BAB 6

Crime Completed 2168

Bau roti bakar menusuk hidung Wina yang sedang sibuk menjemur kain di ampaian. Dia menjengah sedikit kepala cuba untuk melihat ke dalam ruang dapur. Kuna sedang sibuk di meja makan tapi tidak tahu apa yang dilakukannya disebabkan tubuh belakangnya dipalingkan dari pintu dapur. Usai siap sidaian Wina laju mengorak langkah ke pintu dapur. Perutnya sudah berdendang kuat minta untuk diisi. Tapi semakin dekat dia ke pintu dapur semakin kuat telinganya mendengar suara Kuna yang sedang berbisik halus. Namun apa yang dikatakan tidak dapat didengari dengan jelas.

“Kenapa ni?”. Soal Wina pelik. Kuna yang sedang berdiri disebelah Cempaka yang sedang duduk di kerusi meja makan memandangnya. Keningnya terangkat bila Kuna hanya mengeluh kuat lansung tidak menjawab soalannya. “Tengok lah sendiri”. Jawab Kuna sambil melirikan matanya ke arah Cempaka sebelum beransur pergi ke tepi singki.

“Weh! Siapa buat macam ni dekat kau!”. Wina menjerit kuat hinggakan serasa hendak terkeluar anak tekaknya saat matanya melihat ada kesan lebam di tepi bibir Cempaka. Dia yang tadi berdiri dipintu dapur terus berlari mendapatkan Cempaka.

Wina membelek setiap anggota tubuh badan milik Cempaka. Lengan, kaki dan muka. Cempaka hanya membiarkan saja dirinya diperlakukan begitu. Mungkin Kuna juga sudah melakukan hal yang sama tadi. Tiada sebarang luka lain melainkan di tepi bibir kiri Cempaka dan juga pipinya yang kelihatan sedikit membengkak. “Dia tampar kau?”. Soal Wina lagi. Sakit hatinya dengan sikap Mak Wati. Sudah pandai naik tangan. Sedari awal lagi dia tidak suka dengan perempuan tua itu. Tapi disabarkan hatinya dek kerana janjinya dengan Cempaka.

“Bukan dia lah”. Jawab Cempaka menidakkan. Dia menolak tangan Wina yang sedang memegang mukanya. Huluran sekeping roti bakar dari Kuna disambutnya sebelum mempelawanya kepada Wina. Tapi Wina menolak tidak mahu tanda protes.

“Jangan nak tipulah aku nampak muka dia pagi tadi depan rumah. Orang lepas subuh mengaji dia datang kutip hutang pastu buat hal?”. Mok tiba-tiba muncul dari ruang utama. Tangannya disilangkan dan air mukanya serius. Cempaka sudah diam. Tidak menidakkan bila Mok berkata begitu.

Mak Wati merupakan kakak kandung kepada ibu Cempaka juga merangkap tuan rumah tempat mereka menyewa. Mereka bertiga cukup tahu dengan perangai ibu Cempaka yang suka memukulnya tapi tidak faham kenapa ibu saudaranya juga berperangai begitu. Mana logik akal mereka sesuka hati memukul anak saudara sendiri. Tipulah kalau mereka tidak pernah bising dan memaksa Cempaka untuk membuat laporan tapi bila Cempaka mempersoalkan kembali dengan siapa dia hendak laporkan dan atas sebab apa mereka mati kata. Tidak semudah yang disangka.

Masing-masing mendiamkan diri. Kuna sudah membuat muka tidak faham dengan perangai Cempaka. Dia mengambil kesempatan itu untuk meredakan tekanan dengan meletakkan air milo dan beberapa roti bakar di atas meja. Baunya yang kuat membuatkan perut Wina kembali berbunyi. Baru teringat tujuannya tadi untuk mengisi perutnya yang lapar. Dia duduk bersebelahan Kuna sambil menjamah sarapan pagi yang tak seberapa itu. Mok masih lagi berdiri dengan posisi yang sama. Mungkin masih tidak puas hati dengan jawapan Cempaka.

Cempaka menarik Mok untuk duduk disebelahnya. Dia menghulurkan makanan kepadanya. Akhirnya masing-masing mengambil inisiatif untuk diam dan melayan perasaan masing-masing sambil menikmati sarapan pagi.

“Mak Wati minta kita bayar sewa bulanan yang tertangguh”. Akhirnya Cempaka membuka cerita. Masing-masing menumpukan perhatian kepada Cempaka.

“Aku dah bayarkan guna duit simpanan yang ada”. Sambung Cempaka lagi sebelum dia menarik nafas dalam. “Tapi masalahnya…”. Cempaka tidak menyambung katanya. Dia memandang wajah rakan-rakannya. Berat hatinya hendak menutur kata. Dia tahu yang Mok dan Kuna sudah tidak bekerja sejak dua bulan lepas lagi dan kemungkinan untuk mengalami masalah kewangan. Tapi dia tidak punya pilihan lain.

“Start bulan ni sewaan kita jadi double”. Cempaka memberitahu. Bibirnya terasa sedikit perit. Teringat kembali pergaduhannya dengan Mak Wati didepan pintu pagar rumah sewanya. Ibu saudaranya itu menampar wajahnya bila mana dia menyoal alasan ibu saudaranya menaikkan sewaan bulanan secara mengejut. Dia tahu benar yang ibu saudaranya itu sengaja hendak menyusahkannya.

“Ha?!”. Wina sudah menjerit. Dia bangun berdiri. “Aku nak pergi jumpa dia sekarang!”. Panas betul hatinya dengan perangai Mak Wati.
Mok dan Kuna saling berpandangan. “Aku dan Kuna…”. Mok tidak jadi meneruskan kata. “Kami tak mampu nak bayar sewa kalau Mak Wati doublekan dari sewaan asal”. Kuna meneruskan apa yang Mok tidak jadi sampaikan.

Wina duduk kembali di kerusinya. “Jadi apa perancangan korang?”. Soal Wina. “Aku tak mampu nak tolong Mok.. Kuna..”. Cempaka mencelah. Sungguh wang lebihan dari ibunya yang dia simpan sudah diberikan kepada Mak Wati sebentar tadi. Membayar segala sewaan tertangguh beserta bunga.

“Bagi aku dan Kuna masa. Bulan depan!. Aku dan Kuna janji kalau sampai bulan depan aku dan Kuna masih belum dapat pekerjaan baru. Kami keluar dari sini”. Mok memegang tangan Cempaka merayu agar kawannya itu memahami.

Cempaka memegang kembali tangan Mok. Kepalanya diangguk perlahan. Sungguh dia kasihan akan dua rakannya itu tapi dia tidak mampu melawan ibu saudaranya itu.

“Kita bagi Jian tinggal dengan kita?”. Kuna tiba-tiba bersuara.

Mata Wina sudah membulat. “Kau..”. Wina memberi amaran untuk tidak menyebut perihal lelaki itu lagi. Mana mereka hendak letak muka kalau ditangkap nanti. Mindanya tiba-tiba teringatkan Uyaa yang sudah dua minggu tidak pulang kerumah kerana bekerja diluar kawasan. Kalaulah Uyaa ada bersama mereka mungkin keadaan akan lain sedikit. Sekurang-kurangnya jika Uyaa ada Mak Wati tidak berani datang kerumah dan lakukan perkara tidak elok kepada Cempaka. Wajah Uyaa yang garang itu saja sudah cukup buat Mak Wati tidak berani hendak berkata lebih-lebih.

“Boleh ke Cempaka?”. Soal Mok pula. Dia memandang wajah Cempaka yang sedikit terkejut. Tidak menyangka yang dia akan bersetuju dengan cadangan Kuna barangkali.

“Boleh ke Wina?”. Soal Cempaka kepada Wina.

Wina tak terkata. Sungguh tak terkata. Dilihatnya wajah Mok dan Kuna yang sedang menanti jawapan darinya. Wajah Cempaka yang juga sedang menanti persetujuannya. Wina menarik nafas dalam. Sebolehnya dia mahu menidakkan dan tidak bersetuju tapi bila dilihatnya kesan lebam yang jelas kelihatan di wajah Cempaka akibat tamparan Mak Wati pagi tadi jadi dia tidak sampai hati hendak bertekak mulut.

Kuna pula hanya mendiamkan diri kerana kini mereka punya alasan yang makin kukuh untuk bersetuju dengan cadangannya.
Wina akhirnya mengangguk bersetuju walaupun hatinya terasa berat. Mok dan Kuna mengukir senyuman bila mana cadangan mereka akhirnya dipersetujui.

“Sebulan saja Kuna dia tinggal disini”. Tegas Cempaka.

“Aku janji bulan depan kalau aku dengan Kuna masih belum bekerja kami keluar dari sini”. Mok memberi janji sekali lagi. Cempaka mengangguk perlahan. “Maafkan aku juga. Kalau tak kerana Mak Wati..”. Cempaka tidak menghabiskan ayatnya tapi Mok cukup tahu apa yang ingin disampaikan oleh Cempaka. Jika mereka tidak mampu membayar sewa rumah bulan ini maka mereka semua terpaksa untuk keluar dari situ. Walaupun Mak Wati adalah ibu saudara Cempaka ada dia kisah dengan kebajikan anak saudaranya itu. Silap-silap disampaikan kisah Cempaka tidak membayar sewa rumah kepada ibu Cempaka yang mana pengakhirannya Cempaka juga terpaksa hadap. Perkara yang paling ingin dielakkan sekali oleh Cempaka.

Tapi dia sendiri malu hendak meletakkan semua beban dan kesalahan itu pada Cempaka seorang walhal yang akan peroleh keuntungan dari ini adalah dia dan Kuna. Wang simpanannya makin susut kerana sudah dua bulan menganggur menanti panggilan semula dari majikannya.

“Aku akan bantu yang mana boleh”. Wina bersuara memujuk. Dia tahu benar yang Mok dan Kuna sedang terdesak. Walaupun asalnya dia seorang saja yang tidak bersetuju dengan cadangan ini. Mungkin dia sendiri patut berterima kasih pada Cempaka kerana berani untuk bersetuju dengan idea gila Kuna demi kelansungan mereka semua dan juga berterima kasih kepada Kuna kerana bertemu dengan lelaki bernama Jian itu tanpa sengaja. Dia sendiri tidak mungkin mampu membantu lebih kerana gajinya hanya cukup-cukup sahaja. Paling tidak akhirnya mungkin Cempaka dan Uyaa pula yang terpaksa mendahulukan duit untuk bayaran sewa bulanan hingga Kuna dan Mok dapat kerja baru.

“Aku akan bagitahu Uyaa”. Tutur Cempaka. Masing- masing mengangguk bersetuju.

“So bila lelaki gay tu nak masuk?”. Soal Wina dengan selamba dan menekankan perkataan gay. Lawak gay itu berjaya membuatkan yang lain tergelak kuat.

“Nanti aku tanya dia”. Kuna mengenyitkan matanya. Mok mencebik. “Gatal betul kau ni!”. Masing-masing tergelak kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience