkerut-kerut. Perasaan takut mula menjalar ke segenap urat sarafnya. Cempaka mengusap perlahan belakang Wina. Menenangkan rakannya itu walaupun dia sendiri sedang berlawan dengan perasaan takut.

“Kita keluar dari sini”. Cempaka menutur kata. Pandangannya jatuh ke wajah Wina yang sedang menunduk.

Asyraf mengangguk perlahan. Bersetuju. “Aku akan beritahu bila masa yang sesuai untuk kau dan Wina berhubung dengan Raisa”.
Cempaka mengangguk mengerti. “Terima kasih Asyraf”. Tuturnya perlahan. Asyraf tersenyum nipis.

Long Ani menjengahkan kepalanya keluar tingkap rumahnya yang terbuka luas bila kedengaran suara memberi salam di laman rumahnya. Pinggan nasinya yang dibawa dari dapur diletakkan diatas meja bulat kecil bersebelahan dengan pasu bunga hiasan berdekatan pintu rumahnya. Tangannya yang masih bersisa nasi dan kuah kari kepala ikan dibiar tidak dibasuh. Kakinya terus saja laju menuju ke pintu utama rumah. Tangan kirinya membuka selak pintu. Sebaik saja wajah Asyraf dilihatnya Long Ani berdiri mencekak pinggang.

“Kau buat apa malam-malam dekat sini?”. Sergah Long Ani.

Asyraf berjalan mendekati anak tangga rumah Long Ani sebelum meletakkan satu bungkusan di atasnya. Long Ani memerhati tanpa lepas. Buang tebiat apa budak ni malam-malam. Gumamnya perlahan.

“Untuk makcik. Ambil lah. Saya ikhlas”. Tutur Asyraf. Long Ani masih memandangnya dengan riak yang sama. Mencerlung kearahnya.

“Saya pulang dulu”. Asyraf laju meminta diri sebelum wanita itu bertanyakan sebarang soalan. Tujuan dia datang kerumah ibu Cempaka pada malam itu adalah untuk memastikan yang wanita itu tidak di apa-apakan oleh Raisa. Dia risau jika Long Ani turut menjadi target bila mana melihatkan Mok dan Kuna yang hilang tanpa kesan. Dia mengorak langkah menuju keretanya meninggalkan Long Ani yang masih memandangnya keliru.

Long Ani menghantar susuk tubuh Asyraf pergi tanpa banyak soal. Dia mengambil bungkusan tersebut sebelum membawanya masuk kedalam rumah. Sebaik saja dia membasuh tangganya di dapur dia kembali mendapatkan bungkusan yang diberikan oleh Asyraf sebentar tadi. Bungkusan nasi didalam plastik yang diberikan oleh Asyraf. Dahi Long Ani berkerut. Masih tidak mengerti tujuan lelaki sebaya anaknya itu menghantar makanan kerumahnya lewat malam.

Long Ani mengeluarkan bungkusan makanan tersebut sambil mulutnya mengomel hinggalah dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Adakah anak gadisnya pulang ke kampung tanpa pengetahuannya?. Jika benar dimana Cempaka tinggal. Mungkinkah di rumah Asyraf. Long Ani duduk diatas bangku kayu yang mula mereput dimakan usia. Melihat jam yang sudah menginjak jam sepuluh malam. Tidak mungkin Asyraf datang menghantar makanan kerumahnya tanpa sebab. Dia harus mengesahkan perkara yang sebenar. Bunyi guruh kedengaran tanda hujan semakin hampir. Long Ani mengambil payungnya yang diletakkan di atas almari di dalam biliknya. Kakinya laju mengorak langkah kearah pintu utama. Dia harus mengesahkan yang Cempaka memang tidak ada dirumah Asyraf atau dia tidak boleh lena tidur malam ini memikirkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience